PAS Takut kepada Nurul Izzah

Yassin Salleh – Siti Zubedah Kassim bertanya: adakah kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar bahawa tiada paksaan dalam agama terpakai untuk orang bukan Islam sahaja. Orang Melayu dan Islam bagaimana?

Nurul Izzah menjawab: “Tidak ada paksaan di dalam Islam. Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf.. ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum)”

Jawapan ini mengundang polemik. Nurul Izzah dibantai keliling oleh seteru PKR, ayahnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat oleh pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam.

Mereka menuduh ibu muda itu “membuka pintu” untuk orang Melayu memilih agama sendiri, yang tidak semestinya Islam.

Pelbagai reaksi. Ramai yang cuba mempertahankan Izzah menggunakan pelbagai hujah. Kebanyakan yang menyokongnya adalah bukan Islam yang memang telah lama mencurigai keikhlasan umat Islam Malaysia menggarap pengertian Islam sebenar.

Ada yang menuduh orang Melayu Malaysia telah terlalu lama dibelenggu oleh pentadbiran Islam di bawah telunjuk Umno-BN. Maka mereka menuduh orang Melayu Islam Malaysia “memerlukan lesen” daripada kerajaan Umno-BN sebelum membuat sebarang keputusan atau tindakan berhubung agama mereka sendiri!

Rata-rata penyokong Izzah ini berpandangan banyak yang tidak kena dengan pengurusan Islam di Malaysia. Bagi mereka orang Islam tidak diberi hak memilih bukan sahaja agama selain Islam, malah mazhab apa dalam Islam pun ditentukan oleh pihak berkuasa agama.

Banyak hujah dan dalil mereka. Namun paling ketara mereka mempersoalkan mengapa setiap kali pasangan Islam dan bukan Islam mahu mendirikan rumah tangga, si-bukan Islam mesti memeluk Islam terlebih dahulu. Di mana keadilan?, soal mereka.

Sebab itu mereka tertarik dengan hujah Izzah. Orang Melayu dan umat Islam harus diberi hak memilih agama apa, mazhab dan siapa sahaja sebagai pasangan hidup mereka. Demikian kefahaman mereka terhadap kenyataan Nurul Izzah Anwar berhubung tema “tiada paksaan dalam agama”.

Izzah tukar kenyataan

Malah ada yang pergi lebih jauh dari itu; ada yang mempersoalkan mengapa Siti Zubedah Kassim ahli Majlis Peguam Malaysia menimbulkan persoalan itu? Mereka mahu tahu motif beliau sehingga ada yang tergamak menuduh Siti seorang yang terbabit dengan aktiviti LGBT (Lesbian, Gay, Bi-sexual dan juga Transexual).

Begitu kental sokongan untuk Nurul Izzah. Namun yang lebih memberangsangkan ialah tepukan dan siulan yang menyambut kenyataan Izzah di forum “Negara Islam: Versi Siapa? Tanggungjawab Siapa? Anjuran Gereja Tabernacle di Subang awal bulan ini.

Sambutan itu menguja Nurul Izzah untuk menyimpulkan kenyataannya itu betul – orang bukan Islam dan orang Islam (Melayu) berhak menentukan agama sendiri. Sokongan daripada bukan Islam kemudian datang bertali arus.

Ramai penganut ideologi kebebasan bersuara dan kebebasan memilih agama memuji Nurul Izzah sebagai cahaya baru bagi amalan demokrasi di Malaysia. Nurul keluar dari Dewan cukup bangga dengan hujahnya.

Namun esoknya (Ahad 4 November 2012) Izzah mengeluarkan kenyataan media menegaskan bahawa hujahnya itu bersandarkan ayat al Quran – tiada paksaan dalam agama. Kenyataannya juga, kata Izzah bersifat umum dan bukan sama-sekali mahu menggalakkan orang Melayu-Islam memilih agama selain Islam. Nurul Izzah tidak menggalakkan murtad!

Yang menariknya Siti Zubedah Kassim kemudian mengumumkan bahawa beliau pernah bertanyakan soalan yang sama kepada bapa Izzah, Anwar Ibrahim. Namun beliau kecewa kerana Anwar tidak memberi jawapan yang tuntas.

Ini berbeza dengan Nurul Izzah yang terus memberi pandangannya. Kebebasan beragama, katanya, hak semua bangsa. Puas hati Siti Zubedah dengan penjelasan itu.

Namun ia tidak bertahan lama kerana Nurul Izzah kemudian memperjelaskan beliau tidak menggalakkan murtad. Siti Zubedah kecewa. Soalnya mengapa Siti harus kecewa dengan pendirian Izzah?

Apa motif Siti sebenarnya? Jika beliau bertujuan memerangkap Anwar dalam isu ini, beliau ternyata gagal. Bagaimanapun kali ini anak Anwar, Nurul Izzah apabila diajukan soalan yang sama, ternyata gagal mengelak perangkap Siti. Amat jelas standard politk Nurul Izzah jauh lebih rendah daripada bapanya. Patutlah Datuk Harun Taib menyifatkannya “budak-budak lagi”.

Sehubungan itu, seorang demi seorang pemimpin Melayu Islam dalam Pakatan Rakyat memberi ulasan. Rata-rata pemimpin PAS bersikap lunak akan kritikan terhadap Izzah. Ini mudah difahami – mereka enggan menyinggung perasaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Maklumlah Izzah ialah anaknya yang telah dididik sendiri supaya jangan menggalakkan orang lain murtad.

Namun beberapa hari sebelum Muktamar PAS bermula, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib berkata, kenyataan Izzah itu kurang “berhati-hati” dan agak “kebudak-budakan” dan beliau enggan mengulas lanjut.

Pemimpin PAS lain berkata, kebebasan memilih agama adalah dijamin oleh Allah dalam al Quran (al Baqarah ayat 256). Namun ia adalah bagi orang bukan Islam. Sementara Nurul Izzah pula berkata ialah adalah untuk semua manusia.

Bagi pemimpin PAS, apabila seseorang itu telah mengucap syahada – tiada Tuhan melainkan Allah – bererti dia berjanji dan mengaku hanya akan menyembah Allah. Lantas jika ia menukar fikiran untuk mengatakan ada Tuhan lain selain Allah, ia murtad.

Lebih buruk lagi ialah keputusan meninggalkan Islam itu adalah satu cabaran kepada kuasa Allah yang mutlak!

Ini kerana dengan menggunakan hak dan kebebasan memilihnya seseorang itu telah menobatkan ada Tuhan selain Allah. Ini satu kebiadapan bagi khalifah Allah di muka bumi. Siapa khalifah? Setiap individu Islam.

Maka sudah sewajarnyalah mereka terpanggil untuk mempertahankan kekudusan syariat Allah. Orang murtad mesti dihukum. Rasulullah s.a.w. pula mengajar: Jika kamu lihat kemungkaran cegahlah dengan tangan (kuasa); jika tidak mungkin, cegah dengan lidah (teguran) dan jika masih tidak mungkin, cegahlah dengan hati. Ketahuilah itu adalah selemah-lemah iman.

PAS terus berdiam diri

Hingga sebelum bermula Muktamar PAS di Kota Baru Khamis lalu, PAS masih memilih untuk mencegah kenyataan Nurul Izzah (kerana ia telah menggalakkan banyak pihak, terutama bukan Islam untuk menulis, dan menyuarakan pandangan tentang Islam) “dengan hati sahaja”.

Mengapa PAS bertindak seperti orang yang lemah iman mungkin mudah difahami – tahluf siyasi – kebijaksanaan politik. Bukankah PKR sekutu politik PAS? Maka seharusnya PAS tidak menyinggung sensitiviti PKR dalam isu ini.

Matlamat persekutuan dengan PKR ini ialah merebut kuasa dan mengkebumikan Umno dalam pilihanraya umum ke-13 yang akan muncul tidak lama lagi. Oleh itu kepentingan politik lebih utama daripada mempertahankan kesucian Islam.

Perpaduan dalam PR harus dipelihara. Rakyat harus dipalingkan untuk hanya melihat betapa media arus perdana menyerang Nurul Izzah kerana beliau Naib Presiden PKR dan anak Anwar Ibrahim.

Maka media dan pemimpin PR (termasuk PAS) pula sibuk menghujahkan bahawa ini semua permainan politik Umno-BN. Isu “memberi tiket” untuk mempertikaikan syariat Islam (sebagai rentetan kenyataan Nurul Izzah) tidak diendah.

Persoalannya sekarang ialah, ke mana perginya kejantanan dan keperwiraan Pemuda PAS yang mengetuai protes terhadap penggambaran dan penayangan video “Innocence of Muslim” sehingga tidak mahu berkongsi pentas protes dengan Pemuda Umno apabila kini Nurul Izzah pula “membuka pintu” meremehkan syariat Islam?

Mengapa Pemuda PAS dan akhirnya pimpinan tertinggi PAS tidak menggerakkan jentera penerangannya bagi memperjelaskan mengapa pilihan untuk murtad tidak boleh dibenarkan kepada umat Islam.

Lantas mengapa aktiviti meremehkan Allah hanya diberikan reaksi yang menikus? Adakah PAS bimbang jika menegur “budak-budak” seperti Nurul Izzah, Pakatan Rakyat akan dipandang lemah?

20 Responses to “PAS Takut kepada Nurul Izzah”

  1. al-Madani

    Nov 20. 2012

    tahniah N Izzah. karana golongan itu meracau siang malam. drp yg mengaku pakar agama sampai yg tak ambil berat pasal agama komen semahunya. pukullah lg gendang tu mereka gian nak menari ikut rentak yg kau main. tahniah anak muda.

    Reply to this comment
  2. TUN SRI LANANG

    Nov 16. 2012

    (AMENDED) – ANWAR OH ANWAR…ASYIK ASYIK UMNO ASYIK ASYIK UMNO….AIR TAK DE SALAH
    UMNO, JALAN ROSAK SALAH UMNO, JAMBAN TAK BOLEH PAM..SALAH UMNO…

    ANAK BEDEBAH KAU TU BUAT KENYATAAN..SALAH JUGAK UMNO…APA LA SINGKAT SGT OTAK KAU NIE. BLAMING TACTICS ARE NOT LONGER APPLICABLE INTHIS MODERN ERA BROTHER ANWAR.

    IF YOU ARE A TRUE BELIEVER OF SUBSTANCE…THEREFORE STANDBY IT…AREN’T YOU BRAVE ENOUGH TO SAY I AM SO SORRY..MY DAUGHTER HAS GONE OUT OF CONTEXT. WHAT IS SO DIFFICULT FOR YOU TO SAY THAT? I THOUGHT YOU ARE STRONG BELIEVER OF NICOLO MACHIAVELLI – THE PRINCE….

    Reply to this comment
  3. TUN SRI LANANG

    Nov 16. 2012

    ANWAR OH ANWAR…ASYIK ASYIK UMNO ASYIK ASYIK UMNO….AIR TAK DE SALAH UMNO, JALAN ROSAK SALAH UMNO, JAMBAN TAK BOLEH PAM..SALAH UMNO…ANAK BEDEBAH KAU TU BUAT KENYATAAN..SALAH JUGAK UMNO…APA LA SINGKAT SGT OTAK KAU NIE. BLAMING TACTICS ARE NOT LONGER APPLICABLE INTHIS MODERN ERA BROTHER ANWAR.

    IF YOU ARE A TRUE BELIEVER OF SUBSTANCE…THEREFORE STANDBY IT…IF BRAVE ENOUGH TO SAY I AM SO SORRY..MY DAUGHTER HAS GONE OUT OF CONTEXT. WHAT IS SO DIFFICULT FOR YOU TO SAY THAT? I THOUGHT YOU ARE STRONG BELIEVER OF NICOLLO MECHAEVELLI – THE PRINCE….

    Reply to this comment
  4. TUN SRI LANANG

    Nov 16. 2012

    Malah ada yang pergi lebih jauh dari itu; ada yang mempersoalkan mengapa Siti Zubedah Kassim ahli Majlis Peguam Malaysia menimbulkan persoalan itu? Mereka mahu tahu motif beliau sehingga ada yang tergamak menuduh Siti seorang yang terbabit dengan aktiviti LGBT (Lesbian, Gay, Bi-sexual dan juga Transexual). (ALHAMDULILLAH ALLAH GERAKKAN HATINYA (SITI ZABEDAH KASSIM) UNTUK BERTANYA PERSOALAN SENSITIF INI KEPADA NURUL IZZAH KALAU TIDAK KITA TIDAK MUNGKIN TAHU APA PEGANGANNYA SELAKU YB DAN ORANG ISLAM. SENANG NAK TOLAK DIA SEBAGAI YB NANTI BIL BERTANDING….DAN SESIAPA YANG MENYOKONG BELIAU NANTI DI PRI 13, ORG ITU SAMA SAJA DOSANYA DENGAN NURUL SEBB BERSUBAHAT. ORG SEPERTI YB NURUL KENA KITA NYAHSISIHKAN KERNA DIA LEBIH BAHAYA DARI ORANG MEROMPAK, MEROGOL, MERASUAH DAN MEMBUNUH..YB NURUL ADALAH PEROSAK AKIDAH DENGAN KENYATAAN NYA. …MENGELIRUKAN DAN MENYESATKAN..!!!!!!”

    SEPATUNTNYA KITA JUGA HARUS MEMBANTAH SEKERASNYA MENGENAI GEREJA YG MENGANJURKAN FORUM TERSEBUT KERANA MEREKA TIDAK ADA LOCUS STANDI SEPERTIMANA YG DISEBUT OLEH PROF DR MOHD ZAINUL FITHRI DALAM ARTIKELNYA. MENAGAPA SEBUAH GEREJA BOLEH MEMPERSOALKAN AKAN PERKARA AGAMA ORANG ISLAM DAN NEGARA ISLAM?

    BOLEH KITA JUGA NGOs ISLAM MEMBINCANGKAN TENTANG AGAMA MEREKA -KRISTIAN – DENGAN SESUKA HATI. SARANG TEBUAN JANGAN DIJOLOK..KALAU DIJOLOK BURUK PADAHNYA NANTI.

    SETAKAT NAK BUAT PROVOKOSI SAYA RASA ORANG ISLAM JUGA BOLEH BUAT…

    Reply to this comment
  5. TUN SRI LANANG

    Nov 16. 2012

    nurul izzah ada anak kan? maka saya mencabar beliau supaya tidak meletakkan ISLAM dalam kad pengenalan anaknya nanti dan memberikan kebebasan anaknya memilih agama. Ada brani?

    Reply to this comment
  6. Tahaluf_Syaitan

    Nov 16. 2012

    Tiada komen dpd presiden majlis peguam sebab dia telah faham maksud Izzah. Dia tersenyum lebar kerana mmg perjuanganya utk menghapuskan hak keistimewaan org Melayu. Izzah saja yg tak mengaku. Sister In Sex (SIS) menyokong kenyataannya. Inilah dinamakan barua Melayu & Yahudi Islam termasuk org yg menyokongnya wpun pak lebai bodoh.

    Reply to this comment
  7. Mat Zain

    Nov 16. 2012

    Allah akan hinakan Pas dlm PRU 2013 sbagaimana Allah hinakan Pas dlm PRU 2004

    Reply to this comment
    • Ana

      Nov 17. 2012

      Saya rasa dlm Islam, org berjuang utk Islam tetap menang, samada kalah atau menang dlm piliharaya. Ia hanya suatu wadah, utk matlamat Islam. Org yg tidak berjuang utk Islam mungkin hina disisi Allah. Sebab tu kita perlu berjuang utk Islam.

      Reply to this comment
      • Mr Y

        Nov 17. 2012

        Wahai ana… siapa yang berjuang untuk Islam? PAS dah gugurkan perjuangan negara Islam n bersekongkol dgn kafir harbi yg tentang hukumhudud.. kesian… masih tak nampak-nampak lagi siapa yang berjuang untuk Islam dan siapa yang gunakan Islam untuk dapat kuasa?…

        Reply to this comment
  8. Lim Lynn

    Nov 15. 2012

    http://www.mole.my/content/pakatan-urged-take-stand-religious-freedom
    Masalahnya adalah Nurul Izzah dan Anwar Ibrahim hendak kebebasan agama Islam bilalah orang beragama Islam akan lawan PKR PAS DAP PRU 13 dan tidak hilangkan Perlembagaan Malaysia?

    Reply to this comment
  9. sman

    Nov 15. 2012

    Pas bukan takut,tapi Pas sudah jadi sebuah parti yg rosak itulah sebabnya mereka sudah tidak dapat membezakan antara yg benar dan yg salah lagi. Virus al Jubori sudah menjalar kesegenap urat dan nadi Pas,dari pemimpinnya,ulamaknya hinggalah ke ahlinya virus ini menjalar teruk.Bayangkan kalau Mursyidul Am nya , Pok Nik,boleh menabah sifat tuhan kepada 22 iaitu samsing dan mencarut,manakala Presidennya pula boleh menukar fatwa dari menegak negara Islam adalah jihad, kepada sekarang ini Negara Islam tak ada dalam al Quraan.Yang terbaru ini pula Ketua Ulamaknya menganggap isu bertukar ugama bagi orang Islam adalah perkara kecil.

    SEsiapa yg masih mahu menyokong parti begini silakanlah ,tapi bersiap-siaplah utk memasuki syurga Dajjal.Sekarang perjuangan Pas utk menempatkan para pemimpinnya di Putrajaya,bukan lagi mahu membawa pengikutnya kesyurga Allah,,memadailah ke syurga Dajjal.

    Reply to this comment
    • usinlempoyang

      Nov 16. 2012

      Benar!!
      Jubor pemimpin PAS semuanya telah terjangkit oleh virus kote bengkok Anwar!! mereka ini semua telah tersesat kerana terlalu hanyut oleh nafsu serakah politik sehingga tak boleh nak beza yang mana benar dan mana bathil!! Mereka memekakkan telinga, menutup pintu hati serta membutakan mata terhadap kebenaran malah sanggup bersekongkl dengan persekongkoklan syaitan!!

      MasyaAllah..DAP dan PKR yang terang-terang tidak akan ‘mensyumulkan Islam’, tetapi PAS angkat menjadi sahabat seperjuangan..sehingga sanggup menidakkan asas perjuangannya selama ini iaituNegara Islam dan Hudud..kini tinggal hanya Negara Berkebajikan..

      Sungguh…PAS sangat menjijikkan!!

      Reply to this comment
      • Ana

        Nov 17. 2012

        Saya rasa usinlempoyang terlampau ikut perasaan. Selagi 3 parti PR utuh, selagi itu ia ancaman besar kpd BN. Saya tak fikir usin sokong hudud & Negara Islam. Kalau sokong hudud, usin tentu berjuang tegakkan hudud. Usin mahu PAS teruskan mcm DHA cakap, bersendirian & jgn bergabung dlm PR, tubuhkan Negara Islam, dan usin akan sokong PAS jika begitu?

        Reply to this comment
        • sman

          Nov 20. 2012

          Mendalami perinsip dan matlamat perjuangan DAP dan PKR,org Melayu seprti Hussin dan saya merasa mereka bakal meghimpit hak kami orang Melayu, baik dari segi apa pun termasuklah ugama.Kami tidak malu utk mempertahankan apa yg kami rasakan hak kami.Adalah kewajian kami megkritik dan tentang sesiapa pun ya mahu bersingkokol dgn seteru kami,itu hak kami.Tapi kalau Pas dan para pengikutnya mahu terus bersama mereka itu hak mereka,kami pun tidak pernah mendokan sesuatu yg buruk utk mereka.Sebarang akibat di kemudian hari nanti tanggunglah sendiri,dan jika kami pun terpaksa menanggung akibatnya kami bersedia.Sekadarkan kami misti berjuang sebelum tewas.

          Reply to this comment
    • Ana

      Nov 17. 2012

      Saudara sman, bagaimana penghijrahan ramai artis & pelakun terkenal bersama PAS? Tentu bukan parti yg rosak, sebab artis yg lalai pun boleh terpikat dgn PAS, tak mungkin artis pun terpengaruh. Saudara mungkin kurang setuju dgn saya! Kedua, bahasa loghat kelantan cara ungkapan berbeza makna walaupun sama perkataan nya dinegeri lain. Contoh: gedebe= samseng, sombong, angkuh, takabbur. Konteks bahasa loghat kelantan berbeza makna & cara: ” kamu jange nok lawe tuhe, kalau kamu samseng, ada ore lagi lebih samseng dari kamu”. Mudah faham kecuali org kurang ilmu. Al Mutakabbir: yang maha Takabbur tu sifat Allah. Sifat Allah tak sama dgn sifat makhluk. Hanya Allah yg layak dgn sifat Al Mutakabbir, hanya Allah saja yg berhak, sebab tu tak masuk syurga org yg ada dlm hatinya ada sifat takabbur, dia dah ambik hak Allah.

      Reply to this comment
      • sman

        Nov 20. 2012

        Artis yg berhijrah kepada Pas tidak semestinya menunjukan Pas parti yg betul.Ana tentu tahu perumpamaan yg selalu di gunakan mengenai ‘orang buta dengan gajah’ kan.Orang yg tidak ada ilmu jika terus melompat kesesuatu arah tanpa terlebih dahulu mendalami ilmu ada harapan dia melompat ke arah yg salah.Sebab itu lah ada artis yg sudah merasa pandai di dalam Pas membuat kenyataan yg terpesong dari hukum ugama sebenarnya.

        Lagi satu,di akhir zaman,Syrga Dajjal di masukai bukan oleh setakatartis,malahan para alim ulamak juga,tapi ianya tetaplah syurga Dajjal yg sementara, tidak menjadi syurga Allah yg sebenarnya .

        Reply to this comment
      • sman

        Nov 20. 2012

        ‘kamu jange nak lawe tohe,kalau kamu samseng, ada ORE lagi yg lebih samseng dari kamu’. siapa yg di maksudkan samseng itu?.Ore atau TUHE ?.Tapi ayat tersebut di kaitkan dengan ‘jangang nak lawe tohe’.Kalau ayat tersebut di hubungkan dengan tohe, perkataan ore tu pun dah salah,tuhe bukan ‘ore'(makhluk.).Lagi pun sebagai tok guru tak akan tak boleh gunakan perkataan lain yg lebih mulia utk menunjukan kebesaran Allah,bukan menggunakan perkataan samseng.Sepanjang saya membaca hadith nabi,kita-kita ulamak terdahulu,p Ihya ulumuddin,tak pernah perkataan SAMSENG di padankan pada kebesaran Allah.Hanya orang yg sombong dang angkuh dgn ilmu dan pengikutnya saja yg sanggup berbuat demikian seperti Nik Aziz.

        Reply to this comment
  10. KL Chronicle

    Nov 15. 2012

    Ulama PAS semua penakut, terang – terang kenyataan Izzah itu salah tetapi pegi menyokong. Lepas tu, Mazlan Aliman hari ini pula kata peneroka Felda semua lembu, baca lebih lanjut disini:

    http://thekl-chronicle.blogspot.com/2012/11/generasi-baru-felda-bodoh-macam-lembu.html

    Reply to this comment
  11. Anwar Ibrahim

    Nov 15. 2012

    Aaaaah persetankan semua ini. Ini ternyata suatu konspirasi UMNO untuk menjatuhkan aku sebagai PM. Mereka hasad dengki dengan kejayaan aku sebagai lulusan ijazah am Pengajian Melayu yang dapat memberikan ucapan tahap Shakespeare paling tinggi hingga mampu meyakinkan IMF dan World Bank. Nantilah aku jadi PM selesai masalah PAS ini. Tunggu aku jadi PM selesai semua masalah.

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE