PARADIGMA POLITIK BARU

Rakaman Video Mat Sabu Sokong Syiah Tersebar

AIDCNews – 15/11/12 – Satu rakaman video bertajuk “Mat Sabu Sokong SYIAH SYRIA (With Subtitles)” mula tersebar di internet sejak semalam.

Penyebaran video itu sebagai susulan pendedahan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dalam Mingguan Malaysia, 11 November 2012.

Petikan pendedahan Ustaz Nasha :

Saya telah didatangi oleh wakil Ikhawanul Muslimin dari Syria tiga hari lepas. Mereka datang ke rumah saya. Mereka bertanyakan apakah pendirian Pas sebenarnya dalam isu di Syria ekoran keluarnya berita di televisyen Syria mengenai lawatan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu terhadap Menteri Hal Ehwal Agama Syria di Damsyik baru-baru ini.

Kenyataan Mohamad Sabu yang dikeluarkan di dalam temu bual tersebut telah menimbulkan tanda tanya yang cukup besar dalam kalangan rakan-rakan gerakan Islam di Syria. Ini adalah kerana dunia sedar dan amat memahami keadaan kezaliman yang dilakukan oleh rejim Bashar al-Assad ke atas rakyatnya sendiri, berlakunya pembunuhan, isu tajaan Syiah untuk membunuh orang Islam di Syria ini. Yang menjadi ironinya, di tengah-tengah konflik ini tiba-tiba Timbalan Presiden Pas pergi mengunjungi Menteri Hal Ehwal Agama Syria. Dari segi roh Islam dan kepemimpinan parti yang memperjuangkan Islam, ini adalah merupakan satu isyarat yang cukup tidak baik dan cukup negatif kepada Pas.

Saya sebutkan kepada rakan-rakan kita dari Syria yang saya bukan lagi kepimpinan tertinggi Pas. Saya cadangkan supaya mereka bertemu dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mendapatkan penjelasan. Itu dalam konteks antarabangsa. Dari konteks organisasi pula terlalu banyak isu yang berlaku sejak akhir-akhir ini yang akan dibahaskan oleh para perwakilan. Saya dapat merasakan mungkin juga akan ada perbahasan mengenai kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang akibat isu-isu Islam yang tidak dapat diketengahkan pada tahap yang sepatutnya kerana kepemimpinan terlalu mementingkan hubungan antara parti dari segi politik, lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya. Sekarang ini telah masuk hampir tahun kelima kita menubuhkan kerajaan bersama. Demikianlah saya rasa di antara isu-isu yang akan dibangkitkan oleh perwakilan dalam muktamar akan datang.

Berbalik mengenai kumpulan rakan-rakan dari Syria yang bertemu dengan YB, apa yang diluahkan oleh mereka sebenarnya?

NASHARUDIN: Mereka bertanya terus kepada soalan mengenai apa sebenarnya pendirian Pas terhadap isu peperangan yang berlaku di Syria ini. Saya kata, saya tidak boleh menjawab bagi pihak parti kerana saya bukan lagi kepimpinan tertinggi. Saya cadangkan mereka bertemu dengan Presiden. Bagaimanapun saya menyebut bahawa rakyat Malaysia secara umumnya sudah mula hendak memahami keadaan di Syria ini.

Apa yang berlaku itu adalah kezaliman rejim pemerintah kepada rakyat kemudian rejim pemerintah ini mendapat sokongan, dokongan iaitu dalam konteks mazhab daripada Syiah dan dari segi negaranya sokongan daripada Iran dan sebagainya. Apabila laporan banyak dibuat di media meskipun ulasan tidak menyeluruh namun sedikit sebanyak ia telah memberi kesedaran kepada umat Islam negara kita terhadap isu yang berlaku sekarang ini di Syria.

5 Comments

  1. rohinya says:

    syiah mmg xperlu di tahanair dan nusantara. perosak. lihat lah di timur tgh.

  2. Dalam harakah yang baru saya baca semalam 7 ogos 2013, mat sabu dalam kolumnnya berkata,

    1. Isu syria adalah isu pemerintah yang zalim ditentang oleh rakyat dan bukan isu perbezaan mazhab. Beliau menafikan sunni menentang syiah. Beliau mengalihkann pandangan asal dgn memberikan pandangan sempit dan bodohnya…

    2. Beliau memberikan contoh di Iran dimana katanya pemerintah Shah Pavlavi adalah syiah dan memerintah secara zalim maka datang lah khomeini bersama rakyat menggulingkannya dan khomeini juga sama sahaja iaitu juga syiah. Saya tak tahu dri mana fakta yang mat sabu nukilkan di mana nampak sgt kesyiahannya itu sampai boleh kelentong fakta….

    HARAP pihak PAS keluarkan Mat Sabu dan Geng Syiahnya dalam Parti PAS kerana ianya akan mengurangkan sokongan PAS oleh pengundi yang dah muak dengan mainan taqiyyah dan kebodohan manusia bernama mat sabu ini….. malah keluarkan golongan syiah drpd menguasai harakah……

  3. Mat Sabu Komunis says:

    Mat Sabu adalah Komunis Melayu Terakhir…
    bekas ketua komunis Malaya, chin peng pun tabik springgggg!!

  4. lebah says:

    Abg Mat..ada sumber kata hang selalu ke Pakistan utk Mutaah..betoi ka?Apa hala tuju Abg Mat kalau dpat perintah Malaysia..hang nak olah struktur undang-undang perkahwinan kat Malaysia ni supaya kita semua bleh Mutaah ka?..kalau camtu boleh aku Mutaah dgn anak hang nanti…boleh ya abg Mat sayang..khaitt ptuih

    • konceng says:

      amboi apa hang lagu gitu aku tak kesah pun hang hendak
      mutaah dgn anak akukah…dgn akukah…dgn normah akukah
      ada aku kesah….lantak hanglah lagu mana hang suka
      ada aku kesah mmmuuuuuuhahahakahakhkah.

Leave a Comment

 

— required *

— required *