Anwar Ibrahim ‘budak’ Yahudi, Paul Wolfowitz – The Agonist

[AIDC menterjemah artikel The Agonist, 13 Ogos 2008, bertajuk "Paul Wolfowitz: The Ultimate Bad Penny". Artikel asal klik di sini]

Berita Iraq menikmati bajet yang berlebihan ketika AS menunjukkan
kelemahan di bawah beban defisit membangkitkan permintaan Iraq untuk
menggunakan kos tersebut untuk dibayar kepada usaha pembangunannya
semula, sebagai anugerah justifikasi selepas tamatnya riwayat politik
kepercayaan seorang arkitek perang Iraq, Paul Wolfowitz
bahawa perang tersebut dapat dilaksanakan dengan “harga yang murah,”
dan Iraq dapat membayar semula dan kita (Amerika) musnah dengan duitnya
sendiri.

Kesemua ini adalah mengarut, sudah tentu sebagai satu cara untuk
menjustifikasikan pembatalan tanggungjawab di atas kemusnahan yang
disebabkan oleh kita.

Ia juga satu peringatan bahawa orang seperti Wolfowitz, walaupun
dibuktikan salah dalam setiap arahannya dan diaibkan secara politik
secara berganda, telah berakar umbi dengan kukuh di pusat kekuasaan
global yang telah berapa kali mereka melakukan kerosakan tetapi mereka
masih digunakan perkhidmatannya.

Ini seperti campuran Woody Allen’s “Zelig” dan Terminator – lelaki yang sentiasa menunjukkan dirinya sentiasa penting dan…..hanya..tidak akan…mati…

Anda juga dapat menemui cengkaman Wolfowitz dipanjangkan ke Malaysia, di mana pemimpin politik pembangkang Anwar Ibrahim terkenal kerana berhubung dengannya :

Sekarang salah seorang daripada tokoh paling terkenal di dunia Islam
bernama Anwar Ibrahim – bersama rakan – rakan di Barat termasuk bekas
Timbalan Setiausaha Pertahanan AS, Paul Wolfowitz dan bekas Presiden Bank Dunia, James Wolfensohn – Anwar mengetuai pakatan pembangkang yang berjaya menjejaskan pakatan Barisan Nasional secara teruk.

Antara matlamat Anwar : meruntuhkan satu sistem tindakan berdasarkan etnik (affirmative-action programs) secara bersungguh-sungguh yang sebelum ini telah membantu etnik Melayu menguasai Barisan Nasional untuk memerintah negara pelbagai kaum selama 50 tahun.

Jelaslah, matlamat khusus Anwar (affirmative-action programs), serupa dengan tindakan neocon
yang menjadikan kumpulan pemikir Yahudi di Amerika itu menjuarai negara
selama bertahun-tahun, dan Wolfowitz meneruskan taktik yang sama untuk
menjadi juara di seluruh dunia, walaupun selepas dia mengulangi
kegagalannya:

Menurut rekod, Paul Wolfowitz amat tertarik dengan pembangunan dan
ekonomi yang demokratik yang telah berlaku di Taiwan selama beberapa
dekad, dia berkata bahawa cabaran seterusnya adalah untuk membawa
kejayaan ekonomi negara ke peringkat yang lebih tinggi.

“Taiwan perlu dijadikan sebagai pengkalan rakan perniagaan yang terbaik di dunia,” katanya,
dengan mengambil Ireland sebagai contoh yang merendahkan cukai, tidak
mengetatkan peraturan dan memperbaiki infrastruktur fizikal.

Sesungguhnya, dengan dasar seperti itu telah dilaksanakan dengan
baik di negara kita (Amerika) sendiri sejak akhir-akhir ini, kesannya
pembangunan ekonomi kita runtuh, kita mendapat krisis makanan yang
teruk, dan kegagalan menghasilkan kekayaan yang secara keseluruhannya ?.

Adakah mereka ini (neocon) tidak pernah mempelajari kesilapan-kesilapan masa lalu?

Apabila berbicara tentang ‘affirmative-action programs’ dan Anwar
Ibrahim, dia dilihat menjalankan pelbagai jenis pekerjaan upahan kepada
Wolfowitz dan teman wanitanya, Shaha Riza (Anwar budak suruhan
Wolfowitz dan Shaha Ali Riza):

Selepas setahun, Anwar Ibrahim dilantik menjadi pengerusi Foundation for the Future (Yayasan Masa Hadapan),pada 1 Oktober 2006, dia menulis kepada Robin Cleveland,
pembantu kanan Wolfowitz di Bank Dunia dan meminta pemindahan Shaha
Riza dari State Department (Jabatan Negara) ke Foundation for the
Future.

Surat Anwar Ibrahim selaku Pengerusi Foundation for the Future kepada Robin Cleveland, memohon penukaran Shaha Ali Riza dari Jabatan Negara ke Foundation For The Future

Dua bulan kemudian, selepas Cleveland mengarahkan Timbalan Presiden
Sumber Manusia Bank Dunia untuk meluluskan pemindahan itu, Bank Dunia
telah menekan suis OK. Surat Anwar dan dokumen bank yang lain berkaitan
dengan penukaran itu tidak menyebut bahawa Anwar Ibrahim merupakan seorang rakan lama Wolfowitz.

Salah seorang ahli politik Muslim yang terkenal, Anwar Ibrahim
merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Dia dan Wolfowitz
bertemu dan bersahabat pada pertengahan 1980-an, ketika itu Wolfowitz
adalah duta A.S. ke Indonesia, berdasarkan laporan yang dinyatakan oleh
Aasil Ahmad, penasihat kepada Anwar.

Pada tahun 1998, selepas memberikan ucapan dalam satu perhimpunan
besar anti kerajaan, Anwar telah ditahan dan kemudian telah
dipenjarakan atas tuduhan rasuah dan liwat. Semasa berada dalam
penjara, Wolfowitz merupakan juara dalam bercakap mengenai Anwar.

Sebaik sahaja selepas serangan 9/11, Anwar Ibrahim, yang masih
dipenjarakan, menulis satu esei mengutuk serangan itu dan menyeru
Muslim supaya mengecam diktator Iraq yang menderitakan masyarakat
Muslim.

Walaupun saya tidak bersetuju dengan taktik keji memburuk-burukkan
yang dikenakan terhadap Anwar oleh parti memerintah, dan secara umumnya
membantu meningkatkan suasana panas di blog Malaysia untuk membelanya,
namun kehadiran Wolfowitz dalam sejarah politik Anwar merupakan satu
peringatan yang jelas bahawa terdapat elemen gangguan yang berlebihan
untuk membuatkan anda berfikir dua kali.

Sama ada di Taiwan, Malaysia, atau Washington D.C., orang seperti
Wolfowitz akan berterusan menyelinap masuk ke dalam badan politik dan
mengganggu perdebatan untuk mempromosi kegagalan pro-perang mereka,
dasar pro kepada ahli korporat apabila seseorang memberikan kuasa
kepada mereka.

Seperti seorang penyibuk utama, walaupun tidak diundang, mereka
masih datang dan membawa nasib malang ke mana sahaja mereka pergi.

One Response to “Anwar Ibrahim ‘budak’ Yahudi, Paul Wolfowitz – The Agonist”

  1. Angela

    Aug 23. 2010

    Melalui pendedahan demi pendedahan, kita sudah maklum siapa Anwar sebenarnya. Tetapi sehingga kini, Anwar masih bebas ke sana ke mari untuk menjayakan agendanya. Kita tahu Anwar bersalah dalam kes liwat terdahulu (zaman Mahathir), dan dia salahguna kuasa, dan melakukan pelbagai perkara anti nasional dan melanggar agama. Sekarang kita dengar Anwar sebagai agen asing yang merbahaya, sehingga merancang untuk menghancurkan negara yang sedia ada ke tahap menulis perlembagaan baru. Bukankah itu perbuatan subversif? Anwar mempermainkan undang-undang negara (tangguh kes liwat banyak kali) dan perlembagaan negara (menulis perlembagaan baru), bukankah itu satu penghinaan terhadap Rukun Negara? Tetapi olehsebab Anwar boleh lakukan semua itu dan masih bebas, maka sebab itu semakin ramai puak pembangkang yang semakin berani menentang kerajaan dan institusi kerajaan. Saya selalu berfikir sampai bila perkara ini boleh dibiarkan bermaharajalela di negara ini?

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE