PERKASA : Kenyataan Ketua Ulama Tentang Hudud Bakal Jerat PAS

AIDCNews – 17/11/12 – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menyifatkan tindakan Ketua Dewan Ulama PAS mengeluarkan kenyataan berani mengenai hukum hudud, akan menjerat kredibiliti parti itu.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali seperti dilaporkan Sinar Harian berkata, sikap Datuk Harun Taib yang terlalu yakin mendapat majoriti dalam parlimen menggambarkan pembohongan kepada rakyat.

Ini kerana katanya, kerusi ditandingi PAS dalam Pilihanraya Umum (PRU) lebih kecil berbanding dengan seteru mereka dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu PKR dan DAP.

“PRU12 lalu, PAS hanya meraih 23 kerusi dari 66 parlimen, maka bagaimana mereka mahu menyaingi jumlah seteru mereka dalam Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang.

“Jika PKR dan DAP bergabung dan menolak hudud, PAS tidak akan mendapat sokongan majoriti seterusnya ia tidak akan menjadi undang-undang negara,” katanya.

Beliau juga turut yakin PAS tidak akan berjaya menandingi jumlah calon PKR dan DAP yang akan bertanding dalam PRU 13.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mencabar PR membuat deklarasi perjanjian untuk melaksanakan hudud sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan seterusnya menawan Putrajaya.

“Kita akan lihat sama ada mereka benar-benar ikhlas untuk melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

“Ia perlu dipersetujui dan ditandatangani pemimpin dalam Pakatan Rakyat termasuklah (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, (Penasihat DAP) Lim Kit Siang, (Setiausaha Agung) Lim Guan Eng dan (Pengerusi DAP) Karpal,” katanya lagi.

Sementara itu, penasihat DAP, Lim Kit Siang pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kota Bharu malam tadi mengumumkan secara terbuka bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya pada PRU 13.

“Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia ketujuh bukan keenam,” katanya secara terbuka.

Lim Kit Siang juga turut menegaskan, bahawa DAP tidak akan sekali-kali mengkhianati dasar Buku Jingga yang disepakati bersama di antara PAS dan PKR.

Awal Januari lalu, DAP pernah menyebut perkara yang sama iaitu hanya Anwar sahaja layak dilantik Perdana Menteri kerana beliau dianggap “paling bersih”.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tiada pemimpin PKR, DAP dan PAS yang lebih layak daripada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri yang ketujuh sekiranya pakatan mereka menang pilihan raya akan datang.

“Ini bukan soal kita bela Anwar saja tetapi kita bela kerana beliau saja (pemimpin di negara ini) yang paling bersih untuk menjadi Perdana Menteri,” kata Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Namun begitu, Dewan Ulama PAS menolak saranan Anwar dicalonkan sebagai Perdana Menteri (PM), sebaliknya calon yang paling layak menurut  mereka adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang .

Wakilnya, Mohd Asri Daud berkata adalah tidak sepatutnya apabila ahli dan pemimpin berkempen orang lain menjadi PM,  sedangkan Presiden PAS sendiri berkelayakan.

“Datuk Seri Presiden yang paling layak menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana kita mahu pemimpin yang baik.

“Apa guna kita menang pilihanraya tetapi kita tidak boleh tegakkan Islam,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di muktamar ke 58 di Kota Bharu hari ini.

Seorang lagi wakil Dewan Ulama,  Hairun Nizam membuat cadangan yang sama.

“Saya ingin bertanya kepada perwakilan, siapakah orang yang paling terbaik untuk memimpin kerajaan Malaysia kalau bukan Tuan Guru Presiden?,” katanya sambil disambut dengan laungan ‘takbir’ oleh perwakilan lain.

Zul Noordin Sahkan Wujud Perjanjian Sulit PAS, DAP & PKR Gugurkan Hudud, Negara Islam

PAS Tandatangani Perjanjian Sulit Dengan DAP & PKR, Gugurkan Hudud & Negara Islam

One Response to “PERKASA : Kenyataan Ketua Ulama Tentang Hudud Bakal Jerat PAS”

  1. its me

    Nov 17. 2012

    anwar bersih.. pok nik, pok hadi, lge, lks n ks kotor! !! anwar bersih sbb selalu cuci plug.. hehe

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE