PARADIGMA POLITIK BARU

DAP Tidak Setuju Abdul Hadi Jadi PM

AIDCNews – 19/11/12 – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini menegaskan beliau tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk menobatkan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri (PM) jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya pada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13).

Menurut DAP, tiada individu lain selain Datuk Seri Anwar Ibrahim yang layak menjadi PM dan keputusan perwakilan PAS mencalonkan Abdul Hadi sebagai melanggar perjanjian yang pernah dibuat sebelum ini.

“Saya rasa Pakatan Rakyat telah membuat kata sepakat sebelum ini bahawa sekiranya Pakatan menang pada pilihan raya kali ini, bakal Perdana Menteri adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Setakat ini tidak ada permintaan atau perubahan dan pendirian DAP masih sama seperti dulu iaitu calon PM adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen tadi.

Wakil Dewan Ulama Pas Pusat, Hairun Nizam Mat Hussain pada Muktamar Tahunan PAS ke-58, 17 Nov. mengusulkan Abdul Hadi sebagai calon paling sesuai untuk menjadi PM ke-7.

Pencalonan Abdul Hadi sekaligus menafikan pencalonan Anwar yang diusulkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam ceramah kepada para penyokong PAS di Kota Bharu pada malam 16 Nov.

Gesaan DAP mencalonkan Anwar sebagai PM konsisten sejak dari awal Januari lalu, di mana Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pernah berkata, tiada pemimpin PKR, DAP dan PAS yang lebih layak selain Anwar kerana Ketua Pembangkang itu dianggapnya sebagai calon paling bersih.

“Ini bukan soal kita bela Anwar saja tetapi kita bela kerana beliau saja (pemimpin di negara ini) yang paling bersih untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya.

13 Comments

  1. Syafrina79 says:

    “Ini bukan soal kita bela Anwar saja tetapi kita bela kerana beliau saja (pemimpin di negara ini) yang paling bersih untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya.

    eden nak tergolak…

    eden cadangkan Mad Sabu jadi PM…muahahahahah……..apasallah posting ni ramai pulak orang..aku memang senyom sesorang depan kom[uter ni..ngeh..ngeh..ngeh,..

  2. Wafi says:

    saya cadangkan Nik Najis jadi PM.
    mesti kelakar PM aku time tu …. macan badut tua bajet bagus berkat tapi fahaman syiah. sah-sah masuk neraka dulu lepas tu masuk syurga sebab dia mengucap dua kalimah syahadat.

  3. Dino says:

    Saya cadangkan Mat Sabu jadi PM !!!

  4. sman says:

    Jika Anwar yg di nobatkan oleh Dapig sebagai paling bersih utk menjadi PM,bayangkanlah betapa kotornya pakata ini,kerana setahu kita Anwar bukanlah yg paling bersih tapi ….faham saja lah.Nampaknya LGE juga dah beri tahu kita bahawa H.Hadi lebih ‘kotor’ dati Anwar betul ke?.

    • Ini semua ternyata suatu konspirasi untuk menjatuhkan aku sebagai PM dan pemimpin ulung dunia. Mereka hasad dengki dengan keupayaan aku sebagai lulusan am ijazah Pengajian Melayu tetapi mampu berbicara hingga tahap tinggi super-duper Shakespeare dan menjadikan World Bank dan IMF sebagai gelanggang aku. Tunggulah aku jadi PM selesai semua masalah.

  5. Ringo says:

    Jawapan sebenar mengapa DAP mahukan Anwar ialah Anwar adalah ahli politik yang paling KOTOR. Orang KOTOR senang nak handle. Di suruh duduk, dia duduk. Di suruh berdiri,dia berdiri. Kalau Anwar membantah,segala kekotoran dia akan didedahkan kepada seluruh masyarakat walaupun sebenarnya masyarakat sudah tahu. Tetapi ini pendedahan dari rakan sekutu Pakatan Rakyat.

    • sman says:

      Bukan saja Dspig yg mahu Anwar tapi kembar Dapig diselatan Semenanjung juga mahukan Anwar.Semuanya sudah ada dalam tangana mereka,tanyalah Ust.N,apa yg LKY cakap pada dia mengenai Anwar yg menyebabkan dia terus tawar hati utk menyokong Anwar.

    • Mr Y says:

      Inilah BERSIH 3.0 yang KOTOR…. hihi

  6. HAMSOR says:

    ayat terakhir yang tak boleh blah tu…Anwar insan terbersih yg paling layak jadi PM”…hahaha anji anji tata kunji betul kenyataan hipokrit tu..ke, mmg nak sindir Anwar?? hehehe

Leave a Comment

 

— required *

— required *