PARADIGMA POLITIK BARU

Anak Didik British, Khalid Samad Ditempelak

AIDCNews – 19/11/12 – Keceluparan Ahli Parlimen PAS, Shah Alam, YB Khalid bin Abdul Samad menuduh UMNO sebagai anak didik British ditempelak oleh Ustaz Fathul Bari Mat Jahya yang bertanyakan tentang kelulusannya.

“YB belajar di mana dulu yer ? Saja nak tanya,” soal Fathul Bari di twitternya kepada @KhalidSamad.

Jawab Khalid, “Tahun 74-75 di Brighton, 76-79 di Leeds, 80 di Chiba, Jepun (dan) 2000 di Urdun,” jawab Khalid Samad.

“YB pun anak didik British juga lah. Oleh itu jangan selalu kata kat orang lain. Sama-sama musabah,” tempelak Fathul Bari.

Khalid Samad adalah figur kontroversi dalam PAS yang disebut sebagai salah seorang daripada kumpulan Islamis Demokrat dalam parti itu.

Blogger Maharaja Zhou pernah mendedahkan Khalid merupakan penyambung ‘Suara Kafir‘ dalam PAS yang merujuk latar belakangnya semasa belajar di United Kingdom, menyertai PAS dan masuk gereja di Shah Alam pada tahun 2008.

Khalid Samad sering digelar sebagai ‘Khalid Gereja’ merupakan di antara aktivis PAS yang pertama menjejak kaki Gereja Divine Mercy Roman Katolik pada 27 Mac 2008, sebaik sahaja memenangi Parlimen Shah Alam.

Khalid ketika berucap di gereja itu memberi janji yang senada dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian.

“Ianya merupakan inisiatifnya sendiri. Dia (Khalid) menghubungi paderi kami, Father Paulino Miranda dan berkata dia mahu datang dan bercakap dengan kami,” kata Joseph Victor, Pengerusi Majlis Paderi – jemaah gereja yang mewakili Father Paulini.

Dalam kes cubaan murtad di Damansara Utama Methodist Church (DUMC) dan kes ucapan Naib Presiden PKR di Gereja Full Gospel Tabernacle, Khalid merupakan tokoh PAS yang paling lantang mengkritik JAIS dan membela Nurul Izzah Anwar.

8 Comments

  1. tok_uda says:

    waahhhh dgn bangganya dia nyatakan belajar di mana tp makan diri sndiri… sesuai sgt dgn gelaran yg diberi kikikiki…

  2. fikrisoleh says:

    Sorang lagi pemimpin gila dlm PAS.

  3. Mael says:

    aku walaupun penyokong PAS pada mulanya tapi dah benci dgn PAS sbb ada org mcm Khalid Samad ni la.. Harap sgt dia x mewakili PAS lg.

  4. KHALID MULIA says:

    NAMA TU SESUAI DGN JIWA DIA KUT…..

  5. Grandmarquis says:

    Sepatutnya ditanya jugak, siapa sponsor dia belajar di luar negara.

    Jawapannya nanti mungkin akan lebih menarik.

    • ron95 says:

      kwang,kwang,kwang…kantoi

    • HAMSOR says:

      setuju2…soklan terbaeek tu…abang dia Shahrir Samad, pemimpin UMNO (dan bekas Semangat 46)…

    • Pusing2 says:

      Kalau ditanya siapa penaja, jawapan standard yang akan kita terima: “Kerajaan Malaysia yang taja. Kerajaan Malaysia bukan UMNO dan tajaan diterima sebab mereka layak… bla, bla, bla”. Jawapan sama yang kawan-kawan alumni saya yang galak menyokong pembangkang. Tak sedar waktu masih belajar bila elaun lambat masuk sikit, tahu marah-marah kat pegawai JPA yang uruskan kami. Bila dah balik Malaysia, kerja gaji besar, kereta besar, rumah besar, tak habis-habis mengutuk dasar kerajaan. Itu tak betul, ini tak betul, semuanya tak betul. Anak pun tak nak hantar ke sekolah bantuan kerajaan. Alasannya, sistem pendidikan Malaysia tak bagus. Mereka lupa agaknya, mereka berjaya belajar hingga ke luar negara dan ditaja kerajaan tu hasil sistem pendidikan negara mana? Itulah melayu-melayu yang tak sedar diri… sama seperti si Khalid Samad ni!

Leave a Comment

 

— required *

— required *