PARADIGMA POLITIK BARU

Yenny, The Wahid Institute agenda demokrasi/pluralisme Indonesia


Paul Wolfowitz dan Yenny Wahid di Indonesia

[AIDC menterjemah artikel berkenaan peranan Yenny Wahid, anak Gus Dur yang menggunakan badan pemikir The Wahid Institute untuk mengembangkan agenda pluralisme (persamaan antara agama) yang berselindung di sebalik tema demokrasi di Indonesia. Yenny dan badan pemikirnya mendapat tajaan Barat untuk mengembangkan agenda melemahkan Islam di Indonesia. Artikel asal dari web tokohindonesia.com. Klik di sini]


Jakarta : The Wahid Institute menyatakan komitmen untuk terus
mengembangkan falsafah pluralisme sebagai sintesis perdamaian. The
Wahid Institute menjunjung pluralisme untuk menegakkan keadilan.

Yenny
Wahid, Pengarah Wahid Institute (nombor 3 dari kiri) bersama dengan
Paul Wolfowitz. Kelihatan di foto Mari Pangestu (bekas Pengarah
eksekutif Center for Strategic and International Studies – CSIS) Din
Syamsudin (Presiden Ikatan Cendikiawan Muslim Indonesia-ICMI), Erry
Riyana ( Ketua Komisi Pemberantasan Korupsi-KPK), dan Jusuf Wanandi
(paling kanan). Jusuf Wanandi adalah Pengarah Eksekutif Pusat Islam dan
Pluralisma Antarabangsa Indonesia. Turut hadir Douglas Ramage (The Asia
Foundation), Manpalagupta Sitorus (InterMatrix), Andrew Steer (World
Bank Indonesia Country Director) and John Aglionby (The Guardian).
Sumber foto klik di sini.

Matlamat ini dipetik dari ucapan Pengarah The Wahid Institute, Yenny Zanubba Wahid dalam peringatan Hari Ulang Tahun Ke-3 The Wahid Institute, Sabtu (8/9) di Jakarta.

Yenny
Wahid atau nama sebenarnya Zannuba Ariffah Chafsoh Rahman Wahid adalah
puteri kesayangan Gus Dur yang menjadi orang di belakang tabir dalam
The Wahid Institute dan Parti Kebangkitan Bangsa (PKB). Pernah menjadi
wartawan akhbar Australia iaitu The Sydney Morning Herald dan The Age.
Beliau melanjutkan pengajian di Harvard’s Kennedy School of Government
sebagai Mason Fellow . Pada 2004, sekembalinya dari Boston, beliau
dilantik sebagai Pengarah badan pemikir bapanya iaitu Wahid Institute.

Menurut
puteri KH Abdurrahman Wahid (Gus Dur) itu, Wahid Institute menjadi
flatform pemikiran Islam yang progresif yang menjunjung pluralisme, dan
dikembangkan terus kepada masayarakat agar menjadi sarang para pemikir
dan peneliti Islam di Indonesia.

Perbincangan
modul strategi kebebasan beragama di Indonesia. Wahid Institute
mendapat tajaan daripada beberapa yayasan Amerika termasuk The
Pluralisme Project, Universiti Harvard. Klik di sini

Wahid
Institute, yang memegang falsafah Nahdlatul Ulama (NU) berwajah damai,
juga meneruskan syiar Islam yang damai ke dunia antrabangsa.

Pada
kesempatan itu, Abdurrahman Wahid juga memberi ucapan. Menurut Gus Dur,
dari pelbagai sudut pemikiran manusia, perjuangan menegakkan keadilan
harus juga menjamin perlindungan terhadap orang lain.


Foto
atas, Gus Dur berucap dalam sambutan ulang tahun Wahid Institute
pertama. Foto bawah, Gus Dur menjemput Samuel Huntington, “Clash of
Civilizations” untuk bersama-sama berdiskusi di Wahid Institute. Klik di sini

Menyentuh
masalah kelompok radikal Islam, yang turut dinamakan kaum teroris, Gus
Dur mengatakan, pihak Amerika Syarikat pernah meminta supaya beliau
memberi pidato berbentuk rakaman tetang teroris. Di dalam pidato selama
tujuh minit itu, Gus Dur mencadangkan agar Amerika Syarikat mencari
titik-titik persamaan dengan kaum teroris.

The WAHID Institute
merayakan usianya yang ke-3, sejak dilancarkan secara rasmi pada 7
September 2004 di Jakarta. Pelbagai kegiatan diselenggarakan untuk
memperingati dan mensyukuri hari jadi badan pemikir itu.

Untuk
menyemarakkan suasana, acara dilanjutkan dengan pementasan group musik
Lingkar Kreatifitas Insan Seni (eLkis), sejak pukul 13.00-16.00.
Panggung muzik ini terbuka bagi setiap tetamu yang ingin menyumbangkan
kebolehannya dalam kesenian.

Pukul 16.00-18.00, diadakan diskusi buku karya KH. Abdurrahman Wahid (Gus Dur) berjudul “Islam Kosmopolitan: Nilai-nilai Indonesia dan Transformasi Kebudayaan”, terbitan the WAHID Institute, 2007.

Turut serta sebagai pengulas adalah Pengarah Sekolah Pascasarjana Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah, Prof. Dr. Azyumardi Azra, Anggota Fraksi Kebangkitan Bangsa DPR RI, Badriyah Fayumi Lc, MA, dan Sosialis DR. Daniel Dhakidae. Ahli Penal the WAHID Institute, DR. Rumadi dilantik sebagai moderator.

2 Comments

  1. Abu Helmie says:

    Setiap individu islam mulai hari ini kena belajar al Quran dan Sunnah secara pemahaman sahabat dan salufus soleh. Bila kita ada ilmu ini, dengan mudah kita dapat mengenal musuh kita yang kebanyakkannya berupa musang berbulu ayam.
    Cara mudah untuk belajar, silalah lawati laman web ustaz rasul dahri.

  2. warisatuliman2011 says:

    A.w.w. handai taulan. Gus Dur boleh jawab sendiri penyongsangan agamanya kpd Yang Khalik kerana menghina Islam dgn menyamakan agama yg suci ini dgn agama2 lain. Ia jelas menyalahi hakikat “Sesungguhnya agama di sisi-Ku hanyalah Islam!” Salam.

Leave a Comment

 

— required *

— required *