Minum Petang Anwar Bersama Chin Peng

Gambar dari Rocky Bru sini

Oleh Gelagat Anwar

Pada awalnya, Anwar dikatakan akan bertemu muka dengan Chin Peng dalam
satu majlis Minum Petang Chin Peng bersama pemimpin PKR tersebut.
Walaupun ada di kalangan blogger yang melihat sendiri surat jemputan
tersebut; namun PKR beria-ia menafikan bahawa mereka mendapat jemputan
tersebut. Pada awalnya, ramai rakan blogger yang merasakan DSAI akan
pergi bertemu dengan Chin Peng sebagai tanda ‘restu’ Pak Sheikh agar
Chin Peng dapat kembali ke tanah airnya yang ‘tercinta’.

Namun, kali ini Anwar membuat keputusan yang sebaliknya. Janji minum
petang dengan Chin Peng tidak mahu dihadirinya. Malahan banyak penafian
dilakukan bahawa PKR benar-benar TIDAK PERNAH menerima jemputan
daripada pihak Chin Peng. Kalau ada PRK di kawasan bermajoriti Cina,
kita yakin Anwar pasti akan menyerbu minum petang tersebut. Gambar
Anwar dan Chin Peng akan terpapar megah bagi menyaksikan bagaimana
Anwar adalah sangat ‘friendly’ dengan Chin Peng dan pengundi Cina.

Anwar dan Chin Peng mungkin mempunyai persamaan orientasi. Bukan
orientasi seks. Tetapi orientasi politik. Sehina-hina Chin Peng, tak
pernah pula dia dibawa ke mahkamah di atas kes dan tuduhan sodomi.
Sekurang-kurangnya, Chin Peng ni ada juga ‘nilai moral’ daripada sudut
ini.

Orientasi yang dimaksudkan adalah orientasi ‘politik’. Politik yang
berasaskan anarkisme dan ketidaktentuan suasana. Chin Peng mahu
menimbulkan huru hara sebagai jalan untuk menzahirkan rasa resah di
kalangan rakyat. Jika ini mampu dilakukan, kerajaan akan dikatakan
tidak berfungsi dan gagal dalam memastikan ketenteraman rakyat. Masa
sama, Chin Peng bermaharajalela dengan membunuh tanpa belas kasihan
sesiapa sahaja yang menentang politiknya. Tak kira bangsa. Asalkan
menentang komunisme, Chin Peng akan mengarahkan bala tenteranya untuk
membunuh. Lesen sebagai ‘the butcher’ inipun, ada yang mahu dia kembali
ke tanah air sebagai pejuang kemerdekaan. Haram jadah sungguh.

Anwar pada peringkat awalnya amat ‘supportive’ dan menyokong kepada
usaha mengembalikan Chin Peng ke Malaysia. Anwar menggunakan asas ‘hak
asasi manusia’, bahawa Chin Peng layak kembali ke tanah airnya. Yang
lebih ganas, ada juga yang mengatakan Chin Peng pejuang kemerdekaan.

Namun, akhir-akhir ini, Anwar perlu lebih hati-hati dengan gerak
politiknya. Dalam berhadapan dengan PRK Kota Siputeh – Anwar tidak mahu
ini menjadi isu besar di kalangan orang Melayu di Kota Siputeh. Dengan
itu, apa yang wajar dilakukan adalah menafikan sama sekali PKR pernah
mendapat jemputan. Tindakan yang baik.

Anwar tidak boleh kelihatan TERLALU mendokong perjuangan Chin Peng.
Benar, perjuangan anarkisme mereka sama – tetapi Chin Peng tidak
bercita-cita menjadi PM. Anwar ada cita-cita tersebut. Makanya, Anwar
mesti lebih hati-hati dengan tindakan politiknya.

sumber – gelagatanwar

Reblog this post [with Zemanta]

No comments.

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE