Kanak-kanak Diperalat Demi Politik !

Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim – Saya amat terkejut setelah menonton video propaganda politik DAP berhubung demonstrasi Bersih tempohari.

Video yang diterbitkan pihak pembangkang ini telah disunting sedemikian rupa sehingga ianya memberi gambaran berat sebelah pada hari kejadian dan berusaha menghasut rakyat untuk memberontak.

Seperkara yang amat jijik yang saya saksikan dalam video tersebut ialah tindakan pihak penganjur Bersih yang mempergunakan kanak-kanak untuk mencapai matlamat mereka.

Pelbagai alasan boleh dicipta atau dicanang tetapi saya pasti tindakan tindakan mempergunakan kanak-kanak yang masih mentah dalam demonstrasi jalanan adalah salah disisi undang-undang.

Tindakan keji ini bukan sahaja salah disisi undang-undang kita (Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001) dan lain-lain Akta yang berkaitan malah ianya satu pencabulan Hak Asasi yang dikutuk diperingkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Amat menghiris hati melihat kanak-kanak yang masih kecil menangis meraung selepas terkena gas pemediah mata pada hari kejadian.

Perbuatan jijik mempergunakan kanak-kanak demi kelangsungan agenda politik Bersih harus dikutuk oleh setiap rakyat Malaysia yang waras akal fikiran mereka.

Selepas menyaksikan video yang diterbitkan pihak DAP, saya rasa ada kemungkinan kanak-kanak ini digunakan sebagai benteng untuk menghalang pihak berkuasa daripada bertindak.

Hari ini saya mendesak pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan yang sekeras-kerasnya keatas pihak penganjur Bersih terutamanya Datuk S.Ambiga serta barisan pimpinan yang jelas telah mempergunakan kanak-kanak dalam demonstrasi yang bertukar menjadi rusuhan jalanan pada 28 April yang lalu.

Tindakan tegas juga harus di-ambil keatas ibu-bapa atau penjaga kanak-kanak yang diperalatkan untuk mencapai agenda politik Bersih.

Saya harap pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia juga tidak berpeluk tubuh tidak berbuat apa-apa untuk menjaga Hak Asasi anak-anak kita yang diperalatkan demi kepentingan politik jalanan.

Saya juga ingin menyeru Majlis Peguam dan lain-lain badan bukan kerajaan yang benar-benar memperjuangkan Hak Asasi untuk tampil mengutuk tindakan pihak penganjur Bersih yang jelas telah memperalatkan kanak-kanak.

Nota: Dibawah ialah video terbitan DAP yang dimaksudkan.

4 Responses to “Kanak-kanak Diperalat Demi Politik !”

  1. DAPenipu

    Jun 14. 2012

    depa ni klau ada akal tentu tak wat keje2 lagu tu..klau betul telus nape tak tunjuk sorang hambaAllah si wartawan tu kena belasah oleh depa…dok poosingh2 lagu la jugak dari dulu..yg bodo kena tipu..tah2 polis2 yg pukul2 tu..smua penyokong pembangkang gak..saje nak kasi buruk nama polis

    Reply to this comment
  2. Anwar Ibrahim

    Jun 14. 2012

    Poodah! Ini semua konspirasi UMNO dan Barisan Nasional untuk menjatuhkan saya dan PR. Esok saya jadi PM selesai semua masalah. jangan risau wahai raayat Malaysia, esok saya jadi PM selesai semua masaalah.

    Reply to this comment
    • Rakyat Prihatin

      Jun 14. 2012

      masalah diri sendiri pun xleh nk settle… ada hati nk jadi PM???

      Reply to this comment
  3. Rakyat Prihatin

    Jun 14. 2012

    Aku akan sebarkan yang pihak yang bawak kanak2 patut didakwa.
    Saper suh bawak kanak2 gi perhimpunan Bersih????
    Saper suh bawak makcik / pakcik yang kurang sihat gi ikut ke Bersih????

    what do you guys expect???
    nama perhimpunan duduk bantah..
    tp wat kat jalanan sambil berarak..
    x duduk pun..?

    kes terbalik kereta polis??? apsal ada cut scene je??? klu full scene..
    kereta polis tu buka hentam rakyat pun..
    rakyat yang hentam kereta tu..
    cuba perhatikan btul2.. kereta tu kemek2 kena baling ngan objek2.. atau ditendang…

    korang sayang Malaysia???
    habis tu kami yang x sokong Bersih nih x sayang Malaysia ke???
    xde akal ke???

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE