PARADIGMA POLITIK BARU

Anwar Dakwa Sokong Diskriminasi Gay, Kenapa Nak Pinda Undang-Undang ?

AIDCNews – 19/07/12 – Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika disoal oleh peguam Datuk Firoz Hussein yang mewakili Utusan Malaysia dalam Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur semalam mencetuskan kontradiksi tentang sikap sebenar Ketua Umum PKR terhadap isu undang-undang terhadap kumpulan homoseksual.

Firoz Hussein : Adakah kita harus mendiskriminasi terhadap kumpulan homoseksual.

Anwar : Ya. Kami tidak memberi ruang kepada golongan homoseksual dan mempertahankan kesucian perkahwinan.

Walau bagaimanapun, seperti dilaporkan The Malaysian Insider Anwar menegaskan undang-undang kuno terhadap golongan homoseksual perlu dikaji semula supaya orang yang tidak bersalah tidak akan dihukum.

“Secara umumnya dalam Pakatan Rakyat, kita bersetuju tentang kajian semula dan pembaharuan undang-undang di negara ini,”katanya.

Peguam Utusan Malaysia bertanyakan Anwar tentang kenyataannya di BBC News berkenaan undang-undang homoseksual yang disiarkan media antarabangsa itu pada 12 Jan 2012.

Wartawan BBC News, bertanya soalan kepada Anwar, “Sejauh mana anda mahu menyampaikan mesej kebebasan itu, kerana kes anda (liwat) yang digugurkan terhadap anda telah memberikan tenaga baru kepada pergerakan perjuangan hak kumpulan homoseksual di negara anda…ramai yang muncul bertaruh walaupun anda telah dibebaskan…apakah anda bersedia untuk mempertahankan sikap anti diskriminasi termasuk hak asasi kumpulan-kumpulan gay?”

Anwar menjawab, “Kita perlu mengkaji semula sesetengah daripada undang-undang kuno dan lapuk itu…kami orang Muslim dan bukan Muslim, secara amnya percaya dan komited menyokong institusi perkahwinan di antara laki-laki dan wanita, tapi kita tidak boleh dilihat sebagai bersikap zalim dan menghukum. Kita juga tidak boleh menganggap undang-undang kuno itu sebagai relevan…kita perlu mengkajinya semula…

“Kita tidak mempromosikan homoseksualiti khalayak awam atau khalayak ramai…saya rasa tidak perlu bagi kami meminta maaf tentang perkara itu…tetapi untuk menggunakan undang-undang itu bagi menghukum atau menganiayai mereka yang tidak bersalah tidak boleh dipertahankan“.

Namun, ketika diperiksa balas oleh peguam peguam Utusan Malaysia semalam, Anwar menafikan kenyataan di BBC itu bermaksud beliau mahu undang-undang berkaitan homoseksual patut disemak semula supaya tidak lagi bersifat menghukum.

Kepada soalan lain, Anwar juga turut menafikan kenyataannya itu membawa maksud aktiviti homoseksual perlu dihukum jika dilakukan di tempat terbuka, tetapi dibenarkan jika dilakukan di tempat tertutup dan persendirian.

Kira-kira 2 minggu sebelum Anwar membuat kenyataan mahu meminda undang-undang ‘kuno’ di BBC News, satu laman PinkNews, laman LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) yang berpangkalan di United Kingdom (UK) melaporkan sebuah badan hak asasi antarabangsa, HRW (Human Rights Watch) telah berkempen supaya undang-undang anti-liwat yang dikenakan ke atas Anwar dimansuhkan.

“Sama ada Anwar Ibrahim benar-benar melakukan liwat secara suka sama suka (consensual sodomy) atau tidak, ia tidak relevan sama sekali. Kini tiba masanya untuk menolak undang-undang tersebut dan mengakhiri sandiwara politik lawak yang mempromosikan diskriminasi berlandaskan orientasi seksual dan membinasakan kehidupan orang lain.”, kata Phil Robertson, timbalan pengarah HRW bagi rantau Asia.

Menurut HRW sebarang undang-undang tidak perlu dikenakan jika perbuatan seks itu dilakukan atas dasar suka sama suka (sukarela) antara dua lelaki dewasa.

“Undang-undang menghukum perlakuan seksual suka sama suka di antara orang dewasa sejenis merupakan pencerobohan hak privasi dan peribadi.

“Tindakan hukuman sebegitu hanya mewujudkan situasi diskriminasi dan penyalahgunaan kuasa dibenarkan berlaku”, katanya.

Kempen memansuhkan undang-undang anti-liwat itu juga turut disambut oleh gaystarnews, satu lagi laman LGBT yang juga berpangkalan di UK.

Malah laman ILGA Asia, laman untuk ‘International Lesbian, Gay, Bisexual, Trans and Intersex Association‘ mendedahkan kesungguhan Anwar untuk memansuhkan akta kuno itu telah diberitahu kepada wartawan AP (Associated Press) lebih awal daripada kenyataannya di BBC News.

“Dengan keputusan perbicaraan kes liwatnya, pemimpin pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim, semalam secara terbuka mengkritik undang-undang yang dipertuduhkan terhadapnya sebagai peraturan kuno yang boleh disalahgunakan untuk menggalakkan sikap tidak bertoleransi, menyerang hak asasi peribadi dan menghukum terlalu kasar,”lapornya.

“Pandangan saya adalah anda tidak boleh mempunyai undang-undang yang boleh disalahgunakan untuk tujuan politik dan dilihat sebagai hukuman yang tidak adil kepada orang lain,” kata Anwar

Laman PinkNews turut menyiarkan kenyataan Anwar dengan AP itu yang berkata, “Undang-undang sedia ada kami disifatkan sebagai agak kuno. Keseluruhan idea (harus) menggalakkan orang ramai untuk memahami, tidak dilihat begitu menghukum. Dalam kes ini ia lebih teruk, anda boleh pergi periksa dan mengintip ke dalam bilik tidur orang lain hanya cuba untuk memburuk-burukkan mereka”.

Perkara sama turut diulas oleh sdgln.com, laman untuk komuniti Gay dan Lesbian San Diego.

Manakala, tentang tindak balas orang ramai yang tidak setuju dengan kenyataan Anwar di BBC News, laman dragoncastle.net, satu laman komuniti Gay Thailand dan Gay Asia sifatkan ia merupakan satu serangan ke atas Ketua Umum PKR itu.

Lapornya, akhbar-akhbar pro-kerajaan telah menyelar Anwar kerana Ketua Umum PKR itu telah mencadangkan undang-undang anti-liwat dan oral seks di Malaysia perlu dikaji semula.

“Liwat dan seks oral, sama ada dilakukan sesama jantina (secara sukarela) atau sebaliknya adalah dilarang dan dihukum dengan penjara 20 tahun dan sebatan. Umat Islam yang melakukan aktiviti itu boleh juga dihukum dengan undang-undang syariah Islam,”lapornya lagi.

Sikap Chameleon Anwar Terserlah Isu Gay

Human Rights Watch : Anwar Mengaku Meliwat Saiful Suka Sama Suka

4 Comments

  1. atuk says:

    Yang hairannya para pemimpin Parti Islam langsung tak buka mulut dan seolah setuju atau takut nak nak komen atau setuju dengan Anwar , mungkin takut tak tercapai hajat nak ke Putrajaya.

  2. naw says:

    Kita kena tahu gelagat dan perangai seorang Chameleon. Selepas Liwat 2 dulu, Anwar beria2 mengutuk undang2 kuno dan lapok…sekarang ni Liwat 2 akan memasukki fasa kedua tambah lagi PRU13 dah nak dekat, kenalah Anwar tukar haluan 360 darjah menidakkan golongan LGBT dan sokong institusi perkahwinan. Apa pula PAS nak jawab jika disoal wartawan nanti. Kenalah spin. Inilah gelagat putar alam Anwar yang memakan dirinya sendiri. Sepatutnya Anwar semakin insaf kerana ‘dilepaskan’ dari hukuman 20 tahun di Sungei Buloh…kembali bermusahabbah diri, tambah2 lagi Ramadhan dah sampai…bertaubat dan meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia setelah pembohongan demi pembohongan dilakukan dan sebelum ‘bersara’ dari arena politik.

  3. Pusing2 says:

    Sebab dia dituduh dengan tuduhan liwat, maka undang berkaitan dianggap kuno dan keluarlah kenyataan “…. anda (kita) tidak boleh mempunyai undang-undang yang boleh disalahgunakan untuk tujuan politik dan dilihat sebagai hukuman yang tidak adil kepada orang lain..”

    Katakanlah.., tuduhan ke atas Anwar dulu dan sekarang adalah mengedar dadah, mungkin Seksyen 5b, akta dadah berbahaya 1952 juga perlu dibincangkan semula dan dipinda kerana, “…. anda (kita) tidak boleh mempunyai undang-undang yang boleh disalahgunakan untuk tujuan politik dan dilihat sebagai hukuman yang tidak adil kepada orang lain..”

    Pendek kata semua undang-undang sedia ada yang secara langsung terkena batang hidung sendiri, secara automatik akan menjadi tidak relevan.

    Dah muak dengan Anwar!

  4. suatu hari nanti suara rakaman audio dan bersama video berwarna warni…. akan muncul merakam segalanya…. ketika itu…tidak ade lagi makhluk serupa anu-war… bewrsama douakan…. jom sebahyang hajat mintak kebenaran beramai2 kat stadium di bulan puase ini…

Leave a Comment

 

— required *

— required *