PARADIGMA POLITIK BARU

Pewaris Takhta Arab Saudi, Putera Mahkota Nayef Mangkat

Mynewshub – Putera Mahkota Arab Saudi, Nayef bin Abdul Aziz Al Saud mangkat hari ini, memetik laporan media kerajaan yang masih merahsiakan secara tepat lokasi kematian.

Namun, menurut laporan televisyen Al-Arabiya, Putera Nayef telah mangkat di Switzerland.

Putera yang berusia 78 tahun yang merupakan saudara tiri kepada Raja Abdullah telah dibelenggu penyakit kencing manis, osteoporosis dan juga kanser telah berlepas ke luar negara untuk bercuti dan melakukan ujian perubatan penghujung bulan lalu.

Baginda juga mengetuai Jawatankuasa Arab Saudi untuk intifada Al-Quds yang menyediakan bantuan kepada pelarian Palestin.

Putera Nayef, yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri turut bertindak sebagai Jawatankuasa Tertinggi Haji diumumkan menjadi Putera Mahkota pada Oktober tahun lalu mengantikan pewaris sebelum itu yang turut mangkat, Sultan Bin Abdul Aziz.

Kemangkatan Baginda bermakna Raja Arab Saudi, Raja Abdullah akan melantik pewaris yang kedua dalam tempoh sembilan bulan.

Menteri Pertahanan, Putera Salman, 76 dilihat mungkin bakal pewaris baru kerajaan Arab Saudi.

Terjemahan: HARITS ASYRAF, sumber: The Express Tribune

1 Comment

  1. Muhammad Fakhrurazi Bin Ahmad Fadzil says:

    Kemunculan Imam Mahdi semakin hampir…

Leave a Comment

 

— required *

— required *