Dana Asing Tumbangkan Kerajaan PRU 13

Datuk Ruhanie Ahmad – “MALAYSIA tidak terkecuali daripada proses pertukaran pemerintahan negara menerusi aktiviti segelintir pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik tertentu ‘yang menerima bantuan kewangan dari Amerika Syarikat (AS),” (Mahathir, 18 Februari 2012).

Amaran bekas Perdana Menteri ini berasas. Dakwaan AS melakukan pembunuhan pemimpin tertinggi dan pertukaran rejim di sesebuah negara asing, sama ada secara langsung atau menerusi bantuan proksinya di negara sasarannya memang berlaku sejak era Perang Dingin. Tindakan ini dilakukan atas alasan ideologi, ekonomi atau geopolitik. Anehnya, sesiapa yang mendedahkan tindakan ini dilabelkan sebagai pengamal teori konspirasi, pemfitnah atau penyebar kepalsuan terhadap AS.

Ini dihuraikan oleh penulis Barat – Kahin & Kahin dalam Subversion as foreign policy: the secret Eishehower and Dulles debacle in Indonesia (1995); Johnson, Blowback (2000); Blum, Rogue Nation (2001); Chomsky, The Culture of Terrorism (1988) serta Profit over people: neoliberalism and global order (1998); dan Rogue Nation: the rule of force in world affairs (2000).

Coleman mendedahkannya dalam Rogue Nation: why America is the most dangerous state on earth (2003); Bodansky, The secret history of the Iraq war (2004); Mearsheimer & Walt, The Israel Lobby and US foreign policy (2006); Chomsky & Archer, Perilous Power: the middle east and US foreign policy (2007).

Seluruh karya ini mendedahkan liciknya AS melaksanakan operasi hitam yang diselindungkan di sebalik dasar luar, dasar ekonomi atau dasar geopolitiknya di sepanjang era Perang Dingin, pasca-Perang Dingin dan pasca-911. Tindakan ini lazimnya dilaksanakan menerusi alasan yang saha seperti menumpaskan pengaruh komunis, memusnahkan elemen anti-demokrasi, memerangi teroris Muslim sejagat, mencegah perebakan senjata pemusnah (WMD), atau menegakkan demokrasi liberal.

Majoriti tindakan ini ditumpukan ke Asia Barat, Asia Tengah, Asia Tenggara dan Asia Timur. Mutakhir ini, ia difokuskan ke Afrika Utara. Di era Perang Dingin, negara-negara Amerika Latin dan Carribean tidak terkecuali. Ini membuktikan amaran Tun Dr. Mahathir Mohamad bukannya fitnah. Beliau sering mengungkapkan perkara ini sewaktu menerajui negara menerusi kritikan terhadap penjajahan baru pihak Barat.

Dr. Mahathir mengkritik perkara ini sebab sesiapa yang enggan akan diganggu, dikenakan sekatan, diancam dan ditekan. Ini kerana pengamalan demokrasi liberal adalah strategi halus kuasa-kuasa Barat melaksanakan neo-imperialismenya di era pasca Perang Dingin (Mahathir 2003:57).

Atas kesedaran inilah Dr. Mahathir mengasaskan penubuhan Kumpulan Ekonomi Asia Timur (EAEG) pada awal 1990-an untuk mencegah keleluasaan AS di era globalisasi. Namun kerana inilah juga “AS mula memulas tangan” (Mahathir 25 April 2011).

Lantas “AS memberitahu Jepun untuk membantah. AS meminta Korea Selatan supaya menentang. Lebih serius lagi, AS juga berjaya mempengaruhi dua negara anggota ASEAN, Singapura dan Indonesia, untuk menolak EAEG” (ibid). Selepas EAEC ditolak oleh ASEAN, Dr. Mahathir menyetujui cadangan Indonesia mewujudkan EAEG. Bila EAEC dan EAEG tidak jadi kenyataan, semangat EAEC dijelmakan ke dalam ASEAN+3 dukungan Korea Selatan selepas kegawatan krisis mata wang Asia 1997. Berikutan penubuhan ASEAN+3, sekumpulan pengkaji dilantik oleh pertubuhan ini mencadangkan kewujudan East Asia Summit (EAS) atau Sidang Kemuncak Asia Timur (Kim 2004: 123).

Barat tidak senang dengan kejayaan Malaysia ini. Akibatnya, Malaysia diserang “oleh sekurang-kurang 300 NGO asing yang berpangkalan di AS, Britain, Australia dan Jepun (Ruhanie 2011:66). NGO asing ini menggugat ekonomi dan politik Malaysia menerusi ‘isu alam sekitar yang dikaitkan dengan pembalakan hutan tropika; hak asasi manusia yang dikaitkan dengan ISA; [dan] kebebasan akhbar yang dikaitkan dengan amalan demokrasi liberal’ (ibid).

Malaysia juga difitnahkan oleh filem The last blockade terbitan Britain kononnya menindas kaum Penan menerusi kerja pembalakan di Sarawak; filem The turtle beach terbitan Australia (1992) kononnya rakyat Malaysia membunuh pelarian Vietnam; dan filem terbitan BBC kononnya kerajaan Malaysia menindas keturunan India.

Barat menggunakan pendekatan rencam ini untuk menghuru-harakan Malaysia. Ini kerana mereka tidak dapat mengharu-biru Malaysia seperti di Indonesia pada akhir 1950-an – termasuk percubaan membunuh Presiden Sukarno seperti dihuraikan oleh Kahin & Kahin (1995).

Barat mutakhir ini tidak lagi menggunakan strategi di atas. AS sudah mempunyai tali barutnya yang terdiri daripada segelintir NGO dan parti-parti politik tertentu di Malaysia, terutama sekali yang dipercayai menerima dana bantuan darinya secara langsung atau sebaliknya.

Barat kini berusaha melakukan pertukaran pemerintahan Malaysia menerusi prinsip peribahasa Melayu ‘hanya kayu yang dapat menumbangkan pokok kayu.’ Tanda-tanda ke arah ini sudah kita saksikan sejak gerakan jalanan di negara ini mulai 2011. ‘Kayu’ dalam konteks ini adalah ‘hulu kapak’ sementara ‘pohon kayu’ adalah Barisan Nasional (BN), dulunya Perikatan, yang memerintah Malaysia sejak 1957.

Oleh kerana dasar luar kerajaan BN adalah berkecuali, inilah sebabnya BN perlu ditukar dengan kerajaan baru yang boleh dijadikan kuda tunggangan dalam konteks geopolitik AS di Asia Tenggara di abad ke-21. Ini kerana abad ke-21 adalah abad Asia – benua yang kaya dengan sumber petroleum, mempunyai perairan strategik seperti Selat Melaka dan Laut China Selatan, dan China selaku kuasa ekonomi sejagat.

Inilah maksud amaran Dr. Mahathir di Melaka baru-baru ini. Jika ‘hulu kapak’ ini diredhakan menukar pemerintahan di Malaysia, kedaulatan negara kita akan tergadai, dan kita semualah yang menggadaikannya!

10 Responses to “Dana Asing Tumbangkan Kerajaan PRU 13”

  1. CT. Kudin

    Feb 29. 2012

    Yang menjadi isu dan masalah adalah bantuan asing yang diperolehi oleh pembangkang adalah dari sumber-sumber yg hendak menaikkan sebuah kerajaan Malaysia yg mengikut telunjuk mereka. Mereka mempunyai agenda besar untuk merubah nilai-nilai hidup yg baik seperti hidup beragama dan bertatasusila timur.
    Di bawah fahaman dan ajaran hak asasi manusia, berzina termasuk meliwat antara dua manusia dewasa di dalam bilik tertutup tidak berdosa malah dianggap perkara biasa. Cara hidup yg mereka dianjurkan supaya disuburkan di Malaysia jeals bercanggah sama sekali dgn Islam yg menjadi agama persekutuan. Malah agama-agama lain seperti Hindu, Budha, dan Kristian sekalipun menolak cara hidup sedemikian. Namun bantuan mereka menumbangkan kerajaan diktator zalim di negara-negara Afrika Utara seperti Libya disambut baik oleh rakyat negara-negara terbabit. Majoriti rakyat negara ini saya yakin tidak menentang bantuan kewangan asing tetapi apa yg mereka tidak mahu adalah pihak asing campur tangan menentukan siapa yg memerintah Malaysia. Lapi pun kerajaan Malaysia yg mahu ditumbangkan adalah jauh berbeza dalam banyak aspek jika dibandingkan dgn Myanmar, Iraq, Afghanistan, Tunisia dan Syria. NGO-NGO yg membantu pembangkang ini sudah mempunyai track record dalam menjatuhkan kerajaan-kerajan di negara-negara yg tidak bersahabat dgn Amerika atau Barat. Sudah terlalu banyak bukti menunjukkan negara-negara yg dikucai oleh NGO ini dalam keadaan berantakan malah keadaannya lebih teruk dari sebelum mereka campur tangan. Lihat sahaja Iraq dan Aghanistan masih terus dihantui oleh krisis demi krisis. Janji-janji manis mereka untuk mengwujudkan kehidupan lebih baik bagi rakyat negara-negara terbabit tidak menjadi kenyataan. Jadi kenapa kita harus membiarkan pihak-pihak asing yg tidak memahami dan menghargai nilai-nilai tempatan campur tangan seperti tikus memperbaiki labu. Kita cenderong untuk membuat kesimpulan bahawa mereka lebih beruntung dalam dunia yg terus mengalami krisis dan kacau bilau. Mereka masuk mengaut minyak dan hasil galian lain untuk keperluan strategik dan kepentingan geopolitik mereka. Mereka juga mengaut keuntungan dari penjualan senjata. Tetapi dalam pada itu, rakyat jelata di negara-negara yg dilanda Garuda Putih yg harus menanggung penderitaan dan seribu satu masalah akibat drpd campur tangan mereka.

    Reply to this comment
  2. MANBAI JR

    Feb 29. 2012

    salam, satu tulisan yang boleh dianggap bagus tetapi AMAT BERAT SEBELAH jika kita sama-sama mencari bukti KUKUH yang telah lama tersembunyi maka kita akan tahu bahawa tulisan ini amatlah DANGKAL jika disertakan dengan bukti SAHIH…..saya mungkin bukan org yang AKAN BERSETUJUH dengan pandangan penulis ini atas dasar siapa saya dan apa yang saya ada….selaku ????? saya AMAT TAHU bahawa Israel adalah musuh ISLAM tetapi menuduh pihak pembangkang dengan hanya sekelumit fakta yang ada didepan mata maka adalah amat daif dan mendukacitakan….kita patut tahu priority dalam kerajaan sebelum kita menuduh sesiapa pun yang dinyatakan bersekongkol dengan israel secara langsung atau tidak langsung……mungkin kita lupa bahawa isu ini telah lama bertapak di negara kita ini dengan KEBENARAN KERAJAAN MALAYSIA…TAHUKAH ANDA BAHAWA 2 SISTEM PENTING IAITU KOMUNIKASI DAN PENTADBIRAN KERAJAAN SEJAK TAHUN 1990 TELAH PUN MEMBENARKAN SEBUAH SYARIKAT YANG DIPUNYAI OLEH ISRAEL BERKECIMPUNG SECARA LANGSUNG DENGAN KERAJAAN…sedar atau tidak kenyataan ini makan cari le sumber anda dengan lebih meluas tanpa hanya duduk di dalam negara ini dan menerima bulat2 semua yang dikatakan berkaitan ISU ISRAEL….Bila bercakap tentang dana asing untuk menumbangkan kerajaan sedia ada diperolehi dari LUAR kepada pembangkang bagi saya adalah adil SEBAB pemerintah yang berkuasa pada masa kini pun memperolehi DANA LUAR SETIAP KALI PILIHANRAYA dari dahulu lagi…..KEPADA MEREKA YANG HANYA DUDUK DALAM KELOMPOK KOMUNITI MALAYSIA tidak akan tahu semua ini…fikir dan carilah fakta anda sendiri untuk melihat dunia politik malaysia dari semua segi berdasarkan fakta SAHIH…SAYA BUKAN HENDAK MEWUJUDKAN PROVOKASI tetapi saya akan berikan bukti SAHIH bila sampai waktunya NANTI..SEKIAN

    Reply to this comment
  3. ron95

    Feb 29. 2012

    mudahan-mudahan dunia islam akan dilindungi dan alquran akan terpelihara dari golongan2 orang-orang islam yg mendukung liberal kini dan agenda-agenda jahat tersembunyi zionist….amin

    Reply to this comment
  4. anti triniti

    Feb 28. 2012

    mungkinkah regim change akan berlaku di Jordan?

    http://www.crethiplethi.com/jordan-is-palestinian/islamic-countries/jordan-islamic-countries/2011/

    cadangan oleh Mudar Zahran Jordanian-Palestinian writer / suaka politik dibritain

    Reply to this comment
  5. CT. Kudin

    Feb 28. 2012

    Yang nak ditumbangkan ialah sebuah kerajaan yg tegas dalam isu-isu seperti Palestin-Israel; dalam mempertahankan kepentingan rakyat termasuk dalam soal tatasusila budaya timur dan agama, Yg berusaha menengakkan sistem perbankan Islam yg menjadi ikon dan ikutan negara-negara majoriti penduduk Islam yg lain, yg lantang menyuarakan ketidakadilan layanan kuasa-kuasa besar terhadap negara-negara miskin dan lemah dalam isu-isu ekonomi dan perdagangan dunia. Sekiranya kita tidak berdaya menghalang perbuatan mereka, setiap rakyat yg cintakan negara ini, cintakan cara hidup harmoni dan bertakwa kepada Allah, tidak patut sama sekali menyumbangkan kepada kejayaan mereka menakluki negara dan minda rakyat. Jangan ada mana-mana rakyat yg bertakwa kepada Allah tertulis dalam lipatan sejarah kita dan kitabNya sebagai bersekongkol dgn kuasa luar meruntuhkan negara yg dibina atas keringat, dan darah mata pejuang-pejuang yg gugur sejak bumi bertuah ini menjadi rebutan kuasa-kuasa asing. Air mata anak isteri mereka belum kering mengalir!!!. Jangan jadi alat kuasa asing!!!

    Reply to this comment
  6. anti triniti

    Feb 28. 2012

    US gembira dgn Hamas baru yg rapat semula dgn Mesir dan Liga Arab

    http://www.theatlantic.com/international/archive/2012/02/does-obama-really-support-the-hamas-fatah-unity-agreement/253110/

    segembira promoter Annapolis Sumit lobi ICG

    Reply to this comment
  7. anti triniti

    Feb 28. 2012

    Hamas telah memutuskan hubungan dgn Syria dan seterusnya bersama dgn Mesir dan tidak lagi bersama Iran (berhenti bantuan) dan Hezbollah.Hamas menyokong perjuangan menentang Bashar Assad.EU dicadang menerima pendekatan dgn Hamas kerana jika Hamas dan Fatah membentuk kerajaan perpaduan bermakna mereka bersetuju dgn syarat Quartet dan cadangan ICG Two-State Solution. Selamat jalan Hezbollah, Iran dan Syria, masa untuk Sunni bersatu dibawah payung Pentagon+NATO+Liga Arab+GCC

    mungkin sekatan selama 6 tahun oleh EU akan ditarik balik

    Why Are GOP Candidates Competing to be the Greatest Friend of Israel?

    http://www.neurope.eu/blog/it-s-high-time-europe-engage-hamas

    Reply to this comment
  8. atuk

    Feb 28. 2012

    Tolong lah rakyat Malaysia ambil perhatian dan jangan ambil mudah pandangan Tun M. ambil lah pendekatan Asal Jangan Anwar Ibrahim kalau kita malas sangat nak fikir .

    Reply to this comment
  9. naw

    Feb 28. 2012

    Anwar mesti dihambat hingga kelubang cacing dari gelanggang politik tanahair. Anwar mestilah diusir dari terus mengcekam untuk meraih kuasa. Rakyat mesti TOLAK Anwar kerana dia adalah alat Yahudi untuk menguasai Malaysia. Sokong Anwar = sokong Israel.

    Reply to this comment
  10. warisatuliman2011

    Feb 28. 2012

    A.w.w. handai taulan. Tulisan Datuk Ruhanie ini dan peringatan Tun M memang berasas dan boleh kita jadikan sandaran utk berwaspada dan berhati2 terhadap golongan yg tlh dilantik oleh kuasa2 asing (sebenarnya ada peranan Iluminati-Zionis-Neocon) utk meletakkan semua negara dunia di bawah penguasaan tidak langsung mereka. Jadi, rakyat dan kerajaan perlu terus berhati2 kerana selagi Putrajaya tidak dapat ditawan oleh musuh2 agama, bangsa dan negara ini menerusi proksi2 yg telah menjual maruah diri, mereka tidak akan berhenti atau mereka diganyang hingga lumat dan hancur luluh spt Abrahah dan tentera bergajahnya yg dimusnahkan oleh Allah Azawajalla kerana cuba menghancurkan Kaaba. Usah lagi kita lalai dan anggap ancaman ini hanya sbg fitnah kerana proksi2 musuh itu kini sedang beroperasi di sebalik pelbagai topeng spt PR, Bersih, Hijau dan seumpamanya lagi. Salam.

    Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE