Kerajaan PAS Kedah Miliki Saham FGVH

Mynewshub – Kelmarin Badan Generasi Perihatin 1Malaysia (GP1M) mendakwa kerajaan PAS Kedah turut memiliki saham FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) sebanyak 500,000 unit.

Selain pegangan diperoleh melalui anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), GP1M juga mendakwa beberapa pegawai kanan kerajaan negeri turut memiliki saham FGVH, kebanyakannya 50,000 unit setiap seorang.

Bendahari GP1M, Mansor Ahmad, sehubungan itu, meminta pihak ‘talam dua muka’ berhenti menghasut anak muda dan peneroka FELDA.

Beliau turut mencabar Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menjawab persoalan itu serta menasihatkan pembangkang berhenti mempolitikkan isu FGVH.

Katanya, sikap pembangkang bertentangan dengan apa yang dilaungkan mereka ketika menentang FGVH, malah mendakwa PKNK sudah menjual 50,000 unit daripada saham itu.

“GP1M mendapat maklumat orang dalam PKNK sendiri, mereka terima dan turut berasa nikmat FGVH,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis.

Apabila artikel itu disiarkan, ramai yang tidak puas hati malah menuduh ia merupakan NIAT JAHAT pihak yang berkepentingan untuk menjatuhkan kerajaan Pas Kedah khususnya dan Pakatan Rakyat amnya.

Rata-rata blog pro-pembangkang menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah untuk memalukan Pas terutama penganjur Himpunan Oren yang diadakan Sabtu lalu.

Tetapi ternyata ia bukan gosip kosong atau sembang kedai kopi kerana rupa-rupanya apa yang didakwa GP1M memang benar dan tepat sekali.

Lebih mengejutkan, ia disahkan oleh orang kuat PKNK sendiri yang juga Ketua Eksekutifnya, Datuk Abdul Rahman Ibrahim.

Elok kita baca apa yang beliau katakan seperti mana yang tersiar di Sinar Harian;

Pemilikan saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) adalah mengikut prosedur sah dan tiada kaitan politik.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Abdul Rahman Ibrahim mengesahkan PKNK memiliki 500,000 unit saham FGVH di bawah peruntukan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) yang ditawarkan kepada Bumiputera.

“PKNK mohon saham FGVH sebanyak 1 juta unit tetapi Miti hanya luluskan 500,000 unit. Kita beli pada harga RM4.55 seunit, di mana jumlahnya mencecah RM2,275,000,” katanya.

Menurutnya, mana-mana syarikat atau individu layak dibenarkan membeli saham itu setelah disenaraikan di Bursa Malaysia dan PKNK berbuat demikian atas prospek perniagaan.

“Bagi saya ia satu keputusan perniagaan yang bijak, di mana PKNK sasarkan akan beroleh keuntungan RM500,000 daripada pembelian saham itu.

“Setakat ini, PKNK sudah jual 50,000 unit saham FGVH di pasaran pada harga RM5.50 seunit dan untung kasar diperoleh adalah RM47,500,” katanya.

Mengenai pihak yang mempertikai pemilikan saham itu atau mengaitkan tindakan itu dengan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) kononnya mahu mengaut keuntungan daripada penyenaraian saham FGVH, walaupun beberapa pemimpin PR lantang membantah penyenaraiannya, Abdul Rahman berkata:

“Ia tiada kaitan politik. Jika ada pihak kaitkan pemilikan saham PKNK ini dengan prinsip pemimpin PR, itu soal politik. PKNK bukan badan politik, kita berorientasikan perniagaan dan mahu kembangkan bisnes untuk bantu lebih ramai usahawan Kedah,” katanya.

Itu kata Abdul Rahman.

Kalau betul ia tiada kaitan politik, kenapa Setiausaha Politik Menteri Besar, Sanusi Mohd. Noor ‘kelam kabut’ keluarkan kenyataan nak mempertahankan bosnya yang juga Menteri Besar Kedah sendiri, Datuk Seri Azizan Razak.

BACA DI SINI  

Lebih memalukan, dalam kenyataan balas tersebut, secara sengaja atau tidak sengaja, Sanusi ‘terlepas cakap’ yang Azizan adalah Pengerusi PKNK, daripada ramai yang tak tahu sekarang semua dah tahu yang Azizan adalah orang nombor satu PKNK.

Jadi secara tidak langsung menunjukkan kenyataan Abdul Rahman kononnya PKNK tidak terlibat dengan polisi politik itu ternyata SALAH sama sekali.

Di sini mari kita renung kembali beberapa perkara;

1) Pertama JELAS DAN NYATA sekali PKNK pun mengakui penyenaraian FGVH itu tepat!

” ….. kita berorientasikan perniagaan dan mahu kembangkan bisnes untuk bantu lebih ramai usahawan Kedah,”

2) Kedua JELAS DAN NYATA PKNK ada kaitan dengan politik walaupun cuba dinafikan CEOnya sendiri

” …….MB selaku Pengerusi PKNK….,”

3) Ketiga rasanya tiada siapa yang LEBIH LAYAK nak bercakap tentang penentangan penyenaraian ini kalau bukan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) sendiri, Mazlan Aliman.

Mari kita baca apa reaksi Mazlan yang lebih bersifat kepada cuba ‘control malu’;

Mazlan mahu PKNK menjual kembali saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) sekiranya mereka telah membelinya.

“Kita konsisten dengan pendirian menentang FGVH. Saya telah nyatakan pendirian saya dalam mesyuarat PAS Pusat.

“Jika benar, saya akan bantah kerana ia bertentangan dengan solidariti parti komponen Pakatan Rakyat.

“Kita juga akan mencadangkan agar syarikat berkaitan kerajaan tersebut menjual saham dan memohon maaf pada rakyat,” kata Mazlan yang juga ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat dan Ketua Penerangan PAS Johor seperti yang tersiar dalam portal Free Malaysia Today.

KESIMPULAN dalam kes ini mudah saja, ini menunjukkan KEMUNAFIKAN TAHAP TERTINGGI para pemimpin Pas berhubung isu penyenarai FGVH ini, mereka bukan tak tahu yang ia memberi manfaat yang besar, tetapi terpaksa untuk TIDAK BERSETUJU semata-mata kerana tidak mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat ‘mileage’ daripada keputusan kerajaan itu.

Cakap tak serupa bikin langsung!

Dalam ceramah bukan main lagi berdegar-degar kutuk saham FGVH, di belakang merekalah yang paling beriya-iya, siap beli lagi saham tu

Lepas ni confirm akan ada ‘road show’ untuk menjelaskan tindakan mereka, tetapi lepas tu tetap kutip derma daripada mereka yang datang nak dengar ceramah, tapi mereka sendiri dah GOYANG KAKI makan duit saham yang kononnya menindas dan menipu peneroka itu

SEKARANG INI SIAPA YANG TIPU SIAPA?

Mereka tahu, Najib telah membuat keputusan tepat yang akan mengukuhkan keyakinan rakyat amnya dan masyarakat Felda khususnya terhadap kepimpinan beliau.

Ini sangat bahaya kepada Pas memandangkan PRU ke 13 makin hampir.

Ternyata niat Pas bukan nak memperjuangkan nasib peneroka, tetapi lebih kepada nasib parti dan kedudukan mereka sendiri.

Akhirnya matlamat telah menghalalkan cara.

Malangnya yang menggagalkan usaha itu bukan musuh politik mereka, tetapi orang dalam parti Pas itu sendiri.

Tak sabar nak tengok macam mana Azizan nak ‘bersilat’ lagi lepas ini

Wartawan mana pula agaknya yang bakal menerima sumpah seranahnya……Pas oh! Pas.

Dan tidakkah tindakan PAS itu adalah contoh sikap munafik dalam politik? Marah peneroka jangan beli, tetapi wakil mereka hendak beli 1 juta unit.

Jangan berdalih cakap ini taktik perniagaan, ini langkah bijak apa semua. Kenapa PAS Kedah beli saham FGVH yang selama ini pihak itulah duk cakap peneroka ditipu dan sebagainya.

Jangan bagi alasan bodoh kononnya semua duit dari pusat disekat. Takda sesen pun disekat, jangan temberang ok.

Sayangnya, episod ini bukan sahaja mencerminkan sikap menipu PAS demi kuasa, mencerminkan kelemahan mentadbir dan koordinasi dalam isu penting, malah memperlihatkan mengapa pada Perhimpunan Oren Sabtu lalu, hampir kesemua yang hadir hanyalah ahli-ahli PAS, bukan peneroka.

Majoriti peneroka dah lama sedar yang PAS bukan berjuang untuk mereka, tapi berjuang untuk meraih undi dengan meracun pemikiran peneroka dan rakyat terhadap penyenaraian FGVH.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE