PAS Tandatangani Perjanjian Sulit Dengan DAP & PKR, Gugurkan Hudud & Negara Islam

AIDCNews – 15/11/12 – Seorang bekas ahli seumur hidup PAS, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena sebagai CN Al-Afghani mendedahkan PAS telah menandatangani satu perjanjian sulit dengan DAP dan PKR untuk menggugurkan perjuangan hudud dan Negara Islam.

Menurutnya, perjanjian sulit itu ditandatangani pada 18 Disember 2009 di antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita ini ditipu oleh pimpinan. Kalau baca dalam buku saya ini, ada saya sebut, persefahaman pada 18 Disember 2009 telah disebut dan ditandatangani oleh tiga orang pemimpin.

“PAS oleh Tuan Guru Haji Hadi, PKR oleh penasihat dia, dan DAP oleh Lim Kit Siang.

“Apa yang ditandatangani, di antara kandungannya, apabila PR berkuasa di Putrajaya, pemerintahan ini tidak akan menyentuh tentang hudud dan Negara Islam,”dedahnya dalam Wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asal, 11 November.

“UMNO memang jahat, tak mahu buat hudud, tapi UMNO tidak pernah janji untuk buat hudud. Dan dia (UMNO) tidak pernah tandatangan untuk menafikan hudud.

“Tetapi pimpinan kita menandatangani..tidak akan laksanakan hudud. Ini kita tidak tahu perkara ini. Ini kesilapan pemimpin-pemimpin kita, buat sesuatu tidak hebah kepada rakyat,”katanya lagi.

Semua pendedahan itu terkandung dalam buku terbarunya yang akan berada di pasaran tidak lama lagi.

C.N Al-Afghani sebelum ini pernah menulis buku kontoversi bertajuk ” Mohd Sabu Air Mata di Bumi Memali,” mendedahkan wujudnya penyelewengan dan penipuan berjuta-juta ringgit milik berpuluh-puluh anak yatim, 14 balu dan 200 mangsa Memali oleh pihak kepimpinan PAS.

Akibatnya, buku tersebut dilarang dijual ketika berlangsungnya Majlis Memperingati 25 Tahun Memali pada November 2010, namun difahamkan saudara mara dan anak-anak mangsa Memali berusaha gigih menjual buku tersebut agar penyelewengan itu terdedah kepada umum.

Menurut penulis, kutipan derma yang dibuat dari tahun 1986 sehingga ke 2001 iaitu selama 15 tahun, tidak pernah dibuat laporan penyata kewangan yang jelas.

Kesannya, pada tahun 2001, salah seorang keluarga mangsa pernah membuat laporan polis tentang penyelewengan tersebut.

12 Responses to “PAS Tandatangani Perjanjian Sulit Dengan DAP & PKR, Gugurkan Hudud & Negara Islam”

  1. azre

    Nov 17. 2012

    bagus pendedahan aidc. harap2 kuar utusan bg satu negara baca. rtm tv3 radio semuanya…

    Reply to this comment
  2. Me, A Reader..

    Nov 16. 2012

    Huiyohhh!!!

    Kepada pemimpin-pemimpin yang andainya bersekongkol dngan hal ini, esok kat Mahsyar siap mendidih la otak hangpa semua. Andai Putrajaya dalam diterajui dan puak-puak nehh makan gaji kesan dari penipuan ini, Masya Allah!!

    Dan gaji tu diberi makan pada anak isteri, dengan anak isteri tu semua terguling sekali kat Mahsyar besok, Na’uzubillah..

    Awat kemaruk sangata ka sampai nak sekatil dengan DAP yang memang terang tolak Islam, Melayu dan Raja-Raja? Tok sah dok crita la point yang kita bersama dulu, lepas dapat Putrajaya baru kita tegas dengan Daulah Islamiah?

    Sembang cukup kuat la hangpa semua nehh Syeikh2 PAS!

    Kalau dari sekarang (Pasca 2008) pun hangpa semua tak leh tarbiah DAP, ingat masa depan bolehh ka? Puak DAP pulak dok acapkali tarbiah hangpa semua la. Depa guna ja:

    – cth Saudina Umar Al Khattab

    – ayat Amal Maaruf Nahi Mungkar

    Hangpa semua mengulupur berguling atas jalan, siap panggil Ostat PAS sebut nama Guan Eng dalam khutbah Jumaat!!

    Tu tak masuk bab tak bagi doa sebelum azan Subuh dimatikan dari dilaungkan kat P. Pinang. Jawatan hal ehwal Islam, bagi yang bukan ahli yang pegang di P. Pinang dan Selangor!

    Ya Allah!! BUTA dan BISU ka hangpa semua juak-juak PAS ooiiii!!

    Nie, isu baru, Ostazah Nurul kata orang Islam mulehh MURTAD!

    Mana pi semua pimpinan Ulama dalam PAS? Awat sengap? Tunggu 4-5 hari, baru mengaum ka? Tunggu semua orang beri komen, tengok arah angin ke mana, kena rujuk jemaah baru nak beri komen?

    Atau nak tunggu anak-anak kita kat rumah bagitau yang depa nak tukaq agama selepas cukup umoq disebabkan kebebasan beragama versi Nurul adalah mutlak baru nak kesedaq kediri?

    Serius cakap, aku memang tak sangka PAS sampai tahap macam nie punya BANGSAT.

    Buang la nama Islam dari nama PARTI. Buanglah pendekatan Islam dalam perjuangan parti. Jadi sekular / liberal macam PKR. Kurang2nya dosa melacurkan nama Islam tak dapat.

    Pasal PAS, aku tak jadi antaq anak bongsu aku ke skolah madrasah. Takpalah. Ngaji kat umah, attend summer camp Islam, ikuti kursus2 atau pe2 yang berkaitan Islam sudah. Aku tak mao dia jadi pelopor2 ostad PAS yang:

    – ikot SYIAH (al Sabu)

    – ikot dinar (al Husami)

    – tarbiah dalam bilik hotel dengan bini orang pukul 3 pagi berdua2an

    – maksiat dalam keretapi

    – Ustad amik gambaq lucah simpan dalam henpon (al perupuk)

    Reply to this comment
    • ron95

      Nov 17. 2012

      Meh ajak geng TIBAI kita TIBAI beramai-ramai, baguih dok depa tuhh

      Reply to this comment
  3. huhu

    Nov 16. 2012

    Nik Aziz pernah janji di depan paderi untuk tidak laksana negara islam ://suarapakatanrakyat.com/2012/08/nik-aziz-pernah-janji-depan-paderi-untuk-tidak-laksana-negara-islam/

    Reply to this comment
  4. Right2Differ

    Nov 16. 2012

    Terima Kasih AIDC kerana membantu mendedahkan perkara ini.

    Reply to this comment
    • Anwar Ibrahim

      Nov 16. 2012

      Aaaaahhh! Persetankan. Ternyata ni semua suatu fitnah dan konspirasi UMNO untuk menjatuhkan aku sebagai PM. Mereka hasad dengki dengan kejayaan aku sebagai lulusan ijazah am Pengajian Melayu yang berjaya memberikan ucapan tahap tinggi Shakespeare hingga samapai ke IMF dan World Bank. Nantilah aku jadi PM selesai semua masalah. Tunggu aku jadi PM selesai semua masalah.

      Reply to this comment
  5. its me

    Nov 16. 2012

    Semakin byk isu2 yg timbul berkaitan org melayu n org islam. Isu agama Islam sengaja dibobokkan oleh org2 yg kononnya mahukan keadilan bersandarkan hak asasi sebg manusia yg berhak memilih. Ada sj isu2 baru yg diketengahkan bagi menyibukkan org2 islam berdebat sesama sendiri atau berbalah sesama sendiri. Pd ketika nampak jelas yg org islam secara amnya tidak boleh srbumbung dan ini merupakan senjata ampuh bagi golongan kafir dan munafikun utk menguasai arena politik msia dgn sewenang2nya. Walhal mereka sibuk mengaut keuntungan hasil kekayaan didlm negara islam msia. Kita pula yg melayu atau islam ini dok sibuk memilih parti mana betul. Ibadah n dakwah bersifat kepartian.

    Secara amnya ramai dr org melayu tidak pandai mengurus hal2 agama sendiri sehingga watak2 jahat dgn secara terang-terangan mengkotak katikkan hukum2 dlm islam. Jika mereka berminat utk mendalami dan memahami islam baguslah. tapi rasanya umum mengetahui apa yg tersirat dibenak ‘mereka’ semua. Jika PAS benar ikhlas ingin mentarbiahkan ‘rakan’2 politiknya, dr isu nurul adalah satu peluang yg sgt luas dan baik utk mentarbiahkan mrk akan hukum hakam islam namun spt disangka bak semut dan gajah, semua itu diletak disimpan rapi agar semua ahli sekapalnya senyap dan terus kpd perjuangan sempit mrk. Apalah sgt putrajaya jika dibanding dgn syurga!!.

    Penyokong2 PAS yg taksub pula asyik leka dgn janggut dan kupiah mrk. Nasib anak2 dipinggirkan. Apakah dgn mmbiarkan UMNO menang akan membuatkan anak2 mrk akan jatuh kafir atau kufur kemudiannya?? Lihat lah diri kamu, hari ini kamu adalah manusia yg lebih dr semlm itu semua atas dasar2 yg dibina oleh UMNO yg tidak petnah bertukar dr dulu hinggalah kehari ini. Bagaimana dgn PAS pula?? Sy percaya dgn memilih PR pd pru 13 akan menjadikan anak2 melayu murtad dan kafir. Ini sudah dapat dibayangkan dgn mudah jika PR mengemudi. Lihat shj sekarang, apakah fitrah islam kita sedikit pun tidak sayu dgn apa yg terjadi hari ini dan semalam dgn keangkuhan Anwar dan puak2nya??

    Reply to this comment
  6. Mat Zain

    Nov 16. 2012

    Pas mkn harta anak yatim. Confirm Pas pendusta agama.

    Reply to this comment
  7. basry

    Nov 16. 2012

    Jumaat besok akan bermula muktamar tabika PAS di Kelantan..

    Reply to this comment
  8. ron95

    Nov 16. 2012

    memang dah agak dah PAS sudah jadi Parti Angguk Saja, mengulangi sejarah Lebai Malang, itulah PAS bukan parti yang sebenarnya yg menegakkan syiar islam di negara kita ini.

    Reply to this comment
  9. Lim Lynn

    Nov 15. 2012

    Reply to this comment
  10. sman

    Nov 15. 2012

    Virus al Jubori yg boleh merosakan iman sudah menjalar teruk dalan Pas sehingga ke akar umbinya,Pas akan mati kering seperti mereka yg di hinggapi virus HIV.

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE