Senator Ezam : Anwar Ibrahim Adalah Seorang Biseksual

AIDCNews – 11/04/12 – Senator Ezam Mohd Nor, bekas orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mentornya itu adalah seorang biseksual.

Ezam yang pernah menjadi Setiausaha Politik Anwar dan tulang belakang paling utama dalam gerakan reformasi selepas bosnya dipecat dari UMNO pada September 1998 membuat dakwaan itu secara terbuka ketika turut serta dalam sidang media Datuk Nallakarupan, 24 Mac.

“Apa yang Datuk Nalla sebut ini bukan perkara baru..” kata Ezam yang merujuk terhadap dakwaan Nallakarupan, kawan baik Anwar selama 30 tahun mendakwa secara terbuka pada 20 Mac bahawa Ketua Umum PKR itu adalah seorang biseksual.

Tuduhan Anwar adalah seorang biseksual sudah bermula sejak tahun 1997, pernah dibangkitkan di Parlimen oleh Karpal Singh dan menjadi faktor pemecatannya sebagai ahli UMNO yang melucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang disandangnya pada 2 September 1998.

Ketika pemecatan Anwar itu, Ezam dan Nalla masih berpihak kepada Anwar. Ezam pernah ditahan polis berpuluh-puluh kali dan 2 kali keluar masuk penjara kerana mempertahankan bosnya itu.

Manakala Nalla yang berpegang kepada prinsip ‘membantu sahabat’ pernah dipenjara selama setahun kerana memiliki peluru pistol tanpa lesen.

Namun pada Mei 2007 Nalla mengumumkan keluar PKR, diikuti dengan Ezam pada Jun 2007.

Keputusan Mahkamah Persekutuan 2004

“Bukti yang paling jelas adalah keputusan Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004. 2 September 2004. Saya masih ingat lagi pada masa itu, saya berada di sebelah beliau (Anwar).

“Mahkamah Persekutuan 2004 yang membebaskan beliau..tetapi dalam penghakiman bertulis yang ditulis oleh ketiga-tiga hakim menyatakan dengan jelas mengatakan Anwar adalah pengamal homoseks,” kata Ezam.

Menurutnya, walaupun Anwar pernah berjanji mahu memansuhkan frasa ‘pengamal homoseksual’ dalam penghakiman bertulis hakim pada tahun 2004, namun sehingga kini, Ketua Umum PKR itu tidak pernah memfailkan permohonannya untuk membuang frasa tersebut.

“Persoalan saya, mengapa tidak ada tindakan dibuat oleh Anwar, semenjak tahun 2004 untuk membersihkan nama dia atau mencari kebenaran dan keputusan yang dibuat secara jelas menyebut bahawa dia adalah pengamal homoseks.

“Saya masih ingat pada masa itu (semasa pembebasan Anwar 2004)…beliau membuat kenyataan secara umum dan secara peribadi kepada saya..saya minta dia (Anwar) beri penjelasan..untuk meminta peguam-peguam dia failkan di mahkamah untuk membuang frasa itu (frasa pelaku homoseksual)..untuk menunjukkan dia bukan pengamal homoseks yang dinyatakan oleh ketiga-tiga hakim di mahkamah.

“Itu tahun 2004, sekarang tahun 2012, sudah lapan tahun, mengapa Anwar tidak membuat permohonan tersebut. Walhal dia kata dia nak buat, (tetapi) dia tidak buat.

“Dia tidak buat sebab apa ? Sebab dia tahu, kebenaran tidak berpihak kepada beliau,” katanya.

Biseksual

Pada tahun 2011, Ezam membuat tuduhan sama mengatakan Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual ketika diwawancara oleh majalah Tempo, Indonesia.

“Pertama, saya mencurigai ketika isterinya, Wan Azizah, terlalu cemburu apabila Anwar dekat dengan laki-laki. Ini menjadi turning point, dan (selepas itu) saya membuka, mengkaji semula kesnya, dan setelah itu saya yakin dia melakukan perkara itu.

“Kalau saya baca lagi keputusannya, dari tiga hakim, dua membebaskan, satu tidak. Tetapi, ketiga-tiganya sepakat bahawa telah terjadi aktiviti sodomi, masalahnya atas dasar suka sama suka, jadi tidak boleh dihukum. Tapi, sodomi itu terjadi” kata Ezam kepada kepada Yosep Suprayogi, Andree Priyanto dan Poernomo G. Ridho dari majalah Tempo di Jakarta.

Namun ketika Anwar berkunjung ke Jakarta, majalah yang sama bertanyakan kembali kepada Ketua Pembangkang berkenaan dengan dakwaan bekas orang kanannya itu.

Anwar berkata Ezam berkata demikian kerana diupah UMNO dan ketika ditanya adakah beliau bersedia menyaman bekas orangnya di mahkamah di atas tuduhan itu, Anwar berkata beliau enggan menyaman Ezam kerana mendakwa mahkamah Malaysia tidak telus.

Dalam masa sama Anwar turut menyelar Majalah Tempo kerana telah memberi ruang kepada bekas orang kanannya untuk tuduhan tersebut.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE