DAP Tolak Dakwaan PAS Bersetuju Sokong Hukum Hudud

AIDCNews – 16/11/12 – Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Dr Tan Seng Giaw menyangkal dakwaan PAS yang mendakwa kompenan Pakatan Rakyat (PR) menerima perlaksanaan hudud jika pembangkang memenangi Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Menurut DAP, parti mereka hanya menerima kedudukan Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan bukannya hukum hudud.

“Itu banyak kali disebut Haji Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan kita ikut semangat isi kandungan perlembagaan (Malaysia) itu yang disebutkan…saya tak tahu macam mana isu lain (hudud) boleh timbul,”.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas perasmian, Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Nada yang sama turut ditegaskan oleh Pengerusi DAP Karpal Singh yang berkata partinya tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

Beliau turut membidas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Harun Taib yang disifatkannya sebagai tersasar dari matlamat sebenar.

“Kenyataan Harun adalah nakal dan jauh menyimpang dari kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan.

“Sudah tentu saya sentiasa tidak bersetuju dan telah memberi sebab secara terbuka dengan berkata demikian berdasarkan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan interpretasi peruntukan-peruntukan tersebut oleh mahkamah tertinggi di negara ini,” katanya.

Semalam Ketua Dewan Ulama Pas seperti dilaporkan Sinar Harian berkata PAS telah mendapat kata sepakat dari PR untuk melaksanakan hudud dan akan dibuat mengikut Perlembagaan negara.

“Kalau kita majoriti dalam Parlimen, kita kemukakan undang-undang berkaitan dan kita dapat sokongan Parlimen dan diluluskan, maka dengan sendiri (hudud) menjadi undang-undang negara.

“Bila jadi undang-undang negara, semua kena taat, patuh. Kalau tidak setuju, contohnya ada undang-undang jalan raya, orang pun tidak setuju, kerajaan laksana juga,” katanya selepas Merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS, semalam.

Sebelum ini pemimpin PR menafikan membincangkan soal hudud walaupun PAS berkeras mahu melaksanakan hukum Islam tersebut sekiranya berjaya menawan Putrajaya.

Ditanya tindakan Karpal yang menolak pelaksanaan hukuman itu, Harun berkata, pemimpin itu belum mendapat penjelasan sepenuhnya daripada PAS.

“Kita tidak ada masalah dengan DAP kerana kita selalu berdialog dengan dia (DAP). Sebelum PR ditubuhkan, DAP selalu bertukar-tukar fikiran tentang undang-undang jenayah syariah.

“Tetapi Karpal Singh tak sempat, mungkin sebab dia uzur, sebab itu ada masih ada suara-suara yang semacam tidak setuju. Itu bukan tak setuju, tapi semacam tidak setuju,” katanya.

Dalam pada itu, Naib Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dalam ucaptama mewakili Harun menasihatkan ulama berpegang kepada konsep “Tahaluf Siyasi” atau kesepakatan dengan PKR dan DAP.

Bagi tujuan itu beliau berkata, ahli PAS diarahkan mengundi calon-calon pilihanraya bukan Islam di kalangan calon PR.

3 Responses to “DAP Tolak Dakwaan PAS Bersetuju Sokong Hukum Hudud”

  1. DH Daniel

    Nov 17. 2012

    saya lihat ketaasuban PAS untuk menang dil PRU13, membentuk Kerajaan dan kemudian mereka akan cuba merubah mengikut tuntutan-tuntutan kerisauan raayat. Mereka nampak kerana dah terlalu lama berjuang untuk sampai ke Putrajaya, maka sekrang bukan masanya untuk berundur menerima tawaran perpaduan UMNO demi Islam dan umat Melayu. cuma mereka yakin mereka akan mampu mengendalikan risiko yg besar ini. saya khuatir jika umat boleh meletakkan harapan kepada lulusan SRP seperti Datuk Mahfuz Omar, dan Mohamad Sabu yang tidak menyelesaikan pengajiannya di ITM. Atau kepada para asatizah, yg mungkin emmpunyai ilmu agama yang mendalam, tetapi kurang mahir dan berdisiplin dalam aspek pentadbiran, professionalisme dan hal ehwal semasa?

    Reply to this comment
  2. Cicitkudin

    Nov 16. 2012

    Barisan kepimpinan PAS kena telus kpd seluruh ahli PAS bahawa pakatan pembangkang terutama PKR dan DAP tidak akan sekali-kali menerima hudud. Di bawah fahaman liberalisme agama yg dianuti dan didokong oleh pemimpin-pemimpin pembangkang, jangan mimpi hudud boleh dilaksanakan. Ahli PAs jangan tertipu dibuai janji-janji palsu pemimpin mereka kononnya DAP dan PKR akan ikut telunjuk mereka.

    Reply to this comment
  3. Anwar Bapak Rasuah

    Nov 16. 2012

    PR = Pengeliru Rakyat

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE