PARADIGMA POLITIK BARU

Isu Anak Derhaka, Azmin Salahkan Media

Mynewshub – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali terus menyalahkan pihak media hari ini berhubung isu dia tidak pulang untuk melawat ibunya.

Azmin berkata, dirinya difitnah dan agenda media-media cetak adalah untuk menjatuhkan kerjaya politiknya semata-mata.

“Ini kerja-kerja media yang cuba buruk-burukkan dan keruhkan peribadi saya. Apa-apa pun, saya tetap kasihkan ibu, tetap sayangkan ibu, tetap menjaga ibu saya dan kebajikannya.

” Saya tidak pernah derhaka kepada ibu.

“Institusi keluarga bukan untuk dipolitikkan, itu sahaja saya boleh katakan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pada sambutan Hari Ibu bulan lalu, ibu kepada Azmin, Che Tom, 78, telah meluahkan rasa kesalnya terhadap sikap Azmin.

Dalam luahan hati Che Tom, dia mendakwa Azmin sudah lama tidak pulang menjenguknya di rumah walaupun jarak pejabat Azmin dengan rumah tidak jauh.

Che Tom turut mendakwa Azmin tidak pernah memberikan nafkah kepada ibunya apatah lagi melawatnya yang semakin uzur.

Dalam sidang akhbar yang sama, Azmin turut mempersoalkan kredibiliti pihak berkuasa kerana tidak mengambil sebarang tindakan terhadapnya sekiranya beliau didapati terlibat dalam dakwaan rasuah 17 tahun lalu.

Selain itu Azmin turut menyifatkan keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk meneruskan siasatan kes pemilikan hartanya itu dibuat atas pertimbangan politik.

“Apa jua tindakan yang perlu diambil, ia patut dibuat 17 tahun lalu. Bukan sekarang selepas 17 tahun…ini semua sebab pilihan raya sudah dekat,” katanya.

Diminta mengulas mengenai kenyataan bekas Ketua Pengarah Badan Pencegahan Rasuah (BPR), Datuk Shafee Yahaya yang mengakui mengesyorkan supaya mengambil tindakan disiplin terhadapnya, Azmin berkata: “Kalau betul ada tindakan yang perlu diambil sama ada untuk didakwa di mahkamah atau diambil tindakan disiplin, patut dibuat 17 tahun lalu…mengapa hari ini?”

Dalam pada itu Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak memberitahu belum dipanggil SPRM bagi membantu siasatan terhadap kes berkenaan.

Baru-baru ini Panel Penilaian Operasi mengarahkan SPRM meneruskan siasatan kes pemilikan harta Mohamed Azmin berikutan maklumat tambahan yang didedahkan dalam media selain pendedahan tambahan kes tersebut pada tahun 2009.

SPRM juga perlu menyiasat semua pihak yang terlibat dalam kes itu termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika kes itu dibuka pada 1995 memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

8 Comments

  1. Inna Lillah says:

    Nape la kau bodoh sangat Azmin oiiii..dah Anwar your best fucker tu dah suruh BPR jgn teruskan siasatan sbb dia TPM masa tu…ada ke dia nak buah hati dia masuk penjara..takde nye..so skrg Anwar is nobody dan rahsia sebenar dah terbongkar sbb takde sape yg berani keluarkan dokumen tersebut semasa masih bekerja takut di OSA kan.. so bila dah terdedah jgn kata semua pilihanraya nyer hal yer… awak tu yg patut sedar…masa dalam UMNO awak dan bos awaklah kroni, perasuah besar, dan kini dosa2 kamu tu kamu nak salahkan UMNO….sudah2 lah azmin ooiiii…..pintu taubat masih terbuka…

  2. ron95 says:

    pergi dah assmin da ice cream mati pucuk.. sayang mak ko konon! jumpe mak ko pun sekarang haram nak kata pernah :P

  3. Amat pelik jika puak penyokong PR tidak nampak kebenaran dimana Azmin terbukti derhaka kepada ibunya Che Tom. Nak dikata mereka buta tidaklah tepat, tapi yang pasti penyokong taksub PR ni buta hati!. Ini termasuk puak bertopengkan ugama iaitu puak PAS.
    Sekarang sama samalah kita mengkaji apa jawapan Azmin dan bandingkan dengan apa yang dikatakan oleh ibunya seperti yang terpampang dikaca TV dalam kita mengkaji kebenaran.

    Azmin kata ini fitnah UMNO dan fitnah Media. Dia kata dia sayang ibu nya tapi kenapa dia tak kata dia ada melawat ibunya atau kirim duit pada ibunya atau bertanya khabar kepada ibunya atau menelefon ibunya?? Dia langsung tak lakukan ini tapi masih nak kata sayangkan ibunya!. Kalau dah jadi puak Parti Kelentong Rakyat, hal jelas sebegini pun tak kan nak kelentong kut??.

    Apa pula kata Che Tom?. Che Tom berkata dengan emosi kesedihan seorang ibu tua bahawa Azmin tak jumpa dia atau menelefon dia sejak 20-Ogos-2011 sedangkan pejabat Azmin hanya 10 minit dari rumah Che Tom!. Mak Tom juga mohon Azmin balik ke pangkal jalan, bertaubat kepada Allah serta berhenti dari kumpulan politik dia, baru balik. Jika tidak, sampai matipun jangan jumpa dia. Katanya lagi jika masa dia hidup la ni Azmin tak jenguk, jika dia mati baru nak jenguk, tak payah lah!!. Juga mak Tom berkata hatinya bukan sahaja dah sakit atau luka, malah dah HANCUR!.
    Wahai Azmin dan puak PR, sedarlah dari tidurmu, tidak kah ini menandakan secara jelas kederhakaan Azmin seperti apa yang diluahkan oleh ibunya dengan perasaan dan airmata?

    Wahai Azmin, tak perlulah nak kata ini fitnah atau mainan politik UMNO atau media. Itu semua penafian kosong yang kamu mampu lakukan. Jika kamu benar, kenapa kamu tak menelefon emak kamu dan bertanya kepadanya kenapa emak kamu berbohong didalam TV terhadapnya?. Berani kamu lakukan ini?. Jika tidak, tak perlulah kamu nak menafikan kederhakaan kamu kepada emak kandung kamu sendiri. Kepada puak penyokong PR, tunduklah kamu semua kepada kebenaran agar kamu lebih terbuka untuk melihat segala kebenaran yang mana selama ini tidak dapat dilihat oleh mata hati kamu.

    Semoga kita sentiasa memohon petunjuk Allah terhadap kebenaran.
    Pernah tak kita dengar puak bertopengkan ugama iaitu PAS mengajak kita memohon petunjuk Allah terhadap kebenaran. Fikr fikir kan lah kenapa? Berpesan pesanlah kita kepada KEBENARAN….maka siarkan lah berita kebenaran ini.

  4. Sudahlah Azmin wahai adindaku. Ini semua ternyata konspirasi UMNO dan Barisan Nasional untuk menjatuhkan kita semua di dalam Pakatan Raayat. Sesungguhnya kebenaran itu akan terzahir jua. jadi tidak perlulah kita buat bising. Kita berdua bersih maksum dari semua jenis kesalahan. Jika kita tersilap makan ayam percik tidak sedap pun, itu kesalahan UMNO dan BN.

    Tapi janganlah risau. Nanti kita menang PRU 13 ke Putrajaya lah kita. masa itu selesai semua masalah. Abang Non akan jadi YDPA, Azmin akan kujadikan Memanda Menteri dengan Lim Kit Malam dan Kirpal Singh.

    Teruskan kempen kita. Pedulikan UMNO dan BN. Mereka pentipu belaka. yang penting kita bersih maksum.

  5. THE WATCH says:

    Dah awak kemana saje pergi berceramah mengata2 orang Umno lesapkan duit rakyat.Sekarang kau beritahu rakyat orang Umno ke atau awak dan boss awak yang kebas duit rakyat

  6. Mr Y says:

    Kotidak diambil tindakan 17 tahun lalu sebab bos ko Anwar TPM masa tu suruh BPR buang kes. Itu pun budak boboi boy yang pelupa pun boleh paham… hahaha

  7. Rakyat Prihatin says:

    apa daaa.. balik je laa rumah tu…
    apa susah.. xyah salahkan media atau umno…

  8. Head says:

    Azmin derhaha.pergi minta ampun pada mak kau.nanti mati bumi tak terima jenazah kau.

Leave a Comment

 

— required *

— required *