PARADIGMA POLITIK BARU

Ideologi Kebebasan – Senjata Terakhir Anwar

AIDCNews – 7/08/12 – Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyiarkan artikel bertajuk “Tiada Kebebasan Punca Malapetaka Di Negara Islam” di laman peribadinya, anwaribrahimblog.com.

Artikel salinan dari Malaysiakini.com itu merupakan laporan intipati ucapan Anwar di kawasan parlimen anaknya, Lembah Pantai.

“Dengan memetik karya terbaru ulama tersohor Yusuf al-Qaradhawi bertajuk ‘Kebangkitan Rakyat’ yang ditulis selepas kejatuhan regim Hosni Mubarak , Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, punca malapetaka di negara Islam adalah disebabkan oleh tiada kebebasan diberikan kepada rakyatnya,” lapor portal pro-Anwar itu yang memberi dua maksud tersirat.

Pertama, seperti kebiasaannya, Anwar akan berselindung di sebalik tokoh-tokoh ulama besar seperti Dr Yusof Al Qaradawi ketika berhadapan dengan masyarakat muslim dan berselindung di sebalik tokoh-tokoh falsafah barat seperti John Locke ketika berhadapan dengan masyarakat bukan Islam.

Kedua, agenda utama yang mahu disampaikan Anwar adalah tema kebebasan yang menjadi intipati perjuangan PKR sejak mutakhir ini.

Tidak mengejutkan Anwar sekali lagi menggunakan nama Dr Yusof Al Qaradawi kerana di Indonesia kumpulan Islam Liberal sering berselindung dalam pembawaan agenda mereka di sebalik nama ‘keluarga Hassan Al Banna’.

“Nama ‘al-Banna’ memang banyak dikutip oleh kaum liberal untuk menjustifikasi pendapatnya. Untuk membetulkan justifikasi fahaman Pluralisme Agama, dalam bukunya, ‘Islam dan Pluralisme’, Jalaluddin Rakhmat juga mengutip pendapat Jamal al-Banna,(tokoh Islam Liberal Mesir) dengan menekankan, “Jamal al-Banna adalah aktivis Muslim, anggota al-Ikhwan al-Muslimun. Kita mungkin menyebutnya fundamentalis dan anti-Barat,” kata Dr Adian Husaini pengkaji Islam Liberal Indonesia.

Sila baca pandangan Dr Adian, “Islam Liberal bertopeng nama keluarga Hassan Al Banna” dan bandingkan apa yang dilakukan Anwar di Malaysia seperti dikupas GA, “Tanpa Qardawi…Tariq Ramadan pun Jadi…

Agenda kebebasan merupakan senjata terakhir Anwar, namun ia tidak begitu difahami oleh kebanyakan rakyat Malaysia, berbanding dengan George Soros dari OSI (Open Society Institute) atau Carl Gershman dari NED (National Endowment for Democracy).

Bahkan pada penaja-penaja yang didalangi Yahudi di Barat, agenda kebebasan (freedom) dan hak asasi manusia (human rights) adalah intipati utama dalam kerangka ‘demokrasi’ mereka di dunia Islam.

Supaya nampak lebih indah, Anwar bawakan agenda demokrasi barat itu dengan jenama baru yang lebih berbau Islamik yang diistilahkannya sebagai “Islam dan Demokrasi” (baca : Demokrasi Liberal).

Make up Islamik itu sengaja dibaluti terhadap batang tubuh ‘demokrasi’ supaya tidak menakutkan umat Islam dan menyembunyikan agenda sebenar yang berselindung di sebalik kata-kata Islamik itu.

Untuk pemahaman lanjut, sila baca; “Anwar, Islam & Demokrasi : Ideologi & Dana” dan “Di sebalik Agenda ‘Islam & Demokrasi’ Anwar, Azizah & Nurul Izzah“.

Persoalan kedua, kecenderungan Anwar dan PKR memperguna nama Dr Yusof Al Qaradawi pernah ditegur oleh pembaca harakahdaily, malah bekas peguam Anwar sendiri YB Datuk Zulkifli Noordin pernah mendedahkan bahawa ulama tersohor itu pernah diperdaya untuk kepentingan politik Anwar.

“Dr Yusof Qardawi memberi pandangan supaya berhati-hati dengan Anwar Ibrahim” kata SongkokPutih bekas ketua pengarang laman tertua pro-PAS, Tranungkite.

Kenyataan Songkok Putih diperkukuhkan lagi dengan Azmin Ali yang berkata Anwar pernah siasat Yusof selama 5 jam ketika Anwar menjadi ‘wacth dog‘ Presiden Bush.

Ustaz Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS berkata fatwa Yusof mengharamkan LGBT, ““Tidak boleh kita menyatakan sokongan kepada mereka..tidak boleh makan bersama mereka..tidak boleh minum bersama mereka…Ini pandangan Syeikh Yusof Al Qaradawi..kepada semualah yang banyak merujuk kepada Syeikh Yusof Qadawi..saya harap baca kenyataan ini..Jangan ambil pandangan Yusof Qaradawi atau ulama-ulama lain, cetusan-cetusan tertentu, untuk mengiayakan, menjustifikasi perbuatan kita sahaja, tetapi perkara yang menyentuh dasar-dasar Fiqh Islam itu ditinggalkan begitu sahaja.”

Kenapa masyarakat Islam tidak begitu memahami agenda sebenar yang mahu dibawa Anwar ? Sebabnya cara pembawaan Anwar yang ‘kabur’ dan sering berselindung di sebalik ayat Al Quran dan hadis Nabi serta nama tokoh-tokoh ulama tersohor.

Sebenarnya, semua itu sekadar topeng untuk mengelirukan orang ramai.

Senator Ezam Mohd Nor pernah ditanya, “Antara Sheikh Yusuf Qardhawi dengan Paul Wolfowitz, Anwar lebih baik dengan siapa ?, bekas orang kanan Anwar itu menjawab, “Bagi saya, Anwar baik dengan semua. Baik Wolfowitz dengan Qardhawi. Kalau nak kira rapat, dia lebih rapat dengan Dato Nallakarupan”. Baca selanjutnya sila klik di sini.

Namun, sikap tidak berterus terang Anwar ini juga menimbulkan masalah pemahaman di kalangan ahli-ahli PKR sendiri, sehingga ke peringkat terpaksa menggunakan pihak ketiga untuk menjelaskan hala tuju PKR.

“Pagi tadi, kita berdiri..kita menyanyikan lagu parti kita (PKR)..kebebasan..kebebasan rakyat kita..kita ulang berkali-kali..kebebasan..kebebasan..apa maksud kebebasan ?

“Adakah ia hanya satu perkataan..yang kita laungkan dengan semudahnya..atau ia adalah satu perspektif yang perlu kita lihat..dari semua segenap aspek untuk kita mencapai apakah itu kebebasan”,kata Fadiah Nadwa Fikri, wakil Lawyers for Liberty (LFL) memberi penerangan kepada ahli-ahli PKR semasa Kongres PKR ke-8, di Johor.

Pada 14 April 2005, ketika Anwar berucap di Kelab Country Paradise, Taman Melawati, Kuala Lumpur, beliau telah bersusaha membentuk hala tuju baru PKR itu kepada para penyokongnya.

“Saya bukan orang pintar dan menganggap saya terlalu besar peranannya..Saya hanya pekerja kecil, kebetulan diberikan kesempatan dan kepercayaan, saya nak manfaatkannya.

“Saya sebutkan ini bukan untuk membanggakan diri..tetapi untuk menyatakan..kita pejuang kebebasan dan keadilan tidak harus merasa kecil..dunia yang berfikir tau siapa kita.

“Saya diiktiraf bukan kerana saya Anwar Ibrahim, kerana mereka tahu saya mendokong cita-cita yang saudara-saudari dokong bersama,”katanya.

Ucapan di Kelab Country Paradise itu dibuat ketika Anwar pulang bercuti dari Amerika Syarikat (AS).

Sepanjang berada di AS selama hampir 2 tahun, Anwar banyak terlibat dalam aktiviti-aktiviti demokrasi yang didalangi kumpulan Yahudi AS.

Untuk mengetahui lebih lanjut apa yang dilakukan Anwar ketika di AS, sila baca “Di Sebalik Status Anwar Sebagai ‘Pengajar’“, “Di Sebalik Status Anwar Sebagai ‘Pengajar’ (2)” dan “Di Sebalik Status Anwar Sebagai ‘Pengajar’ (3)

Anwar juga turut meletakkan dirinya dalam kalangan kumpulan ‘Mont Pelerin Society,‘, iaitu satu kumpulan yang didalangi Yahudi untuk membawa agenda liberal dan pasaran bebas di seluruh dunia.

Senjata ideologi ciptaan Mont Pelerin Society, itu dibawa Anwar ke Malaysia untuk dijadikan agenda perjuangan Pakatan Rakyat dan senjata terakhir untuk menawan Putrajaya.

Pemahaman lanjut, sila baca; “Awasi Senjata Terakhir Anwar“, “Awasi Senjata Terakhir Anwar II“, “Awasi Senjata Terakhir Anwar III” dan “Anwar Ibrahim Senjata Politik Neocon…

9 Comments

  1. Anwar Ibrahim III says:

    Ini semua tipu.website demi rakyat bukan pkr yang buat orang BN yang buat.
    ini semua CONSpirasi Umno.

  2. usinlempoyang says:

    Saya sendiri tak faham apa maksud kebebasan yang Anwar nak perjuangkan sangat ini. Kebebasan tanpa batas kah yang mahu diperjuangkan. Kalau itu lah yang dimaksudkan, maka ini sangat tidak masuk akal. sebenarnya, situasi nagara sekarang pun telah mengamalkan kebebasan..cuma ada beberapa perkara yang tidak lah boleh bebas sebebasnya. Sebagai contoh..takkan lah atas dasar hak asasi manusia maka LGBT boleh dibiarkan. kalau lah Anwar boleh menjelaskan secara terperinci maksud kekebasan yang diperjuangkannya..alangkah baiknya. Sebagai contoh, sila senaraikan apa yang mesti diperjuangkan kebebasannya itu. Katakanlah :
    i. kebebasan berekspresi
    ii.kebebasan seks (atas dasar suka sama suka)
    iii.kebebasan LBGT
    iv.kebebasan mempromosi agama masing-masing
    v. dll…dlll

    apa yang jelas, konsep kebebasan Anwar ini sangat lah kabur. Asyik-asyik bersandar pd Qardhawi..asyik-asyik bersandar kepada tokoh-tokoh lain…tetapi makna kebebasan yang dimaksudkan tidak diperjelas.
    Apa Anwar ingat kalau bersandar pada Qardhawi..orang tua itu akan setuju ke dengan beliau kalau menyentuh bab-bab kebebasan seks (misal nya)?..
    sudah-sudah lah Anwar..anda adalah binatang politik yang telah hilang kredibiliti lagi tidak relevan lagi masa ini. anda sangat menyusahkan. Hayat politik anda sebenarnya masih tersisa hanya disebabkan masih adanya lagi sisa-sisa harapan kelompok yahudi dan musuh Islam yang ingin menggunakan anda..iya lah..mana tahu kot-kot anda masih laku di mata masyarakat buat mencapai impian jelek yahudi dan musuh Islam tersebut.
    ingat lah Anwar..kalau anda masih gagal menawan Putrajaya, kelompok Yahudi dan musuh Islam ini hanya akan menendang anda ke dalam lumpur hina sebagai manusia yang tidak lagi berguna. Hari ini mereka mmg bantu dan sokong anda..tapi kalau anda sudah tidak lagi berupaya untuk membantu mereka mencapai agenda, anda akan dianjingkurapkan tanpa belas kasihan..segala aib anda akan keluar satu persatu..oleh itu, sudah-sudahlah. sempena bulan Ramadhan yang berkat ini, ambil segera keputusan…bersara lah..dan tinggalkan yahudi serta musuh-musuh Islam itu. dan jangan lah kau turut seret PAS yang bangang itu ke dalam arus kesesatan anda yang telah melampau itu..biarkan PAS merawat kebangangannya sndiri..

  3. naw says:

    Keluarlah apa jua isu…baik politik, ideologi dan strategi…individu yang bernama Anwar Ibrahim dalam apa jua bahasa dan bernasnya tidak akan kesampaian dan diterima rakyat apabila isu asas diri peribadinya dan moralnya sudah songsang. Banner ‘ANWAR SEORANG PELIWAT’ sudah melekat dihati sanubari rakyat Malaysia. Apabila seseorang itu melakukan perbuatan songsang, menyondol bini orang, jantan betina sesuka hati…apakah tahap akhlak manusia sebegini? Apa pula tahap pemikirannya? Apa pula ideologinya…kesemuanya SONGSANG belaka..!

  4. THE WATCH says:

    Sokonglah Anwar untuk jadi pemimpin Negara.Lepas itu Malaysia akan jadi syurga bagi mereka yang suka berjubur sesama sendiri.Ia akan dihalalkan kerana inilah diantara matlamat perjuangan Anwar.

  5. warisatuliman2011 says:

    A.w.w. handai taulan. Si Munafik tua ini cukup berani menggunakan nama2 tersohor ulama utk kepentingan peribadi sedang perjuangan hanya utk menumbangkan Islam arus perdana dari kumpulan Ahlussunnahwaljamaah dan menegakkan pula pluralisme-liberalisme agama dgn berselindung di sebalik demikrasi dan kebebasan. Adakah kefahamannya tentang Islam cukup tinggi sedangkan banyak bukti mendedahkan bahawa dia menyanggahi banyak konsep syariat Islam selain bersekongkol dgn musuh2 tegar Islam itu sendiri termasuk Zionis. Sikapnya sanggup menggadai agama demi kejayaan nafsu serakahnya menawan Putrajaya cukup jelas Kebebasan dlm Islam adalah kebebasan yg berpaksikan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w., bukannya kebebasan mutlak mengikut acuan Barat kerana kebebasan ala-Barat bertentangan langsung dgn hukum2 Allah Azawajalla yg terpapar kemas dalam
    Kitabullah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Selagi Islam kuat di M’sia selagi itu si Munafik tuan ini tidak akan berhenti memporak-perandakan negara dan memecah-belahkan kesatuan ummah. Waspadailah kata muluk dan retorikanya yg banyak dipinjam daripada Orientalis dan Zionis yg kononnnya mahu menegakkan keadilan rakyat walaupun pada hakikatnya ialah menegakkan kuasa Zionis dan kafir harbi yg tidak mahu diikat oleh sebarang peraturan hidup manusia berperadaban dan beriman, termasuk dirinya yg terpalit dgn banyak onar dan kemungkaran iman. Waspadalah jangan sampai masyarakat khususnya ummah ditimpa bencana yg dahsyat spt nasib buruk yg menimpa kaum Sodom dan pengikut2 Firaun serta tentera Abrahah. Kuatkan iman dan amal sepanjang Ramadan ini dan banyakkan doa semoga kita semua terhindar daripada kejahatan musuh2 Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. ini. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Salam.

    • warisatuliman2011 says:

      * ralat
      demikrasi=demokrasi

    • Anonymous says:

      Waspada dengan sikap hipokrit. Hipokrit mengaku beriman tapi hati nya tidak beriman. Contohnya terang terangan menghina hukum Allah, Halal, Haram, Makruh, Sunat, Harus, Wajib, dll. Termasuklah menghina hukum Hudud, Qisas, yg jelas nas dalam Quran. Tak mampu buat tak apa, tapi Jangan hina hukum Allah.

  6. Anwar memang nak kebebasan termasuk dalam Islam sebab itu Anwar sokong Islam Liberal dan Pluralisma Agama. Anwar sokong human rights supaya orang muda, LGBT, murtad, Liberal dan Plural sokong. Human rights juga boleh jadi sebab nak buat demonstrasi dan rusuhan seperti Bersih dan Occupy, boleh hina Islam, ulama, pemimpin negara, hina PM, sultan dan agong. Tapi human rights Anwar hanya untuk dia sahaja, macam human rights LGBT juga, Anwar tak hormat dan melawan human rights orang yang tak setuju dengan dia. Kebebasan ialah okay bila melawan kerajaan BN tapi ia adalah salah untuk melawan kerajaan PR.

Leave a Comment

 

— required *

— required *