BERSIH 3.0 : Fasa Kedua Kejatuhan Anwar

AIDC – Sama ada disedari atau tidak, Anwar Ibrahim kini sedang menuju ke fasa kedua kejatuhannya, di mana dalam fasa pertama dulu, Ketua Umum PKR dibuktikan dengan fakta statistik yang menunjukkan beliau telah jatuh merudum popularitinya.

Fasa pertama kejatuhan Anwar bermula selepas Oktober 2008 yang berpunca dari kegagalan beliau menunaikan janjinya sendiri untuk membentuk kerajaan baru dan menjadi Perdana Menteri (PM) pada 16 September 2008.

Kenyataan ini bukan bersifat andaian semata-mata, tetapi dengan sokongan fakta hasil kajian penyelidikan daripada Prof Datuk Syed Arabi Idid daripada Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM.

Hasil kajian itu merumuskan populariti Anwar mula merudum sejak Oktober 2008, di mana sebelum itu, iaitu di antara April 2008 hingga 15 September 2008, Anwar telah membuat satu ‘janji besar’ kepada seluruh rakyat Malaysia iaitu beliau akan menjadi PM pada 16 September 2008.

Anwar telah letak tarikh spesifik, bila beliau akan jadi PM. Itulah janjinya. Itulah turning pointnya.

Fakta ini disokong oleh kenyataan YB Datuk Zulkifli Noordin yang merumuskan faktor pengerakan keluar aktivis PKR, termasuk dirinya sendiri, Tan Tee Beng, Datuk Zahrain dan lain-lain berpunca dari pembohongan Anwar menunaikan janji 16 September 2008.

Fasa Kedua Kejatuhan Anwar

BERSIH 3.0 dianggap anti-klimaks, di mana peranan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali mula dipertikaikan di kalangan aktivis-aktivis BERSIH sendiri.

“Pembangkang, Keadilan tidak sepatutnya mengambil bahagian dalam perhimpunan ini, ianya telah dihijack,”kata Benji Lim, salah seorang penyokong BERSIH yang tidak berpuas hati dengan penglibatan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali dalam perhimpunan BERSIH, 28 April.

Benji Lim, seorang aktivis pembikin filem mahu mendengar sendiri jawapan Anwar tentang penglibatannya ketika sidang media di ibu pejabat PKR, 30 April.

Ketika timbul soalan berkaitan dengan ‘bahasa isyarat tangan’ yang disifatkan ramai pihak sebagai bahasa isyarat supaya peserta BERSIH rempuh-masuk ke Dataran Merdeka, Anwar dan Azmin menafikannya.

Ketika itu Benji Lim mula bersuara dan meluahkan kekesalan yang terbuku di hatinya.

“Apa maksud anda (Anwar) bahawa anda tidak menghasut peserta ? Saya berada di sana. Ketika penghalang (ke Dataran Merdeka) dibuka, ia seperti rempuhan. Rakyat boleh terbunuh apabila mereka cuba untuk menyeberang ke Dataran Merdeka dan anda membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh orang ramai”, kata Lim.

Anwar cuba menenangkan Lim dengan berkata ini adalah sidang media untuk para wartawan dan dia akan diberi layanan berasingan selepas ini.

“Tidak, saya mempunyai hak untuk tahu, kenapa anda mendakwa PKR tidak menghasut peserta. Saya juga adalah seorang warganegara”, kata Lim yang cuba ditenteramkan oleh staf PKR lain.

Big Fan Meragui

Kenyataan Benji Lim disokong oleh big fan‘ Anwar, Ahmad Ali Karim yang menulis di laman peribadinya, ahmadalikarim.wordpress.com.

Anwar Ibrahim memeluk Ahmad Ali dalam satu program pada 23 Mei 2010

“Apakah Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar seorang yang baik dan pemimpin yang baik?

“Mengapa Azmin tidak memberitahu lelaki India supaya berhenti membuka penghadang rintangan ke Dataran Merdeka?

“Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menggunakan megafon untuk memerintahkan peserta BERSIH supaya tidak memasuki Dataran Merdeka apabila beliau tahu penghadang rintangan telah dibuka ?

“Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim melarikan diri ?

“Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membantu atau melindungi peserta Bersih 3,0 apabila mereka berada dalam bahaya?

“Adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap benar atau beliau berbohong apabila beliau menafikan memberi isyarat kepada Azmin untuk membiarkan lelaki India membuka penghadang rintangan ke Dataran Merdeka ?,” itu soalan-soalan yang dikemukakan Ahmad Ali yang berumur 9 tahun.

Selalunya sentuhan deria kanak-kanak berumur 9 tahun seperti Ahmad Ali berpihak kepada kebenaran.

Kata orang, kanak-kanak tidak mungkin berkata bohong dan deria kanak-kanak amat sensitif untuk membezakan antara baik dan tidak baik.

Bahkan tiga orang lagi adik beradiknya, Aiman amani, Aeshah Adlina dan Anisah Afifah turut menyokong pandangan Ahmad itu.

BERSIH berjaya ?

Seorang lagi penyokong BERSIH, Lydiawati Osman menyalahkan Anwar dan Azmin sebagai ‘pengacau’ yang menghasut peserta supaya merempuh ke Dataran Merdeka, meskipun Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga memberi arahan supaya peserta bersurai.

“Saya berasa tertipu berarak untuk Bersih dan untuk Ambiga,” kata Lydiawati ketika meluahkan kekecewaan Anwar merampas perhimpunan tersebut untuk kepentingan politik peribadinya.

“Pengorbanan saya untuk menghadapi sebarang kemudaratan tubuh badan, bukannya murah untuk dibeli dengan propaganda pembangkang.

“Saya tidak akan berarak lagi jika Anwar dan pengacau-pengacaunya dibenarkan untuk mengambil alih apa yang sepatutnya dimiliki oleh masyarakat sivil.

“Kami telah mencipta kesedaran ini, kami berjuang untuk ini, kami telah ditangkap dan merasa tidak selesa untuk ini tetapi akhirnya Anwar dan pengikutnya telah mengutip ‘kejayaan’ dari Bersih 3.0.

“Anwar dan Pakatan Rakyat tidak demokrasi dalam mengutip ‘keuntungan’ daripada ini,” luahnya.

Menurutnya, jika tanpa penglibatan Anwar dan para pengikutnya, sudah pasti BERSIH 3.0 berakhir dengan aman dan damai.

Saat Kejatuhan Anwar

Lim Chee Wei

“Huru-hara dan detik mula pengakhiran untuk Anwar,” kata Lim Chee Wei, Presiden Majlis Peguam.

Kenapa Lim Chee Wei yang sebelum ini dilihat sebagai antara penyokong utama Ketua Umum PKR berpendapat BERSIH 3.0 sebagai detik permulaan era kejatuhan Anwar ?

Puncanya, huru-hara dan keganasan yang berlaku semasa perhimpunan BERSIH 3.0 yang bermula dari bahasa isyarat tangan yang disifatkan arahan untuk merempuh ke Dataran Merdeka.

Menurutnya, tindakan Azmin itu merupakan paku terakhir dalam keranda politik mentornya, Anwar Ibrahim.

“Orang ramai melihat Anwar hilang kawalan dan menghantar askar-askar pengacaunya untuk memusnahkan segala-galanya,” katanya sambil menambah bahawa Anwar Ibrahim tidak mungkin dapat merealisasikan cita-cita menjadi PM, ekoran tindakannya yang desprado dan terdesak sudah dikesan oleh rakyat jelata dalam perhimpunan BERSIH 3.0.

Menurutnya, peserta-peserta BERSIH yang memecahkan kereta peronda polis tidak akan terdorong untuk melakukan perbuatan itu, jika tidak dihasut dan individu yang menghasutnya adalah Anwar Ibrahim.

“Anwar tahu jika mereka melakukan huru-hara di jalanan, polis akan bertindak. Hanya dengan itu, kawan-kawannya dalam media asing akan mendapat banyak liputan menarik tentang huru-hara lagi di negara majoriti Muslim yang lain”.

Katanya, sebagai seorang berbangsa Cina, beliau melihat sejak dari tahun 2008, inilah saat Anwar tidak sesuai untuk menjadi PM kerana tidak menepati ciri-ciri pemimpin demokrasi.

“Saya dengan ini menulis, inilah detik mula pengakhiran kerjaya politik Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu pada 28 April 2012,” tegasnya.

Sindrom Penafian

The Wall Street Journal (WSJ), berpendapat Anwar sepatut mengaku bersalah terhadap pertuduhan melanggar undang-undang ketika demonstrasi jalanan Bersih 3.0, 28 April lepas, sekiranya beliau percaya perubahan yang dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak memadai.

Pada kejadian tersebut, Anwar, Azmin dan Ketua PKR Cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin dikenakan pertuduhan menghasut Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder dan Farhan Ibrahim supaya membuka sekatan di sekeliling Dataran Merdeka yang dilarang dimasuki peserta perhimpunan.

Menurut WSJ dalam rencananya bertajuk “‘Malaysian People’s Court, Anwar’s civil disobedience and the next election” berpendapat cara lebih kukuh untuk menyakinkan orang ramai bahawa undang-undang yang tidak adil adalah dengan mengaku bersalah dan membayar denda menjelang berlangsungnya pilihan raya umum.

Jika Anwar terus mengamalkan sindrom penafian dan menuduh pendakwaan bermotif motif ia akan meletakkan kes ini dengan kes pertuduhan liwat yang pernah dilaluinya.

“Bagaimanapun, kes ini berbeza. Anwar bertindak melanggar tuntutan sivil dan kini beliau perlu menanggung padahnya.

“Jika Anwar ingin melanggar tuntutan sivil, beliau tidak boleh berpura-pura tidak bersalah, pada waktu yang sama,” tulisnya.

Jika Anwar menang sekalipun di mahkamah dalam kes tersebut, bermakna beliau tidak mahu bertanggungjawab di atas insiden rempuhan di Dataran Merdeka pada 28 April dan meletakkan seratus-peratus kesalahannya kepada rakyat untuk melepaskan tengkuknya.

Dan inikah teladan pemimpin baik yang diwar-warkan oleh para pengikutnya sebagai bakal PM ?.

Kes ini sama seperti pada hari kejadian, di mana selepas beliau didakwa memberi arahan dan para peserta mula masuk untuk ‘bertempur’ dengan polis, Anwar mula menghilangkan diri.

Sekiranya Anwar mengaku salah dan memohon maaf, sekurang-kurang dapat meredakan kekecewaan individu-individu seperti Benji Lim, Ahmad Ali, Lydiawati Osman, Lim Chee Wei dan ramai lagi yang pro-BERSIH.

Sekaligus membuktikan Anwar Ibrahim masih lagi lelaki Melayu-Islam yang budiman sepertimana yang pernah disebut oleh bekas sahabat lamanya, Ustaz Ismail Mina.

Di kalangan blogger-blogger pro-pembangkang seperti ktemoc dan CT Ali sudah membahaskan tentang liabiliti hubungan akrab Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.

Malah, blogger Amenoworld merupakan antara individu yang menyalahkan Anwar dan Azmin dalam kejadiam melanggar perintah mahkamah memasuki Dataran Merdeka, 28 April itu.

Berikut kronologi foto-foto bahasa isyarat Azmin, Anwar yang bukan lagi menjadi rahsia umum.

Minit 00:01 - Kelihatan Anwar sedang memalingkan muka ke arah Azmin, ketika Chegu Bard sedang berucap. Anwar duduk di atas sebuah trak pikap, dihadapan Bank CIMB Masjid Jamek



Minit 00 : 06 - Kelihatan Anwar mula beri isyarat tangan kepada Azmin

Bermula minit 00 : 08 - Kelihatan tangan Anwar merewang-rewang di atas kepala seorang lelaki berbaju oren seorang aktivis PAS, Mazlan Aliman yang menunjukkan isyarat tangan berbentuk arahan kepada Azmin



Bermula minit 00 : 14 - Rakaman dari sisi Azmin pula. Azmin dikatakan berdiri di atas kereta supaya dapat melihat isyarat-isyarat Anwar. Turut kelihatan adalah orang kanannya, R Thangam yang juga dapat melihat isyarat-isyarat Anwar

Azmin berpaling kepada Thangam yang sedang menunjukkan ibu jari ke arah penghadang Dataran Merdeka

Thangam mengesahkan arahan Anwar itu daripada Azmin

Azmin menganguk-angukkan kepala sebagai mengesahkannya

Seorang lelaki lagi yang turut berada di samping Azmin tunjuk isyarat ibu jari yang mungkin membawa maksud 'OK' kepada Chegu Bard

Cuba dengar secara teliti apa yang diucapkan oleh Chegu Bard sebagai orang yang memegang loud speaker ketika itu..

Kedengaran suara..'masuk..masuk..masuk' ketika Azmin mula turun dari tempat tinggi

Mulai minit 00 : 30, Thangam mula buka penghadang Dataran Merdeka

Para peserta mula masuk ke Dataran Merdeka...

25 Responses to “BERSIH 3.0 : Fasa Kedua Kejatuhan Anwar”

  1. Hang Nadim

    May 29. 2012

    coming election kita keluar Pakatan..keluar Bulatan”…masuk BARISAN

    Reply to this comment
  2. Rockefeller

    May 28. 2012

    Aku paling setuju dengan kenyataan “Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menggunakan megafon untuk memerintahkan peserta BERSIH supaya tidak memasuki Dataran Merdeka apabila beliau tahu penghadang rintangan telah dibuka ?” sebaliknya dia melarikan diri… dah tentu memang dia mahu kekacauan ni berlaku…

    Reply to this comment
  3. Wafa

    May 27. 2012

    Paddle pop, you’ve over exaggerated, whatever the picture illustrated doesn’t mean that the actual intruction was what has been written here. It is just assumption only. Even that also, I don’t think it was a serious crime when some one just opened up one barricade & that the police has overly reacted as if the people were trying to steal something on Dataran! There are crimes which has been swept under the carpet like killing of Altantuya when the real culprits were still free. How about taking bribe from Scorpene deal worth RM 500 million? What happened to RM 250 million lost to NFC? These example are the real plunders of people’ s money & must be executed. Merde Alor! Verdomme Jong!

    Reply to this comment
    • warisatuliman2011

      May 28. 2012

      Wafa, kalau ko buta undang2, jangan samakan dgn org lain. Bila mahkamah isytiharkan sesuatu kawasan itu sbg kawasan larangan, bermakna ia dilarang daripada dimasuki atau jika memasuki bererti melanggar undang2 dan boleh dihukum! Toksah kaitkan dgn isu2 lain kerana ko sendiri tak ada bukti berdokumen utk kuatkan penjelasan bodoh ko itu.

      Reply to this comment
      • Wafa

        May 28. 2012

        Does it mean that when the RM 500 million kickback payment to Perimekar but the government announced as ‘ legal support service charge’ and without court ruling, then the public cannot say that it was ‘ massive corruption’ , which can carry death penalty in certain country. UMNO’s corrupted mind consider corruption & plunder of country’s coffer as legal and become part of their culture and those who oppose this will be labelled as non patriotic! What the hell is this? By law, corruption is unlawful. What is this ‘open barricade’ as compared to ‘ massive corruption’? It can ruin the national economy & tax payer’s money! ‘open barricade’ is just like crossing red traffic light, yes it is an offence but just UMNO is rather fearful of it’s own downfall !!!

        Reply to this comment
        • yuyu

          May 28. 2012

          Ye ke rasanya anwar lagi terdesak nak jadi PM….setakat mencari2 salah oarnag dan putar belitkan lagi sesuatu perkara untuk jatuhkan kerajaan itu memang kepakaran anwar dari dulu. Apa yang pembangkang buat di 5 negeri yang mereka kuasai sehingga kita semua boleh pilih dan yakini mereka untuk mentadbir malaysia selepas PRU13? NONE, NOTHING, YILEK!

          Reply to this comment
          • Wafa

            May 28. 2012

            So, do you agree ‘massive corruption’ is unlawful & punishable by court? Or are you agreeable with corruption & support it as legal? Yes if PR rule Federal Gov, in future, all corrupted politician should be prosecuted & their wealth gained from unlawful means should be consficated & returned back to the treasury.

          • ron95

            May 29. 2012

            wafa dont act like a child fool, you,re proving nothing does not come concrete. how long you live in denial than seeing on self your true colours .

      • LgauN

        May 28. 2012

        nampak pun seperti bodoh dia nie, agaknya dibayar Malaysia Kini untuk attack AIDC… Suara ini sama seperti mana suaram. Main taram jer.

        Reply to this comment
    • moshe

      May 28. 2012

      Wafa! we put you to strict proof. If not shut up and stop speculating and propagate hearsays.

      Reply to this comment
    • Jeffer

      May 28. 2012

      Wafa

      Assumption? Exaggeration??

      let me recall what Bar Council member Ranjit Singh Dhillon said to his president: “ Are we professionals, are we lawyers Mr President? the barricade was removed . After the barricade was removed the crowd stormed through. Fifty metres! police did not take action, police were patient up to that point. And when the crowd became unruly, property damage was created, chaos. What did u expect the police to do? What do u expect if your family was there Mr President??? Right?? “

      As for those matters which you said are ‘swept under the carpet’, we don’t think Anwar Ibrahim and his followers are fit to handle those matters and act like heroes championing them.

      Reply to this comment
    • LgauN

      May 28. 2012

      hmm tak ubah seperti tape recorder, ulang siar apa yang anwar selalu kata… bila nak matang? Negara semakin longgar dari pelukan bangsa akibat dusta manusia ni, belajarlah jadi manusia waras. hakikat anwar perosak bangsa.

      Reply to this comment
    • ron95

      May 28. 2012

      lol wafa dumbass we’re talk about the truth had revealed why youre changing the topic about scorpene and nfc. those issue already explained and what are you lifting again that old issue pal?, so may i wanna know have you mentality condition is normal ? or again youre going silly dear now?, Asshole!

      Reply to this comment
      • Wafa

        May 28. 2012

        Am I arguing with a brainless person? I hope not! Unless one’s heart is stonehard that is devoid of wisdom.

        Reply to this comment
        • ron95

          May 29. 2012

          so if you said like this that you had been true all along, so show us something accurate, reliable evidence you can give to us, or else you’re talking trash here.

          Reply to this comment
    • yuyu

      May 28. 2012

      Assumption only? Dah sah2 video tu tunjuk anwar bagi arahan tangan. Bukan seirus crime? Ini melibatkan nyawa manusia2 yang berdemo termasuk juga pasukan keeselamatan. Apakah nyawa mereka murah untuk dikorbankan demi kepentingan politik anwar?

      Reply to this comment
  4. sman

    May 27. 2012

    Anwar insan yg menunggu balasan setimpal dari Allah atas segala dosa dan maksiat yg di lakukannya.Tidak ada kata-kata lagi yg mahu saya luah kan utk maknusia bernama Anwar ini selain memohon Allah memberi balasan yg setimpal utk beliau bagi menjadi pengajaran kepada semua pihak.

    Reply to this comment
    • Wafa

      May 28. 2012

      The police should protect the peacefully assembled participants & not to.abuse them & shouldn’t acted on them violently with tear gas & acidic water cannon! Very much double standard in action. Hostility & provocative acts by instigators especially plain cloth police personnel deserve condemnation.

      Reply to this comment
      • yuyu

        May 28. 2012

        Kenapa polis bertindak dengan water canon dan sebagainya? Kerana perusuh itu sudah keterlaluan….yang nampak sgt double standard adalah anwar ibrahim, dah sah2 dia melanggar peraturan dan arahan mahkamah yang mengatakan kawasan dataran merdeka tidak boleh dimasukki. kenapa anwar masih nak suruh perusuh masuk dan merempuh halangan polis? Kenapa? SIla jawab…

        Reply to this comment
      • dino

        May 28. 2012

        these bastards led by Anwar, Azmin, Chegubard, Thagam, Ambiga and the Bersih hooligans disrupted peace and these people should be chased out of KL and even from Malaysia. ..and YOU ..Wafa should be chased together with them. These people couldnt care less if the city folks were unable to do their daily chores in KL.

        Reply to this comment
        • Wafa

          May 28. 2012

          There are many event being organized by BN in KL or Dataran, there is usually closure of many road & causes disruptions of traffic as well. Even various national fiesta etc also cause KL area to be closed to traffic & causing jams etc. No one bothered!! The problem is hostility by BN or PDRM or DBKL towards PR!!! Yes that is the answer! BN didn’t acknowledge that PR won 10 out of 11 Federal Territory Parliamentary seats in PRU 12! How could BN hijacked DBKL when 10 out of 11 seats voted to PR in FT? Why Datuk Bandar is BN man instead of PR appointed? How could Minister of Federal Territory a senator from BN when BN lost all except one in FT??? BN memang muka tak malu!!!

          Reply to this comment
      • Paddle Pop

        May 28. 2012

        Holy cow! Wafa no assumption, i just state the fact from the video, ive seen it and its obvious Anwar direct an order to breaks the barricade. Please dude stop your political antics its worth shit here we all know all about Anwar and his family.

        Reply to this comment
  5. Ahmad Ali Karim

    May 27. 2012

    Terima kasih kerana menulis tentang article saya dalam post ini. Saya rasa terkejut dan gembira melihat gambar saya. Ya, dulu saya memang suka Anwar Ibrahim. Saya rasa sangat gembira dan merasa seperti bermimpi bila dapat berjumpa dan ambil gambar dengan Anwar Ibrahim. Sebab itu saya sangat marah dan kecewa bila Anwar berubah. Saya juda marah, sedih dan kecewa bila tonton video Anwar signal untuk rempuh Dataran Merdeka sebab perbuatan itu melanggar undang-undang. Pemimpin yang baik tidak melanggar undang-undang. Anwar juga tidak betanggung jawab sebab dia lari setelah melihat orang merempuh Dataran Merdeka. Dia idak melindungi dan menolong orang ramai di situ. Anwar juga tidak hormat polis dan kerajaan. Parti pembangkang mesti adil dan menghormati kerajaan, polis dan undang-undang walaupun mereka tak suka kepada kerajaan.

    Reply to this comment
  6. Paddle Pop

    May 27. 2012

    Anwar wajib dihukum. Ini bukan kesalahan kecil, ini jenayah. Anwar perlu tahu dia bukan sekadar menentang polis atau kerajaan tetapi hak keamanan semua rakyat! Harap proses mahkamah ini tidak diganggu mana2 pihak termasuk dari BAR council mahupun BN. Biar dia dibicarakan dan dihukum seadilnya atas perbuatan jenayahnya terhadap polis dan rakyat. Ini peringatan buat Anwar kita pernah lalui 13 mei sudah pasti majoriti rakyat dari pelbagai kaum tidak mahu peristiwa hitam itu berulang, tolong jgn guna politik murahan utk pengaruhi rakyat, rakyat tak bodoh!

    Reply to this comment
  7. KadukTechnoLogik

    May 27. 2012

    amende…. kat pakatan rakyat, kerajaan rakyat, suara rakyat…keadilan utk rakyat….. sorang rakyat menyata sesuatu itupun tak leh jawabb…. mana janji manismu….. apa nasib padang perumahan dgn ditukar jadi condo….. mana janji manismuuu…

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE