Al Gore rakan baik Anwar sokong kebebasan perkahwinan Gay

[AIDC menterjemah artikel yang ditulis oleh Evan Wolfson dari huffingtonpost.com. Evan Wolfson merupakan Pengarah Eksekutif Kebebasan Berkahwin (Freedom to Marry) sebuah NGO yang memperjuangkan kebebasan perkahwinan Gay di Amerika Syarikat. Artikel asal klik di sini]

Sekali lagi, Al Gore melihatnya (perkahwinan sejenis) sebagai perkara betul.

Pada 17 Januari 2008, sebelum hari Martin Luther King, Jr (pejuang hak asasi Gay di Amerika Syarikat) yang disambut di seluruh negara. Sekali lagi,  komitmen pemenang hak asasi, Nobel Laureate dan bekas Naib Presiden, Al Gore telah menghantar satu ucapan video kepada Current TV (stesen TV yang dimiliki oleh Al Gore) yang bertajuk “Lelaki dan Wanita Gay perlu mendapat hak-hak yang sama.”


Dalam pandangan peribadinya, Gore melihat terus ke kamera dan dengan jelas menyatakan keinginannya untuk mengakhiri larangan pasangan sejenis dan keluarganya daripada berkahwin. Dan benar, dia (Al Gore) menyebut perkataan perkahwinan.

Saya rasa ia salah untuk kerajaan mendiskriminasikan golongan tersebut disebabkan orientasi seksual peribadi.

Kata Al Gore : Saya fikir adalah salah jika kerajaan membeza-bezakan rakyat nya berasaskan faktor  orientasi seksual seseorang itu.

Saya fikir lelaki (Gay) dan wanita (Lesbian) harus mempunyai hak-hak yang sama seperti lelaki dan wanita normal, untuk mendapatkan kontrak, mempunyai hak untuk mengunjungi hospital, hak perkahwinan, dan saya tidak faham kenapa ianya dianggap sebagai ancaman oleh sesetengah pihak  untuk membenarkan perkahwinan Gay dan Lesbian.

Tidakkah kita perlu menggalakkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada pasangan masing-masing tanpa mengira orientasi seksual?

Kesetiaan dan cinta yang dirasai oleh dua individu kepada pasangan masing-masing apabila mereka jatuh cinta patut diraikan dan digalakkan, dan tidak boleh dihalang dengan sebarang bentuk diskriminasi dalam undang-undang.

Pendapat Al Gore tepat – menamatkan pengecualian pasangan sejenis daripada melakukan perkahwinan akan membantu keluarga dan tidak akan melukakan perasaan sesiapa.

Pasangan sejenis di seluruh negara sedang melakukan kerja-kerja kehidupan seharian mereka yang  sama dilakukan di dalam perkahwinan dengan menjaga antara satu sama lain dan keluarga mereka.

Untuk sebab itu, seperti pasangan bukan gay, pasangan Gay dan Lesbian dan anak-anak mereka perlu dan berhak mendapat kebebasan untuk berkahwin, dengan perlindungan keselamatan dan maruah  yang akan diberikan terhadap perkahwinan tersebut menerusi jatuh bangun kehidupannya.

Dan Al Gore, seorang pemenang Academy Award, juga telah membuka jalan ke arah perkara tersebut?

Semalam, sebuah dokumentari mengenai bagaimana penafian terhadap perkahwinan sejenis telah merosakkan keluarga  telah dicalonkan untuk anugerah Oscar.

Dalam filem bertajuk  “Freeheld”, penerbit filem, Cynthia Wade mengisahkan tentang Laurel Hester (wanita Lesbian), detektif polis, Ocean County, New Jersey yang sedang sakit tenat, berjuang untuk memastikan pasangannya menerima pencennya selepas kematiannya, di mana perlindungan tersebut akan dilaksanakan secara automatik sekiranya mereka dibenarkan untuk berkahwin.

Anda boleh menonton sedutan filem tersebut di sini.

Dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang dijangkakan akan diumumkan pada bila-bila masa dari sekarang mengenai kes-kes perkahwinan yang dikemukakan oleh pasangan- pasangan (sejenis) di Connecticut, California, dan Iowa; badan perundangan di New Jersey sedang berhadapan dengan realiti bahawa penyatuan masyarakat awam sebagai ganti kepada perkahwinan adalah tidak berkesan; dan dengan Sambutan Minggu Tahunan ke-11 Kebebasan Berkahwin Sejenis (10-16 Feb) yang semakin dekat, pandangan Al Gore yang ringkas, tulen dan jelas itu dalam menyokong persamaan perkahwinan, sekali lagi menunjukkan gambaran sebenar kepimpinan politiknya.

Calon-calon politik, dan kesemua di antara kita yang  bercakap mengenai mengapa perkahwinan sejenis perlu dibenarkan, harus mengambil perhatian terhadap ucapan Al Gore itu.

Al Gore telah menunjukkan jalan dan mengakhiri pengecualian perkahwinan adalah salah satu perubahan iklim (climate change) yang akan menjadikan keadaan dunia ini menjadi semakin baik.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE