PARADIGMA POLITIK BARU

Pra PRU-13 : Apa Inti Perbincangan Anwar Dengan Human Rights Watch ?


AIDCNews – 29/02/12 – Dalam twitter Datuk Seri Anwar Ibrahim, 27 Februari, beliau memaklumkan telah berbincang dengan Phil Robertson dari Human Rights Watch (HRW), turut hadir dalam perbincangan itu adalah dua peguamnya yang merupakan aktivis PKR, Sivarasa Rasiah dan Lateffa Koya.

Phil Robertson adalah Timbalan Pengarah HRW bagi rantau Asia.

Namun begitu dalam twitter itu tidak dinyatakan fokus perbincangan mereka itu.

Pada 22 Disember tahun lalu, HRW pernah berkempen di peringkat antarabangsa agar menggugurkan kes liwat II dan memansuhkan undang-undang anti-homoseksual yang dikenakan ke atas Anwar.

“Sama ada Anwar Ibrahim benar-benar melakukan liwat secara suka sama suka atau tidak, ia tidak relevan sama sekali. Kini tiba masanya untuk menolak undang-undang tersebut dan mengakhiri sandiwara politik lawak yang mempromosikan diskriminasi berlandaskan orientasi seksual dan membinasakan kehidupan orang lain.” kata Phil Robertson.

Menurutnya, “undang-undang menghukum perlakuan seksual suka sama suka di antara orang dewasa sejenis merupakan pencerobohan hak privasi dan peribadi.

“Tindakan hukuman sebegitu hanya mewujudkan situasi mendiskriminasi dan penyalahgunaan kuasa. Kesemua hak-hak individu tidak akan dapat dihapuskan begitu saja (walaupun) dengan cara berpandukan peradaban budaya, tradisi atau pun pegangan prinsip agama.”

Sebelum HRW membuat lobi terbuka menyokong Anwar, seminggu sebelum itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, telah mengumumkan polisi terbaru kerajaannya itu menyokong pergerakan homoseksual di seluruh dunia.

Presiden Obama berjanji akan menggunakan semua cara, termasuk memberi bantuan kewangan kepada NGO bagi menyokong golo­ngan homoseksual tersebut.

Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton, turut mengumumkan Washington akan memberi peruntukan awal AS$3 juta (RM9.4 juta) untuk dana menyokong NGO yang berjuang dalam isu homoseksual di seluruh dunia.

Pada 12 Jan, Anwar ketika ditanya wartawan BBC News di Mumbai tentang pendiriannya terhadap sikap diskriminasi kumpulan gay, beliau menjawab;

““Kita perlu mengkaji semula sesetengah daripada undang-undang kuno dan lapuk itu…kami orang Muslim dan bukan Muslim, secara amnya percaya dan komited menyokong institusi perkahwinan di antara laki-laki dan wanita, tapi kita tidak boleh dilihat sebagai bersikap zalim dan menghukum.“Kita juga tidak boleh menganggap undang-undang kuno itu sebagai relevan…kita perlu mengkajinya semula…

“kita tidak mempromosikan homoseksualiti khalayak awam atau khalayak ramai…saya rasa tidak perlu bagi kami meminta maaf tentang perkara itu…tetapi untuk menggunakan undang-undang itu bagi menghukum atau menganiayai mereka yang tidak bersalah tidak boleh dipertahankan“.

Jawapan Anwar itu hampir senada dengan kempen HRW.

Soros & Jabatan Negara AS

Menurut wikipedia, HRW adalah sebuah badan antarabangsa berkaitan dengan hak asasi manusia yang ditaja oleh George Soros melalui yayasannya, Open Society Foundation (OSF) atau Open Society Institute (OSI).

Selanjutnya, wikipedia menyebut matlamat HRW adalah memperjuangkan hak asasi manusia seperti mana yang termaktub dalam ‘Universal Declaration of Human Rights’, terutamanya kebebasan beragama dan bersuara serta menentang hukuman atau diskriminasi berkaitan dengan orientasi seksual.

“HRW adalah projek usahasama Soros dengan Jabatan Negara AS, khususnya berkaitan dengan polisi dasar luar”, lapor laman web.inter.nl.net

Menurut Tony Cartalucci, wartawan penyiasatan dari Land Destroyer Report, HRW adalah salah satu daripada 9 instrumen yang mencetus dan membiayai Arab Spring merebak ke Asia Tenggara.

Di Asia Tenggara, menurut Cartalucci yang melakukan penyelidikan di Bangkok melaporkan bahawa tiga buah negara menjadi sasaran 9 organisasi asing itu, Thailand, Burma dan Malaysia.

Selain HRW, 8 organisasi lain adalah National Endowment for Democracy (NED), International Republican Institute (IRI), National Democratic Institute (NDI), Freedom House, Soros’ Open Society Institute,
International Federation for Human Rights (FIDH), Reporters Without Borders (US Chapter), Amnesty International yang kesemuanya berpengkalan di AS.

Cartalucci dalam laporannya bertajuk “Exposing Wall Street’s ‘Human Rights’ Agenda” menyebut slogan “human rights”, “democracy”, dan “freedom” diekploitasi untuk membangkitkan sentimen rakyat menentang pemerintahan.


Dalam masa sama, ketiga-tiga slogan itu dijadikan umpan untuk memancing bantuan asing kerana pihak Barat amat sensitif apabila mendengar “Freedom of Speech” telah dinafikan di sesebuah negara itu.

Jay Nordlinger, salah seorang pemikir dasar luar AS yang dikhususkan untuk menjaga hal ehwal Malaysia pernah berkata, beliau menyokong Anwar kerana tertarik dengan ucapan Ketua Umum PKR di Oslo Freedom Forum 2010 yang berbunyi “in Malaysia…we had freedom of speech — but we never had freedom after speech“.

Demi Rakyat

Pada Jun tahun lalu, PKR bersempena dengan Konvensyen Pilihan Raya KEADILAN telah melancarkan satu logo ‘lambaian lima jari’ bertema ‘Demi Rakyat’.

Menurut blog narcissuswolf, simbol ‘lima jari itu’ adalah simbol hak asasi manusia (human rights).

“Setiap individu dilahirkan dengan hak-hak dan kebebasan asas iaitu hak untuk kehidupan, kebebasan dan keadilan!”, lapor Unite for Human Rights 2009 memberitahu makna di sebalik simbol lima jari itu.

Lebih sepsifik lagi, laman blogs.rj.org dalam rencananya bertajuk “Worldwide, Gay Rights are Human Rights” melaporkan, simbol lambaian lima jari itu mempunyai perkaitan dengan perjuangan membela hak kumpulan homoseksual di seluruh dunia.

Laman itu melaporkan arahan terbaru Presiden Obama yang mengeluarkan satu memo mengarahkan agensi-agensi AS memberi perhatian khusus kepada kumpulan lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) di luar negara.

Dalam memo Presiden Obama itu, disebut, agensi-agensi AS perlu mempertimbangkan bantuan dana yang sewajarnya berdasarkan rekod hak asasi masyarakat LGBT di sesebuah negara itu.

Turut dimuatkan dalam rencana, ‘Gay Rights are Human Rights’ itu satu grafik ‘lambaian tangan-tangan’ dengan dipagari kawat berduri.

Bacaan lanjut, sila klik di sini

6 Comments

  1. warisatuliman2011 says:

    A.w.w. handai taulan. Ada sesuatu persoalan penting yg boleh kita garap drp rencana di atas. Ia bukan soal isu Anwar dan penaja2 seksual luar tabienya sahaja. Ia lebih drp itu. Amerika, selaku ‘kuasa tunggal’ dan ‘polis’ dunia menyuarakan sokongan habis2an kpd golongan pengamal seks luar tabie, termasuk Anwar dgn peruntukan jutaan dollar. Apakah Dunia Islam dan M’sia sendiri mahu berdiam diri sedangkan Islam jelas menolak golongan LGBT ini walaupun musush2 Islam mempertahankan mereka. Adakah kita semua tidak takut kemurkaan Ilahi spt nasib yg menimpa kaum Lut dan menduduk Sodom? Apa pun, M’sia, selaku sebuah negara anggota OIC (Muktamar Islam) dan anggota penting Dunia Islam, harus tegas berusaha menggerakkan komuniti Islam antarabangsa menentang usaha Amerika ini dgn memperuntukkan dana dan tenaga kepakaran utk membantu usaha negara2 Islam menghadapi cabaran drp penyokong dan pengamal LGBT sejagat. PM dan Putrajaya perlu menguatkan usaha Dunia Islam menangani arus liberalis-pluralisme agama ini pada kadar segera dan bersepadu agar kemunculan semula bencana yg dibawa oleh sisa-sisa kaum Lut dan Sodom dapat dibanteras segera dan kita semua terselamat daripada menerima wabak dan bencananya! Salam.

  2. atuk says:

    Itu lah dia Moral Anwar Ibrahim yang di agongkan oleh ahli PKR serta pemimpin dan ahli Parti Islam di Malaysia PAS ,kononnya demi keadilan dan kesamarataan .

  3. antianwar says:

    Imam “celup” pulak mula bersuara

  4. naw says:

    Bak kata Dr Hasan Ali dalam ceramahnya di Kemaman 25 Feb lalu…’saya tidak boleh bersengkokol dengan orang yang hilang moral…orang yang tidak ada moral…orang yang moralnya tercemar…apa lagi diakhir2 ini dia minta masyarakat dunia bersama2 membantu menjamin keselamatan Israel’…
    Ini kenyataan bekas rakan baik Anwar sendiri…kita fikirlah sendiri.

Leave a Comment

 

— required *

— required *