Anwar Hurai Prinsip Disepakati Pakatan Tentang Hudud

AIDCNews – 19/11/12 – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat (PR) sudah membuat ketetapan tentang prinsip yang disepakati bersama berkenaan hukum perlaksanan hukum hudud di Malaysia.

Anwar sebagai Ketua PR menegaskan hukum hudud tertakluk kepada dua prinsip iaitu pertama polisi yang dipersetujui bersama di antara PKR, PAS dan DAP dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Satu : keputusan apapun dalam Pakatan Rakyat mestilah konsesus (persepakatan bersama). Tidak ada konsesus, tidak jalan (perlaksanaan hukum itu).

“Selama ini saya pengerusikan semua mesyuarat (PR). Semuanya tak berbangkit. Tidak ada konsesus tak jalan.

“Keduanya : Kita sebut perlembagaan negara yang paling tertinggi,” kata Anwar ketika memberi taklimat kepada pemimpin Cina di Subang Jaya, 8 November 2011.

Perkara yang sama pernah ditegaskan oleh Penasihat DAP yang berkata hukum hudud bukan perkara yang dipersetujui bersama dan tidak termasuk dalam Buku Jingga.

Lim Kit Siang berkata ketiga-tiga parti pembangkang itu bersetuju sekiranya terdapat sebarang perubahan polisi, maka ia perlu dicapai secara sepakat.

“Soal mengenai hudud perlu dipersetujui ketiga-tiga parti..bagi kami amat jelas ia (hudud) tidak terdapat dalam polisi Pakatan Rakyat tetapi kami menghormati pandangan PAS mengenai hudud dan jelas hudud tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan,”katanya.

9 Responses to “Anwar Hurai Prinsip Disepakati Pakatan Tentang Hudud”

  1. Lim Lynn

    Nov 21. 2012

    http://theunspinners.blogspot.com/2012/11/perebutan-jawatan-pm-sesama-pr.html
    Perebutan Jawatan Perdana Menteri sesama Pakatan Rakyat telah memberi peluang Anwar Ibrahim jadi PM 7 Malaysia.

    Reply to this comment
  2. Pejuang IMR

    Nov 20. 2012

    Wahai saudara2 melayu dan Islamku sekelian, ditakdirkan doa PAS (hancur UMNO, KO UMNO, KO BN) dimakbulkan (minta dijauhi seboleh2nya) oleh Allah SWT dan ditakdirkan pula PAS masih mengekalkan 23 kerusi Parlimen (terbaik selama ini) atau lebih sedikit, maka tidak dapat dibayangkan bagaimana PAS nak laksanakan Islam. Kalau TGHH jadi PM pun susah nak berbuat apa2 untuk Islam kerana Jumlah kerusi Parlimen semuanya ada 222. Ditambah pula dengan kebengapan PAS yang telah bersetuju (secara black & white) untuk tidak membangkitkan soal negara islam dan Hudud dengan menandatangani perjanjian persefahaman dengan DAP dan PKR. Tambahan pula Anwar dan Lim Kit Siang telah berkali2 menegaskan bahawa negara Islam dan Hudud tidak ada dalam buku Jinga dan semua polisi berkaitan perlaksanaan pemerintahan dalam kerajaan PKR mesti dan MESTI mendapat konsensus ketiga2 parti. Ha baru padan muka kita semua. UMNO jadi arang dan PAS jadi abu. Pikir2kanlah wahai kaum sebangsa dan seislamku.

    Reply to this comment
  3. Mr Y

    Nov 20. 2012

    Saya penyokong UMNO mendoakan agar diri saya dan semua pemimpin & penyokong UMNO serta semua pemimpin dan penyokong PAS .. dan juga pemimpin & penyokong PKR dan lain2 parti yg Islam agar diberi taufik dan hidayah untuk mengamalkan Islam cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para Sahabat R.A.hum. Untuk pemimpin & penyokong MCA, MIC & DAP dan lain2 yang belum beriman kepada Allah Taala dan ikut Rasulullah SAW didoakan agar mereka terima Islam sebagai maksud hidup… Amin.

    Hidup selamat, sihat, afiat, sejahtera, aman, makmur wahai seluruh umat Islam di Malaysia! Tolong jangan KO kan kami Ya Allah… Tolong jangan KO kan kami Ya Allah.. Tolong jangan KO kan kami Ya Allah…

    Kasihanilah kami … satukanlah kami yang telah berpecahbelah ini atas jalan yang benar Ya Allah..

    Reply to this comment
  4. esa

    Nov 20. 2012

    Yang puak kafir ni bila hudud disandarkan kepada Perlembagaan Persekutuan mereka setuju, tapi yang hak melayu memang dan terang dan nyata tu mereka tentang.

    Reply to this comment
  5. halmi

    Nov 20. 2012

    memang hina dan jahat pas

    Reply to this comment
  6. atuk ulong

    Nov 20. 2012

    Bagi Nik Aziz dan Parti Pas Kenyataan Nuar ni tak tolak Islam sebab apa saja yang di lakukan atau kenyataan yang di keluarkan oleh Anwar semuanya baik kerana segala apa saja kejahatan dan keburukan yang telah di lakukan oleh Nuar adalah amat baik kerana ia nya akan di gunakan sebagai senjata untuk menjatuhkan nya balik pabila dia dapat memerintah dan jadi PM kelah .Itu kalau dapat tapi sebenarnya jauh panggang dari api .

    Reply to this comment
  7. linsum

    Nov 20. 2012

    ape nak diherankan, pada akhir zaman iaitu sekarang ramai org jahil diangkat jadi ketua, salah seorangnya nie la dia..haji hadi….fatwa murtad, lidah bercabang, mendoakan kemusnahan sesama muslim. umno pun bukanla terbaik tapi PAS berjuang bertopengkan islam…tue pasal islam jadi lemah sebab ade parti/puak.org mcm nie la.

    bukan di malaysia..tapi diseluruh dunia islam penyakit seperti nie berleluasa. jadi tak heran, umat atau negara islam antara umat/negara yg paling mundur/miskin/sering bertelagah antara satu sama lain. islam pernah ade zaman kegemilangan, jadi jgn dok kata nie semua disuratkan..itu jawapan org jahil.

    nie satu lagi..pelakon porno pun nak jadik PM..hanya di Malaysia !

    Reply to this comment
  8. its me

    Nov 20. 2012

    Setuju la sangat ngan komen ‘sman’ tu.. jika perkara yang dasar senang2 mrk dok gebang sana sini apatah lagi yg remeh, confirm jadi cam nasi pada pemimpin2 pas. Mohon UMNO utk solat hajat berdoa akan kesejahteraan sumer umat islam baik di msia atau luar negara.

    kalaulah ada hamba2 Allah dr kalangan UMNO boleh buat comparison table within BN & PR kan ke bagus.. mudah2an ramai lah melayu2 yg sedar nanti.

    Reply to this comment
  9. sman

    Nov 19. 2012

    Rupanya Hadi tak pernah berterus terang pada pengikut bawahan Pas.Kalau Hadi dan kebelakangkan Hudud kerana DAP dan PKR,apa hukumnya ye,ada ugama ke tak ada ugama,murtad ke tak murtad.Dulu Hadi kata Perlembagaan Negara ,sekular kalau ikut bolrh jadi kafir,tapi sekarang Hadi terima pula sayarat ‘tidak bercanggah dgn Perlembagaan Negara’.Cukup durjana ulamak Parti Ajaran Sesat ni, tang orang lain dia kata kafir lah,murtad lah,bila kena batang hidung sendiri,macam-macam istilah Arab akan di gunakan utk menghalalkannya,hina sungguh!!.

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE