Apa Komen Mat Sabu Berhubung Kebangkitan Di Syria?

IB - Umum tahu kebangkitan rakyat Syria menentang kerajaan Baath Assad tidak disenangi oleh Iran. Malah terbaru, sejam yang lalu, Menteri Pertahanan Iran masih jelas berdiri teguh menyokong kerjaan zalim Assad dengan membantah bantuan luar kepada rakyat Syria:

 The arming of Syria’s rebels will have “very bad implications in the region,” Iran’s Defence Minister Ahmad Vahidi warned today, according to state television.

The AFP news agency said that he added that “the region will face a major crisis if foreign forces, currently (covertly) present in Syria, enter the scene” and intervene militarily.

Pendirian ini jauh berbeza ketika Amerika menyerang Iraq. Dan yang paling ketara ialah sokongan Iran terhadap puak-puak syiah yang membuat kacau bilau jalanan di Bahrain tahun lalu. Ini jelas pendirian yang double standard kerajaan Syiah Iran.

Pencinta Islam kebanyakannya bersama menyokong kebangkitan rakyat dan pejuang Islam di Syria, namun Iran adalah satu-satunya negara yang kuat menyokong Assad.

Suara beberapa pemimpin PAS nampaknya ramai yang menyokong pejuang Islam di Syria tetapi IB teringin hendak dengar pendirian Mat Sabu.

Ramai yang mengaitkan Mat Sabu dengan fahaman Syiah. Malah seorang rakan IB pernah berkata beliau bersama Mat Sabu di Patani dan melihat sendiri Mat Sabu solat sujud atas batu yang menjadi amalan orang-orang Syiah.

Malah ramai di kalangan pimpinan PAS sendiri yang tidak selesa dengan fahaman Syiah Mat Sabu. Presidennya sendiri pernah dipetik berkata tidak mahu biarkan Mat Sabu untuk mempengerusi mesyuarat parti dan akan cuba berusaha untuk mempengerusikannya sendiri. IB pernah menulis berhubung perkara ini (klik)

Tetapi orang-orang Syiah, mereka ada senjata istimewa. Mereka boleh berbohong. Amat istimewa kerana bila berbohong (takiyyah) terhadap orang-orang ahli sunnah itu mereka dapat pahala.

Pengawal Revolusi Iran Ditangkap/Culik Oleh Penentang Bashar Assad

Berita ini bukan sekadar mengesahkan penglibatan haram Kerajaan Syiah Iran dalam mempertahankan Bashar Assad di Syria tetapi membukti Syiah Iran sokong kezaliman. Terbukti Syiah tolong Bashar Assad bunuh orang-orang Sunni di Syria. – Iran Bantu Assad Mengekang Revolusi Syria

Jangan lupa baca juga laporan berkaitan di sini: Apa Komen Mat Sabu Berhubung Kebangkitan Di Syria?

Dan: Memperingati Kepulangan Khomeini: Suatu Yang Aneh dan Ditertawakan

Dan ini: Pengkebumian Yang Mengaibkan!

Pemberontak Syria mengaku culik

IMEJ daripada YouTube semalam menunjukkan sejumlah warga Iran (barisan belakang) yang ditangkap anggota-anggota Tentera Pembebasan Syria di Damsyik.

DUBAI – Para pemberontak Syria semalam menyiarkan video yang menunjukkan 48 militia dari Iran yang diculik mereka di Damsyik.

Kelmarin, Konsulat Iran di Damsyik menyatakan seramai 47 warganya diculik dari sebuah bas di Damsyik semasa mereka menuju ke sebuah lapangan terbang.

Menurut kumpulan pemberontak, Briged Al-Baraa daripada Tentera Pembebasan Syria (FSA), sebahagian militia itu merupakan anggota Pengawal Revolusi yang merupakan unit tentera elit negara mereka.

Seorang anggota FSA dalam video tersebut berkata, kumpulan warga Iran tersebut melakukan misi peninjauan di Damsyik.

“Kami mendapati sebahagian mereka merupakan pegawai pasukan Pengawal Revolusi (Iran),” katanya yang menunjukkan dokumen yang telah dirampas.

Menurut pegawai tersebut, pihaknya memberi amaran bahawa semua kemudahan Iran di Syria dan pekerjanya akan menerima nasib yang sama atau kemungkinan dibunuh.

“Tuhan Maha Besar,” kata lelaki tersebut sebelum dia menamatkan kenyataannya.

Stesen televisyen Al-Arabiya menyiarkan temu ramah dengan lelaki tersebut yang dikenali sebagai Komander Abdel Nasser Shmeir.

Menurutnya, salah seorang yang ditahan itu ialah penterjemah Afghanistan.

Bagaimanapun, satu sumber sebuah lagi kumpulan pembangkang, Jundallah menganggap video tersebut sebenarnya palsu.

Menurut sumber berkenaan, video itu dihasilkan bagi menjadikan Iran yang berfahaman Syiah sebagai sasaran.

Sebelum ini Iran menafikan bahawa unit tenteranya telah dihantar ke Syria.

Menteri Pertahanan Iran, Ahmad Vahidi kelmarin menyatakan, pasukan tentera negaranya tidak ada di Syria.

Menurutnya, pentadbiran Iran tidak membuat sebarang permintaan untuk mendapatkan khidmat pasukan tentera Syria.

Pergolakan di Syria bermula sejak Mac tahun lalu apabila penduduk bangkit menentang pemerintahan Presiden Bashar Al-Assad.

Lebih 19,000 orang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran antara tentera Syria dengan kumpulan pemberontak yang menentang kepimpinan Bashar.

Kepimpinan Bashar dianggap gagal membawa pembaharuan dalam bidang pentadbiran dan demokrasi oleh kumpulan pemberontak.

Syria sebelum ini menuduh Turki, Qatar dan Arab Saudi menyokong kumpulan pemberontak dan meningkatkan keganasan di negara ini.

Iran pernah menyatakan sokongannya terhadap usaha Bashar untuk menamatkan kebangkitan penduduk di negaranya.

Dalam perkembangan yang berkaitan, tentera Syria melancarkan serangan bom di daerah Salaheddin semalam.

Pertempuran turut berlaku di daerah Sukkari, Hamdaniyeh dan Ansari di utara Syria sejak 20 Julai lalu.

Menurut pertubuhan Pemantau Syria Untuk Hak Asasi, 13 orang terbunuh di Syria semalam. – Agensi

3 Responses to “Apa Komen Mat Sabu Berhubung Kebangkitan Di Syria?”

  1. Ahmad Ali Karim

    Aug 06. 2012

    Betulkah Mat Sabu menyokong Syiah? Agaknya sebab itulah PAS tak nak tentang ajaran Syiah di Malaysia. Dan agaknya sebab itulah PAS marah sangat UMNO sebab UMNO menentang Syiah dan UMNO faham bahawa ajaran Syiah itu salah di sisi Islam.

    Reply to this comment
  2. RD

    Aug 06. 2012

    Saya tak peduli siapa memerintah Syria, Syiah atau Sunni. Kalau Barat tak masuk campur, Syria, Iraq, Libya, Mesir dan lain-lain negara spring Arab akan sentiasa aman. Hanya kerana orang tamak yang hendak berkuasa mengantikan kerajaan sedia-ada, rakyat menderita. Al-Juburi adalah contoh terbaik, yang sanggup menjemput kuasa asing untuk membinasakan negaranya sendiri demi kuasa & harta.

    Negara ‘Spring’ Arab memang sejak dahulu lagi saling bergaduh antara puak, mahkzab & khabilah mereka. Itulah sebabnya orang Arab sentiasa menyapa ‘ Peace be upon you’ apabila bertemu sesama mereka. Orang Arab amat rindukan kedamaian yang tak kunjung tiba. Hanya diktator seperti Sadam yang boleh medamaikan puak-puak Arab ini. Demokrasi tidak sesuai untuk mereka. Lebih baik pecahkan negara kepada setiap puak2 ini, seperti Yugoslavia. Itu pun tak ada gerenti mereka tidak akan berperang. Dengan kekayaan hasil minyak pun, mereka tak mampu menolong bangsa sendiri seperti Palestine. Sabotage lagi, ada.

    Orang Melayu tak semestinya masuk campur dalam pergolakan mereka. Kita ada masalah kita sendiri, iaitu untuk mempertahankan tanah-tumpah darah ini supaya bersatu & tidak berkecai. Cukup hanya Singapura kita gadaikan. Kalau negara kita tergadai, jangan harap orang Arab akan rela terima kita di tanahair mereka. Kita hanya perlu berterima-kasih kepada mereka kerena membawa agama Islam ke Nusantara. Mungkin umat Islam di Nusantara telah ditakdirkan Allah untuk mengambil-alih tanggong jawab untuk memulihkan keagongan Islam tanpa meniru mereka.

    Reply to this comment
  3. Cicitkudin

    Aug 06. 2012

    Hoi Mat Sabu jawablah — hang pandai sangat bercakap atas pentas jadi orang warak dan jaguh politik tuduh orang lain macam-macam .

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE