Blog-blog pro PKR hentam Anwar

AIDCNews -Beberapa blog yang selama ini dilihat pro-PKR, sejak kebelakangan ini mula mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran campur tangan secara langsung dalam pemilihan PKR baru-baru ini.

Blog reformisjalanan.blogspot.com menulis, Anwar Ibrahim hanya bercakap tetapi tidak serupa bikin.

“Dari dulu sampai sekarang cakap pasal “reform”. Nak reform itu dan ini tapi pada hakikatnya parti sendiri pun dia gagal nak reform. Berbagai masalah ditambah pula dengan gelagat pimpinan dan golongan elitis dan berkepentingan di dalam parti tersebut.”, tulisnya

Blog MSK menulis sikap kemaruk untuk berkuasa dan cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri, merupakan sikap buruk yang sebati dalam dirinya sehingga sanggup ‘berlakon dan berbohong’.

“Otak putar alam Anwar memang hebat! Anwar lalu dengan bangga dan sombong mengumumkan apa yang dinamakan “Projek 16 September.”, tulis blog itu.

Blog edyesdotcom.blogspot.com yang pernah menyiarkan artikel bertajuk “Pemilihan 2010 tidak BERSIH” telah dipanjangkan oleh portal Malaysiakini dengan tajuk “Laporan pemilihan : Ada ‘campurtangan serius’ Anwar”.

Laporan blog dan portal pro pembangkang itu merujuk kepada pemilihan jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan di antara Badrul Hisham Shaharin, calon yang tewas tipis kepada Shamsul Iskandar Md Akin.

“Sebenarnya campurtangan Anwar telah diulas lebih awal oleh MSK dan Haris Ibrahim sejak dari mula pemilihan. Ketika pemilihan di peringkat Cabang lagi, DSAI telah dikatakan bertindak untuk memastikan orang-orang penting disekelilingnya menjadi ketua Cabang supaya mudah diangkat sebagai calon untuk PRU akan datang”, tulis blog edyesdotcom.

Blog MSK pada pada 11 Ogos lalu, mengkritik penglibatan Anwar menjadi Pegurus Kempen kepada Calon Timbalan Presiden serta menggunakan telefon untuk mengarahkan sesuatu keputusan.

“Ini politik baru dalam PKR apabila Ketua Umum menjadi Pengurus Kempen kepada Calon Timbalan Presiden. Ia juga satu politik baru apabila Anwar menggunakan telefon untuk mengarahkan sesuatu keputusan. Dan Anwar juga menggunakan telefon untuk memberitahu Ketua-Ketua Cabang untuk memastikan undi mesti pergi kepada Azmin.”

“Diperingkat awal, Pengerusi JPp..Dr. Molly Cheah membuat beberapa keputusan, tetapi akhirnya dioveruled oleh Saifudin..hanya dengan panggilan telefon dari Anwar. Dr. Mansor ditentang oleh arwah Pak Tam..tapi akhirnya arwah Pak tam terpaksa menarik diri selepas mendapat telefon dari Anwar”, tulis MSK dalam tajuk “Undi Telefon. Politik Baru dalam PKR”.

Blog darisungaiderhaka.blogspot.com menyalahkan pucuk pimpinan dalam kemelut yang berlaku dalam pemilihan PKR sekarang.

“Aktivis Reformasi kecewa apabila melihat pucuk pimpinan lebih mementingkan jawatan dan pangkat serta kedudukan selesa di sisi Anwar Ibrahim daripada mengambil peduli rintihan serta keluhan anggota bawahan. Semua permasalahan yang dibangkitkan oleh anggota bawahan dianggap remeh dan tidak penting. Pimpinan parti tidak bersungguh-sungguh untuk menangani permasalahan yang dibangkitkan. Semua permasalahan tidak diselesaikan secara tuntas dan bertanggungjawab; hanya sekadar melepaskan batuk di tangga dan sampah disapu masuk bawah karpet, asalkan tidak menjejaskan kedudukan pemimpin tinggi parti”, tulisnya.

Blog cucumatkilau.blogspot.com turut tidak berpuas hati dengan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), yang dianggap sekadar menjadi robot untuk memuaskan nafsu pihak-pihak tertentu.

“Selama ini CMK mempertahankan Keadilan atas alasan parti itu lebih baik dari UMNO. Berbagai hujah dan alasan diberikan untuk menolak hujah pihak lawan yang mempertikaikan perjuangan Keadilan. Namun, apalah guna untuk berpura-pura buat selamanya. Segala yang berlaku kini terbentang didepan mata malah bertambah parah lagi dipusingan akhir pemilihan 2010 ini sebenarnya. Tambah parah lagi, apabila badan bebas yang sepatutnya bertindak secara adil dan profesional bagi mengadili pemilihan parti juga dilihat semakin tidak telus mutakhir ini”

“Pemimpin yang rosak akhlaknya tidak layak untuk disanjung oleh rakyat apatah lagi mereka yang jelas cuba menipu dan mempermainkan parti sendiri. Bukankah amalan seperti ini tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah parti yang memperjuangkan agenda perubahan buat rakyat”, tulis blog itu.

Atas premis itu, blogger Cucu Mat Kilau atau nama sebenarnya Mohd Shukri Mohd Ramli mengambil keputusan untuk meninggalkan PKR meskipun sebelum ini pernah menjadi blogger selama 12 tahun untuk mempertahankan Anwar.

2 Responses to “Blog-blog pro PKR hentam Anwar”

  1. zamir

    Jul 19. 2012

    kambing boer golek puasa rm 500 seekor 0123958821

    Reply to this comment
  2. virago

    May 05. 2012

    orang yg rosak akhlaknya tidak layak memimpin parti. RAKYAT semakin jijik melihat perangai kamu. sebelum pkr hancur ranap gara-gara kamu, lebih baik kamu letak jawatan walaupun tanpa rela bagi menyelamatkan pkr & Pakatan Rakyat.

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE