PARADIGMA POLITIK BARU

Tuding Jari Budaya Anwar Sejak Di UM

KUALA LUMPUR 23 Mei – Budaya politik menyalahkan orang lain sudah menjadi budaya Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak Ketua Pembangkang itu menuntut di Universiti Malaya (UM) lagi.

Malah, tabiat menuding jari, menghasut dan meracuni fikiran orang lain bagi mengalihkan perhatian umum terhadap pelbagai isu moral yang dihadapinya juga cukup sebati dengan kerjaya politik beliau.

Seorang sahabat lama Anwar di UM, Ismail Mina Ahmad berkata, semasa bersama-sama berjuang dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga gemar mempromosikan politik seumpama itu.

“Anwar tidak pernah secara budiman mengaku kesalahannya sendiri. Sebaliknya, dia lebih gemar menyalahkan orang lain meskipun masalah itu dimulakan beliau.

“Sehingga kini, gaya politik itu semakin jelas kelihatan apatah lagi ketika pelbagai isu moral dikaitkan dengan beliau,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini bagi mengulas tindakan Anwar semalam yang menyifatkan dua pertuduhan yang dihadapinya kerana didakwa menghasut peserta perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April lalu sebagai tindakan bermotif politik.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, pertuduhan terbaru tersebut bertujuan mengalihkan fokus beliau sebagai pembangkang ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin hampir.

Jelas Ismail Mina, sikap buruk Anwar itu bertujuan melahirkan perasaan simpati di kalangan rakyat demi mencapai matlamat menjadi Perdana Menteri yang diidam-idamkannya selama ini.

“Sepatutnya, jika Anwar seorang yang budiman, dia perlu menghormati mahkamah untuk menentukan dirinya salah atau sebaliknya, bukannya membuat tohmahan tidak beretika di luar mahkamah,” katanya.

Perkara sama turut ditekankan seorang lagi bekas rakan karib Anwar dari PKR, Ng Lum Yong yang juga melihat budaya menuding jari itu menjadi amalan biasa di kalangan pemimpin pembangkang.

Pengasas PKR itu menjelaskan, ia boleh dilihat apabila pembangkang ketika ini menggunakan slogan ‘kerja jahat UMNO dan Barisan Nasional (BN)’ bagi memudahkan masyarakat terutamanya di kawasan pedalaman memahami niat mereka.

Tindakan itu jelasnya, adalah strategi rasmi Anwar dan pembangkang dalam usaha memanipulasi minda umum agar semangat anti kerajaan di kalangan rakyat dapat diwujudkan.

“Seseorang yang tidak menghormati undang-undang seperti yang dilakukan Anwar pada Bersih 3.0 tempoh hari tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana menghormati undang-undang adalah perkara asas bagi rakyat Malaysia,” katanya.

Justeru, kata beliau, tindakan pendakwaan itu adalah wajar kerana Anwar serta beberapa pemimpin pembangkang lain melakukan kesalahan dengan berada di Dataran Merdeka meskipun sudah dilarang mahkamah -Utusan

4 Comments

  1. golok siam says:

    oghe kat um dulu cerite dia ni kuat kepada ideologi karl marx. sangat suka menggunakan perkataan RAKYAT untuk mempermainkan perasaan rakyat. setiap ceramahnya atau apa-apa pun perkara sekalipun, tak sah kalau si pembelit & pembelot ini tak menggunakan perkataan RAKYAT. parti pkr dulupun asalnya parti keadilan. kemudian ditambah rakyat, jadilah parti keadilan rakyat. tujuan nya untuk meraih simpati & sokongan daripada rakyat kononya ia perjuangkan nasib rakyat. tapi rupanya porak perandakan rakyat. RAKYAT sekarang dah sedar. rakyat 1 malaysia dah sedar akan politik Najis si petualang ini.

  2. usop wilcha says:

    CUKUP MATANGKAH RAKYAT MALAYSIA? ATAU AKAN TERUS DITIPU DITIPU DAN TERUS DITIPU SI PENGKHIANAT BERKOTE BENGKOK INI…..

  3. sman says:

    Dia tibai cinadoll pun dia salahkan Zizah yg dah tak umphh.

  4. backdoor says:

    Satu jari dia tunding pada orang lain terutamanya UMNO, 4 jari pi mai balik kat dia…hahahahaa

Leave a Comment

 

— required *

— required *