Senjata Rahsia Anwar Dikenalpasti

AIDCNews – 26/04/12 – Senjata utama faktor kekuatan dan kelemahan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dikenalpasti oleh ‘kumpulan pemikir bebas’ yang mengadakan pertemuan tertutup minggu lepas.

Kumpulan pemikir bebas yang tidak mahu nama ahli-ahli mereka didedah merumuskan satu-satu senjata yang menjadi faktor kekuatan dan kelemahan Anwar adalah ‘Faktor X’ yang salah satunya daripadanya adalah ‘Faktor Janji’.

Faktor ini hampir sama dengan pendapat Profesor Dr Chandra Muzaffar yang ditemui pada 30 Jun 2011 yang merumuskan kekuatan Anwar adalah ‘2 D’ iaitu ‘Demagogue’ dan ‘Demonstrasi’

‘Demagogue’ merujuk tentang pidato-pidato yang berkarisma menyentuh emosi, prasangka dan pujuk rayu serta janji-janji yang membina pengharapan.

Manakala ‘demonstrasi’ pula merujuk kepada satu perhimpunan yang bertujuan untuk menimbulkan ‘kekacauan’ dalam masyarakat untuk menarik perhatian masyarakat antarabangsa.

Dengan harapan melalui siri-siri demonstrasi itu akan dapat mengugat kestabilan negara dan menggulingkan negara melalui ‘kumpulan minoriti’ jalanan.

Siri-siri perhimpunan BERSIH, BERSIH 2.0, BERSIH 3.0 dan Occupy adalah sebahagian daripada strategi untuk mencapai objektif tersebut.

Kajian UIA

Kajian Prof Datuk Syed Arabi Idid daripada Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM yang bermula dari Mac 2008 hingga Julai 2011 merumuskan populariti Anwar mula merudum sejak Oktober 2008.

Menurut rekod, dari Mac hingga Oktober 2008, terdapat dua peristiwa besar yang berkaitan dengan Anwar iaitu kes liwat yang membabitkan dirinya dengan pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan ‘Janji Agung Anwar’ membentuk kerajaan 16 September.

“Pada waktu itu (2008), dia (Anwar) janji macam-macam..bila datang isu skandal (kes liwat yang membabitkan dirinya), dia tidak mampu nak jawab.

“Dia jawab dia kilas ke lain..dia tidak menjawab sebenarnya”, kata Azrul Hisyam Wakichan, pembantu penyelidikan kepada Prof. Datuk Syed Arabi Idid.

Bekas inner circle Anwar, YB Datuk Zulkifli Noordin memberi pendapat yang hampir sama.

“Bila berlaku 16 September, mula kita berkata, kita kena kencing dah ni. Kita kena bohong.

“Kalau saudara perhati, selepas kes Saiful dan 16 September baru berlaku pergerakan ahli (PKR) keluar.

“Tan Tee Beng keluar kerana DAP. Datuk Zahrain keluar kerana DAP. Sebab Datuk Zahrain kata, semua dah ragu, dah mula persoal.”, kata Zulkifli yang ditemui pada 14 Jun 2011. Klik di sini.

Rakaman video di sebelah merupakan kompilasi janji-janji Anwar yang ‘mengembirakan’ dan ‘menakutkan’ rakyat yang disusun sejak 14 April 2008 hingga 13 Oktober 2008.

Faktor janji agung Anwar untuk membentuk kerajaan baru 16 September, bukan sahaja menarik perhatian rakyat Malaysia, malah turut menarik perhatian masyarakat antarabangsa seperti yang dibuktikan rakaman video kiri (bawah).

“Saya dengan restu Tuhan..Insya Allah..buktikan kepada ‘mereka’..buktikan kepada ‘mereka’..bisnes kami..kami ada ‘number’..negara ini perlu perubahan”, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta komitmen oleh wartawan Bloomberg tentang pengambilalihan kerajaan selepas kegagalan melaksanakan janji menukar kerajaan pada 16 September 2008.

Faktor India dan Cina

Kajian UIA yang membuat analisis secara menyeluruh berdasarkan pola kaum juga turut menarik diberi perhatian.

Azrul Hisyam Wakichan berkata kemerosotan utama Anwar di kalangan masyarakat kaum India disebabkan gagal melaksanakan janji Kampung Buah Pala.

Manakala kepada masyarakat Cina pula berasaskan faktor kegagalan Anwar dalam melaksankan janji-janji berkaitan dengan ekonomi.

“kalau ada orang India, (isu) kampung Buah Pala, kampung India…”Dia (Anwar) janji tak betul. Dia tak deliver pada janji”, kata Azrul Hisyam Wakichan tentang kemerosotan Anwar di kalangan masyarakat India dan Cina.

Ketika ditanya, sekiranya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melaksanakan satu lagi transformasi, Azrul menjawab, “Laksanakan apa yang Najib Janji..boom..terus (Anwar) bungkus..tapi berhati-hati Anwar ada simpan senjata dia”.

Senjata Rahsia

Perbincangan tertutup ‘kumpulan pemikir bebas’ berusaha merungkai senjata apakah yang dimaksudkan oleh pembantu penyelidik Prof. Syed Arabi Idid itu.

Rumusan yang disimpulkan adalah ‘sabotaj ekonomi’ sehingga boleh menimbulkan keresahan rakyat jelata.

Sebelum pilihanraya ke-12, rakyat ‘memprotes melalui undi’ apabila kegagalan kerajaan menangani ‘sabotaj ekonomi’ yang menyebabkan keperluan harian rakyat.

Minyak masak, gula, beras, tepung dan lain-lain keperluan asas di’sabotaj’ oleh pihak-pihak tertentu menyebabkan rakyat kesusahan.

Menurut sumber, teknik ini pernah digunakan oleh CIA di negara-negara tertentu dengan membayar kepada taikun-taikun pengeluar barangan asas untuk melakukan sabotaj.

Apabila taikun-taikun melakukan sabotaj, rakyat mula memberontak dan menyalahkan kerajaan yang sedang memerintah.

Senjata rahsia ini paling berkesan kerana ia melibatkan keresahan setiap individu rakyat yang bakal memberi undi di setiap pelusuk negara.

Mungkinkah Anwar akan melaksanakan resipi CIA itu sebagai senjata terahir untuk memastikan cita-citanya melakukan ‘regime change‘ dan menawan Putrajaya tercapai …












Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE