PARADIGMA POLITIK BARU

Sikap Chameleon Anwar Terserlah Isu Gay

AIDCNews – 19/07/12 – Label majalah antarabangsa The Economist yang menggelar Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti ‘chameleon’ (seekor binatang sesumpah) semakin jelas dalam isu kes samannya terhadap Utusan Malaysia berkaitan temu bualnya dengan BBC mengenai undang-undang homoseksual, 12 Januari 2012.

The Economist menggelarkan Anwar ‘Malaysia’s chameleon‘ketika membandingkan sikap dan pendirian Anwar yang berbeza ketika bercakap di luar negara dan dalam negara, iaitu perbandingan sikap Ketua Umum PKR ketika bersama pimpinan PAS di Kelantan dengan pimpinan Kristian di Perth, Australia.

Dalam kes homoseksual, sikap Anwar juga sama.

Ketika wawancaranya bersama BBC News, di Mumbai, India, wartawan media antarabangsa itu bertanya, “Sejauh mana anda mahu menyampaikan mesej kebebasan itu, kerana kes anda (liwat) yang digugurkan terhadap anda telah memberikan tenaga baru kepada pergerakan perjuangan hak kumpulan homoseksual di negara anda…ramai yang muncul bertaruh walaupun anda telah dibebaskan…apakah anda bersedia untuk mempertahankan sikap anti diskriminasi termasuk hak asasi kumpulan-kumpulan gay?”

Anwar menjawab, “Kita perlu mengkaji semula sesetengah daripada undang-undang kuno dan lapuk itu…kami orang Muslim dan bukan Muslim, secara amnya percaya dan komited menyokong institusi perkahwinan di antara laki-laki dan wanita, tapi kita tidak boleh dilihat sebagai bersikap zalim dan menghukum. Kita juga tidak boleh menganggap undang-undang kuno itu sebagai relevan…kita perlu mengkajinya semula

“Kita tidak mempromosikan homoseksualiti khalayak awam atau khalayak ramai…saya rasa tidak perlu bagi kami meminta maaf tentang perkara itu…tetapi untuk menggunakan undang-undang itu bagi menghukum atau menganiayai mereka yang tidak bersalah tidak boleh dipertahankan“.

Namun semasa berada di Malaysia dan ketika disoal oleh peguam Datuk Firoz Hussein yang mewakili Utusan Malaysia dalam Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, Anwar seperti dilaporkan The Malaysian Insider berkata, beliau tidak mahu memansuhkan undang-undang anti-liwat dan mahu akta itu diteruskan untuk melindungi institusi perkahwinan.

Firoz Hussein : Adakah kita harus mendiskriminasi terhadap kumpulan homoseksual.

Anwar : Ya. Kami tidak memberi ruang kepada golongan homoseksual dan mempertahankan kesucian perkahwinan.

Walau bagaimanapun, Anwar menegaskan undang-undang kuno terhadap golongan homoseksual perlu dikaji semula supaya orang yang tidak bersalah tidak akan dihukum.

Ditanya lanjut mengapa beliau menganggap undang-undang sedia ada terhadap seks luar tabii di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan sebagai “kuno”, Anwar berkata, “Kerana ia jarang digunakan dan hanya digunakan untuk sebab-sebab politik”.

“Ia digunakan tanpa bukti yang cukup, ia tidak digunakan kerana undang-undang tetapi hanya untuk politik. Jadi ia perlu dikaji semula supaya mempunyai saksi dan bukti yang cukup sebelum dibawa ke mahkamah”.

Ketua Pembangkang itu berkata, “Secara umumnya dalam Pakatan Rakyat, kita bersetuju tentang kajian semula dan pembaharuan undang-undang di negara ini”.

Pada 20 Januari, Anwar memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap syarikat akhbar, Utusan Melayu (M) Bhd. (Utusan Melayu) berhubung penyiaran artikel bertajuk ‘Tolak Anwar – Hassan’ yang merujuk kepada wawancara Anwar di BBC berkenaan isu homoseksual.

Blogger ffrreeddiiee melihat kenyataan Anwar dalam mahkamah itu sebagai ‘double standard‘ kerana sebelum ini Ketua Umum PKR pernah berkata beliau tidak akan mengenakan undang-undang yang mendiskriminasi LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Trangender) semasa menjawab dalam Yahoo Newsroom, 19 Mei 2011.

Seorang pembaca Malaysiakini, Leroy Luar mengkritik sikap kepura-puraan Anwar dalam komentarnya bertajuk “Anwar, be brave, say no to discrimination“.

Katanya, pemimpin yang membuat kenyataan mahu mendiskriminasi satu kumpulan, bukanlah seorang pemimpin yang membawa keadilan untuk semua dan dalam konteks ini Anwar telah berdusta untuk kepentingan dirinya sendiri.

Kenapa Anwar Tidak Saman BBC News ?

Majalah Tempo Lapor Anwar Tak Setuju Pelaku Homoseksual Dihukum

Mahkamah Warta Anwar Ibrahim Pelaku Homoseksual

Kenapa NGO Lesbian, Gay & Biseksual Sokong Anwar ?

Ada Sebab….Anwar Sokong Seksualiti Merdeka

Michael Backman : Walaupun Bebas 2004, Mahkamah Tetap Sahkan Anwar Adalah Gay

Dr Mahathir Menang, Mahkamah Persekutuan Kekal Imej Anwar Sebagai GAY

Mengapa Human Rights Watch Kecewa Keputusan Anwar Dirayu ?

7 Comments

  1. Cicitkudin says:

    “Kerana ia jarang digunakan dan hanya digunakan untuk sebab-sebab politik,” itulah alasan Anwar mengapa beliau mahu UU itu dihapuskan: Sebenarnya undang-undang liwat jarang digunakan terhadap orang lain kerana jarang-jarang ada peliwat bertaraf dan berprofil tinggi dan jarang-jarang orang kena liwat berani tampil membuat laporan kerana takutkan cemohan masyarakat. Ia tidak menjadi kuno hanya kerana itu.

  2. atuk says:

    Asalkan Pas dan pemimpinnya setuju apa aje lah janji boleh ke Putrajaya.

  3. usinlempoyang says:

    …maka, setelah pengkajian semula dibuat terhadap undang-undang kuno itu, pentadbiran PM Anwar Bin Ibrahim dengan sokongan sebulat suara parti gabungan sesatnya PAS dan DAP kafir harbi akhirnya telah meluluskan undang-undang moden berkaitan lgbt :

    ..antara lain: perlakuan seks luar tabii jika dilakukan secara suka sama suka tidak boleh dikatakan sebagai satu jenayah…

    maka pusat-pusat gay pun akan tumbuh lah seperti cendawan seperti halnya dengan rumah-rumah urut sekarang.

    ..dan tunggulah pula balasan azab untuk negara ini seperti mana yang pernah ditimpakan kepada kaum Nabi Loth!

  4. usinlempoyang says:

    Dengan garangnya Anwar mengecam (undang-undang berkaitan seks di luar tabii) “Ia digunakan tanpa bukti yang cukup, ia tidak digunakan kerana undang-undang tetapi hanya untuk politik. Jadi ia perlu dikaji semula supaya mempunyai saksi dan bukti yang cukup sebelum dibawa ke mahkamah”.

    Hakikatnya : nak menjawab sumpah Saiful dan Datuk Eskay, beliau begitu pengecut sekali. langsung tidak berdecit. lagi-lagi alasan yang diberikan :itu konspirasi umno, itu komplot najid..etc..etc. Tidak langsung menjawab kepada pokok perkara sebenar! (…alahaiiii..anwar!)

    Kesimpulan : Anwar memang pendusta @ munafiq @ sesumpah @talam dua muka @luncai karam kote bengkok

  5. backdoor says:

    “kita tidak mempromosikan homoseksualiti khalayak awam atau khalayak ramai…saya rasa tidak perlu bagi kami meminta maaf tentang perkara itu…tetapi untuk menggunakan undang-undang itu bagi menghukum atau menganiayai mereka yang tidak bersalah tidak boleh dipertahankan“.
    .
    apakah yang tersirat diakhir pernyataan diatas? Anwar seolah olah mahu memberitahu bahawa perlakuan homoseksual yang berlaku tanpa unsur paksaan atau atas dasar kerelaan tidak harus dihukum. Umum tahu bahawa perlakuan anwar dan pasangan seksnya adalah atas kerelaan masing2 dan ini tidak sepatutnya menjadi isu dan tidak sepatutnya dia didakwa dimahkamah. Adakah anwar ingin undang-undang homoseksual dengan pasangan yang disisi undang-undang yang di kategorikan sebagai bukan “minor” tidak harus dikategorikan sebagai jenayah seks? Adakah ini yang anwar maksudkan sebagai mereka yang tidak bersalah sebagai orang yang teraniaya kerana undang-undang kuno itu? Fikir-fikirkan lah….

  6. Aku sokong LGBT salah, aku diskriminasi LGBT salah. The Economist, BBC dan Utusan Malaysia ternyata telah diupah oleh UMNO dan Barisan Nasional untok menjatuhkan aku sebagai PM. Ini semua konspirasi belaka oleh mereka yang dengki dengan kejayaan aku, seorang lulusan am Pengajian Melayu yang pertama berjaya menjadi PM. Mereka semuanya kecewa kerana aku telah berucap dan menulis sebagai seorang yang bijak dengan menggunakan perkataan English yang susah (sebenarnya aku upah orang tulis) untuk memastikan aku menjadi pemimpin kelas dunia. Nantilah esok aku jadi PM selesai semua masaalah.

  7. HAMSOR says:

    abis la BAPOK2 LEMAU SEMALAYSIA kena kencing ngan Nuar Belalai the OMEGA Man..apa nak jadi ni? apa lagi, pusing belakang, balun kaw2..ok?

Leave a Comment

 

— required *

— required *