Sokong Gay Right : Rahsia sebenar Wolfowitz & Al Gore sokong Anwar

Anwar-Gore-Wolfowitz

Oleh AIDCThinker

Ketika Al Gore dan Paul Wolfowitz menulis di The Wall Street Jounal menyokong kes liwat rakan baiknya di Malaysia, Anwar Ibrahim, Ogos lalu, saya mula menyoal kenapa kedua-dua tokoh zionis itu beriya-iya membela Anwar ? Adakah mereka lebih kenal siapa Anwar Ibrahim berbanding dengan rakyat Malaysia, mereka lebih tahu tabiat buruk Anwar suka melakukan seks luar tabie ketika Anwar menetap di Amerika Syarikat (2005-2007), lantas mereka bangkit membela Anwar, kerana tidak mahu ‘anak buah’ kesayangan mereka dipenjara lagi kerana gagal mengawal nafsu syahwat luar tabie ? Klik di sini

Premisnya nampak mudah tetapi hakikatnya penuh kontradiksi : Anwar Ibrahim seorang yang pernah dilabel ‘ektrimis Islam’ kerana latar belakangnya bekas Presiden ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) dan pernah diwar-warkan bakal Presiden PAS (Parti Islam Malaysia) satu ketika dulu sepatutnya menjadi tokoh utama menentang zionisme dan menegakkan Negara Islam, tetapi sebaliknya berlaku, Anwar Ibrahim kini penyokong utama zionisme dan kepala nombor wahid penentang slogan Negara Islam.

Bukti terbaru, ucapan Anwar Ibrahim di Woodrow Wilson International Center, Washington DC pada 24 Jun lalu, ketika misi ‘Apology Tour’ yang terang-terangan menolak Negara Islam dan menyokong sebuah Negara Israel yang sah melalui resolusi ‘two state solution’ (solusi dua negara berdaulat Israel dan Palestin). Klik di sini

photo

Dan diperkukuhkan lagi dengan rencana bersama Al Gore dan Paul Wolfowitz sokong Anwar di The Wall Street Journal. Hubungan mereka ini bukan seringkas kata-kata TQ Anwar Ibrahim kepada Al Gore dan Paul Wolfowitz di twitternya tetapi lebih jauh daripada itu.

Mereka bukan sekadar bersahabat tetapi hubungan di antara ‘anak buah’ dengan ‘godfather. Ringkas kata, Anwar Ibrahim adalah balaci kepada godfather Zionis.

Anwar Ibrahim sanggup bertuankan Zionis, sebab itu Al Gore amat mengenali siapakah Anwar jika tidak, kenapa Al Gore mempercayai Anwar dengan melantiknya sebagai Ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa Generation Investment Management Group (GIM), sebuah syarikat kepunyaan Al Gore yang melabur dana sebanyak $10 million kepada organisasi korporat di Israel, GreenRoad Technologies Ltd.?

Begitu juga dengan kepercayaan Paul Wolfowitz seorang tokoh Zionis yang dibenci dunia hingga digelar ‘arkitek perang ke dunia Islam’. Bukan sekadar rakaman foto Anwar bermesyuarat bersama Paul Wolfowitz di Pentagon, tetapi lebih jauh daripada itu. Banyak pihak telah membuktikan hubungan intim mereka itu.

Mohd Yusmadi Yusoff (Ahli Parlimen PKR di Balik Pulau, Pulau Pinang), ketika menjadi pegawai khas Anwar Ibrahim di Amerika Syarikat mengakui bosnya, Anwar Ibrahim adalah ‘budak’ kepada Paul Wolfowitz.

Yusmadi yang menulis dari Dewan O Donovan, Universiti Georgetown ketika menyaksikan ucapan Anwar dan Recep Tayid Erdogan mengesahkan bahawa Paul Wolfowitz merupakan godfather Anwar dan Erdogan untuk mempertemukan mereka dengan Presiden Bush.Klik di sini

Semua orang tahu, semasa Paul Wolfowitz menjadi Presiden Bank Dunia, beliau turut membayar Anwar Ibrahim sebanyak $21,000 untuk kontrak kerja dari 25 Januari hingga 1 Mei 2006, sebagai perunding Institut Bank Dunia.  Paul Wolfowitz juga penjamin Anwar untuk mendapatkan jawatan Pensyarah Pelawat di SAIS, Universiti John Hopkins, satu fakulti yang beliau pernah menjadi dekannya. Bahkan campur tangan Wolfowitz juga Anwar dipilih sebagai Pengerusi dan Presiden Foundation For The Future, sebuah yayasan demokrasi Amerika Syrikat untuk Timur Tengah. Klik di sini

Anwar-Wolfowitz-SAIS

Bahkan lebih mengejutkan pendedahan dari bekas kenalan 30 tahun Anwar, Zahrain Mohammed Hashim, Ahli Parlimen Bayan Baru.

Menurut Zahrain, ketika menjadi Pengerusi PKR Pulau Pinang, beliau mengikuti rombongan Anwar ke Bahrain, ketika itu Anwar merupakan Pengerusi Foundation For The Future yang bekerja di bawah Shaha Ali Riza, wanita muslim Arab yang menjadi kekasih kepada Paul Wolfowitz. Ketika berjumpa di Bahrain, Zahrain terkejut kerana Anwar bercium mulut dengan Shaha Riza. Mereka bukan bersalam, tetapi bercium mulut !! dedah Zahrain. Klik di sini

Apabila diteliti semula rencana Al Gore dan Paul Wolfowitz di The Wall Street Journal [klik di sini], kita terfikir adakah benar rencana itu ditulis sendiri oleh Paul Wolfowitz dan Al Gore ataupun teks rencana disediakan Aasil Kazi Ahmad, pegawai khas Anwar di Amerika Syarikat dengan mendapat restu daripada kedua-dua tokoh Yahudi itu ? Klik di sini

Logiknya mudah, rencana itu seolah-olah Paul Wolfowitz dan Al Gore turut berada di mahkamah Malaysia, mengikuti perbicaraan kes liwat Anwar, hinggakan ‘tahu’ kononnya wujud ‘hubungan intim’ di antara saksi utama (Saiful) dengan seorang timbalan pendakwa raya (Farah). Kalau benar mereka mengikuti secara terperinci prosiding perbicaraan Anwar di mahkamah Malaysia, maknanya apa ?

Maknanya memang sah, Anwar Ibrahim adalah balaci kepada Al Gore dan Paul Wolfowitz, hinggakan terpaksa dipantau prosiding Anwar setiap hari untuk memastikan anak buah mereka tidak dipenjara lagi.Klik di sini

Kali pertama Anwar dituduh liwat pada tahun 1998, Al Gore dan Wolfowitz juga yang membela Anwar, kali ini, muka yang sama juga bela Anwar. Tidak ada muka lain kah yang berani sokong Anwar, selain Paul Wolfowitz, Al Gore dan George Soros ? Klik di sini dan di sini

Malah wartawan Barat, Mike Billington dari Executive Intelligence Review (EIR) yang mendedahkan konspirasi Anwar bersama Al Gore, Wolfowitz dan Soros dalam menangani isu liwat tersebut sejak dari tahun 1998 lagi. Klik di sini, di sini dan di sini

Tetapi benarkah rencana Al Gore dan Wolfowitz di The Wall Street Journal baru-baru berjaya menyakinkan rakyat Malaysia bahawa Anwar Ibrahim bukan peliwat ?

Benarkah pendapat mereka mengatakan “jika dibuat perbandingan (antara kes liwat 1998 dengan kes sekarang), kes kali ini jauh kurang kredibel dan pelanggaran proses perundangan lebih hebat?

Kurang kredibel dari segi apa, hinggakan Anwar dan barisan peguamnya berhempas pulas mahu menangguhkan kes ? Kalau kurang kredibel, sepatutnya Anwar gembira dan cepat-cepat mahu meneruskan prosiding kerana yakin dia boleh menang, tetapi sebaliknya berlaku.

Pelanggaran perundangan dari segi apa ? Melanggar undang-undang kerana membicarakan seorang yang melakukan aktiviti homoseksual yang sepatutnya bebas mengikut kaca mata Barat kerana melanggar hak asasi manusia ?

Anwar mengaku seorang Muslim, lain lah pula kalau Anwar seagama dan sebangsa dengan Al Gore dan Paul Wolfowitz. Homoseksual halal di Barat, malah kumpulan GAY di sana turut menuntut perkahwinan sejenis, tetapi Anwar Ibrahim bukan warganegara Amerika, beliau adalah rakyat Malaysia yang Islam merupakan agama rasmi negara ini.

Premisnya mudah, jika Anwar tidak mengambil Saiful bekerja bersamanya, baik atas nama , sukarelawan, atau pegawai khas kepada pegawai khas, atau pegawai peribadi, atau pembancuh kopi, atau apa-apa nama, mungkin perbicaraan kes liwat hari ini tidak akan berlaku.

Tetapi itu hanya MUNGKIN. Kuasa Allah tiada seorang pun dapat membendungnya. Kalau Allah mahu buka aib, kalau bukan Saiful, mungkin orang lain.

Kenapa saudara Anwar pilih Saiful, untuk bekerja dengan saudara, sedangkan AMK dari seluruh negara mempunyai ribuan calon yang berkelayakan, bahkan ramai dari mereka sanggup bersukarela tanpa dibayar sesen pun ?”, ini bukan pertanyaan saya, tetapi pertanyaan Zukri Aksah, bekas EXCO AMK  yang telah meninggalkan PKR. Aktivis PKR sendiri boleh menyoal kenapa Anwar pilih Saiful, apatah lagi rakyat umum. Klik di sini

Terfikirkah kita, ketika Saiful membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, Anwar Ibrahim masih baru balik dari Amerika Syarikat ? Ketika itu, Anwar baru habis menamatkan kontrak di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat. Budaya kehidupan ‘free country’ dan ‘freedom’ Amerika Syarikat masih sebati dalam tubuh Anwar.

Anwar sendiri ketika berucap di hadapan penyokongnya di Kelab Country Paradise, Taman Melawati, Kuala Lumpur pada 14 April 2005 mengakui seronok menetap di Amerika Syarikat kerana banyak hiburan. Oleh kerana program itu berbentuk kesenian, maka Anwar menggunakan bahasa metafora yang menggambarkan keseronokan dengan simbol ‘burung-burung berkicauan’. Burung-burung apa yang sedang berkicauan itu ?

Semua ini ada kaitan. Di sini juga bermulanya satu lagi episod baru tentang skandal baru Anwar. Ezam Mohd Nor, bekas orang kanan Anwar turut mendedahkan faktor utama hilang kepercayaannya kepada bekas bosnya apabila Wan Azizah sendiri mencurigai Anwar ketika balik sendirian dari Amerika Syarikat. Sekitar tahun 2005, Wan Azizah yang ketika itu berada di Amerika Syarikat meminta Ezam menjaga Anwar yang baru balik bercuti.

“Pastikan tiada mana-mana lelaki bermalam bersama Anwar”, arah Azizah kepada Ezam. Klik di sini dan di sini

Ketika mengulas ucapan metafora Anwar di Kelab Country Paradise, seorang pengomen channel anwaribrahimdotcom pula mempersoalkan motif Anwar memetik buku ‘Holocaust’ karya Hana Arent, penulis Yahudi, Jerman ?

Apa motif yang ingin disampaikan Anwar, kerana umum mengetahui kumpulan terbesar yang dibunuh oleh Nazi dalam ‘holocaust’ itu adalah kumpulan homoseksual. Klik di sini dan di sini

Bahasa tersirat : Anwar sokong holocaust dan bela homoseksual ?

Hari ini semakin terbongkar, sebab sebenar Al Gore dan Paul Wolfowitz menyokong Anwar. Bukan tidak percaya Anwar meliwat, sebaliknya mempercayai Anwar meliwat, dan bakal dipenjarakan, sebab itu mereka bersungguh-sungguh membela Anwar.

Al Gore sendiri dikenali di Amerika Syarikat sebagai pejuang hak asasi kaum Gay. Malah bukan setakat memperjuangkan hak-hak untuk melakukan aktiviti homoseksual, malah dia juga turut menyokong perjuangan perkahwinan sejenis ( Same-Sex Marriage)

Pada tahun 2008, Al Gore menggemparkan dunia, apabila Gore, membuat ucapan satu minit di video menyokong perkahwinan homoseksual.

Kata Al Gore : “I think it’s wrong for the government to discriminate against people because of that person’s sexual orientation,” he says. “I think gay men and women ought to have the same rights as heterosexual men and women – to make contracts, to have hospital visiting rights, to join together in marriage, and I don’t understand why it is considered by some people to be a threat to heterosexual marriage.” Klik di sini

algore8434

Jadi tidak mengejutkan apabila Majalah Globe, majalah terunggul di Amerika Syarikat membongkarkan punca sebenar perceraian Al Gore dan Tipper kerana isterinya berjaya merakamkan bukti hubungan seks suaminya dengan Gay. Klik di sini

Begitu juga dengan Paul Wolfowitz turut bercerai dengan isterinya Clare Selgin. Ketika Paul Wolfowitz dicalonkan menjadi Pengarah CIA, Clare menghantar surat peribadi kepada Presiden Bush mendedahkan suaminya lelaki tidak bermoral. Klik di sini.

Clare melaporkan skandal Wolfowitz bermula ketika menjadi dekan di SAIS, John Hopkins menggunakan kedudukannya sebagai dekan untuk melakukan hubungan seks dengan pekerjanya. Klik di sini

Komen laman worldbankpresident.org mengatakan wanita yang terbabit dengan skandal Wolfowitz di SAIS itu adalah Suzanne Folsom Rich, wanita yang dilantik Wolfowitz menjadi Director of Institutional Integrity. Klik di sini dan di sini

Sekarang aktiviti-aktiviti hitam Paul Wolfowitz semakin banyak didedahkan. Profesor Dr. Yalcin Kucuk, intelektual dan pengulas politik terkenal di Turki mendakwa Paul Wolfowitz adalah juga seorang gay kerana hubungan baiknya dengan Persatuan Gay Turki, Kaos GL.

WolfowitzGAY3
Dari kiri, Profesor Dr. Yalcin Kucuk, Paul Wolfowitz dan Umut Guner, Penyelaras Projek Pertubuhan Gay Kaos GL, Turki

Dakwaan profesor itu disiarkan dalam akhbar Turki, Hürriyet Dunya. Menurutnya ketika Wolfowitz menjadi Presiden Bank Dunia, dia meluluskan dana kepada Persatuan Gay Turki, Kaos GL sebanyak 2 kali berturut-turut sedangkan 95 persatuan lain di Turki yang sepatutnya layak ditolak permohonannya. Klik di sini

Sebenarnya ramai yang tidak tahu tentang sejarah Wolfowitz dengan homoseksual. Ketika masih menuntut di universiti, dia bergurukan dengan seorang profesor Yahudi, Allan David Bloom, ahli falsafah terkemuka di Universiti Cornell yang juga merupakan seorang gay.

Sekitar tahun 1962-1963 , Paul Wolfowitz pernah tinggal bersama Bloom di Telluride House sebagai prasyarat untuk menjadi anak murid kepada Bloom.

Paul Wolfowitz, menurut penulis Jonathan Rowe mengakui yang Bloom merupakan seorang gay dan menyifatkan kecenderungan seksual gurunya itu sebagai “don’t ask, don’t tell” istilah yang sering digunakan oleh sesetengah pihak Barat untuk merujuk seseorang itu homoseksual.

Bloom-Wolfowitz

Menurut Rowe lagi, Bloom juga turut tinggal bersama kekasih gaynya iaitu Michael Wu di Telluride House. Wu diibarat ‘isteri’ kepada Bloom yang berperanan sebagai ‘tukang masak’ ketika perkumpulan pelajar (termasuk Wolfowitz) di rumah Bloom itu. Malah kehidupan mereka seperti ‘hidup bersama’.

Wu juga dinamakan pewaris aset Bloom selepas guru Paul Wolfowitz itu mati kerana mengidap penyakit AIDS pada tahun 1992.Klik di sini

5 Responses to “Sokong Gay Right : Rahsia sebenar Wolfowitz & Al Gore sokong Anwar”

  1. Angela

    Sep 15. 2010

    To add further:
    Selain isu membakar Qur’an (cara untuk mengalih perhatian dan menyemarakkan kebencian antara agama – sama seperti taktik Anwar di sini), kumpulan pro-Neocons telah menggembeling tenaga untuk menaja kumpulan anti pembangunan Pusat Islam / Masjid berhampiran Ground Zero. Remember: “Ground Zero” is a code for NUCLEAR SITE TESTING GROUND! Kajian terperinci menunjukkan mikronuke digunakan di bawah tanah WTC (sementara nanothermite digunakan di bahagian atas bangunan). Jadi Mr Anwar benar2 menjadi talibarut Neocons dan telah berpihak kepada Neocons semasa serangan ke atas Afghanistan dan Iraq. We do not need this kind of people to rule Malaysia! Down with Anwar!

    Reply to this comment
  2. Angela

    Sep 15. 2010

    sambung sikit ……
    Friday, September 10 2010 – In the Media
    http://www.911truth.org/
    New Scientific Evidence Undermines Afghanistan War
    FOR IMMEDIATE RELEASE
    September 10, 2010
    On the eve of the 9th anniversary of 9/11, support for the war in Afghanistan took a serious blow yesterday. Simultaneous press conferences were held in New York and Los Angeles to present startling new information refuting the official 9/11 narrative, used to justify the war. Also announced were three major professional groups which have joined the worldwide, and ever-growing, “9/11 Truth Movement”.
    In a striking show of unity, representatives of “Scientists for 9/11 Truth”, “U.S. Military Officers for 9/11 Truth” and “Actors & Artists for 9/11 Truth” presented their findings and unveiled their eye-opening websites. Each non-profit group has launched a petition calling for a new, transparent investigation.
    In NY, representing “Scientists”, Professor Niels Harrit said, “The official account put forth by NIST violates the fundamental laws of physics and chemistry.” Harrit is Prof. Emeritus at the University of Copenhagen and was lead author for a 2009 peer-reviewed study that revealed evidence of high tech explosives throughout the WTC dust. …

    Reply to this comment
  3. Angela

    Sep 15. 2010

    Anwar sudah yakin dengan kuasa mentor yang menyokongnya selama ini, termasuk Neocons. Al Gore memberi sokongan secara terbuka, walaupun Al Gore bersaing dengan Bush, namun kuasa belakang tabir di US terus menyokong Anwar melalui pentadbiran Bush. Anwat terlalu yakin dengan kemenangannya dan akan jadi PM, walau pun ikut “pintu belakang” – seperti lazimnya tabiat luar tabii seksnya. Anwar menyokong 911 dan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq. Inilah dia orang yang telah membawa kesengsaraan kepada umat Islam. Para penyelidik bebas telah berjaya menjumpai bahan letupan nanothermite yan digunakan semasa 911, dan gerakan 911 Truth sudah begitu berpengaruh dan mereka mendesak kerajaan US supaya diadakan siatan semula ke atas 911. Protes besar-besaran telah diadakan di seluruh dunia! Tetapi protes ini tidak ditujukkan di media MSM (mainstream media). Untuk mengalih perhatian dunia terhadap isu siasatan semula 911 dan sokongan yang semakin padu yang mengatakan Neocons (kawan Anwar) yang lakukan 911, maka penjenayah paling bahaya di dunia (Neocons – termasuk talibarut mereka seperti Anwar)telah cuba mengalih perhatian dunia dengan menaja tunjuk perasaan yang menyokong Neocons, dan yang paling licik adalah isu membakar Qur’an! Inilah dia gara-gara geng Anwar. To all responsible Malaysians….. SAY NO TO ANWAR!!!

    Reply to this comment

Trackbacks/Pingbacks

  1. International Gay and Lesbian Human Rights Commission Sokong Anwar Ibrahim ? | warisan2057 | Hidup UMNO Barisan Nasional | warisan2057 - November 1, 2011

    [...] http://www.anwaraidc.com/?p=2483 [...]

  2. Richard Branson rakan kongsi Al Gore desak gugurkan kes liwat Anwar | AIDC - February 8, 2011

    [...] Baru-baru ini, Al Gore dan Al Gore dan Paul Wolfowitz turut menulis di The Wall Street Journal menggesa kerajaan Amerika Syarikat campur tangan dalam kes liwat Anwar Ibrahim. Klik di sini [...]

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE