Doa PAS Di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV

Saya terkejut bila melihat dan mendengar sendiri doa yang dibacakan melalui kaca tv malam semalam. Ada lima perkara yang menyebabkan saya tersentak. Pertama, inti apa yang dipohon melalui doa tersebut, kedua, bahasa yang digunakan, ketiga, nada suara yang dilafazkan, keempat, orang yang terlibat membaca doa itu sendiri dan kelima, ribuan makmum yang mengaminkan doa tersebut.

1. Mengenai apa yang dipohon. Setakat yang saya faham mengenai doa, apa yang dipohon melalui doa hendaklah sesuatu yang baik untuk diri, anggota keluarga, jiran tetangga, masyarakat dan umat keseluruhannya. Islam melarang umatnya memohon sesuatu keburukan dan kecelakaan bagi seseorang atau sesuatu golongan. Doa ulama PAS itu sama sekali tidak mencerminkan perkara ini.

2. Bahasa yang digunakan. Dalam doa bahasa yang digunakan hendaklah bahasa yang baik-baik. Ini disebabkan yang berdoa memohon kepada Allah SWT sebagai kuasa yang menjadikan semua makhluk termasuk manusia. Sebagai hamba Allah yang begitu kerdil, bahasa yang diucapkan tatakala menghadap Allah seharusnya menggunakan bahasa yang penuh dengan kesopanan, ketertiban dan kehambaan diri. Perkara ini juga tidak tergambar dalam doa yang dibacakan sebaliknya mengulang-ngulang beberapa kali perkataan-perkataan “hukumlah UMNO”, “KO BN”, “BN KO” dan seterusnya.

3. Nada suara yang dilafazkan. Nada suara terutama bila melafazkan kehancuran dan kemusnahan UMNO/BN dibuat dengan nada yang paling tinggi memenuhi ruang angkasa stadium. Perkara ini jelas bertentangan dengan adab berdoa dalamana mereka yang berdoa hendaklah memilih kata-kata yang sopan, halus dan nada suara yang penuh syahdu.

4. Orang yang terlibat membaca doa itu sendiri. Setakat yang saya kenali, orang yang membaca doa adalah seorang ulama yang mempunyai ilmu dan pengalaman yang luas mendidik dan mertarbiah masyarakat Islam sejak puluhan tahun yang lalu. Tidakkah adab berdoa yang pernah diajarkannya kepada jemaah masjid, surau dan madrasah di seluruh negara buat sekalian lamanya dilupakan begitu sahaja.

5. Ribuan makmum yang mengaminkan doa tersebut. Doa yang dibaca diaminkan oleh ribuan pimpinan PAS yang sebahagian besarnya dari aliran agama. Tidakkah terdetik di hati mereka dikala mengaminkan doa tersebut bahawa adab sopan doa yang dibacakan bertentangan dengan tatasusila berdoa yang diturunkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Saya sangat khuatir kalau ahli-ahli PAS yang jumlahnya mencecah 1 juta orang yang sebahagiannya ada yang begitu taksub kepada pemimpin akan menerima pakai percontohan berdoa itu dan terus mengamalkannya di tempat masing-masing. Tidakkah tindakan orang yang berdoa itu akan memungkinkan timbulnya jurang dan perpecahan yang lebih dahsyat diantara sesama muslim khususnya di kalangan ahli dan penyokong PAS dan UMNO.

Bagaimana pula kalau ulama-ulama UMNO mendoakan supaya sesuatu yang buruk berlaku kepada PAS? Apakah yang akan berlaku kepada masyarakat Melayu-Islam di negara ini akibat daripada kebodohan kita itu? Kita boleh membuat jangkaan bahawa sesuatu yang jauh lebih buruk akan berlaku di kalangan anggota dan penyokong dua parti terbesar yang mewakili Melayu/Islam seandainya kebodohan ini terus dilindung dan dipertahankan.

Pimpinan PAS lebih mengetahui bahawa dalam PRU-12 pada tahun 2008, kemenangan PAS didokong bukan sahaja oleh ahli dan penyokong PAS tetapi pada ketika itu atas sebab-sebab tertentu, ahli dan penyokong UMNO pun ada yang mengundi PAS. Sokongan penyokong UMNO itu menyebabkan PAS menang dengan agak bergaya. Apakah ulama yang berdoa dan makmum yang mengaminkan doa tersebut tidak memerlukan lagi sokongan kumpulan ini untuk membolehkan mereka ke Putrajaya? Seperti yang dipaparkan dalam media matlamat ke Putrajaya begitu ghairah diperbahaskan dalam Muktamar kali ini. Tidakkah doa yang dibaca itu akan menutup ruang sokongan pengundi dari kalangan mana pun termasuk ahli dan penyokong UMNO? Saya tidak dapat membayangkan betapa sempitnya pemikiran mereka yang terlibat hingga sanggup melafazkan doa memohon dihancur musnahkan parti yang seagama dan sebangsa dengan mereka.

Akhirnya saya bimbang piawaian akhlak yang ditunjukkan oleh mereka yang bergelar ulama yang mewarisi para Nabi dicontohi oleh generasi muda Muslim dan generasi pengganti Muslim yang akan datang. Atas kealpaan dan hilang kecermatan mereka yang terlibat akan mengakibatkan kesan buruk berganda di kalangan Umat Islam di negara ini..

Saya doakan Allah terus memelihara kita dengan kasih sayang dan keredhaanNya. Moga pembaca doa dan makmum yang mengaminkannya ditunjukkan jalan yang benar dan sentiasa berada dalam pengampunan Allah SWT.

YB DATO’ DR HASAN BIN MOHAMED ALI
Pejabat Operasi Jati
153B, 2nd Floor, Jalan Aminuddin Baki,
Taman Tun Dr Ismail,
18 Oktober 2012

19 Responses to “Doa PAS Di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV”

  1. backdoor

    Nov 21. 2012

    Ulamak pewaris Nabi. Bukan sahaja mewarisi ilmu untuk ditebarkan kepada manusia tetapi akhlak juga harus dipertontonkan seperti akhlak Nabi, Tetapi alangkah malangnya pewaris Nabi yang berada didalam shaf parti politik PAS ini. Sedang Nabi bersabar serta mengharap bantuan Allah dalam menyebarkan risalah Kalammullah tetapi ulama PAS begitu taksub dengan ilmu diri sendiri. Mengapa perlu mendoakan kemusnahan sesama saudara seislam sedangkan kita dianjurkan untuk mendoakan yang terbaik untuk saudara kita. Apakah kalau kita tahu ibubapa atau abang, kakak, adik yang tidak patuh pada suruhan agama untuk kita mendoakan kemusnahan mereka? Tidakkah PAS takut jika doa itu akan berbalik kepada mereka? Apakah ini fahaman PAS bahawa apa sahaja yang tidak sehaluan dengan fahaman mereka itu adalah orang yang sesat dan murtad? Apakah hanya berbezaan tentang fahaman perlaksanaan hukum Hudud, PAS sewenang2nya menghukum UMNO sebagai kafir dan murtad? Maha Suci Allah, jauhkan lah kita dari mentafsirkan sesuatu dengan batas yang melampau. Sesungguhnya benarlah firman Allah yang bermaksud, Sesungguhnya manusia itu ada yang melampaui batasnya. Ampunilah kami Ya Allah.

    Reply to this comment
  2. Wafi

    Nov 20. 2012

    Apa kata lepas ni kita panggil ulama pas sebagai ulama KO. Ulama (kepala otak)

    Reply to this comment
  3. Anwar Bapak Rasuah

    Nov 20. 2012

    Setahu saya, hanya AHLI SIHIR & BOMOH SESAT sahaja yang suka meminta kehancuran orang lain.

    Reply to this comment
  4. al-Madani

    Nov 20. 2012

    saya mendoakan agar pemimpin parti sekular diberi hidayah oleh allah sehingga mereka meninggalkan perjuang sia-sia. jika mereka bertaubat itu lebih baik bg mereka. tapi jika mereka enggan saya doakan Allahumma baddi` syamlahum, wa zalzil aqdamahum wa farrriq jam`hum wa sallith alaihim kalban min kilabik, allahumma ihzimhum wansurna alauihim. ameen.

    Reply to this comment
  5. Ana

    Nov 20. 2012

    Bila kita buat zalim kpd sesuatu pihak, tentulah pihak yg merasakan kan mereka dizalimi boleh berdoa apa sahaja. Bertahun kezaliman yg diterima akibat fahaman politik berbeza, tidak salah berdoa utk mengahapuskan kezaliman. Sebab itulah jangan berlaku zalim kpd orang lain. Hatta seorang Islam berlaku zalim kpd seorang kafir, orang kafir boleh berdoa dlm bahasa & permohonan nya memohon Tuhan orang Islam menghukum orang Islam yg zalim. Samada diterima atau tidak itu hak Allah, cuma jgn buat zalim, tiada hijab doa orang dizalimi dgn Allah.

    Reply to this comment
    • sman

      Nov 20. 2012

      Cubalah senaraikan setiap kezaliman yg telah di buat oleh Umno terhadap Pas dan papenyokongnya.Biar nanti kita bincangkan satu persatu dengan bukti dan dalilnya sama ada ianya benar atau satu fitnah dan rekaan dari mereka yg keciwa.

      Reply to this comment
      • usin lempoyang

        Nov 20. 2012

        Benar tu SMAN,

        PAS selalu mendakwa meeka sering dizalimi.

        Tetapi, apakah mereka sendiri secara sedar terasa dizalimi?

        mana dia kezaliman itu, kalau boleh sila senaraikan supaya boleh dibincang secaraterbuka..

        ini tidak…sering mendakwa dizalimi..tetapi kezaliman apa yang dimaksudkan saya pun tidak tahu..

        nak kata mereka dizalimi kerana didiskriminasi…orang PAS juga perutnyasama buncit dan kenyang dengan perut orang DAP..

        so..apa kezaliman itu yee..

        Reply to this comment
    • Ejai

      Nov 21. 2012

      pelik saya bile sebut tentang kezaliman ni….
      adakah rakyat kite ni paham apakah maksud kezaliman yang diperjuangkan ni??
      penah tak terfikir yang sesetengah rakyat ni sebenarnya tak pandai besyukur dan sentiase dengki pada yang lain….
      Semenjak saya lahir dan kenal bumi malaysia ni tak penah satu hari pun saya jumpe ade rakyat malaysia yang mati atau meninggal dunia disebabkan kelaparan malah saya sentiase terbaca artikel yang mengatakan rakyat malaysia semakin manghamprir penyakit obesiti>>> klu tak setuju saya rase kene byk membaca lagi>>>
      Jadi apakah yang menyebabkan sesetengah pihak sanggup mengatakan tampuk pemerintahan sekarang ini penuh kezaliman???
      Dengan soalan ini pasti ramai yang berkata macam2 seperti rasuah, songlap duit rakyat dan banyak lagi, akan tetapi penah kah kite terfikir semua pekara yang terjadi ini adalah dengan keizinan dan ketentuan Allah s.w.t.
      Cube kite didik rohani dan jasmani kite sentiase bersyukur dengan ape yang tuhan telah berikan kepada kita dan jangan dengki pada yang lain anggap je mane yang lebih orang lain dapat adalah rezeki mereka. jika mereka dapat dari sumber yang tidak baik Allah ade untuk menghakimi mereka pada hari penentuan kelak.
      Saya rasa dengan pemikiran ini insyaallah tidak akan ade orang islam berdoa untuk kehancuran orang islam yang lain.
      Jelas bende ini tidak sepatutnya berlaku…. SEKIAN

      Reply to this comment
  6. basry

    Nov 20. 2012

    ..doa tersebut Itu membuktikan pemikiran penyokong PAS adalah sama tarafnya dengan pemikiran budak-budak TABIKA PAS.

    Reply to this comment
  7. Wafi

    Nov 19. 2012

    Assalamulaikum & Salam Sejahtera

    Saya berasal dari dua keturunan, sebelah ibu anak jati Terengganu dan sebelah ayah anak jati Kelantan. Campuran ini menjadikan saya bergitu arif dengan asam garam politik orang pantai timur antara umno-pas. Insya Allah, doa itu tidak lah berkat kerana setiap yang mengamin doa tersebut, sebenar mendoakan kehancuran kepada ibu bapa dan datuk nenek kami sendiri sebenar. Kerana rata-rata orang tua kami terdahulu majoriti penyokong umno yang kental. Tunggulah bala kehancuran akan tiba kerana kebodohan anak cucu sendiri. Tuan-tuan tengok nanti negeri-negeri Pantai Timur akan menghadapi masalah banjir yang teruk bulan hadapan dan disusuli masalah taun selepas banjir tersebut…. Itulah harga yang perlu dibayar kelak.

    Insya ALLAH

    Reply to this comment
  8. Pejuang IMR

    Nov 19. 2012

    UMNO dikatakan menolak Islam??
    Betul ke UMNO tolak Islam??? Apa buktinya,

    Mengikut YB Datuk Zulkifli Nordin, PAS telah menandatangani perjanjian bersama DAP & PKR dengan persetujuan tidak membangkitkan soal mendirikan negara Islam dan Hudud sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum (PRU) 13 dalam tahun. 2010. Bukankah ini membuktikan dengan terang benderang sebenarnya PAS lah yang menolak islam. Tak gitu.

    Reply to this comment
    • usin lempoyang

      Nov 20. 2012

      Pasal itu lah PAS menjadi sesat! dia yang tolak Islam, lalu dikatakannya UMNO tolak Islam!

      Memang..UMNO tidak laksanakan hudud..tetapi UMNO sentiasa memartabatkan Islam..jauh sekali untuk menolak Islam!!

      Hakikatnya..PAS sendiri yang kata ‘TIDAK ADA NEGARA ISLAM..DAN TELAH MEMBAKULSAMPAHKAN HUDUD KERANA NAK JAGA DAP!! MEREKA KINI BERKITABKAN BUKU JINGGA!!

      apabila kekeliruan PAS menjadi semakin berpintal dan kalangan mereka telah kehilangan punca..lalu dengan senang-senang mereka menolak segala masalah PAS kepada UMNO..mereka mengatakan UMNO sebagai zalim, murtad, dan sebagainya..

      Ini lah masalahnya kalau terlalu taksub dengan gelar ‘Tuan Guru’ serta ketagihan kuasa dan penghormatan yang berlebihan..sehingga membuatkan diri menjadi alpa serta sentiasa meraSa ‘DIRI SENDIRI SAHAJA YANG BENAR’…dia sahaja benar, orang semua adalah salah..

      Kasihan melihat Nik Aziz dan adiknya..nampak sangat terlalu bimbang kuasa dan pengaruh yang semakin terhakis..sehingga begitu terdesak sangat nampaknya untuk terus relevan..

      terlalu ganjil sangat bunyi doa mereka ini..KO BN..BN KO..

      bukankah sepatutnya musuh hakiki PAS adalag DAP..kerana mereka terang-terang mencabar langkah mayat terhadap hudu PAS..maka kenaka tidak ditujukan sahaja doa itu kepada DAP..?? KO DAP..DAP KO..Karpal KO..Kit siang KO..(kan lebih lunak bunyinya kepada telinga PAS…??)!!

      Reply to this comment
      • odin

        Nov 20. 2012

        klu cam tu, kita senaraikn kezaliman bn utk ditentukan samaada benar atau hny fitnah…tp siapa nak putuskn? Adakh nak tubuh suruhanjaya diraja?

        Reply to this comment
  9. Lim Lynn

    Nov 19. 2012

    Reply to this comment
  10. USIN LEMPOYANG

    Nov 19. 2012

    SUNGGUH DAHSYAT KESESATAN PAS..SEMAKIN MENJADI-JADI.

    DUA BERADIK YANG NAMPAK MACAM ULAMA, TETAPI TIDAK ADA LANGSUNG CIRI ULAMA!

    PAS MENDOAKAN UMNO DAN BN JAHANAM? MENGAPA TIDAK MENDOAKAN PKR DAN DAP SAHAJA SUPAYA JAHANAM..KERANA SUDAH TERANG LAGI BERSULUH BAHAWA DAP LAH BATU ASAS PENGHALANG TERBESAR TERHADAP CITA-CITA PAS UNTUK MENUBUHKAN NEGARA ISLAM..

    TERLALU ANEH..BUKAN KAH PAS SENDIRI YANG TELAH MENOLAK KONSEP NEGARA ISLAM APABILA IA DENGAN JELAS BERSEKONGKOL DENGAN DAP SERTA TERPAKSA ‘MELACURKAN’ KONSEP NEGARA ISLAM LALU MENGGANTIKANNYA DENGAN ‘NEGARA BERKEBAJIKAN’..! PAS TERLALU TAKUT UNTUK MEMARTABATKAN ‘ISLAM’ DI DALAM PERJUANGANNYA..LALU TERPAKSA BERSEKONGKOL DENGAN ANWAR IBRAHIM (MASYA-ALLAH.,..MANUSIA JENIS APA INI??) PLURALISME DEMI KELANGSUNGAN NAFSU SERAKAHNYA?

    PAS MENOLAK PELAWAAN UMNO UNTUK BERJUANG BERSAMA-SAMA DEMI ISLAM, NEGARA DAN MELAYU..

    LALU..PAS DENGAN TIDAK MALUNYA MENGATAKAN UMNO MENOLAK ISLAM??

    UMNO TIDAK PERNAH SESEKALI MENOLAK ISLAM..MALAH SENTIASA MEMARTABATKAN NYA. SEBALIKNYA PAS YANG BERIYA-IYA BERDEGAR-DEGAR MENGKAFIRKAN UMNO DAHULU KINI DENGAN TIDAK MALUNYA MEMBUAT PERSEKONGHKOLAN DENGAN KAFIR DAP DAN PLURALISME ANWAR!!

    WAHAI ULAMA PAS..NIK AZIZ DAN LAIN-LAINNYA..BAWALAH BERMUHASABAH DIRI. SESUNGGUHNYA DOA KALIAN HANYA MEMBERI MALU KEPADA DIRI SERTA UMAT ISLAM SELURUHNYA.

    KEPADA ULAMA ‘SILENT MODE’ YANG LAIN..CARILAH ‘MAKAN’ DENGAN BERSUMBERKAN YANG HALAL LAGI BAIK..PELIHARALAH KEPENTINGAN ISLAM DAHULU, BARU KEPENTINGAN DIRI DAN PERIUK NASI..

    WASSALAM

    Reply to this comment
  11. ummu amir

    Nov 19. 2012

    salam..mengapa x didoakan supaya pemimpin umno diberi hidayah oleh Allah utk kmbali ke jln-Nya? takutkah anda sekiranya pemimpin umno mngamalkn ajaran Islam sepenuhnya,maka jwtan menteri x dpt anda genggam? apakah motif sbnar pjuangan Pas?

    Reply to this comment
    • Mr Y

      Nov 20. 2012

      Ya betul.. doakan lah agar semua orang UMNO masuk PAS…. kalu setakat lompat parti tu takde salahnya. kan… kan… ini doa bagi K.O… kalu dah K.O. semua orang UMNO Islam siapa yang memerintah nanti? DAP lah jawabnya .. Tak gitu wahai para penyokong PAS (terutama Ana yang kat atas tu…) … nanti kalu kata bodoh … marah pulak… maaf lah ye kalau terkasar bahasa… takut saya berlaku zalim kat awak dan awak doakan saya K.O pulak… saya penyokong UMNO mendoakan agar diri saya dan semua pemimpin & penyokong UMNO serta semua pemimpin dan penyokong PAS .. dan juga pemimpin & penyokong PKR yg Islam agar diberi taufik dan hidayah untuk mengamalkan Islam cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para Sahabat R.A.hum. Untuk pemimpin & penyokong MCA, MIC & DAP dan lain2 yang belum Islam didoakan agar mereka terima Islam sebagai maksud hidup… Amin.

      Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE