PARADIGMA POLITIK BARU

Ucapan Dasar Presiden PAS Tidak Sentuh Hudud

KOTA BAHARU – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menyentuh langsung perjuangan parti itu untuk melaksanakan hukum Hudud dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan di sini, Jumaat.

Berucap di hadapan 1,116 orang perwakilan selama kira-kira dua jam, beliau lebih menumpukan kepada persiapan PAS untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) dan penubuhan negara berkebajikan.

Turut hadir pada muktamar itu ialah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Dr Tan Seng Giaw.

Ini dilihat tidak selari dengan kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib semalam, bahawa pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas PRU 13.

Harun dilaporkan berkata sekiranya PAS mendapat majoriti dalam Parlimen, undang-undang berkaitan hukum Hudud akan dibentangkan dan sekiranya mendapat sokongan serta diluluskan, ia akan menjadi undang-undang negara – Bernama

1 Comment

  1. its me says:

    tuan presiden PAS ni dan kaum2nya pandai borak je lah, ngurus masjid boleh ler, urus negeri jahanam beb.. rakyat skrg hidup aman damai, mudah utk beribadah dll, itu semua atas dasar2 yg tegas dan terus menerus dgn kepimpinan yg diterajui oleh UMNO, kalau kita tanya si PR ni apa yg beza benar ngan skrg? confirm terkial mrk nak jawab!! kaum DAP pulak apa lg dia mahu, mrk sumer hidup sng di Msia. Mrk meniaga pun senang, walaupun tanpa lesen kewangan bumiputera mrk tetap dapat banyak projek kerajaan, kalau mrk cakap org kerajaan ‘corrupt’, kita tanya mrk sape yg bagi rasuah?? kalau tak batang2 hirung kaum2 mrk jugak!!

    Peniaga2 melayu yg menyokong tegar PKR dan PAS, tanya mrk bagaimana mrk hidup kalau bukan menagih projek government gak.. kat dpn ko org sumer sokong BN belakang habis sumer org ko org temberang. kalau nak dkira brp ramai agaknya dr puak2 mrk ini yg bayar cukai?? Kalau ada statistik pasti lah hampeh jawapan nya.

    pendek kata ramai pemimpin dan pengikut PR ini bukanlah rakyat yg berkualiti pun, pertama mrk ni tak pandai bersyukur, kedua ramai melayu yg ‘spoon feed’ sumer nak free, mrk gak suka sgt kalau bab dengar pemimpin PR asyik mengata, memaki, fitnah dsbg bukti? hampeh.. sedarlah la ni zaman penglipur lara dh lama lenyap la ni zaman ada ilmu & kemahiran barulah berjaya. bkn dok cukup dengar ceramah je..

    sikap nurul? sedihnya dia ni HAKCIPTA Allah pun dia senang2 nak adjust, apa tah lagi pengikut2 mrk yg ramainya sengal, ehmm lagi lah hampeh.. tanyalah org lembah pantai apa sinurul dh buat dlm masa 4 thn ni? mimpilah melayu sana tu yg nyokong si mabuk putrajaya ni..

Leave a Comment

 

— required *

— required *