Bersih 3.0: Anwar Buat Perangai Lama Dah, Hasut Penyokong Merusuh..

mynewshub – Pemimpin yang kepinggin untuk menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat memulakan langkah kepakaran beliau untuk menghasut peserta demonstrasi Bersih 3.0 agar tampil melakukan rusuhan.

Ketika berucap sebentar tadi, Anwar menggunakan ayat ‘kita harus bebaskan Dataran Merdeka’.

Lebih memalukan, Anwar berkata demikian di perkarangan Masjid Negara – yakni sebuah tempat yang sepatutnya menyebarkan mengenai perdamaian, perpaduan dan lambang permuafakatan.

Anwar, manusia yang bertanggungjawab menyuburkan budaya demonstrasi jalanan di negara ini sejak era reformasi meletakan sasaran untuk merempuh Dataran Merdeka selepas solat Zohor.

Menyedari ada perintah mahkamah melarang sesiapa masuk ke Dataran Merdeka, Anwar tidak sepatutnya membakar sentimen peserta demonstrasi untuk berbuat demikian.

Walaupun kesemua peserta hanyalah penyokong pembangkang dan bukannya rakyat yang tidak berpuas hati dengan Suruhanjaya Pilihan Raya, namun Anwar sepatutnya lebih peka kepada keselamatan mereka.

Menghasut mereka untuk ‘merempuh’ sekatan bermakna membahayakan peserta demonstrasi untuk konfrantasi fizikal dengan pihak polis.

Persoalannya, bila Anwar akan berhenti menggunakan rakyat untuk kepentingan dirinya?

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE