PARADIGMA POLITIK BARU

Kalam Keramat Bekas Puteri Reformasi

Aminuddin Yahaya – Bak kata pepatah Melayu “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa”.

Itulah gambaran yang saya boleh berikan kepada bekas Puteri Reformasi yang hangat diperkatakan sekarang ini. Kedudukan politik beliau yang sangat penting menjadikan isu ini semakin kritikal. Sebagai pemimpin kanan dalam PR sudah pasti apa saja kenyataan beliau akan diikuti dan diamati kerana kemungkinan ia menjadi satu polisi umum negara satu ketika nanti adalah besar.

Sama ada beliau terlajak atau mempunyai maksud yang lain, itu kita serahkan kepada beliau dan Allah swt saja yang menentukan. Tetapi mendengar rakaman video semasa forum itu amat jelas kenyataan beliau yang menyatakan bahawa kebebasan memilih agama ini juga mesti diberikan kepada orang Melayu.

Secara tidak langsung ia membenarkan mana-mana orang Melayu yang beragama Islam untuk murtad dan ia harus dihormati. Sebenarnya kenyataan ini bukan saja menyanggah agama Islam tetapi juga menyanggah kedudukan Raja-raja, kedudukan majlis-majlis agama dan apa saja institusi agama yang selama ini berusaha berdakwah dan menghalang dari berlakunya murtad.

Kenyataan beliau ini kemudian disokong oleh seorang YB di Shah Alam yang mengatakan bahawa Islam bukan agama keturunan tetapi sebaliknya adalah satu pilihan. Bukan bererti jika ia Melayu maka ia mesti Islam tetapi Islam ini lahir atas kesedaran dan keyakinan seseorang kepada Allah.

Sekali lalu kenyataan ini tidak ada salahnya tetapi jika dilihat dalam konteks realiti di negara ini Melayu dan Islam itu adalah sinonim. Apabila kita menidakkan Melayu itu secara automatiknya Islam maka ia seolah-olah memberitahu bahawa seorang bayi Melayu yang lahir tidak ada agama sehinggalah ia sedar dan faham tentang Islam maka barulah boleh dikatakan ia seorang Islam.

Ia juga membawa erti orang bukan Islam boleh berdakwah kepada anak orang Melayu untuk bertukar agama kerana dalam Perlembagaan bukan Islam tidak boleh berdakwah kepada orang Islam.

Tetapi kalau anak orang Melayu itu tidak ada agama maka dengan sendirinya mereka boleh didakwahkan kepada agama lain. Tidakkah ini satu tragedi kepada orang Melayu?

Kalau begitu apa bezanya kenyataan ini dengan apa yang dituntut oleh IFC ? Saya tidak pasti apakah YB Shah Alam maksudkan bila beliau membuat kenyataan sedemikian.

Mendengar semua kenyataan ini memberikan gambaran kepada kita betapa ahli-ahli politik kini sudah sampai ke tahap maksima dalam mengorbankan segala bentuk prinsip demi untuk mencapai kuasa.

Malangnya kedudukan mereka sebagai pemimpin ini apa saja yang mereka lontarkan akan diikuti oleh orang ramai. Ini berbeza kalau kenyataan ini dibuat oleh rakyat biasa.

Apa yang membimbangkan rakyat ialah rakyat bukan takut kepada peralihan kuasa. Bagi saya peralihan kuasa itu adalah sesuatu yang biasa dan memang akan terjadi lambat launnya. Tetapi apakah perubahan ini akan membawa lebih kebaikan atau akan menjadi lebih parah.

Apabila saya katakan kebaikan di sini saya tidak maksudkkan kebaikan dalam bentuk maddi atau ekonomi atau kehidupan sosial semata tetapi yang lebih penting yang menjadi pertahanan akhir umat Islam ialah agama Islam itu sendiri.

Jika inilah kenyataan dan pegangan pemimpin maka keraguan rakyat ini adalah sesuatu yang berasas.

Ini bukan kali pertama dan saya tidak rasa ia kali terakhir akan keluarnya kenyataan-kenyataan yang boleh menggugat keluhuran agama Islam.

Lebih malang kenyataan ini akan hanya menimbulkan perkelahian antara sesama Islam sedangkan orang lain melihat dengan tersenyum.

Saya menasihatkan supaya pimpinan politik Melayu Islam lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kerana kalam pemimpin kalam keramat. Ia akan didengar dan diikuti. Damage yang akan berlaku amat besar.

Adakah DAP Beri Keuntungan Kepada Islam?

Muslihat DAP Mahu Malaysia Negara Sekular

6 Comments

  1. anakmuda yang berusia kurang dari 25 pada tahun 1998 tidak mengerti akan nasionalisme melayunisme… kerana dibelai dengan kemewahan hasil mahsul negara…… ditatang bak dgn talam berisi minyak minyak gamat kualiti a1……

    ambik contoh seumpama kat terengganu skrg ni… kecemerlangan upsr menurun gara2 beberapaa tahun ni sogokan kemewahan kelekaan netbook alamaya….. yang menjadi semakin hanyut pemikiran budak2…….

  2. Wafi says:

    “Kalau Benih Yang Baik Campak Ke Laut Menjadi Pulau”

    Faham-faham benih anwar, kalau dibaja dijaga sepenuh hati pun, rasa isi tetap sama cukup bentuk saja berbeza .. yang panjang yang ni berlubang.

  3. mata 4 says:

    Dan….ini lah natijah yg Allah tunjukkan setelah hampir 14 tahun seluruh ‘bermunajat’ kpd Allah swt utk tunjukkan ‘jalan kebenaran’ & merungkai segala kekusutan selama ini….

  4. sman says:

    Sebenarnya apa yg keluar dari mulut Nurul Izzah adalah kehendak Allah.Allah mahu memecahkan tembelang mereka anak beranak yg cukup pandai berbohong.Busuk tembelang mereka lebih tercium dgn di bantu oleh kawan rapat mereke sendiri Siti Kasim.Ini bukan kebodohan Nurul dan bukan juga perancangan kita,tapi perancangan Allah.Mulut Nurul ini jugalah kini menjahanamkan rakan mereka yg satu lagi iaitu Pas.Kenyataan para pemimpin Pas mengenai isu Nurul ini telah menyerlahkan dgn lebih nyata apakah benar Pas memperjuangkan Islam.Akidah adalah tunjang utama dalam Islam,tapi akidah merupakan sesuatu yg remeh bagi Ketua Dewan Ulamak Pas,Beginikah pejuang Islam?.Saidina Abu Bakar mengistiharkan perang bagi memerangi murtad walaupun dalam suasana penganut Islam yg masih kecil bilanganya dan masih awal perkembangannya,tapi bagi Harun Taib,isu murtad adalah perkara kecil.Astaghfirullahhiazim.Memebaca berbagai kenyataan lain dari pemimpin Pas ,saya semakin yakin bahaw mereka sedang menerima balasa dair Allah akan keterlajuran mereka yg suka mengkafirkan orang lain yg tidak sealiran dgn fahaman politik mereka selama ini.Sekarang,seolah-olah ada sesuatu yg menutup pintu hati mereka .Mereka masih merasa mereka pejuang Islam,tapi mereka gagal menyelami Islamikah Anwar yg sudah berkali-kali terlibat dgn berbagai-bagai salah laku seks,yg mahu mereka jadikan PM,Islamikah berkawan dgn DAP,Islamikah menutup mata mengenai kenyataan Nurul anak Anwar?.Kasihan.

    • halmi says:

      saya amat setuju dgn tuan…..tepat sekali analisis yg dibuat….Allah telah dan
      sedang menunjukkan satu persatu tembelang yg cuba disorok oleh mrk selama ini…..

      • DH Daniel says:

        saya setuju dgn pemerhatian tuan-tuan tapi kita kena mengasihani Anwar Ibrahim ini. jika kila sorot sejarah latarbelakang pelajaran beliau; beliauhanya memilik ijazah am Pengajian Melayu. Itu pun beliau bernasib baik kerana bapa beliau berpengaruh dapat beliau belajar di MCKK. saya fikir semasa di kampus kerana mudah subjek atau kursus yg beliau ambil maka beliau mempunyai banyak masa terluang, oleh yang demikian beliau dapat memegang pelbagai ‘jawatan penting’ sehingga seolah-olah beliau ini nampak hero, mempunyai bakat kepimpinan dan berpengaruh. semasa beliau sebuk memeganag pelbagai jawatan, mengahadiri pelbagai persidangan dan mesyuarat antarabamgsa, rakan-rakan beliau semuanya bertungkus lumus menelaah pelajaran mereka yang susah-susah belaka seperti bidang sains, matematik, fizik dan sebagainya. beliau cuma pandai membaca buku-buku Shakespear dan sastera Melayu yang membolehkan beliau mengutip dan menucapkan kata-kata dalam ceramah beliau, jadi nampak beliau berfikiran tinggi dan luas membaca.

        ramai sudah bekas rakan karib beliau yang dikencing. yg tinggal saki baki ini pun semuanya masih berharap beliau menjadi PM – orang-orang seperti Ust. Muhd Nur Manuty, Mustafa Kamil Ayub, Siddiq Fadhil, Ahmad Azam, dan ramai lagi ‘tokoh-tokoh’ dalam WADAH ABIM IKRAM sebagai semuanya bernostalgia masa lampau. sebenarnya mereka juga berpencen dah semuanya cuma menghabiskan masa tua mengenangkan Anwar Ibrahim ini yang masih bernapsu untok menjadi PM.

        Saya kasihan Anwar Ibrahim ini. Tahap akal beliau sebenarnya sudah tidak mampu mendepani cabaran abad ke 21. Tapi beliau mesti jadi PM walau apapun terjadi untuk memastkan rahasia beliau tetap terjaga.

Leave a Comment

 

— required *

— required *