PARADIGMA POLITIK BARU

Skandal RM445 Juta : Kroni-Kroni Anwar Didedah Di Mahkamah

AIDCNews – 29/03/12 – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dikejutkan dengan keterangan ahli perniagaan, Low Thiam Hoe yang mendedahkan senarai nama kroni-kroni Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Low yang menghadapi kes saman daripada Hong Leong Finance Bhd. (Hong Leong Finance) kerana gagal membayar balik pinjaman sindiket dari bank tersebut berjumlah RM445 pada tahun 1997 mendedahkan bahawa beliau adalah mangsa yang hanya menjadi ‘pemudahcara’ bagi pihak Anwar Ibrahim (ketika itu Menteri Kewangan) dan Tan Sri Quek Leng Chan (ketika itu Pengerusi Eksekutif Hong Leong Finance).

Walau bagaimana pun setelah diperiksa balas oleh peguam Andrew Chiew yang mewakili pihak bank, Low bersetuju beliau tidak mempunyai bukti hitam putih yang mengesahkan beliau adalah mewakili Anwar-Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Quek – Pengerusi Eksekutif Hong Leong Finance.

Anwar Ibrahim dan Faiz Abdullah (penulis ucapan, peguam, pemuzik, peniaga & penulis surat-surat layang). Menurut RPK peranan Faiz hampir sama dengan peranan Dr Munawar Anees, individu yang dipenjarakan selama enam bulan kerana membenarkan dirinya diliwat Anwar

“Pada Mac 1997, dua individu bernama Hamzah Harun dan Mohd Faiz Abdullah (penulis ucapan Anwar), kedua-duanya dari sebuah syarikat yang dikenali sebagai Arus Murni Sdn Bhd (AMSB), memberitahu saya bahawa mereka telah bertindak bagi pihak Anwar dan Quek, ” kata Low semasa pemeriksaan utama oleh peguam, D Paramalingam.

Katanya, ketika itu beliau bersetuju sebagai penama atau saluran untuk transaksi pinjaman bersindiket itu.

Menurut rekod mahkamah, kl.kehakiman.gov.my pada tahun 1997, Hong Leong Finance Berhad (HLFB) telah didatangi oleh sebuah syarikat awam yang dinamakan Inchcape Timuran Berhad yang kemudiannya ditukar nama kepada Arus Murni Corporation Bhd (AMCB).

Mohd Faiz Abdullah dan Hamzah Harun yang menggunakan syarikat Arus Murni Sdn Bhd (AMSB) membuat pinjaman dengan HLFB untuk membeli saham-saham pengambilalihan syarikat AMCB.

Menurut laporan mahkamah itu, Faiz dan Harun akan mengambilalih AMCB dengan dibantu oleh pelabur-pelabur lain iaitu, Nik Hussain bin Nik Mohamed (Nik), Hood bin Osman (Hood), Low Thiam Hoe (Low) dan Mekuritek Sdn Bhd (Mekuritek).

Penjamin syarikat Mekuritek adalah Hussin Abdul Karim, Agus Salim Mohd Dom dan Abdullah Abd Karim Bajerai.

Bagi tujuan ini, HLFB dan HLGCM (HLG Capital Markets Sdn. Bhd) telah mengatur pinjaman bersindiket berjumlah RM224, 478,000 kepada AMSB (milik Faiz dan Harun) dan pinjaman bersindiket yang berikut
diberikan kepada Nik, Hood, Low dan Mekuritek.

“Pinjaman bersindiket telah juga diberikan kepada penama lain juga untuk mencapai sasaran bagi pengambilalihan AMCB. Sejumlah RM80.1 juta telah diberikan kepada Hood, RM80.1 juta kepada Nik Hussain, RM30.161 juta yang diberikan kepada Mekuritek dan RM224.478 juta untuk AMSB, “kata Low.

Tujuan pembelian saham AMCB adalah untuk memudahkan pembelian sebuah lagi syarikat yang dinamakan Kewangan Bersatu Berhad (KBB) dimiliki oleh Ishak Ismail yang juga turut dinamakan kroni Anwar.

Dalam keterangan mahkamah hari ini, Low menamakan individu-individu dan syarikat-syarikat yang digunakan sebagai penama untuk pinjaman tersebut adalah kroni-kroni Anwar Ibrahim.

Baca Selengkapnya di portal FMT.

Anwar & Quek Disapina

FMT, 28 Mac melaporkan Mahkamah Tinggi semalam telah membenarkan permohonan untuk mensapina Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk menjadi saksi pembelaan dalam saman sivil ke atas perjanjian yang melibatkan RM445 juta tersebut.

Selain daripada Anwar, pengerusi eksekutif Hong Leong Finance Bhd, Quek Leng Chan dan dua orang pengarah dan pemegang saham AMSB iaitu Hamzah Harun dan Mohd Faiz Abdullah akan disampaikan notis untuk hadir sebagai saksi pembelaan.

Menurut peguam Low, D Paramalingam kehadiran Anwar dan Quek, bersama-sama dengan Hamzah dan Faiz, adalah diperlukan kerana ia membentuk satu bahagian yang penting dalam kes pembelaan.

“Orang yang sebenarnya mengarahkan (perjanjian itu), adalah Anwar dan terdapat hubungan di sana dengan Quek. Saksi-saksi ini akan membentuk sebahagian daripada bukti yang ada, ” kata Paramalingam.

Katanya, setakat ini beliau masih gagal untuk menyerahkan sepina kepada Anwar, yang berada di Parlimen, dan Faiz pula kini berada luar negara.

Manakala Quek tidak dapat dikesan, katanya. Walau bagaimanapun, beliau berkata notis itu akan disampaikan secepat mungkin.

Semalam, saksi plaintif Seow Lun Hoo telah dipanggil memberi keterangan.

Seow yang merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Credit antara tahun 1997 dan 1998 berkata beliau diperkenalkan kepada Faiz pada tahun 1997 oleh Ahmad Nazri Abdullah editor in chief akhbar Berita Harian.

Katanya Nazri telah memberitahunya bahawa Faiz berminat untuk membuat pinjaman untuk mengambilalih AMCB.

“Faiz meminta bantuan saya dalam pengambilalihan ini … saya memperkenalkan Faiz kepada HLFB dan HLF Capital Markets untuk membiayai pemerolehan saham dan waran dalam AMCB. Low dan Mekuritek juga terlibat”, katanya.

Skandal RM445 Juta : Anwar, Taikun Quek & Warlord Kroni

10 Comments

  1. bumi malaysia says:

    Ya jom kita tengok satu lagi episode pasal anwar ni… Memang dah tak boleh tutup dah…

  2. huhu says:

    Padan Muka Nuar!

  3. madai says:

    Konspirasi!!!!!konspirasi,,Satu pakatan jahat dari DS Najib Rosmah serta umno untok menjatuhkan reputasi saya sebagai bakal perdana menteri,

  4. cicitku says:

    Terdedah juga akhirnya dan terpalit pula kemuka sendiri. Skandal yang berlaku semasa Anwar berada didalam kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kewangan. Bayangkan apa yang akan dilakukan oleh Anwar sekiranya dia diangkat menjadi Perdana Menteri & Menteri Kewangan jawatan paling berkuasa yang diidam2kannya sejak sekian lama. Sudah pasti perkara yang sama akan dilakukannya mungkin lebih teruk lagi kerana selain aktiviti meliwat dan menyondol… kronisme, nepotisme, pecah amanah, rasuah dan salahguna kuasa adalah makanan & minuman harian kegemaran simunafik mayat hidup ini.

  5. atok ulong says:

    Ada berani ka Anwar hadir jadi saksi pula di mahkamah nanti , mari kita tengok siapa yang akan kena !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  6. warisatuliman2011 says:

    A.w.w. handai taulan. Anwar Munafik memang tak ada t***r. Spt banyak kes lain yg perlukan pelibatannya atau boleh memudaratkannya kerana kesalahannya sendiri, dia akan mengelak dan memberi pelbagai alasan malahan tohmahan. Kalau betul dia “suci sesuci2nya” dlm politik wang, mengapa perlu takut dan kecut? Salam.

  7. tukang tengok says:

    huhuhu…bagus bagus…….dah lama aku nak tengok senarai2 ni…….kena ada laporan khas mahkamah dari AIDC ni……

Leave a Comment

 

— required *

— required *