PARADIGMA POLITIK BARU

THE SATANIC VERSES: Sebuah Novel Memperkosa Islam



Oleh R. Satrio, M.Pd.  Alumni Program Kader-Ulama DDII di Universiti Ibn Khaldun Bogor, Indonesia

Novel The Satanic Verses adalah salah satu karya Salman Rushdie, seorang penulis berasal dari India yang tinggal di Britain. Novel yang diterbitkan pada 26 September 1988 oleh penerbit Viking Penguin ini telah mencetus gelombang protes besar di pelbagai dunia, terutama di dunia Muslim. Ini gara-gara isinya yang secara terang-terangan menghina Islam dan Rasulullah secara keji dan menjijikkan.

The Satanic Versesditerjemahkan menjadi ‘Ayat-ayat Setan’ - menjadi kontroversi dan polemik berpanjangan sehingga kini. Satu fatwa mati terhadap si penulis dikeluarkan oleh Khomeini.

Rangkaian individu yang dikaitkan dengan novel ini di beberapa negara menyerah kalah, terutamanya para penterjemah The Satanic Verses ke bahasa-bahasa lain. Rushdie pun telahbersembunyi demi untuk menyelamatkan nyawanya. Dia  juga telah bercerai dengan isterinya.

Beberapa perkara yang diakui telah membangkitkan kemarahan di kalangan umat Islam adalah fakta Rushdie yang menggunakan perkataan ‘Mahound’ yang merujuk kepada tokoh mulia di mata umat  Muslim, iaitu Nabi Muhammad saw.

Perkataan ini merupakan bentuk penghinaan (derogatory) dari kalangan Pasukan Tentera Salib (Crusaders) pada masa Perang Salib (Crusade).

Perkataan ini biasa digunakan oleh Nasrani Eropah semenjak Perang Salib untuk menghina Nabi Muhammad saw, walaupun kini,  sudah tidak terlalu kerap digunakan.

Kononnya, penggunaan perkataan ini sebagai salah satu judul bab novel tersebut, membuatkan pembaca dan pengkritik di Barat tidak sedar bahawa Rushdie sedang merujuk kepada Islam.

Perkataan ini kemungkinan besar diambil oleh Rushdie dari karya Edmund Spenser, Faerie Queene.

Bab kedua novel ini, diberi judul Mahound, menggambarkan episod awal kehidupan tokoh Muhammad saw sebagai utusan Allah SWT. Tanpa segan silu, Rushdie menyebut Mahound sebagai “si pedagang” (the businessman) yang gila (a looney tune, a gone baboon)  pada saat pertama melihat Malaikat Jibril.

Dia juga menyebut Allah dengan “allgood” dan “allahgod”. Dan pada bahagian lain, Allah disebut sebagai ”jauh dari abstrak … (sedang) duduk di tempat tidur, lelaki seusia dirinya, rambutnya mulai botak, berkaca-mata dan kepalanya berkelimumur.” (The angel Gibreel’s vision of the Supreme Being is described as “not abstract in the least. He saw, sitting on the bed, a man of about the same age as himself”, balding, wearing glasses and “seeming to suffer from dandruff.” (Wikipedia, “The Satanic Verses controversy“).

Pada saat sakaratul maut, dalam Bab VI, Return to Jahilia, digambarkan bahawa karakter Mahound ini bukannya dihampiri oleh malaikat Israil (di dalam novel disebut Azraeel), tetapi dihampiri oleh berhala Lata (Al-Lat) yang berwajah perempuan.

Kepada Al-Lat ini, Mahound berterima kasih kerana telah ‘membunuhnya’.

Dan tokoh Ayesha yang mengumumkan kematian Mahound, sahabatnya, Abu Bakar yang menegaskan wafatnya Rasul sambil membaca ayat bahawa Rasul adalah manusia biasa yang akan mati dan hanya Allah yang layak disembah dan  tidak pernah mati.

Perkara lain yang jelas menyinggung perasaan dan keyakinan umat Islam adalah pada Bab II, Rushdie menyebut Ibrahim a.s. sebagai “the bastard” (anak haram) kerana dengan ”sesuka hatinya” mendakwa bahawa Tuhanlah yang menyuruhnya meninggalkan isteri dan anaknya di padang pasir.

Rushdie menegaskan bahawa manusia dengan mudah bersembunyi di sebalik nama Tuhan di atas hal-hal “absurd” yang dilakukan.

Selain itu, pada Bab VI, Rushdie juga menyebutkan bahawa terdapat dua belas orang pelacur dalam sebuah rumah pelacuran bernama The Curtain (Hijab) yang menggunakan nama isteri-isteri Nabi.

Meskipun, dia menggunakan tanda ‘kod in kod’, setiap kali menyebutkan nama-nama tersebut, tetapi  tidak mengubah fakta bahawa dia telah menghina nama para isteri Nabi.

Rushdie juga menggunakan nama Jibril (Gibreel) sebagai tokoh bintang filem dan Salahuddin (Saladin) sebagai tokoh “setan”.

Dua tokoh ini sememangnya menjadi “guide“ dalam novel ini kerana kisah merekalah yang digunakan oleh Rushdie dalam mengarap ceritanya, dari satu mimpi ke mimpi yang lain, dipenuhi dengan segala kehidupan maksiatnya.

Nama Ayesha (Aishah, isteri Rasul) digunakan Rushdie di dalam novel ini untuk merujuk kepada beberapa tokoh dalam setiap plotnya, dalam bab-bab yang berbeza.

Ada yang berperanan sebagai pelacur dalam plot Mahound (Bab VI, Return to Jahilia), ada yang digambarkan sebagai perempuan remaja India fanatik yang mengajak pengikutnya untuk menyeberangi laut dengan tujuan untuk mendapatkan pengampunan dosa dalam plot Titlipur (Bab IV, Ayesha dan VIII The Parting of the Arabian Sea), dan sebagai penguasa yang kejam dalam plot Imam (Bab IV).

Kota Jahilia merujuk kepada kota Mekkah. Berhala Baal berperanan sebagai seorang penyair yang kemudian menjadi ‘penjaga’ The Curtain yang melindungi para pelacur yang menggunakan nama para isteri Nabi.

Daniel Pipes, kolumnis fundamentalis di AS,  turut bersepakat mengatakan bahawa terdapat banyak elemen dalam novel ini yang menyinggung perasaan umat Islam.

Menurut Pipes,  misalnya tentang syariah Islam yang dipersendakan oleh Rushdie dengan bual-bualan aneh termasuk (maaf) buang angin. Atau menggambarkan seolah-olah Rasul (melalui watak Mahound) percaya bahawa berhala Al-Lat itu ada atau setidak-tidaknya wujud di mata Rasul.

Novel ini tidak hanya menghina keyakinan umat Islam, tetapi merupakan satu karya sastera yang dikritik oleh pengkritik-pengkritik  Muslim yang mengangapnya sebagai “bad fiction“  (karya buruk).

Dalam bukunya, Freedom of Expression in Islam-Kebebasan Berpendapat dalam Islam, (Selangor: Ilmiah Publishers, 1998), Prof. Mohammad Hashim Kamali menjelaskan kaedah Rushdie menggambarkan isteri-isteri Rasulullah saw sebagai “simply too outrageous and far below the standards of civilised discourse.” (terlalu memeranjatkan dan di bawah piawaian wacana manusia bertamadun)

Penghinaan Rushdie terhadap Allah dan al-Quran, tulis Hashim Kamali, “are not only blasphemous but also flippant.” (bukan sahaja terhina tetapi juga sambil lewa)

Kerana terlalu banyak perkataan-perkataan kotor yang digunakannya, ramai penulis Muslim menyatakan, bahawa mereka tidak sanggup memetik kata-kata kotor dan biadab yang digunakannya.

Rushdie adalah  seorang penulis murahan. Diakui oleh pelbagai pihak. Karya-karyanya selalu menyerang pihak-pihak yang dia anggap ‘salah’ dan membela pihak-pihak yang dia anggap ‘benar’, walaupun dalam kontroversi Ayat-ayat Setan ini, pihak yang dia bela akhirnya turut menyerang dirinya.

Rushdie berasal dari keluarga muslim India yang tidak mengikuti penghijrahan yang dilakukan oleh  enam juta umat Islam (India) ke wilayah yang sekarang dikenali sebagai Pakistan.

Orang tuanya tidak terlalu taat beragama dan tidak mendidiknya dengan baik dalam urusan agama. Bahkan keluarganya digambarkan sebagai liberal dan kebaratan.

Rushdie bergaul dengan individu pelbagai agama  tanpa daya kritis.

Bahkan, kononnya semasa  dia menulis novelnya ini,  dia menganggap dirinya sebagai seorang yang bukan muslim, setidak-tidaknya bukan dari kalangan muslim yang menganggap bahawa ‘apostasy’ atau penistaan agama bukanlah satu kesalahan hukum bunuh (capital offense).

Dan sebagai penulis yang menerima segala tradisi Barat, dia menyakini bahawa menulis adalah sebahagian daripada  tugas. Juga, tulisan yang ‘benar’ dan ‘diterima’ adalah yang menentang arus dan mengkritik.

Penulis terkenal,  Karen Armstrong, dalam pengantar bukunya yang berjudul Muhammad: A Biography of the Prophet edisi tahun 2001, menulis bahawa gambaran buruk tentang Muhammad sudah terlalu biasa berlaku di Barat.

Karen Armstrong menyatakan, gambaran buruk tentang Nabi Muhammad yang ditulis oleh Salman Rushdie melalui novelnya, The Satanic Verses itulah yang biasa disebut oleh masyarakat Barat.

“I wrote the book because it seemed a piety that Rushdie’s account of Muhammad was the only that most Western people were likely to read,” tulis Arsmtrong.

insistnet.com

3 Comments

  1. Angela says:

    It occurs to me that the British Intelligence invented Salman Rushdie who has nothing to do with literature but he has other business dealings. Salman did not write a word on the Satanic Verses. This is the work of professional secretaries working for the British Intelligence.

  2. Ladies with attractive hair are so blessed! My hair was like a rats nest all my life :(

  3. Angela says:

    Please go to:-
    http://mustaqim.co.uk/ipb-archive/satvoices/rushdie.htm
    for the Rushdie report.
    Excerpt:-
    THE RUSHDIE REPORT
    Preliminary reports for the Islamic Party of Britain by Committees A & B investigating the suggestion that the author of Satanic Verses, Salman Rushdie, is mentally imbalanced.
    As early as September 25th, 1988, in his interview with Sean French, Rushdie openly admitted that the classic “psychotic-schizophrenic fall and flying sequence” of his devil Chamcha and the Angel Farishta were, whilst ‘dificult to admit’, purely autobiographical.
    Therefore, by his own admission we must consider the voices of Farishta Rushdie and Chamcha Rushdie as co-authors of the book, along with its Honorary White title holder Salman Rushdie. In an interview with James Wood in ‘The Guardian’, September 21st 1991, Rushdie stated: “In my life I’ve always had to be a triple person…” His vocal cords and split-personality are taken over by extraneous powers, so that angelic-devilish ventriloquies issue from the same mouth, in classic schizophrenic fashion:- “it was me both times, baba, me first and second also me… both the statement and the repudiation, verses and converses, universes and reverses, the whole thing, and we all know how my mouth got worked.” Actually we don’t all know, says D. J. Enright in his New York Review of Books, March 2nd 1989, who goes on to say, ‘it appears we are told that God is Satan, and Satan is God, which adds up to one form of monotheism … Rushdie’s book is copious in thesis and antithesis, but, not too surprisingly, synthesis hovers beyond it.” [The Rushdie File, pages 17 and 19].
    ….. Please read the rest of the report.

Leave a Comment

 

— required *

— required *