PARADIGMA POLITIK BARU

3 Nama Pegawai Diplomat Asing Sertai BERSIH 3.0 Didedah..

AIDCNews – 18/06/12 – Selepas kami melaporkan penglibatan tiga orang pegawai diplomat kedutaan asing dalam perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April lalu, ramai di kalangan blogger mendesak agar nama dan negara diplomat tersebut didedahkan.

“Isunya Siapakah dia? Diplomat dari negara mana? Apakah kita berdiam diri sahaja apabila negara asing campurtangan secara langsung urusan negara kita?

“Kita minta AIDCNews mendedahkan nama-nama tersebut?. Kita mendesak AIDC supaya lebih bertanggungjawab dan DEDAHKAN nama-nama Diplomat Asing itu dan dari Negara Mana?,” cabar Mymassa yang turut disambut oleh bicarapenang, jentayuabaka, sejarahmelayu dan talkwithhand.

Laporan AIDCNews berkenaan penglibatan diplomat asing itu juga turut menarik minat blog wizuraikota, lenggongvalley, aloqlaloq dan lain-lain.

Sebagai menyahut cabaran di atas, kami dedahkan negara terbabit, iaitu Singpaura, di mana 3 orang pegawai diplomat yang terlibat adalah seperti berikut :

1. Regina LOW Kay Yin (regina_low@mfa.gov.sg), First Secretary (Political) yang turut memakai baju kuning BERSIH 3.0.

2. Philomena AW Li Fen (philomena_aw@mfa.gov.sg), First Secretary (Political).

3. Ariel Eunice TAN Hwi Tiang (ariel_tan@mfa.gov.sg), Deputy High Commissioner and Counsellor.

Mereka bertiga adalah pegawai-pegawai diplomat yang bertugas di Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia beralamat di Level 15, West Wing, The Icon, No 1, Jalan 1/68F Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur Malaysia.

Pada 11 Jun lalu, Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman berkata, walaupun pembabitan mereka itu untuk mengumpul maklumat atau sebaliknya, namun tindakan mereka menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April bukan langkah yang bijak.

Menurut Anifah, beliau bimbang langkah tersebut akan membawa persepsi negatif dan harus sedar sensitiviti mengekalkan hubungan baik antara dua negara.

Tindakan tiga pegawai diplomat menyertai perhimpunan 28 April dari Petaling Street ke Dataran Merdeka itu dianggap sebagai menyalahi etika ‘The Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961 Article 41 (1)‘ yang melarang para diplomat campur tangan dalam urusan politik sesebuah negara.

Sementara itu, Mymassa dalam posting terbaru blog itu hari ini mendedahkan satu program dinamakan PACA Training sebagai persediaan Singapura untuk campur tangan dalam politik Malaysia.

Blog itu turut menyiarkan foto-foto berkenaan program PACA yang diadakan di 223A/B River Valley Road, Singapora itu.

Manakala blog the unspinners, mynewshub dan just read pula mendedahkan beberapa orang pegawai diplomat Singapura telah melawat dan mengadakan perbincangan tertutup dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

“Apakah motif mereka, kerana ini berlawanan dengan etika pegawai diplomat,” soal blog-blog itu.

6 Comments

  1. capt jam omega says:

    mari kita semua para peniaga kecil buka warung kat depan duta singapore!!!!
    baru padan muka dia dan jangan lupa hantar bill tuntutan kerugian rusuhan bersih
    pukimak singapore!!!

  2. Ini semua konspirasi BN dan UMNO. Tetapi jgn risau esok aku jadi PM selesai semua masaalah. Yang penting esok aku jadi PM selesai masaalah.

  3. Cicitkudin says:

    Kalau terbukti mereka terbabit dalam Bersih 3, Isytihar mereka sebagai persona non grata. Sepatutnya sebagai diplomat mereka tidak harus campur tangan dalam politik domestik negara ini. Dan lazimnya kes sebegini tindakannya tidak lain tidak bukan diusir keluar oleh negara tuan rumah Dan mereka harus diharamkan daripada memasuki Malaysia bagi tempoh tertentu, setimpal dengan degree kesalahan mereka.

  4. anak malaysia says:

    pembangkang kat negara dia pun byk yg muflis sbb kritik kerajaan. kalau kt malaysia kerajaan wat camtu, dah kedana pkr ngan pas. sedor lah diri tu

  5. konek says:

    I belived the Singaporean diplomats miscalculated their stupid move by joining the illegal bershit 3 assembly. They thought they could hoodwink the many peace loving malaysians by passing themselves as malaysians look alike, somehow they aere caught in the act. if their actions were at the instruction of their boss cum singapore government, malaysia through wisma putra should lodge an official protest.

  6. Warisatuliman2011 says:

    A.w.w. handai taulan. Tindakan para diplomat itu dlm demo Bersih 3.0 sungguh keterlaluan dan satu nota bantahan yg keras perlu dihantar oleh pihak kerajaan kpd pemerintah republik itu atau mengusir mereka dari negara ini. Bayangkanlah kalau ada diplomat kita campur tangan dlm urusan atau kempen parti2 pembangkang S’pura, sudah pasti republik itu akan membuat bising hingga ke peringkat antarabangsa. Adakah pemerintah S’pura kini mahu bermain api atau tidak sedar ada pegawai2nya yg campurtangan dalam ehwal politik M’sia atau berminat kerapa Dogs and Pigs ada kepentingan dlm kempen yg kotor lagi mengotorkan itu atau mahu hidupkan semula isu Malaysian Malaysia yg mereka cuba ketengahkan suatu masa dahulu? Jangan biarkan kafirun sedemikian ambil kesempatan jika tidak kejadian S’pura jatuh ke tangan Cina akan berulang di M’sia lagi. Salam.

Leave a Comment

 

— required *

— required *