PARADIGMA POLITIK BARU

Dalang Di Sebalik Merdeka Centre

AIDCNews – 22/03/12 – Blogger The Unspinners menulis beberapa artikel mendedahkan dalang di sebalik penubuhan badan pemikir yang dinamakan Merdeka Centre.

Dalam pendedahannya bertajuk “Ibrahim Suffian, dan Merdeka Centre (1)” blog itu mendedahkan operasi Merdeka Centre bermula pada tahun 2002, selepas era reformasi yang diterajui oleh Ibrahim Suffian.

“Ibrahim Suffian atau lebih dikenali sebagai Ben adalah penyelaras dana “Canadian International Development Agency” (CIDA) yang mengambil tempat dalam pejabat Suruhanjaya Tinggi Kanada.

“CIDA dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Kanada menerusi Suruhanjaya Tingginya di sini untuk kegiatan yang depannya adalah mempromosi nilai-nilai demokrasi, hak asasi manusia dan ketelusan proses pilihanraya di Malaysia yang masih dianggap rendah.

“Sebagaimana National Endowment of Democrasy dari Amerika, Konrad Adenauer Foundation dari Jerman dll lagi, begitulah yang diakui tetapi peranan sebenar mereka adalah lebih berupa operasi covert untuk tujuan seperti menjatuhkan kerajaan yang ada”, dakwa blog itu.

Dari kiri; John Nojey, Ibrahim Suffian (CIDA,), Charlie Lim (Teknion Fruniture), Keith Fountain (Canadian High Commission,) dan Victor Anthonysamy (Skrine).

Menurut blog itu lagi, sejak zaman reformasi 1999, Ibrahim Suffian telah diberi peranan oleh Suruhanjaya Tinggi Kanada untuk menjadi “agen of influence” dan perantara bagi menyalurkan bantuan kewangan kepada NGO dan parti pembangkang untuk menggerakkan aktiviti anti-kerajaan di negara ini.

Berselindung di sebalik aktiviti bercorak pembangunan demokrasi, dana disalurkan kepada NGO pro-demokrasi termasuklahlah Malaysiakini.com, Tenaganita, Pertubuhan Kebajikan Budi Malaysia (BUDI), SUARAM, HAKAM, dan Malaysia Citizan Election Watch (MCEW).

Dilaporkan, sebagai Ibrahim Suffian sebagai penyelaras CIDA turut mempunyai hubungan yang akrab dengan beberapa bekas kakitangan Suruhanjaya Tinggi Kanada seperti Keith Fountain, Setiausaha pertama (bahagian politik) dan Victoria Young, Setiausaha Kedua (bahagian politik).

Pro Anwar

Dalam artikel bertajuk “Ibrahim Suffian dan Merdeka Centre (Bhg 2)“, blog itu mendedahkan pendirian politik Ibrahim Suffian adalah pro Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).

“Sebelum pru 2008 yang lalu, Ibrahim Suffian sering menghadiri mesyuarat bersama DSAI di ibu pejabat PKR, Merchant Square Tropicana, Petaling Jaya bagi membincangkan strategi pilihan raya.

“Beliau juga dikenali sebagai rakan baik Raja Petra Raja Kamaruddin, blogger Malaysia Today yang aktif mengendalikan laman Free Anwar Campaign, ketika era reformasi lagi.

“Ibrahim Suffian juga terlibat merencana strategi politik DSAI”, dedahnya.

Menurut laman wmd.org, Anwar Ibrahim, Ibrahim Suffian (Merdeka Center), Premesh Chandran (Malaysiakini), Cynthia Gabriel (SUARAM), Elizabeth Wong, Swee Seng Yap ( Forum Asia) dan Syed Azman (PAS) adalah wakil dari Malaysia yang menyertai The World Movement for Democracy (WMD) di Turki.

WMD adalah satu organisasi yang ditaja sepenuhnya oleh NED (National Endowment for Democracy), sebuah yayasan dana demokrasi yang berpengkalan di Amerika Syarikat (AS).

Menurut ned.org, WMD juga berkait rapat dengan Canada Department of Foreign Affairs and International Trade dan Friedrich Naumann
Stiftung
(Indonesia).

Forum IRI Indonesia : Hailana Ka’abneh (Rusaifeh Municipality Citizens’ Committee in Jordan), Ibrahim Suffian, Biljana Janeva ( Ohrid Institute in Macedonia) dan Sally Dura (Assembly of Women of the Movement for Democratic Change in Zimbabwe)

Satu lagi cabang NED, iri.org melaporkan Ibrahim Suffian juga turut terlibat dalam forum IRI (International Republican Intitute) di Indonesia pada April 2010.

5 Comments

  1. Atoi says:

    Mereka ni menggunakan MSN dan sebagainya…memang media yang menghasut..tak ada satu pun yang baik yang di ceritakan..semua nya buruk buruk belaka..memang nampak sangat ada dalang dari luar yang cuba campur tangan..apa kir apun takleh pakai..sebab rasanya bukan pandangan dari orang ramai..cuma pandangan yang dibuat buat..sapa sapa pun boleh cakap..Memang petualang.

  2. CT. Kudin says:

    Sebenarnya BN dah tahu lama dah siapa di belakang Merdeka Centre. Intelligent agencies pun dah tahu lama dah. Mereka tidak selemah yg cuba digambarkan oleh Anuwar. Mengikut tinjauan kami, imej Najib memang meningkat di kalangan rakyat atas pagar di kawasan luar bandar . Di kawasan pinggir bandar dan di bandaraya pun golongan atas pagar sudah kembali menyokong BN termasuk di Selangor dan Perak Cuma pengundi dari kaum tertentu sahaja yang masih tunggu dan lihat.

  3. CT. Kudin says:

    Aku respect dan menyanjung tinggi sesetengah prinsip-prinsip dan nilai-nilai murni yg diperjuangkan oleh NGO2 dari Barat ini kecuali kebebasan tanpa batas. Tapi setakat prinsip dan nilai murni mereka sahaja lah. Depa tu sendiri aku tak respect. Aku tak dapat nak percaya pada mereka. Mereka tak buat apa yg mereka anjurkan terutama apabila kepentingan negara dan agama mereka terlibat. Malah mereka sanggup membunuh jutaan manusia yg tidak berdosa kalau melibatkan kepentingan depa. Puak-puak yg depa sokong di negara ini pun dipilih-pilih berdasarkan kriteria yg menguntungkan depa sahaja.

  4. naw says:

    Kalaulah ini isunya maka politikus BN kena hati2 dengan paparan ‘bancian populariti’ yang dibuat Merdaka Centre. Kalaulah benar Ibrahim Suffian adalah pro Anwar maka segala hebahan bancian yang dikeluarkan oleh Merdeka Centre tidak boleh digunapakai oleh politikus BN kerana inilah strategi pembangkang untuk mengabui mata mereka2 yang akan bertanding kelak. Aku percaya BN ada mekanismanya sendiri bagi mengetahui sokongan pengundi dan mereka tidak mengharap kepada bancian seperti Merdeka Centre.

  5. Wak Kang says:

    Macamana inteligent agency kita buat kerja? Manusia yang buat kerja subversif dan mengancam negara kita macam ni pun boleh kita tak nampak? Patutlah ramai kaum manusia macam ni yang mati mati mahu ISA dimansuhkan. Rupanya mereka ni semua dah jadi boneka dan anjing suruhan musuh asing …. Petualang betul!!

Leave a Comment

 

— required *

— required *