Kenyataan Nurul Izzah Senada Dengan Matlamat Soros

PULAU PINANG 17 Nov. – Kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama pada sebuah forum di Subang Jaya baru-baru ini dilihat konsisten dengan matlamat George Soros.

Bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohammad Afandy Yusof berkata, pendapat yang disuarakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu selari dengan perjuangan Open Society Institute yang diasaskan oleh penyangak mata wang asing tersebut.

“Perkara ini cukup berbahaya kepada negara dan rakyat terutamanya orang Melayu.

“Sehubungan itu, rakyat perlu tahu perkara ini dan penting untuk memahami mengapa beliau sanggup membuat kenyataan seperti itu seperti yang dilaporkan oleh portal berita propembangkang, Malaysiakini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Mohammad Afandy, kenyataan itu juga berkait rapat dengan dakwaan yang timbul sebelum ini iaitu Soros membiayai sepenuhnya perbelanjaan kegiatan politik pembangkang di negara ini.

“Perbelanjaan pembangkang ditaja oleh Soros, jadi mereka terpaksa melakukan apa yang diminta olehnya.

“Jadi tidak hairanlah bahawa perjuangan Nurul Izzah juga sama sahaja dengan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempromosikan pluralisme,” katanya.

Menurutnya, atas faktor itulah menyebabkan Anwar pernah memperlekehkan orang Islam dengan mengatakan bahawa mereka sebagai orang yang berjiwa tidak tenteram seperti yang disiarkan akhbar The Scots di United Kingdom pada tahun ini.

Tegas beliau, disebabkan kenyataan itu telah mendatangkan kekeliruan di kalangan umat Islam di negara ini, Nurul Izzah perlu memohon maaf secara terbuka dan mengakui kesilapannya.

Ditanya bagaimana beliau mendapat semua maklumat tersebut, Mohammad Afandy menjelaskan pihaknya hanya akan mendedahkan di mahkamah jika Nurul Izzah menyamannya kerana mengeluarkan kenyataan tersebut – Utusan

One Response to “Kenyataan Nurul Izzah Senada Dengan Matlamat Soros”

  1. Anwar Ejen Yahudi

    Nov 26. 2012

    itulah akibatnya terlalu banyak membuat pertemuan sulit dgn soros & yahudi utk meminta dana utk digunakan oleh anwar & PKR di malaysia..
    ..
    bila si yahudi nak kan agenda jahat mereka ditegakkan, terpaksalah izzah & anwar ikut dgn membuat statement2 halus menyokong yahudi, israel, gay/LGBT & melayu murtad.. kalau tak buat statement2 tu … gerenti dana yahudi akan disekat..

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE