Pemilikan Saham : Mengapa Azmin Tutup Mulut ?

AIDCNews – 14/04/12 – Isu kekayaan Azmin Ali yang luar biasa mula dibangkitkan pada 13 November 2009, apabila Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia, S.A. Vickneswaran mengadakan sidang media mendakwa, memiliki dokumen berkaitan pembelian saham melibatkan bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim itu yang mencecah RM8.5 juta pada awal 1990-an.

S. A Vickneswaran berkata, selain Azmin sebagai penama pemilikan saham-saham itu, dua lagi penama turut disebut, iaitu isteri Azmin, Shamshida Taharin dan iparnya, Jamal Taharin.

Jamal adalah adik Shamshida yang berasal dari Perak.

Lima hari selepas pendedahan S. A Vickneswaran, tampil seorang lagi individu membuat laporan polis berkenaan pemilikan saham Azmin.

Pada 17 November 2009,  Anuar Shaari, bekas Setiausaha Sulit Anwar membuat laporan polis berhubung isu pemilikan saham bernilai RM2 juta.

Anuar mendesak Azmin menjelaskan dari mana beliau mendapat wang untuk membeli saham-saham pada waktu itu.

Anuar pada 2004 pernah menjadi Ketua Bahagian PKR Permatang Pauh, juga pernah bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum mengumumkan keluar parti PKR pada Mei 2007.

Difahamkan, dokumen pemilikan saham yang didedahkan Anuar adalah susulan daripada pendedahan S. A Vickneswaran yang jika dicampur kesemuanya berjumlah RM10.5 juta.

Dokumen pembelian saham itu bertarikh di antara tahun 1992-1994, iaitu ketika Azmin menjadi Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim yang ketika itu gaji Azmin sekitar RM3,000 sebulan.

Isu pemilikan saham Azmin kembali disebut-sebut, apabila pada 26 Mac 2012, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dato’ Dr. Hasan Ali mencabar Azmin memberi penjelasan berkenaan isu pemilikan saham tersebut.

Cabaran Hasan disambut oleh Ketua Penerangan PKR Ampang,  Mohd. Isa Mohd. Saidi dan Naib Ketua PKR Ampang,  H.M Tan serta 10 ahli jawatankuasa cabang tersebut.

Mohd Isa yang menjadi jurucakap dalam sidang media pada 4 April 2012 berkata,  Azmin tidak sepatutnya membisu dan berdiam diri jika beliau tidak bersalah.

Katanya,  Azmin perlu tampil menjawab segala tuduhan tersebut dan sekaligus mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang membuat tuduhan tersebut sekiranya tuduhan itu tidak benar.

Katanya lagi, jika Azmin terus berdiam diri, perbuatan itu akan mengesahkan bahawa dakwaan-dakwaan itu benar dan dibimbangi akan menjejaskan imej parti.

“Kami juga amat khuatir, jika tidak ada penjelasan yang konkrit daripada YB Azmin terhadap isu-isu ini, isu yang boleh menjejaskan kewibawaan yang berat kepada PKR.

“Kami bimbang pada pilihan raya yang akan datang, rakyat tidak akan menyokong PKR lagi”,  katanya.

Namun, selepas sidang media itu, Mohd Isa dipecat daripada jawatan Ketua Penerangan PKR dengan notis serta merta.

“Saya berasa sangat kesal dengan jawapan Azmin sedangkan ahli-ahli akar umbi dan rakyat keseluruhannya ingin tahu dan mahukan penjelasan. Kalau kita di pihak benar, apa masalahnya buat penjelasan berulang kali ?

“Kalau Azmin kata dia sudah jelaskan, kami mahu dia tampil jelaskan lagi, sebab kami tidak pernah tahu ada penjelasan terhadap segala dakwaan yang dibangkit, ini soal kepercayaan rakyat dan soal intergriti”, katanya.

Setakat hari ini, Azmin masih berdiam diri, tidak memberi sebarang penjelasan atau menyaman pihak-pihak yang mendakwanya itu.




Rakyat Mahu Tahu Hasil Siasatan Pemilikan Saham Luar Biasa Azmin-Shamsidar

Anuar Shaari : Bukan Hanya 3 Dokumen, Banyak Lagi Yang Lain..

Berapa Harga Katil, Mattress, Sofa Rumah Shamsidar ?

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE