BERSIH 3.0 : Protes Benji Lim Disambut…

AIDCNews – 08/05/12 – Pada 30 April lalu, seorang anak muda pembikin filem bernama Benji Lim secara berani telah bersemuka dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Apa maksud anda (Anwar) bahawa anda tidak menghasut peserta ? Saya berada di sana. Ketika penghalang (ke Dataran Merdeka) dibuka, ia seperti rempuhan. Rakyat boleh terbunuh apabila mereka cuba untuk menyeberang ke Dataran Merdeka dan anda membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh orang ramai”, kritik Lim tepat ke muka Anwar.

“Pembangkang, Keadilan tidak sepatutnya mengambil bahagian dalam perhimpunan ini, ianya telah dihijack(rampas)”, katanya sebelum pemuda berbangsa Cina itu dibawa keluar dari sidang media tersebut.

Rupa-rupanya, pendapat Benji Lim bukan keseorangan, ia menarik perhatian golongan muda di bawah umur 20 tahun yang melihat Anwar dan Azmin telah merampas perhimpunan tersebut untuk kepentingan politik peribadi.

Suara berani Benji Lim menarik minat 4 orang adik beradik menulis di laman maya.

Mereka adalah Aiman amani, 17 tahun dan adiknya Aeshah Adlina dan Anisah Afifah yang berumur 8 tahun serta adik lelakinya Ahmad Ali yang berumur 5 tahun.

Pandangan 4 adik beradik itu mencerminkan pandangan golongan remaja terhadap BERSIH 3.0

Terbaru, sebuah laman dearambiga.com diwujudkan senada dengan suara Benji Lim.

Laman ini dipercayai dibina oleh penyokong-penyokong BERSIH 3.0 yang marah apabila agenda BERSIH telah dirampas oleh tokoh-tokoh politikus yang berkepentingan.

“Kami marah. Mengapa? Kerana Bersih seharusnya menjadi sebuah NGO oleh Rakyat untuk Rakyat – semua kaum, kawasan, dan pandangan politik.

“Tetapi dalam Bersih 3.0, beberapa orang ketua Pakatan Rakyat telah mengambil kesempatan usaha murni kami untuk kepentingan politik mereka sendiri”, kata penyokong BERSIH yang ditujukan kepada Pengerusi BERSIH, Ambiga Sreenevasan.

Laman itu mengesahkan agenda BERSIH 3.0 yang sepatutnya berakhir dengan baik, telah dirampas oleh politikus menyebabkan BERSIH menjadi KOTOR.

“Lihat apa yang berlaku dalam Bersih 3.0 apabila beberapa ketua Pakatan Rakyat mengambil kesempatan usaha murni kita untuk kepentingan politik mereka sendiri.

“Pertama, mereka cuba untuk menyatukan orang ramai dengan ucapan dan nyanyian bercorak partisan seperti ‘tumbang BN’ yang kita putuskan agar slogan seumpama itu tidak dibenarkan.

“Kemudian, jauh lebih serius untuk reputasi kita, mereka (politikus) telah memilih untuk bertarung dengan pihak polis dengan menggesa para penyokong mereka masuk ke Dataran Merdeka!.

“Kerana tindakan mereka, nama Bersih telah menjadi kotor dan mencairkan mesej kita”,

Mesej ini merujuk tentang isyarat tangan yang disifatkan sebagai arahan daripada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebelum bermulanya insiden merempuh Dataran Merdeka, 28 April lalu.

Bacaan lanjut, sila klik di sini dan sini.

Laman dearambiga.com yang bertajuk “Time to stop Pakatan Rakyat hijacking our movement“, turut memuatkan rakaman kritikan Benji Lim kepada Anwar pada 28 April.

Selain itu, turut dimuatkan beberapa artikel lain yang menyentuh tentang rampasan politukus terhadap BERSIH, antaranya artikel bertajuk “YouTube video appears to reveal Anwar, Azmin ordered Dataran breach“, “I feel cheated to have marched for Bersih and for Ambiga” dan “Chaos and the beginning of the end for Anwar“.

14 Responses to “BERSIH 3.0 : Protes Benji Lim Disambut…”

  1. pemerhati

    May 27. 2012

    Hi adik ahmad ali,

    I did comment in your blog, but I want to put it here too as I want to share my point of view with the others.

    I’m not a Bersih supporter at all at the very first beginning for what ever the reason is. Why? Because the leader and the excuses why the rally should go. Why?

    She’s a big hater of muslim and she offers a free charge if any muslim wants to convert. This is not a hearsay, in 2006 she made the “tuntutan IFC”. In that time we need many signatures to ban her request. I even gave mine and it was spread through the campus. If you want to see the request..here we are:
    http://www.jais.gov.my/isuagama/ifc.php

    Now I’m moving the reasons why “bersih” rally should be held. http://khairulryezal.blogspot.com/2012/04/semua-tuntutan-telah-dipenuhi-bersih.html

    I did not solely read this blog only but actually I got the info (as an example: the dakwat kekal) from the tv news — The SPR people told that they do agree on it. So it’s the direct resource. This statement been made earlier ever before the Bersih 3.0.

    When we review the election result, we could see that Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Perak & Kelantan are in the opposition side. Even kelantan is for Pas for more than 22 years.

    Is this what we call as the justice is not there for our election? If it does they never ever could win in one single state.

    So actually there’s no such reason for this rally and it’s being truly intentionally for the opposition. This is so clear to me that this rally not for from rakyat to rakyat. They only will say it as truly clean only when they win the election.

    Lastly, as for Mr who we know who. I couldn’t trust trust him ever since I was 16. He’s an opportunist. He told the whole world that he’s being injected with arsenic and HIV. Come on, you could die within one week if the arsenic in your blood! Search why it could be that way.

    After more than 10 years, he still at that healthy, he could fly every where in this part of the world and even making such reputation to Malaysia..Malaysia this..that etc..Wow, I’m so super impressive to him.

    Well, we must ask him the remedy to cure the HIV if any friend of us get this ailment. As a youngsters, I advise you to dig the story of who is the first creator of cute name Aljuburi and who is the very first person in this world who threw the evident of liwat 1 in the dewan rakyat. You’ll know the truth then. Fair & justice do the best!

    There is one more thing: check who is the person who bring irshad manji. What he does ?

    Reply to this comment
  2. dino

    May 09. 2012

    Baru jadi Ketua Pembangkang dah perangai macam Hitler. Kalau dapat jadi Perdana Menteri lebih teruk pada Hitler…pembengis, melenting bila dibangkang……tak usah cakap pasal kelakuan.moral..

    Reply to this comment
  3. cucu mat kilau

    May 08. 2012

    Tahniah kepada 3 beradik Ahmad Ali Karim, Aiman Amani Karim dan Aeshah Adlina Karim yang telah sedar dari kesilapan menghadiri Bersih 3.0. Di harap ramai lagi yang cerdik pandai celik mata mata akan kebangkrapan seorang manusia yang bernama Anwar Ibrahim yang telah menggunakan rakyat demi kepentingan peribadinya untuk menghuru-harakan negara dengan mengajak rakyat membenci polis dan kerajaan. Ingatlah akal yang dianugerahkan oleh ALLAH kepada kita untuk digunakan sebaik mungkin bukan untuk emosi mengatasi kewarasan. Anda dilahirkan selepas merdeka. anda sudah berada dalam kesenangan sebuah negara yang aman, tetapi mengapa keamanan yang dikurniakan kepada kita hendak kita hancurkan. Apakah kita tidak bahagian lagi dengan keamanan di Malaysia? Adakah kita mahu jadikan Malaysia sebuah negara yang dilanda huru-hara, tidak bebas bergerak,tidak bebas mencari makan? Apakah yang tidak bebas lagi?????????? Walau apapun anda bertiga sudah mencelikkan ramai orang betapa keharmonian negara kita tidak seharusnya kita lacurkan demi nafsu serakah seorang manusia bernama Anwar Ibrahim. Sama-samalah kita menjaga Negara kita yang tercinta……………Semoga ALLAH memelihara kita.

    Reply to this comment
  4. labu

    May 08. 2012

    Adik 3 beradik,

    Tahniah kepada adik-adik kerana telah terbuka minda adik-adik tentang bahayanya seorang politikus yang bernama Anwar Ibrahim. Kerana manusia inilah saya dan adik-adik dapat lihat bagaimana Muslim Melayu begitu senang dikacau emosinya dengan politik tidak sihat ini.

    Saya berdoa ke atas kesejahteraan adik-adik dan apabila adik-adik menjadi dewasa, diharap adik-adik dapat mengubah senario politik Malaysia yang tidak sihat ini kepada yang lebih sihat, lebih harmoni, aman dan damai.

    Daaaa……

    Reply to this comment
  5. Anisah Afifah

    May 08. 2012

    And by the way, I forgot to mentioned that I am now 11. I was 8 when I started the blog.

    Reply to this comment
  6. Anisah Afifah

    May 08. 2012

    Assalamuailaikum,
    Thank you for putting my name on the post. I feel very excited and happy when I saw my name.
    I do not agree with what the opposition did. They should not ‘hijack’ the demonstration and make it into a political rally.

    Reply to this comment
  7. Aeshah Adlina Karim

    May 08. 2012

    Assalamualaikum,
    Thank you very much for mentioning my name in this post. I was very excited to see my name here. I wrote posts about Bersih 3.0 with the hope to let people realise the truth about the incidents; especially those who are not in Malaysia because the so-called ‘unbias’ online newspapers and foreign news spinned the story like what caused the police car to crash at Sogo and why did the FRU sprayed the tear gas.
    Thanks again,
    Aeshah Adlina Karim

    Reply to this comment
  8. Cicitkudin

    May 08. 2012

    Bersih.03 mendedahkan belang sebenar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pemimpin-pemimpinnya yang meletakkan nilai nyawa dan keselamatan peserta Bersih jauh di tangga impian politik mereka.

    Reply to this comment
  9. Aiman Amani Karim

    May 08. 2012

    Assalamu Alaikum,

    Thank you for mentioning my name on this blog post and for featuring two of my posts on this site. Honestly, I do not find politics an interesting topic and I don’t think much about it but I find it odd (and sometimes amusing) that most Malaysians ‘politicalise’ almost every big event. I remember ‘HIMPUN’ (Himpunan Sejuta Umat) being labeled as an ‘Umno event’ although that is hardly the case. And I was shocked to learn that not only the opposition ‘hijacked’ the Bersih 3.0 rally but failed to take responsibility of their actions.

    Reply to this comment
    • backdoor

      May 08. 2012

      I bed that your comments here will be manipulated by the opposition supporters and will be regarded as another “UMNO” dirty works. Trust me. Anyway, proud to have such promising youngsters like u all.

      Reply to this comment
  10. KadukTechnoLogik

    May 08. 2012

    DIKALA SAAT SUDAH TIBA…RAKYAT SENDIRI BERSUARA DENGAN MELEMPAR TELUR AYAM, SELIPAR JAMBAN DAN SAMPAH KEPADA PAPA ANUGORRAH GOMORRAH ALBELALAI…. MOMOKAN RASUAH DUNIAWI AKAN BERAKHIR DISINI….. DI NO 13…13…13… DITAHUN 12… 12…12…

    Reply to this comment
    • dirk

      May 09. 2012

      aku stuju sangat, lain kali al juburi buat press conference spare tlor ayam, dia bebal, dia je baling telor tu.macm ni nak pejuang kebebasan media dan besuara dia sendiri yang sekat org becakap, si assmin plak nak halang org umno ckp, balik mintak maaf dulu dengan mak ye dik

      Reply to this comment
  11. Ahmad Ali Karim

    May 08. 2012

    Assalamualaikum, I am proud and happy to see my name in this post.Thank you for mentioning my blog. I started blogging at 5 and I am now 9 years old. I used to be a big fan of Anwar Ibrahim. I signed my name as Anwar and I used to dream about meeting him and and attending his lectures. If anyone asked what is my name, I would say my name is Anwar :) But now I am frustrated and angry because he changed and I hope he will change back to be a good person as how I thought he is.
    I wrote 5 articles and a poem about Bersih 3.0 because I want to share the news and make people realise that Bersih 3.0 is full of violence and teach us bad values especially disobey the laws and blaming others. Truth has no answer and it is a shame when adults do not behave there is no fool like an old fool.

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE