PARADIGMA POLITIK BARU

Bancian Terkini – Anwar Semakin Ditolak Rakyat, Calon PKR Kalah PRU 13

AIDCNews – 12/07/12 – Portal Free Malaysia Today melaporkan satu bancian bebas yang terkini menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin ditolak rakyat dan calon yang bertanding di bawah lambang PKR berhadapan dengan risiko kekalahan dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13.

“PAS mahu meletakkan calon di kerusi DUN Taman Medan yang kini diwakili PKR dengan alasan pengundi menolak parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

“PAS menggunakan ukuran itu berdasarkan bancian bebas yang dibuat terhadap 800 pengundi bukan PAS di DUN Taman Medan.

“Kerusi Taman Medan diwakili Timbalan Speaker kerajaan negeri Selangor, Haniza Talha yang menang dalam pilihan raya umum 2008 selepas mengalahkan calon BN, Munaliza Hamzah dengan majoriti lebih 4, 000 undi,”lapor portal itu.

Lapor portal itu lagi Yang DiPertua PAS Petaling Jaya Selatan, Ghazali Shaari berkata calon PAS wajar bertanding di DUN Taman Medan dalam pilihan raya umum kali ini kerana mendakwa pengundi telah menolak wakil rakyat PKR itu.

Katanya, bancian oleh sebuah syarikat bebas mendapati pengundi menolak Haniza serta calon PKR lain dalam PRU 13 kelak.

“Tinjauan itu dibuat oleh sebuah syarikat bebas membabitkan 800 penduduk dan penyokong parti politik di Taman Medan tetapi tidak membabitkan penyokong dan ahli PAS.

“Dalam tinjauan tersebut, 85 peratus pengundi India dan Cina mahu calon PAS. Manakala 35 peratus pengundi Melayu mahu calon PAS.

“Kira-kira 25 peratus sahaja pengundi Melayu mahu PKR,” kata Ghazali lagi.

Menurutnya, bancian itu dibuat bagi mengetahui sikap pengundi Taman Medan selepas pilihan raya umum 2008 dengan tidak membabitkan pengundi PAS.

Kata Ghazali terdapat kira-kira 40, 000 pengundi di Taman Medan dan 60 peratus adalah pengundi Melayu.

“Hasil bancian itu menunjukkan pengundi Taman Medan akan menolak Haniza jika beliau bertanding sekali lagi dalam PRU 13.

“Mereka mahu calon PAS kerana kerusi Taman Medan merupakan kawasan tradisi parti Islam itu,” katanya.

Menurutnya lagi, mesyuarat antara PKR dan PAS Petaling Jaya Selatan untuk menentukan parti mana bertanding menemui kegagalan.

Katanya, PKR berkeras mahu meletakkkan calonnya atas alasan parti itu menang dalam pilihan raya umum 2008.

“Saya telah menghantar laporan kepada PAS negeri, kini biarlah mereka membuat keputusan mengenai kerusi Taman Medan.

“PAS tidak setuju kerana pengundi telah menolak PKR, selain menegaskan kerusi Taman Medan adalah kerusi PAS.

“Jika rundingan peringkat atasan gagal, ia akan mengulangi pilihan raya 2004 di mana saingan tiga penjuru membabitkan calon PAS, PKR dan Umno,” katanya lagi.

Sampel bancian terkini di DUN Taman Medan itu menimbulkan satu persoalan besar, adakah Anwar Ibrahim ditolak besar-besaran di seluruh negara ?

Antarapos, 11 Julai dalam rencananya bertajuk “PAS keberatan nobat Anwar jadi Perdana Menteri” melaporkan kecuali Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kebanyakan pemimpin PAS tidak menunjukkan simpati apabila Anwar mengumumkan untuk bersara, tetapi berbeza dengan DAP yang dilihat begitu lantang mahu mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri.

Lapornya lagi, PAS sama ada Anwarinas atau ulama – masih belum menyatakan kesediaan menobatkan Anwar sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

“Seolah-olah masih ada dalam PAS menganggap bahawa Anwar tidak, atau belum layak diisytiharkan sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat – di masa kemenangan atau dalam kekalahan,”lapornya.

Dengan hakikat itu, Antarapos menyenaraikan 6 kemungkinan sikap PAS terhadap Anwar ;

1. PAS masih belum yakin Anwar layak menjadi Perdana Menteri sekalipun Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU13. Sikap teragak-agak atau “enggan” menamakan Anwar sebagai Perdana Menteri ini jika Pakatan Rakyat menang, semakin ketara.

PAS seakan-akan mahu berkawan dengan Anwar setakat bekerjasama menumbangkan Barisan Nasional sahaja. Apabila menang, PAS ada banyak perhitungan lain untuk dibuat. Sebab itu, agaknya, Haji Hadi memberitahu akhbar Cina masih belum ada keputusan dicapai siapa akan menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang.

2. PAS menaruh harapan bahawa dalam PRU13, jika Pakatan Rakyat menang, sumbangan bilangan kerusi parlimen terbanyak akan datang daripada PAS. Perkara ini diperkukuh oleh kenyataan Presiden PAS, Haji Hadi Awang, bahawa dalam Pakatan Rakyat, PAS adalah parti yang terkuat.

3. PAS juga melayan impian bahawa jawatan Perdana Menteri seharusnya diberikan kepada pemimpin PAS. Semangat perjuangan Islam yang ditunjukkan selama ini menebalkan lagi keyakinan PAS bahawa ia adalah pergerakan Islam yang tuntas dan suci. Anwar dan PKR tidak boleh mengenepikan hakikat ini.

4. PAS masih kurang yakin akan kewibawaan Anwar sebagai Perdana Menteri. Kempen-kempen media dan Barisan Nasional mempertikaikan ketelusan dan kekudusan moral Anwar nampaknya ada meninggalkan kesan pada sebilangan pemimpin kanan PAS.

5. PAS kini hanya bermain dengan waktu untuk menunjukkan taring politik sebenarnya apabila usai PRU13 yang diyakini akan memihak kepadanya. Jika ia membuat perisytiharan sekarang bahawa ia menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri, kemenangan Pakatan Rakyat kelak akan menafikan peluang PAS memimpin Malaysia.

6. PAS mungkin tidak mahu mengumumkan Anwar menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang PRU13 sekarang kerana tidak mahu terjebak dalam percaturan siapa yang akan mengisi kabinet Anwar. Soal pemimpin PAS mana akan mengisi portfolio kritikal dalam kabinet Pakatan Rakyat kelak pasti akan menjadi satu isu sensitif.

Atau, mungkin juga PAS sebenarnya sudah ada senarai kabinetnya sendiri! Sudah tentu akan agak menyulitkan Pakatan Rakyat dalam mencatur langkah politik selepas PRU13 jika ia sudah menamakan Anwar sebagai Perdana Menteri sekarang.

5 Comments

  1. Aku akan memerintah sebagai PM walaupun dari kubur. Kau semua jangan dengki hasad semata. Kita semua dah bersetuju yang aku ini pemimpin bersih lagi agong, aku lah yang lebih tau dari kau semua hal ehwal Islam kerna aku ini bekas Presiden ABIM, dan aku menjelajah seluruh dunia bercakap pasal Islam walaupun aku ini hanya lulusan ijazah am Pengajian Melayu. Tetapi itu semua tidak penting yang penting aku jadi PM selesai semua masaalah.

  2. Wak Kang says:

    Kalau nak kata perjuangkan Islam, sekarang ni apa lagi yang tak cukup dan tak ada untuk umat islam dan agama islam? Wak tengok semua makin mewah dalam beribadat. Dulu pergi umrah tu jarang jarang dengar … sekarang ramai yg mampu pegi umrah dua tiga kali setahun. Sulu surau pakai pelita minyak , sekarang dah ada aircond. dulu ramai yg berkebaya ketat, sekarang ramai yg berjubah jilbab.
    aduhai ….. manusia ni memang tak pernah cukup dan tak mahu bersyukur langsung. meraban meroyan semacam membawa riak diri mengaku masing masing lebih alim dan warak. Subhanallah …ingAt ingat lah mati!!!!!!! berjuanglah untuk Islam kerana Allah … bukan untuk politik dan PAS.

  3. benci umno…. meluat pas… pangkah jati
    ….

    benci pas…. meluat umno…. pangkah jati
    ….
    kembalikan kuasa melayu… kepada dua sahaja iaitu nasionalis dan islamis

  4. usinlempoyang says:

    Memetik kenyataan di atas…”kecuali Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kebanyakan pemimpin PAS tidak menunjukkan simpati apabila Anwar mengumumkan untuk bersara, tetapi berbeza dengan DAP yang dilihat begitu lantang mahu mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri.”

    komen saya:

    i. Nik Aziz simpati kepada Anwar (..baca sebagai -sokong Anwar jadi PM) sebab dia bimbang kot-kot Hj Hadi pulak yang akan terpilih jadi PM. Ini bermakna Hj Hadi akan lebih dihormati daripada Mursyidul Am yang bukan sahaja telah tua, tetapi cakap-cakapnya semakin melalut dan tak laku. Lagi pun, tentulah lepas ini Lee Kuan Yew tak mahu lagi jumpa Nik Aziz, sebaliknya akan jumpa Hj Hadi jerrr….sebab dia PM. Maka, mahu tak mahu, Nik Aziz pun menyatakan lah sokongan dan simpatinya kepada Anwarrrrrrrrr…Begitu kata Tok Nujummmmm..(alahaiiii Nik Aziz…)

    ii. DAP tentulah lantang sokong Anwar. Sebab utamanya ialah kalau Hj Hadi jadi PM, siapa berani tegur dia! Silap-silap Karpal boleh kena tempeleng dengan Hj Hadi sebab dulu dia pernah cabar Hj Hadi tentang ‘langkah mayat’! Sebab lain – DAP berkeras mahu Anwar jadi PM sebab Karpal ada senjata khusus terhadap Anwar..iaitu beliau mempunyai segala rahsia dalam spender Anwar!!! hahahahaaa…(Azizah sendiri tidak tahu se-detail mana ttg hal apa isi dalam spender Anwar, tapi Karpal tahu segala beb!!) dan Karpal bisa mengongsikan segala rahsia kote bengkok buat pengetahuan umum, kelak, sekiranya Anwar cuba-cuba mahu melawan ‘towkey’.

  5. Cicitkudin says:

    PAS mahukan kerusi PKR bukan sahaja di Taman medan tetapi terutama di Kelantan dan Kedah serta Perak kerana mendapati semakin ramai pengundi Melayu sudah menolak Anwar. Pakatan Rakyat semakin retak dan menunggu belah. Selama ini DAP tumpang tuil pengaruh Anwar untuk mengimbangi pengaruh PASi. DAP bimbang tanpa Anwar sebagai calon PM, pengundi Cina akan tolak calon PAS di kawasan majoriti Melayu dan kembali menyokong UMNO/BN. Aduuh PR dah Pening

Leave a Comment

 

— required *

— required *