PARADIGMA POLITIK BARU

Menjejaki Lingkaran Anwar & Zionis(11) – Sokongan AlBright berterusan

ahlipanelDoha

Dari Egroup AIDC

Susulan dari pertemuan Anwar-Madeline Albright, 27 Februari 2005, dapat disimpulkan mesyuarat dengan Albright pada tarikh tersebut dianggap titik permulaan Anwar mula mengangkat ‘demokrasi’ dan ‘US-Muslim Engagement’ sebagai tema perjuangannya.

Menurut falsafah Albright yang diperjuangkan melalui NDI, ‘demokrasi’ adalah menjunjung penuh deklarasi hak asasi manusia universal [klik di sini], salah satunya adalah kebebasan menukar agama (murtad);

“Everyone has the right to freedom of thought, conscience and religion; this right includes freedom to change his religion or belief, and freedom, either alone or in community with others and in public or private, to manifest his religion or belief in teaching, practice, worship and observance”. Klik di sini

Begitu besar pengaruh pemikiran Albright kepada Anwar, yang boleh mengubah pemikiran seorang bekas Presiden ABIM yang pernah satu ketika diramal bakal Presiden PAS kerana keghairahannya mencanangkan “Islam Sebagai Satu Cara Hidup”, kini berubah 360 darjah yang menjadi hero demokrasi ”Hak Asasi dan nilai-nilai Universal sebagai Satu Cara Hidup”. Dari seorang pejuang yang mahu memartabatkan Islam kini menjadi ‘pejuang untuk membebaskan agama dan pro-murtad.

Sekarang kita imbas kembali siapakah Albright itu dan bagaimanakah sejarah perkenalan dengan Anwar Ibrahim.

Siapakah Madeline Albright ?

Albright adalah nama sebenar kepada  Marie Jana Korbelová, dilahir di Smichov, Prague, Czechoslovakia. Bapanya Josef Korbel, berketurunan Yahudi yang menjadi diplomat Czech . Ibunya, Anna juga berketurunan Yahudi. Neneknya telah menukar nama kepada “Madeleine” untuk menghilangkan identiti Yahudi.

Pada tahun 1962, keluarganya berpindah ke Georgetown di Washington DC. Albright belajar hubungan antarabangsa di SAIS (Paul H. Nitze School of Advanced International Studies) di Universiti Johns Hopkins. Pada tahun 1967, Albright menyambung pengajiannya di Universiti Columbia di bawah bimbingan Zbigniew Brzezinski yang menjadi profesor di universiti itu.

Zbigniew Brzezinski, merupakan seorang Yahudi yang menjadi kenalan Anwar dalam ICG (International Crisis Group). Klik di sini.

Pada tahun 1978, Albright diminta oleh Zbigniew Brzezinski yang ketika itu menjawat Penasihat Keselamatan Nasional untuk Presiden Jimmy Carter untuk terlibat dalam Majlis Keselamatan Nasional kerajaan Amerika Syarikat. Dan sebelum ini turut didedahkan ketika Zbigniew Brzezinski menjadi Penasihat Keselamatan Nasional untuk Presiden Jimmy Carter, beliau terlibat aktif dalam membantu dana dan bekalan senjata kepada mujahidin Afghanistan menentang Rusia. Anwar yang ketika itu Presiden ABIM melakukan kaedah yang sama senada dengan Zbigniew Brzezinski. Apakah Anwar-Zbigniew Brzezinski sudah mempunyai hubungan seawal tahun 70-an ? Klik di sini

Selepas Presiden Jimmy Carter kalah kepada Ronald Reagan, Albright telah berpindah ke Woodrow Wilson International Center for Scholars, di Washington DC, dimana beliau diberi grant untuk projek penyelidikan.

Baru-baru ini turut didedahkan dalam Anwar’s Apology Tour, Anwar begitu mudah dapat kebenaran berucap Woodrow Wilson International Center. Pengaruh siapa, dengan mudah Anwar dapat berucap di sana ? Klik di sini

Pada tahun 1992, Albright berkempen untuk Bill Clinton menjadi Presiden Amerika Syarikat. Apabila Bill Clinton berjaya menjadi Presiden, Albright dilantik menjadi Setiausaha Negara, Amerika Syarikat.

Sekarang, Albright berkhidmat sebagai Profesor Kehormat di Universiti Georgetown dalam bidang Hubungan Antarabangsa, Ahli Lembaga Pengarah CFR (Council on Foreign Relations), Penasihat Antarabangsa The Brookings Institution Doha Center dan Pengerusi NDI (National Democratic Institute).

Pada 13 November 2007, di National Press Club, Albright mengisytiharkan bahawa beliau bersama Sir William Cohen (seorang lagi godfather zionis Anwar, klik di sini) akan mempengerusikan Jawatankuasa Mencegah Pembunuhan Kaum Yahudi (“Genocide Prevention Task Force) yang dibentuk oleh United States Holocaust Memorial Museum, the American Academy of Diplomacy dan the United States Institute for Peace.

Dengan pelantikan Albright dan Cohen sebagai Pengerusi Bersama ‘Genocide Prevention Task Force’ membayangkan betapa taksub dan fanatiknya sahabat-sahabat zionis Anwar melindungi bangsa mereka daripada ancaman bunuh. Pelbagai jawatankuasa dibentuk untuk melindungi kepentingan kaum Yahudi terpelihara dan kaum zionis yang menjaga kepentingan kaum Yahudi ini juga yang menjadi penaung kepada Anwar Ibrahim.

Sejarah hubungan Anwar-Albright

Sebenarnya hubungan Anwar-Albright bermula sejak tahun 1997, ketika itu Albright merupakan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, manakala Anwar pula adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia.

Nama Anwar dikenali oleh tokoh-tokoh zionis Amerika Syarikat apabila beliau  membayar RM 38 million kepada sebuah badan pelobi Zionis yang dinamakan APPC (Asia Pacific Policy Centre) untuk menganjurkan ‘Projek Dailog Pasifik’, di Kuala Lupur pada tahun 1994-1998.

Selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Anwar telah mengarahkan kroninya, Dato Abdul Murad Khalid (bekas penolong Gabenor Bank Negara) membayar kepada Douglas H. Pall sebanyak $10 milion dan APPC sebanyak RM38 million. Klik di sini

Doughlas H Pall merupakan seorang zionis yang berpengaruh di Amerika Syarikat kerana beliau merupakan bekas penganalisis kanan CIA, di Jabatan Negara. Ketika menganjurkan Dailog Pasifik, Paal merupakan Pengarah Hubungan Asean dan Pengarah Kanan dan Pembantu Khas Presiden Clinton.

Projek “Dailog Pasifik” telah menjaya menaikkan imej Anwar Ibrahim di kaca mata Amerika Syarikat, kerana hampir kesemua dailog  dikunjungi oleh wakil-wakil zionis yang memegang jawatan utama dalam kerajaan Amerika Syarikat iaitu William Cohen (Setiausaha Pertahanan Amerika),  Senator Sam Nunn , Henry Kissingger (Bekas Setiausaha Negara) dan Madeline Al Bright (Setiausaha Negara Amerika).

Anwar sanggup menghabiskan wang negara semata-mata untuk melobi kuasa besar supaya mengiktirafnya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pro-Barat.

Namun, perancangan Anwar bersama badan-badan Yahudi tidak berjaya melawan perancanganNya. Pada 2 September 1998, Anwar dipecat daripada UMNO, sekaligus terlucutlah jawatannya sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Al Gore, ketika itu Naib Presiden Amerika, begitu marah dengan pemecatan Anwar itu. Ketika Al Gore datang ke Kuala Lumpur dalam  Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada 16 November 1998, beliau mengambil peluang mengecam kerajaan Malaysia kerana memecat Anwar Ibrahim dan memuji-muji keberanian rakyat Malaysia yang ketika itu berarak di jalan raya menyokong perjuangan REFORMASI.

In a speech Monday before Mahathir and hundreds of government and corporate leaders, Gore championed the cause of democracy and ”reformasi,” using the Malay word for reform, which is the slogan of supporters of detained former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim. ”We hear (calls for reform) today — right here, right now — among the brave people of Malaysia,”.Philippine President Joseph Estrada came to Gore’s defense, saying ”As the president of a democratic country I go along with his opinion.”.A senior U.S. official dismissed the Malaysian protests, saying it was ”not unusual” for U.S. leaders to call for democracy and freedom in other countries and Gore was only restating a long-held U.S. position.

photo

Nurul Izzah meminta bantuan Joseph Ekstrada, Presiden Filipina

Sehari sebelum itu, pada 15 November 1998, Albright selaku Setiausaha Negara telah datang ke Kuala Lumpur. Beliau menghambil kesempatan berjumpa secara peribadi dengan Dr Wan Azizah Wan Ismail,(isteri Anwar) di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Wan Azizah meminta bantuan Albright supaya campur tangan di atas kes suaminya yang telah ditahan sejak September untuk perbicaraan kes rasuah dan salah laku seks(sodomi). Klik di sini

photo

Wan Azizah meminta bantuan Albright



Kemudian Albright menulis surat kepada Wan Azizah menyatakan sokongan Washington terhadap Anwar. Tulis Albright; “There are lots of things that Dr Mahathir [Malaysian prime minister] has done that I don’t think serve Malaysia well and are not within the spirit of how Asian countries are evolving. There are certain countries where people deserve better, Malaysia is one of them.”Klik di sini

Pada April tahun 2000, Albright menghantar wakilnya ke Malaysia untuk membawa Nurul Izzah (anak Anwar) ke Amerika Syarikat untuk berkempen bebaskan Anwar Ibrahim kepada Ahli Kongres Demokrat. Nurul Izzah diberi ruang untuk berkempen semasa Konvesyen Kumpulan Parti Demokrat di Boston, Amerika Syarikat. Turut hadir dalam konvesyen itu adalah John Malott, bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia yang sebelum ini merupakan penyokong kuat Anwar.

Foto : Cythia Gabriel (Pengarah Eksekutif SUARAM – tajaan NED), Sivarasa Rasiah (Naib Presiden PKR),
Nurul Izzah dan wakil Madeline Al Bright (NDI) di KLIA.

Kempen Nurul Izzah dilakukan semasa menghadiri Konvensyen Kumpulan Parti Demokrat Amerika di Boston

Dalam kempen itu Nurul Izzah berkata, ayahnya kini terseksa di penjara, bakal lumpuh jika tidak dibedah, tetapi dia tidak mahu ayahnya dibedah di Malaysia kerana bimbang sabotaj daripada kerajaan Malaysia, sebaliknya dia memilih pembedahan itu diadakan di Jerman.

Anda ingin membaca artikel-artikel lain, sila daftar di egroup AIDC. Klik di sini

No comments yet... Be the first to leave a reply!

Leave a Comment

 

— required *

— required *