PARADIGMA POLITIK BARU

Presiden PAS : Niaga Dengan Yahudi OK, Tapi Bukan Zionis

SHAH ALAM – Aktiviti berniaga dengan bangsa Yahudi dibolehkan tetapi bukan dengan Zionis, tegas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi.

Sehubungan itu kata beliau, berniaga dengan Yahudi dibolehkan kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah berurusan dalam perniagaan dengan bangsa itu ketika berada di Madinah.

“Yahudi ada dua. Satu Yahudi satu lagi Zionis. Satu bangsa dan satu lagi kefahaman.

“Walaupun boleh berniaga dengan Yahudi, tetapi Pas tetap menentang sekeras-kerasnya (aktiviti) berniaga dengan Zionis,” kata beliau ketika berucap dalam pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Pas di sini.

Turut hadir pada majlis itu, Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Dalam satu pandangan awal bulan lalu, Abdu Hadi menulis,

Pas tegas dengan pendiriannya menolak formula penyelesaian dua negara bagi mengatasi konflik Asia Barat membabitkan Israel dan Palestin sambil menyifatkan adalah “haram menerima kewujudan negara haram.”

Justeru menurut Abdul Hadi, bagi pihaknya hanya ada satu negara Palestin bagi penduduknya yang berhak manakala Israel tidak wujud sama sekali.

Beliau melahirkan pendirian ini ketika kenyataan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Israel, dalam satu temu bual bersama Wall Street Journal (WSJ) menjadi isu kontroversi.

Pandangan Anwar itu berhadapan dengan kritikan dan kecaman pemimpin-pemimpin BN dan sebahagian pertubuhan bukan kerajaan.

Malah, Nik Abdul Aziz juga pernah menggesa Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, agar menarik balik kenyataannya berkaitan dengan Israel, yang disiarkan dalam akhbar WSJ.

Nik Aziz berkata, jika kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau.

Selain itu, Anwar menegaskan, dalam kenyataan beliau dalam WSJ, penekanan terhadap syarat-syarat tertentu perlu bagi pembebasan Palestin.

Kemudian, Anwar telah mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan pendiriannya yang disiarkan oleh WSJ.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Pas tidak bersetuju dengan penyelesaian dua negara bagi mengatasi tuntutan rakyat Palestin.

“Kalau dua negara ini perang tidak akan selesai, kita mahukan negara Palestin yang orang Islam, Yahudi dan Kristian hidup bersam harmoni seperti negara Islam Madinah dahulu,” katanya – sinar

19 Comments

  1. CT. Kudin says:

    Kalau tidak kerana politik sampah Anuwar dan Haji hadi, sepatutnya umat Islam boleh menumpukan tenaga dan fikiran ke arah meneguhkan Islam dan umat. Tidaklah lagi perlu umat Islam Malaysia dilalai dan dilekakan dgn polemik tentang Yahudi yg hanya mendatangkan kerugian kpd umat. Tidaklah lagi umat Islam bercakaran sesama sendiri, berselisih faham dan pendapat sampai ke akhir zaman. Bila lagi kita nak menyatupadukan tenaga dan fikiran serta sumber untuk kepentingan umat. Bila lagi? Nak tunggu Malaysia ini terlepas ke tangah musuh Islam dan umat merempat baru nak sedar kah. Nak tunggu masjid-masjid dirobohkan dan Kitab Suci kita dibakar seperti di Afghanistan kah?. Nak tunggu umat Islam Malaysia diinjak-injak seperti di Palestin kah? Sudahlah tu, Haji Nik Aziz dan Haji Hadi– marilah kita ketepikan sengketa dan dendam tak sudah. Musuh sudah berkampung di pintu kota, beras dan lauk sudah berkurangan. Jangan samapi anak-anak menangis kelaparan — menang sorak kampung tergadai. Pernah kah satu inci pun kampung halaman milik orang Islam yg sudah tergadai kepada musuh Islam dapat ditebus kembali?, Mana ada!!!

  2. CT. Kudin says:

    Boleh kata 99.99 peratus peniaga Yahudi di mana jua mereka tinggal menyumbang dana kepada kelangsungan Israel. Penubuhan Israel adalah atas fahaman Zionisme fahaman yg mendakwa tuhan menjanjikan tanah Zion untuk kaum Yahudi. Mana ada janji itu sebenarnya. itu rekaan mereka semata-mata. Yahudi yg telah diberi kitabullah zaman berzaman dilaknati Allah setelah mereka kufur nikmatNya. Sepatutnya Haji Hadi lebih tahu bahawa dia tidak akan dapat mencari peniaga Yahudi yg mengamalkan ajaran Taurat lagi pada zaman inii. Ajaran Nabi Musa dan Nabi Isa pun telah lama diselewengkan, lebih 2,000 tahun dah, oleh kaum ini. Allah SWT sendiri menyebut dalam Al-Quran bahawa Yahudi itu tahu kebenaran tetapi tangan-tangan mereka telah menokok tambah kitabullah bagi kepentingan duniawi mereka mata-mata. Sepatutnya mereka sebagai ahli kitab yg mengetahui tanda-tanda kenabian Muhammad, mengesahkan dan melindungi Nabi Muhammad SAW apabila baginda membawa risalah Allah, sekiranya mereka bukan dari kalangan kaum yg kufur. janganlah Haji hadi nak terus menegakkan benang yg basah. Nanti jarum pun sudah berkarat, kain tetap tidak berjahit.

  3. backdoor says:

    alahai wayang dari puak PAS tak lebih dari untuk menghalalkan tindak tanduk Anwar jew…dh kalau Anwar yang buat semua lah boleh…boleh itu boleh ini..ada hadis tu ada hadis ni…kalau kapal kargo yg belayar bawak barang dikutuk najib mcm2…lepas ni aku tak terkejut pun kalau puak PAS akan keluarkan kenyataan pasal liwat dan kahwin sejenis…nanti adalah jugak fatwa2 kentut dari puak PAS untuk menghalalkan tindak tanduk Anwar ni…makin lama makin sasau puak PAS nih…
    Yang kesiannya pengundi2 PAS yang percaya bahawa PAS ni tiada dosa dan 100% ikut al-Quran dan hadith…tak lari aqidah ke kalau dalam hati undi PAS boleh masuk syurga???????????????????????????????????????????????????????????

  4. MZ says:

    Assalamualaikum,
    Saudara-saudari,

    Kalau sahabat2 tgk dan fikir, kenyataan ini sebenarnya memukul Anwar lebih dari cover-up utk Anwar.

    Lihat video klip KJ vs Anwar yg baru disiarkan tempoh hari, taktik biasa apabila dibangkitkan hubungan antara Anwar dan Zionis-Wolfowitz, Cohen, Albright dsb, Anwar akan berkata, mcm mana hubungan UMNO-APCO, kapal “milik” Israel dsb.

    Di sini, kalau kita halusi, Hj Hadi telah checkmate Anwar, Mahfuz dsb yg selalu menjerit UMNO-APCO bhw urusan muamalat dgn Yahudi atas dasar perniagaan semata-mata tanpa melibatkan sumbangan kepada gerakan zionis sedunia adalah halal.

    Cumanya, di sini, kita melihat yang malang adalah pengikut PAS, kerana dahulu apa sahaja berkaitan Yahudi walaupun hanya untuk mereka makan anak bini pun akan diserang, sampai KFC dan McD yang betul ke tidak untungnya disalurkan kepada Israel pun diboikot. Yang malang, anak2 Melayu Islam yang hendak mencari rezeki halal dengan outlet makanan ringan itu.
    Dan malu juga terhadap pembangkang yg menggunakan isu APCO, sekarang Hadi sendiri mengesahkan apa yg dibuat oleh UMNO itupun jika benar, tiada masalah dari segi hukum Islam.

  5. SEMAKIN JELAS says:

    Kenyataan Hj.Hadi tak perlu. Ia boleh menimbulkan salah faham. Seolah-olah Yahudi tak ada kaitan dengan zionisme. Cuba melunakkan kenyataan Anwar mengenai Israel. Memang diketahui sejarah Yahudi terkait dengan kenabian. Tetapi mengapa tiba-tiba Hj.Hadi buat kenyataan itu. Al Quran juga mengingatkan supaya waspada dengan gerakerja Yahudi untuk menjadikan kita sepertinya. Yahudi di Amerika sebahagiannya adalah pelobi tentang kehadiran Israel. Negara Israel itu sendiri adalah dukungan Yahudi. Hj.Hadi tentu tahu gerakan illimunati yang ingin menjadikan mereka “the chosen people” dan kita adalah “goyim” atau pun lembu. Yahudi ingin menguasai dunia. Zionisme itu adalah Yahudi walaupun tak semua orang Yahudi Zionis. Dulu bila pasukan kriket Israel melawat Malaysia, PAS tentang habis-habisan. Berlaku sesuatu peristiwa yang ada kaitan dengan Yahudi demo lagi dan boykot agensi perniagaan yang ada kaitan dengan Yahudi. Tak kan kenyataan tentang Yahudi baru timbul sekarang. Kalau tak berada-ada masakan tempua bersarang rendah.

  6. Tukang tengok says:

    kawan2, sebelum mencari lebih ramai musuh

    cari filem “israel vs israel”. first time aku rasa nak keluar air mata melihat aktivis yahudi di israel yang zanggup dicaci hanya kerana memperjuangkan hak rakyat palestin.

    takkanlah kita nak biarkan mereka ni tergolong dalam golongan yang kita benci. memanglah susah nak cari yang mana ok dan yang mana tak…..tapi kalau kita generalise mereka sebagai zionis bererti kita yang tak bertindak adil. seperti mana kita nak orang bertindak adil terhadap kita.

    sepatutnya kita patut buat mereka sebagai kawan bukan lawan. tapi jangan la jadi macam anwar, kawan yahudinya terdiri dari yahudi pro-zionis yang terang2 memusuhi islam seperti yang semua orang tahu.

    mari kita pahamkan maksud yahudi dan zionis. cari dan baca.

    aku sokong haji hadi dalam hal ini.

  7. naw says:

    PAS semakin bercelaru cacar merba…dah hilang punca dan halatuju perjuangan. Selepas tolak negara Islam sekarang ni pulak buat sokongan ‘boleh berniaga dengan Yahudi’ untuk mempertahankan Anwar yang menyokong Israel. Aku nak tanya kalau Hadi kata haram sokong negara Israel yang haram, kenapa pula sekarang ni buat2 tak reti pasal PAS sokong Anwar yang menyokong Israel. Kalau macam tu kenapa nak bersengkokol dengan Anwar yang menyokong Israel? Kalau negara Israel itu haram maka Yahudi tu apa? Kebanyakkan Yahudi itu Zionist, macamana PAS nak tahu? Janganlah nak putarbelitkan keadaan untuk mempertahankan Anwar yang menyokong Israel..!

  8. Mohd Lutfi says:

    Hadi: “Tidak salah berniaga dengan Yahudi, kerana errrrr… kerana Yahudi hanyalah besi”!
    Anwar: “Eh, salah tu Ustaz. Kenapa pulak kata Yahudi tu besi???”
    Hadi: “Salah ke boss? Ok, ana betulkan. Tidak salah berniaga dengan Yahudi, kalau sekadar berniaga besi”
    Anwar: “Hmmmm, ok le sikit. Kalau boleh kaitkan sikit dengan kisah Rasulullah menggadai baju besi pada Yahudi. Dalam penerangan anta tu, gunakan juga istilah-istilah seperti maslahah, maqasid syar’iah, tahaluf siyasi, madani dan yg seumpamanya”.
    Hadi: “Ana yang menurut perintah”.

  9. Gabriel says:

    Apasal zaman dulu dulu tak cakap cam ni, wahai Hadi, InsyaAllah dah kaya aku niaga dengan yahudi ni. Bru sekarang kau sibuk pasal niaga dengan Yahudi semata mata nak damage control akan Si Nuar tu. Hadi taubat lah. buat sesuatu tu biar kerana & untuk Allah je.

  10. Wak Kang says:

    Ni dia satu lagi protokol by “the Learned of the elders PAS” yang dikeluarkan untuk menghalalkan apa yang mereka salah buat. Menyalahgunakan Nabi Muhammad untuk melindungi kebodohan dan kepincangan pendirian dan salah laku mereka.
    Tolong jangan tangkap-muat je Hadi oii!!
    Soal berniaga dengan Yahudi tu benda lain. Kita sekarang bercakap pasal Anwar Ibrahim yang menyokong kewujudan negara haram Israel dan protokol perjuangan Yahudi zionist untuk menguasai dunia melalui proksi proksinya seperti Anwar Ibrahim tu!!!
    Hampas betul pendapat kau lah!!!

    • cicitku says:

      Betul tu Wak Kang. Persoalannya sekarang beranikah Hj Hadi menegur atau memberi kata-dua kepada Anwar yang sudah terbukti menjadi proksi kepada Yahudi Zionis dan menjalin hubungan yang akrab dengan Paul Wolfowitz akitek perang Iraq yang telah membunuh ramai rakyat Iraq. Dengan segala bukti nyata tersebut beranikah Hj Hadi memimpin PAS keluar dari terus bersekedudukan dengan zionis PKR dan kafir harbi DAP dalam Pakatan yang ditubuhkan secara haram tidak berdaftar?.
      Walau bagaimanapun Hj Hadi, ada satu perkara samada sedar ataupun tidak anda telah melakukan dosa besar. Ingatkah lagi “Amanat Haji Hadi” yang mengkafirkan UMNO 20/30 tahun yang lalu? Amanat yang telah menyebabkan umat Islam/Melayu berpecah-belah sehingga kehari ini. Malah dengarnya amanat tersebut masih lagi digunapakai oleh puak2 taksub PAS dibeberapa daerah diPantai Timur. Bilakah agaknya Hj Hadi dapat menarik balik amanat tersebut dan membuat kenyataan meminta maaf kepada seluruh umat Islam/Melayu dinegara ini.

    • madai says:

      Itu baru pendapat atau pandangan hadi besi wak kang,,belum lagi fathwa yang akan di keluarkan oleh si dajjal tua, lagi hebat,

      • madai says:

        Tok soh lah ko nak tambah dosa hadi besi,,dosa atau kesalahan dari AMANAT ko dah tak tertanggong, Ingat lah Malaikat Maut sentiasa tidak lupa dengan tugas nya menjengok,mengintai, menjeling untok merentap nyawa kita tujoh puloh kali sehari semalam bukan tujoh puloh bulan,bukan tujoh puloh tahun, Ingat Hadi Putrajaya hanya perhentian sementara sebelum kita terus menuju kehidupan di akhirat,
        UDAH UDAH LE, Putrajaya hanya untok orang muda kita yang tua tua ni dudok dudok lah kat surau,ke guano mu hadi,

  11. dino says:

    Kata Hadi, niaga dengan Yahudin ok, tapi bukan zionis. Hadi tentu setuju,, berniaga dengan DAP ok,, tapi dengan UMNO tak boleh..sebab UMNO kafir seperti yang difatwakan oleh Nik Aziz.

  12. cucu mat kilau says:

    Aku nak quote apa ya ng Hadi Awang kata “Pas tegas dengan pendiriannya menolak formula penyelesaian dua negara bagi mengatasi konflik Asia Barat membabitkan Israel dan Palestin sambil menyifatkan adalah “haram menerima kewujudan negara haram.”

    Ok, aku nak ambik pula ayat “haram menerima kewujudan negara yan haram”. Bagaimana pula dengan “Pakatan Rakyat”. Apakah PR ini pertubuhan yang halal?
    Lepas tu apakah halal bersetubuh dengan DAP laknatullah, demi kelangsungan kerana hendak berkuasa?

  13. anti triniti says:

    Dr Qaradawi pun tak sokong the state of israel haram tu anwar kena jealskan

    calon pilihanraya presiden mesir Yusof qaradawi

    http://globalmbreport.org/?p=5918&utm_source=feedburner&utm_medium=email&utm_campaign=Feed%3A+TheGlobalMuslimBrotherhoodDailyReport+%28The+Global+Muslim+Brotherhood+Daily+Report%29

  14. sman says:

    Apa-apa lah Hj Hadi,saya dah tak ambil kira apa pun yg ularmak Pas cakap.Mereka tu bukan benar-benar ikut hukum ugama,tapi politik dan Putrajaya yg di utamakan.Kalau pun benar apa yg mereka cakap,lebih baik dengar dulu pandangan ulamak ikhlas ,dan ambilkira pandangan ulamak ini ,bukan ularmak Pas.Biarkan saja pengikut totok Pas yg memakai fatwa ularmak PaS.

    • Jijan says:

      Aku plak dah anggap depa ni bukan ulamak….aku rasa tak berdosa kalu aku cerca atau hina depa ni…..jijik aku rasa nak panggil dia orng ni ulamak…

  15. anti triniti says:

    lambang tapak tangan “regim change” dgn apacara, militari, “diplomasi politk”-sekatan ekonomi dll

    http://www.intifada-palestine.com/2012/03/the-bloody-road-to-damascus-the-triple-alliances-war-on-a-sovereign-state/

    bukankah “tapak tangan” ini “tapak tangan” zionis anutan aparachiks PKR
    di dewan rakyat baru-baru ini?

    http://www.intifada-palestine.com/2012/03/syria-uprising-mossad-blackwater-and-cia-led-operations-in-homs/

Leave a Comment

 

— required *

— required *