PAS Jaga Hati Anwar Walaupun Kenyataan Nurul Izzah Langgar Prinsip Akidah

KOTA BAHARU, 16 Nov – Seorang bekas anggota Dewan Ulama PAS Kelantan berkata kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah berhubung kebebasan beragama baru-baru ini melanggar prinsip akidah.

Bekas Setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad berkata bagaimanapun Dewan Ulama PAS Pusat menolak perbahasan mengenainya di Muktamar ke-51 semata-mata bagi menjaga hati Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Harun Taib menolak isu itu diperbahaskan pada muktamar ke-51 Dewan Ulama Pas Pusat di sini semalam atas alasan ia merupakan isu kecil yang tidak perlu diperbahaskan.

Wan Ismail berkata agenda utama PAS kini adalah menawan Putrajaya dan parti itu memandang perkara lain yang menggugat matlamat itu, sebagai perkara remeh dan tidak perlu diperbesar-besarkan.

“Kenyataan Datuk Harun Taib tak nak sentuh pasal Nurul Izzah takut Anwar Ibrahim kecil hati sebab orang PAS puja Anwar. Kalau menang (pilihan raya umum) Anwar boleh jadi perdana menteri,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini - bernama

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE