Persenda Raja-raja Melayu : Desak Tubuh Suruhanjaya Diraja

Antarapos – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tndakan beberapa pemimpin pembangkang yanng didakwa mempersendakan dan mengejek Raja-raja Melayu ketika istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua’dzam Shah di Istana Negara Rabu lalu sebagai kurang ajar dan biadap.

Mengulas laporan sebuah akhbar kelmarin, beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata, tindakan pembangkang itu juga mempunyai unsur hasutan supaya masyarakat akan terikut dengan perlakuan sedemikian.

“Ia adalah majlis rasmi dan ia seharusnya dihormati walau dalam kapasiti apa pun.

“Janganlah pembangkang masukkan elemen kebencian, rasa tidak hormat kepada protokol. Saya fikir seharusnya perkara ini tidak harus berlaku wlaupun kita berbeza parti dan di dalam soal integrity dan protokol, kita seharusnya menghormati,” katanya ketika ditemui pada Program Peduli Jujur Sinar SPRM Bersama Ahli Parlimen dan Masyarakat Bagan Datoh, di sini hari ini.

Justeru, beliau mendesak satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan terbabit sekali gus memberi peringatan kepada semua pihak agar menghormati institusi Diraja di negara ini.

“Saya fikir perkara ini harus disiasat dan harus dijadikan pengajaran kepada pemimpin generasi akan datang serta dijadikan panduan supaya mereka lebih matang di dalam menangani perbedaan pendapat.

“Saksi pun ada yang mendengarnya, YB Kamalanathan yang berada di barisan belakang pemimpin pembangkang yang mengejek itu, dan beliau pun mendengar dengan jelas.

Dalam laporan sebuah akhbar kelmarin turut menyebut, Dr Rahman Kadir menulis menerusi blognya www.badutrakyat.blogspot.com [AIDC - blog ini bukan blog rasmi Dr Rahman. Beliau tidak mempunyai blog tetapi hanya mempunyai facebook] mendakwa beberapa pemimpin pembangkang bersikap biadap dengan bercakap ketika kehadiran pemimpin utama negara.

Malah, Dr Rahman mendakwa perbuatan mempersenda dan mengejek itu paling ketara dilakukan apabila tetamu kehormat berjalan masuk ke Balairong Seri.

Oleh demikian, Dr Rahman yang berada pada istiadat pertabalan terbabit boleh menjadi saksi kepada suruhanjaya terbabit, katanya.

“Dr.Rahman pegawai perubatan yang berada di situ, yang boleh dijadikan sebagai saksi untuk mengadakan siasatan. Kalau mereka (pembangkang) boleh mendesak Suruhanjaya Diraja diadakan terhadap penyelewengan terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan, kita pun boleh menuntut supaya SPRM mesti diwujudkan walaupun tidak disiasat oleh pihak polis bagi tindakan undang-udang dilakukan,” katanya.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE