PARADIGMA POLITIK BARU

Mengenali Ketua Staf Pejabat Anwar, Ibrahim Yaakob

Ibrahim Yaacob (bertanda bulat, kanan) sebagai calon PKR di Setiawangsa tewas kepada Zulhasnan Rafique (calon BN) dalam Pilihanraya Umum ke-12.


AIDCReveal

Nama Ibrahim Yaacob meletup-letup ketika kes liwat II dibicarakan di mahkamah. Saksi utama kes liwat itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan turut menyebut nama itu semasa memberi keterangan di mahkamah. Datuk Seri Anwar ketika mula-mula kes liwatnya diperkatakan bersandarkan nama Ibrahim Yaacob ketika diasak pertanyaan siapakah Saiful Bukhari. Rahimi Osman dan Rasid Rosdi ketika membuat laporan polis baru-baru ini juga turut menyebut nama tokoh tersebut.

Pada 1 Julai 2008 (3 hari selepas Saiful membuat laporan polis diliwat), Anwar membuat kenyataan media di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya menerangkan kedudukan Saiful di di pejabatnya di Seksyen 16, Petaling Jaya.

“Ketua staf di ibu pejabat PKR ialah Ibrahim Yaakob. Tiga pegawai saya iaitu Nik Nazmi (Nik Ahmad), Sim (Tze Tsin) dan Nurul Izzah (Anwar) bertanding dalam pilihanraya umum lalu.

“Nik Nazmi ambil seorang staf iaitu Rahimi dan Rahimi pula mengambil Saiful sebagai pekerja sukarela membantunya dan Nurul Izzah.

“Dia (Saiful) tidak ada pendapatan tetap dan bukan pegawai tetap,” kata Anwar yang membawa nada, seolah-olah tidak begitu mengenali Saiful Bukhari, apatah lagi berjumpa dan mengadakan ‘mesyuarat sulit’ secara personal.

Itu jawapan Anwar dua tahun lalu. Tetapi sekarang, apabila kes dibicarakan di mahkamah, kita telah ketahui bahawa jawapan Anwar di atas hanya sekerat sahaja dan bersifat menyembunyikan banyak fakta-fakta sebenar. Namun keterangan Saiful di mahkamah, disokong pula dengan afidavit Rahimi dan Rasid membuktikan Anwar sememangnya intim dengan Saiful Bukhari.

Dari Din Merican kepada Ibrahim Yaakob

Pejabat Anwar Seksyen 16 PJ

Pejabat Peribadi Ketua Umum PKR, Seksyen 16, Petaling Jaya -Suara Keadilan, Februari 2007

Pada Februari 2007, Anwar membuka pejabat peribadi baru di di sebuah banglo lama bernombor 17 di Seksyen 16 Petaling Jaya(PJ). Banglo itu adalah bekas kediaman Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketika pejabat itu dibuka, Anwar masih lagi menetap di Amerika Syarikat, menjadi pensyarah pelawat di Center for Muslim and Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown. Apabila Anwar pulang bercuti dari Amerika Syarikat, beliau menjadikan banglo di Seksyen 16, PJ itu sebagai pusat operasi untuk urusan dalam dan luar negara.

Semasa Anwar berada di Amerika Syarikat, pejabat Seksyen 16, PJ itu diuruskan oleh Prof Madya Din Merican, yang dilantik sebagai Ketua Staff Pejabat Ketua Umum di Seksyen 16, PJ. Klik di sini

Pemilihan Din Merican sebagai Ketua Staff dianggap paling tepat, kerana fikrahnya selari dengan Anwar Ibrahim yang sama-sama pro-Amerika Syarikat. Din mendapat pendidikan dari Universti George Washington, Amerika Syarikat, pernah berkhidmat di Universiti Kemboja dan Fello Institut Kerjasama dan Keamanan Kemboja (CICP), dan pernah berkhidmat sebagai pembantu setiausaha politik di Kementerian Luar Burma, Kemboja, Indonesia, Laos, Filipina dan Vietnam Selatan.

STAFF KETUA UMUM 2007

Staff-staff di bawah Din Merican adalah Nik Nazmi Nik Ahmad, Sim Tze Tsin dan Nurul Izzah Anwar. Kemudian Nik Nazmi membawa masuk Rahimi Osman sebagai pembantu menjaga blog AnwarIbrahimblog dan AIC (AnwarIbrahimClub).

Sekitar Februari 2008, Anwar memindahkan Din Merican dari beroperasi di Pejabat Seksyen 16, PJ ke Brickfields (ibu pejabat PKR). Jawatan Ketua Staff, Din Merican digugurkan dan diganti dengan jawatan baru sebagai Pengarah Operasi Ibu Pejabat PKR di Brickfields. Anwar juga turut melantik Ketua Staff Pejabat Ketua Umum di Seksyen 16, PJ kepada tokoh baru yang dikenali sebagai Ibrahim Yaacob.

Menurut sumber dalaman, terdapat pergeseran di antara Din Merican dan Anwar Ibrahim sehingga berlakunya rombakan jawatan itu. Dan sehingga kini, Din Merican seolah-olah menjauhkan diri daripada Anwar, walaupun satu ketika dahulu (Oktober 2007- April 2008), Din Merican merupakan tokoh paling penting dalam PKR.

Siapakah Ibrahim Yaacub ?

Ibrahim Yaacub berumur 60 tahun adalah anak kepada Tan Sri Yaacub Latif, Datuk Bandar Kuala Lumpur yang pertama. Ibrahim merupakan bekas AJK UMNO Setiawangsa yang berhijrah ke PKR pada pertengahan 2007 kerana mempunyai hubungan setiakawan dengan Anwar sejak Ketua Umum PKR itu menjawat pelbagai jawatan penting dalam kerajaan.

Ketika Ibrahim Yaacub mengambil alih jawatan Ketua Staff di Pejabat Ketua Umum sekitar Februari 2008, tiga staff lain (Nik Nazmi Nik Ahmad, Sim Tze Tsin dan Nurul Izzah Anwar) sedang sibuk mempersiapkan diri menjadi calon Pilihan Umum ke – 12(PRU 12). Jadi kebanyakan kerja pejabat diuruskan oleh Rahimi Osman.

STAFF KETUA UMUM 2008-1

Sekitar Mac 2008, Rahimi membawa masuk Saiful Bukhari sebagai sukarelawan PKR. Selain Saiful, seorang lagi sukarelawan yang bekerja membantu Anwar bernama Shafiq.

Kerana kekurangan calon, Ibrahim Yaacub sendiri dicalonkan sebagai calon ’bidang terjun’ dalam PRU 12, bertanding sebagai calon PKR di Setiawangsa.

Setelah Ibrahim tewas kepada Zulhasnan Rafique, beliau kembali kepada tugas asalnya menjadi Ketua Staff di Pejabat Ketua Umum, Seksyen 16, PJ dengan menjaga staff-staffnya iaitu Rahimi Osman, Saiful Bukhari, dan Farhash Wafa Salvador.

photo

Menurut Muhammad Shukri Md. Saad yang sering menulis menggunakan nama samaran “Mat Keri” dari AIC (Anwar Ibrahim Club), Ibrahim Yaacub adalah seorang yang memilih bulu dalam mengatur pertemuan-pertemuan ahli-ahli PKR dengan Anwar.

“Ibrahim Yakob. manusia aneh yang mintak CV semua orang yang nak jumpak Anwar. aku tataula samada semua orang dia mintak CV, tapi yang aku boleh pastikan, dia mintak CV semua pimpinan AIC yang nak berjumpa Anwar. mintak CV???”, tulis Mat Keri (sekarang Presiden AIC) di blognya, jahilgoblog.net. Klik di sini

Sikap sinis Mat Keri kepada Ibrahim Yaacub mudah difahami, kerana Ibrahim yang sudah berusia emas, tidak begitu gemar dengan ‘politiking kebudakan’ dalam AIC.

Sebab itu, Farhash Wafa Salvador bekas Presiden Anwar Ibrahim Club United Kingdom (AICUK) yang kemudiannya menjadi staff Anwar di Pejabat Ketua Umum tidak begitu disukai Ibrahim. Klik di sini

Ibrahim Yaacub dan anaknya Benjy

Kerana sikapnya yang low profile, kehidupan peribadi Ibrahim Yaacub kurang diketahui umum. Perkahwinannya bersama aktres Azean Irdawaty berakhir dengan perceraian.

Ketika anaknya, Khaeryll Benjamin Ibrahim (Benjy) ditahan kerana didakwa memproses dan menjual dadah sintetik, Azean Irdawaty banyak membantu sedangkan bekas suaminya Ibrahim Yaacub
mengambil sikap berdiam diri.

Dalam sidang media Azean Irdawaty mendedahkan sebelum Benjy ditahan dia ingin berjumpa dengan bapa kandungnya tetapi bapa kandungnya (Ibrahim) tidak mahu berjumpanya kerana tidak mengakui Benjy sebagai anaknya.

Sikap berdiam diri dan tidak mahu campur tangan dalam kes anaknya (Benjy) mudah difahami kerana beliau telah mempunyai anak-anak lain bersama isteri baru dan Benjy tidak dipeliharanya kerana tinggal bersama Azean Irdawaty.

4 Comments

  1. kaos murah says:

    thanks ya atas artikelnya salam kenal

  2. Very nice a fantastic blog long time looking for. my guide for my web

Leave a Comment

 

— required *

— required *