Selebriti PAS Dibayar Tinggi ?

Mynewshub – Sejak kebelakangan ini begitu ramai artis yang mula melibatkan diri dalam bidang politik tidak kira pro atau anti-kerajaan.

Namun, rata-rata selebriti yang memilih untuk menyertai Pas adalah dengan alasan ingin berhijrah.

Ya, itu menjadi hak serta prinsip masing-masing. Tidak menjadi satu kesalahan mahupun satu pertikaian.

Cuma apa yang ditulis seorang blogger pro-pembangkang ini agak menarik untuk diperkatakan

entrynya di http://orangni.blogspot.com/2012/07/artis-wanita-sekali-ceramah-rm2500apa.html mempertikaikan kewajaran penganjur yang sanggup membayar RM2,500 setiap kali artis wanita ‘itu’ memberi ceramah Pas walaupun artis itu belum menyerahkan borang keahlian parti.

Kalau benar dakwaan itu, penulis rasa pelik juga bagaimana pihak penganjur sanggup membayar lebih kepada artis yang baru berjinak dalam bidang politik sedangkan pejuang-pejuang parti yang begitu lama menegakkan prinsip parti kadang-kala hanya diberi saguhati apabila naik ke pentas ceramah.

Kita buat pengiraan mudah. Jika setiap kali ceramah dibayar RM2,500 dan sebulan artis itu menyertai 10 ceramah, dia akan dibayar RM25,000. Itu jika 10 kali dalam sebulan, jika lebih?

Mungkin ini sekadar khabar angin, namun jika ia benar, apakah nasib mereka yang sudah ‘veteran’ memperjuangkan prinsip parti?

Tidak hairan apabila ada suara-suara di dalam parti itu yang mempertikaikan isu ini.

Isu ini sesuai dengan ungkapan ‘Kera DiHutan Disusukan, Anak Di Rumah Mati Kelaparan’.

Bagi penulis, seperti tidak adil jika penceramah veteran yang sudah lama memperjuangkan parti menerima hadiah atau bayaran yang sedikit berbanding mereka yang baru menyertai politik dan sudah beraksi ‘ghairah’ di pentas ceramah menerima bayaran yang lebih mahal atas tiket ‘selebriti’.

Namun, yang masih menjadi persoalan, adakah artis-artis itu mahu benar-benar berubah kerana dirinya dan agama, atau kerana parti ataupun mengejar bayaran yang tinggi setiap kali memberi ceramah.

Apa kata anda?

9 Responses to “Selebriti PAS Dibayar Tinggi ?”

  1. anonymous

    Jul 20. 2012

    emmmm…ape cite ni…ustaz2 ramai yg dah msuk umno..tak masuk pun..menyebelah umno. artis2 lak yg masuk pas..ish3

    Reply to this comment
  2. HAMSOR

    Jul 20. 2012

    masa kes Mat Sabu tu hari, sibuk dok kutip derma kat Mahkamah konon2 la mcm Mat Sabu tu takde duit nak bayar ikat jamin…puiii, mcm sial perangai…ingat2 la duit tu semua korang kutip derma dari masyarakat marhaen yg tak byk duit, tapi dorang derma dgn impian duit tu akan menjamin syurga..korang lak pergi byr kat artis bagi ceramah…hidup ni cam roda, kejap kat atas, kejap kat bawah..

    Reply to this comment
  3. backdoor

    Jul 20. 2012

    Artis kalau nak bertaubat perlu ke memilih PAS? Tak ada saluran lain ke nak bertaubat? Adakah syarat diterima taubat itu kena menyertai PAS? Atau nak tunjuk satu Malaysia yang mereka ini berhati suci murni kerana sudah menyertai PAS? Masih diambilkah royalti nyanyian dan lakonan sebelum menyertai PAS? Tetapi kenapa PAS? Bukan kah banyak lagi pertubuhan islam yang boleh disertai kalau nak berdakwah pun? Perlu kah pilih PAS? Tak de jaminan syurga pun kalau menjadi ahli seumur hidup PAS…amalan yang paling penting dalam ibadah adalah solat. Tanpa solat apa sahaja amalan takkan diterima oleh Allah swt. Kalau solat taubat nasuha pun kita buat tetapi solat 5 waktu di tinggalkan, tak ada maknanya disisi Maha Pencipta… Pasti ke yang PAS ni bersih sebersihnya? Terbaru Nasruddin Tantawi dalam Debat di Sinar berkata tak boleh menang pilihanraya kalau satu parti sahaja tetapi kena bergabung. Aduhai Nasruddin, kamu lupa ke yang kemenangan itu adalah datang daripada Allah SWT? Kalau PAS berjuang sendirian pun dengan penuh tawwakkal dan tawwaduk, insyaAllah kemenangan berpihak kepada parti anda. Hanya kerana ujian Allah selama 20 tahun hanya dapat memerintah Kelantan, PAS sudah tak tertahan nafsu dan sudah terhakis keyakinan terhadap ketentuan Allah. Tak teringat kah kisah Nabi Daud yang mendapat penyakit kulit bertahun2 tetapi Nabi Daud tetap bersyukur kepada Allah. Rasulullah berdakwah pun dengan pelbagai rintangan tetapi tidak lah Rasulullah meminta pertolongan syaitan pun, tidaklah Rasulullah memaki hamun orang pun tetapi bersabar dan terus bersabar. Ya memang benar Allah suruh umatnya berusaha dan berjaya bersama tetapi apa yang PAS semburkan terhadap UMNO sudah memakan diri sendiri. Malah tak mahu mengaku bahawa PAS itu bersengkongkol dengan kafir yang pernah dituduh kepada UMNO. Apa ni? Mcm ni ke perangai dan akhlak orang2 yang mendakwa tinggi ilmu agamanya?

    Reply to this comment
  4. serena

    Jul 20. 2012

    Kelakau,,kelakau…byr artis satu hal, menipu pun satu hal jugak..
    Siap ckp Ning Baizura bakal masuk parti depa ni..

    Marah kak Ning kita tau..
    (sumber: Rotikaya)

    Reply to this comment
  5. atuk

    Jul 20. 2012

    Nampak gaya nya para artis itu menyertai Pas dan jadi penceramah kerana telah di tawarkan dengan wang ringgit yang lumayan , kesian para ahli Pas dan parti lain dalam PR yang telah lama menyokong dan jadi ahli tapi tak dapat peluang jadi penceramah dan popular dan bagi artis pula amat beruntung dah ada nama tambah jadi popular lagi iaitu popular mengutuk kerajaan dapat duit.

    Reply to this comment
  6. sman

    Jul 19. 2012

    Parti Ajaran Sesat ni dah nak terlungkup,para ulamak muda dan ulamak waras tak mahu lagi mendekai Pas ,terpaksalah mereka mengambil artis yg baru ‘insaf’jadi penceramah meraka.Mahal pun mahal lah bayarannya, bukan pakai duit Nik Aziz atau dui Hj Hadi pun,semunya tu duit penyokong yg di kutip dengan kantong hijau.Kehilangan Dr.Hassan Ali dan Hassan Basri,dari Pas misti di bayar dgn harga yg tinggi,sekurang-kurangnya 20 org artis lagi terpaksa di cari,berapa harganya itu tidak penting,yg penting Pas misti terkenal.Sekarang Pas sudah jadi Parti Artis Sedar,merekalah yg akan melakar perlaksanaan Hudud nanti.

    Reply to this comment
  7. Mr Y

    Jul 19. 2012

    Politik Agama Suku (PAS) = Duit Aku Punya (DAP) = Pergi Kencing Rata (PKR)

    Reply to this comment
  8. Mk

    Jul 19. 2012

    Kenapa Ostad Ostad nak jeles.. tak cukup dgn pemimpin Umno..Dato Mufti..Pegawai agama….dgn artis pon nak jeles jugak… dasar pengikut tegar iblis…

    Artis berhak dan patut..mendapat bayaran….Rm 2500 – 3000.. dah kira murah jugak..sebab kalau mereka ke sessi bidang seni ..mereka dibayar lebih..lagi.

    Pas perlukan popularity mereka untuk tarik sokongan…bahan iklanan ,,jadi ramai orang datang dan bayar duit Tong… pon bertambah…..jadi memang hak merka Artis untuk dapat royalti….

    Hentikan sikap jeles jeles… kehadiran artis lah menjamin kutipan nafkah Ostad anak beranak…

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE