Siti Kasim Tidak Gentar Disaman Nurul Izzah

KUALA LUMPUR 14 Nov. – “Dia (Nurul Izzah Anwar) tidak boleh menafikannya, sesiapa pun tidak boleh buat cerita, kita ada rakaman, every word (setiap perkataan) kita rakam.”

Demikian reaksi ahli Majlis Peguam, Siti Zabedah Kasim berhubung kenyataan bahawa hak kebebasan beragama perlu diguna pakai sama rata, termasuk orang Melayu seperti yang disebut oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah dalam sebuah forum baru-baru ini.

Menurut Siti Zabedah, kenyataan Nurul Izzah bagi menjawab soalannya dalam forum itu sangat jelas dan difahami maksudnya oleh para hadirin forum berkenaan.

Penegasan terbaru Siti Zabedah itu ekoran pendirian Nurul Izzah mahu menyaman media arus perdana dan media alternatif yang didakwa memutar belit kenyataannya serta mengelak mengulas berhubung kenyataannya berhubung isu tersebut sebelum ini.

Berhubung cabaran banyak pihak kepada Nurul Izzah untuk menyamannya, Siti Zabedah berkata, beliau sama sekali tidak gentar kerana berpegang kepada kebenaran.

“Saya tidak percaya beliau akan (saman saya), saya hanya seorang peguam yang bertanyakan soalan dan beliau sendiri yang menjawab soalan itu.

“Sudah tentu, apa yang saya tanya itu bukannya di luar konteks kerana forum itu membincangkan tentang kebebasan beragama di Malaysia. Ini topik yang susah hendak dibawa ke depan kerana sensitif.

“Saya tiada masalah, saya tidak takut apa-apa, berani kerana benar, saya (cuma) takut ada orang gila yang ingin kata saya sokong murtad, saya tidak sokong murtad, saya sokong apa yang benar, apa yang betul,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam forum yang bertajuk Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?, Siti Zabedah merupakan individu yang bertanyakan soalan kepada Nurul Izzah sama ada kebebasan beragama patut diperluaskan kepada orang Melayu memandangkan isu itu disebut pemimpin PKR tersebut dalam forum berkenaan.

Menjawab soalan itu, Nurul Izzah seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata: “Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama… mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata.”

Menurut Siti Zabedah, beliau bertanyakan soalan berkenaan kepada Nurul Izzah kerana berpandangan seorang ahli politik sepatutnya mempunyai pendirian jelas berhubung mana-mana isu.

“Sekiranya beliau benar-benar percaya hak kebebasan beragama terpakai sama rata kepada orang Melayu dan memetik surah al-Baqarah, beliau sepatutnya lagi bijak menjawab dan bukannya melompat. Kalau tidak setuju, boleh buat forum.

“Kalau beliau takut sama ada karier politiknya hancur, saya tidak peduli siapa pun, beliau yang bagi peluang untuk orang menjatuhkannya,” kata beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam – Utusan Malaysia

Pengaju Soalan Di Gereja Kecewa Nurul Izzah Tukar Kenyataan 180 Darjah

Kebebasan Beragama : Pengerusi DAP Perak Sokong Nurul Izzah & Anwar

7 Responses to “Siti Kasim Tidak Gentar Disaman Nurul Izzah”

  1. KadukTechnoLogik

    Nov 17. 2012

    BEGITULAH ANAK BERANAK CHARMELEON… WARNA BERUBAH2….. BAK KATA PEPATAH PURBA MASUK KANDANG KAMBING MENGEMBEK… MASUK KANDANG KUDA MENUNGGANG….

    Reply to this comment
  2. Ilmuminati

    Nov 17. 2012

    Ini semua kerja umno. Banjir di semenanjung pun kerja umno..

    Reply to this comment
  3. Cicitkudin

    Nov 16. 2012

    Apa lagi yg kita hendak harapkan dari seorang pemimpin yg membela LGBT. Sekarang sudah jelas terbukti betapa sudah tersasar jauh dari landasan kefahaman mereka anak beranak terhadap agama. Itu pun masih ada orang Islam yg tergedik-gedik dan terhegeh-hegeh hendak mengikut dan menyokong mereka. Pelek lagi ajaib feil manusia pada akhir zaman ini. Mufti-mufti yg berusaha menegakkan agama dituduh berpolitik manakala orang-orang mengejar cita-cita politik dianggap ulama-ulama besar, malah ada yg ditabal sebagai Imam Mahadi.

    Reply to this comment
  4. rais

    Nov 16. 2012

    itu memang perangai anak anwar……bila dah kantoi UMNO la salah…..betoi tak

    Reply to this comment
  5. HAMSOR

    Nov 16. 2012

    dapat main seround sedap woo !! anji anji tata kunji !!

    Reply to this comment
  6. warisatuliman2010

    Nov 15. 2012

    A.w.w. handai taulan. Apa yg dilakukan oleh Siti Zabedah adalah utk mendapatkan kepastian daripada darah daging dan anak didik Anwar Al-Munafik, Nurul Izzah, tentang pendiriannya mengenai isu yg ditimbulkannya sendiri. Tentulah sbg peguam Siti Zabedah tahu apa yg didengar dan mahu mendapatkan kepastian. Nurul Izzah sudah terperangkap kerana soalan yg menjeratnya itu datang dari mulut seorang peguam. Walaupun dia dan bapanya cuba berdolak-dalik, hakikat kebenaran sikap dan pendirian Nurul Izzah cukup jelas dan tidak ada sebarang unsur manipulasi dari mana2 pihak sama ada dari akhbar arus perdana atau sesiapa sahaja. Beranikah Nurul juga bersumpah mubahalah utk menafikan kenyataannya itu? Atau dia juga akan kata mendapat nasihat dari lebai2 parti ajaran sesat dan pemikir2 parti dogs and pigs bahawa dia tidak perlu bersumpah sedemikian spt yg dilakukan oleh bapanya dlm kes jam Omega-China doll? Wallahhualambissawab.

    Reply to this comment
  7. Lim Lynn

    Nov 15. 2012

    Ahli Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam Nurul Izzah disaman Siti Zabedah Kasim tak tahu ada kemungkinan

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE