Al Gore & Wolfowitz lebih kenal Anwar Ibrahim ?

Anwar-Gore-Wolfowitz

AIDCThinker

“Masa semakin suntuk. Detik kebenaran semakin hampir,” kata bekas Naib Presiden Amerika, Al Gore dan bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan, Paul Wolfowitz dalam satu rencana pendapat bersama membela sahabat baik mereka, Anwar Ibrahim yang disiarkan di Wall Street Journal semalam. Klik di sini

Dua tokoh Yahudi berlainan aliran politik itu, Al Gore (Demokrat), Wolfowitz (Republikan) bersepakat membela Anwar yang menghadapi pertuduhan liwat di mahkamah Malaysia dan menggesa kerajaan Amerika Syarikat campur tangan membantu Ketua Pembangkang dari Malaysia itu.

Ini merupakan rencana kedua selepas John Mallot berkempen menyokong Anwar, selepas Anwar melakukan misi ‘Apology Tour’ ke New York dan Washington baru-baru ini.

Anwar-US

Dalam jadual Apology Tour, Anwar dijadualkan berjumpa dengan Wall Street Journal (WSJ). Dan Anwar telah berjumpa dengan Yahudi paling berpengaruh di WSJ iaitu Bret Stephens (klik di sini)

Bret Stephens merupakan Timbalan Editorial WSJ Untuk Edisi Eropah dan Asian dan merupakan seorang kolumnis paling terkemuka dalam Hubungan Antarabangsa. Dia juga merupakan bekas Editor In Chief kepada Jerusalem Post, sebuah akhbar arus perdana Israel.

Apakah rencana John Mallot dan Al Gore serta Paul Wolfowitz adalah najitah kejayaan Anwar’s Apology Tour baru-baru ini ?

JACKSON DIEHL, dari The Washington Post sebelum ini pernah mendedahkan Paul Wolfowitz tetap membela Anwar, walaupun terdapat tekanan daripada pertubuhan Yahudi terutamanya B’nai B’rith International yang menggesa agar kerajaan Amerika Syarikat memutuskan hubungan dengan Anwar.

Telah banyak keistimewaan diberikan oleh kerajaan Amerika Syarikat kepada Anwar sebelum ini sehingga dapat membina nama di persada dunia dan Malaysia, akhirnya Anwar gigit balik dengan melaungkan slogan anti-semitik, dakwa Pertubuhan Yahudi itu.

Tetapi Wolfowitz yang disegani sebagai tokoh Zionis arkitek perang ke atas dunia Islam membidas balik saranan B’nai B’rith International itu dengan berkata; “Walaupun apa yang dilakukan Anwar itu salah, (tetapi) dia (Anwar) patut dimaafkan memandangkan tekanan yang dihadapi daripada segi peribadi dan politik…berikan ruang kepadanya untuk bernafas”

Sudah tentu kewibawaan Wolfowitz lebih menyerlah berbanding dengan B’nai B’rith International kerana tokoh Zionis itu pernah memegang jawatan penting dalam kerajaan Amerika Syarikat, sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan, tokoh yang bertanggungjawab menghancurkan bumi Iraq, membunuh ratusan umat Islam di Iraq. Sebab itu JINSA (The Jewish Institute for National Security Affairs), sebuah organisasi Yahudi paling berpengaruh di Amerika Syarikat menamakan Wolfowitz sebagai “Hero Zionis” Abad kini.

Meruntuhkan sebuah negara Islam seperti Iraq akan menguatkan lagi kedudukan Israel di Timur Tengah. Itulah misi utama Wolfowitz dan atas sebab itu dia digelar hero.

Dalam masa sama Wolfowitz turut mengikat seorang tokoh Islam yang bekerja bagi pihaknya di dunia Islam. Laksana seekor anjing belaan, Anwar bekerja dengan patuh kepada Wolfowitz.

Meskipun Anwar bukan berasal dari Timur Tengah dan Afrika Utara, tetapi atas arahan Wolfowitz di Bank Dunia,  Anwar dari Malaysia berjaya memegang jawatan Pengerusi dan Presiden Foundation For The Future, walhal sepatutnya pemegang jawatan tersebut mestilah tokoh yang berasal dari Timur Tengah atau Afrika Utara.

Pemilihan Anwar sebagai Pengerusi/Presiden yayasan itu kemudiannya dipertikai dalam laporan The Government Accountability Project (GAP), sebuah NGO kebertanggungjawaban yang berpengkalan di Washington DC. Klik di sini

Foundation for The Future umpama seperti operasi covert CIA untuk ‘mendemokrasika (baca: melemahkan) negara-negara Islam Timur Tengah dan Afrika Utara supaya kekuatan Israel semakin bertambah lagi.

Anwar meletakkan sepenuh kesetiaannya kepada Zionis Wolfowitz yang dibenci oleh majoriti umat Islam bahkan turut dibenci oleh masyarakat Barat sendiri. Jiwa dan raga Anwar diserahkan sepenuhnya kepada Wolfowitz, itulah kesimpulan Stephen Sackur kepada Anwar ketika diwawancara dalam Hard Talk, BBC.

Stephen Sackur menuduh Anwar Ibrahim adalah ‘anjing belaan’ Paul Wolfowitz

Maka tidak hairan Anwar telah dirasuah oleh Wolfowitz dengan pelbagai habuan; Pensyarah pelawat di SAIS, Universiti Johns Hopkins, Konsultan Bank Dunia dan Pengerusi/Presiden Foundation For The Future.

Elaine Meinel Supkis, Editor dan artis Culture of Life News, New York berkata sesiapa yang memanggil Wolfowitz sebagai ‘myfriend’ (kawan saya) sudah cukup membuktikan ‘tokoh’ tersebut adalah alat kepada Wolfowitz.

Kata Elaine : “Wolfowitz adalah CIA tulen, mana-mana ‘ketua pembangkang’ dari mana-mana negara yang memanggil samseng itu sebagai ‘kawan saya’ bermakna dia merupakan sebahagian daripada mekanisme CIA. Mekanisme itu berlaku melalui persahabatan dan mesyuarat-mesyuarat sulit serta akan merahsiakan identiti mereka walaupun dengan kaum keluarga sendiri”. Klik di sini

Tetapi Stephen Sackur semasa mengupload wawancara Hard Talk itu di youtube bukan setakat menamakan Anwar dengan Wolfowitz sebagai ‘myfriend’ (kawan saya), bahkan melabel kedua-dua tokoh itu sebagai ‘best friend’ (kawan baik).

Dan tidak hairan, apabila Anwar dicalonkan 100 tokoh majalah TIME 2008, tokoh yang menulis biodata Anwar adalah Paul Wolfowitz. Bermakna dalam dunia ini tiada yang lebih mengenali Anwar Ibrahim kecuali hanya Paul Wolfowitz. Klik di sini

Paul Wolfowitz mengakui lebih mengenali Anwar Ibrahim berbanding dengan tokoh-tokoh lain.
Siapa Anwar Ibrahim di kaca mata Yahudi seperti Wolfowitz ?

Semalam apabila Al Gore dan Paul Wolfowitz menulis bersama di Wall Street Journal, mereka memberi alasan kukuh kenapa mereka menyokong Anwar Ibrahim:

Mereka menyokong sepenuh hati manusia bernama Anwar Ibrahim kerana “Anwar Ibrahim komited memperjuangka nilai-nilai pluralism, toleransi dan kebebasan yang diperlukan oleh Malaysia untuk berkembang.”

Nampaknya Yahudi Al Gore dan Wolfowitz lebih mengenali Anwar Ibrahim berbanding dengan tokoh-tokoh di Malaysia termasuk Nik Aziz dan Hadi Awang sendiri.

Kenapa Gore dan Wolfowitz yakin Anwar Ibrahim ‘pejuang pluralisme’ di Malaysia ?. Apa bukti Anwar pejuang pluralisme ? Adakah dengan perjuangan Anwar memberi kalimah Allah kepada Kristian yang sering diwar-warkan oleh Anwar kepada media Barat sudah cukup meletakkan Anwar sebagai ‘pejuang pluralisme’?

Hanya itu sahaja prasyarat mahu dilabel Barat sebagai pejuang pluralisme ? Sedangkan di Indonesia, seorang tokoh yang dilabel ‘pejuang pluralisme’ mestilah pertamanya mengkritik Al Quran, kedua mengkritik Rasulullah dan ketiga mengkritik dan menolak syariah Islam.

Apakah Anwar telah lakukan ketiga-tiga perkara itu tanpa disedari oleh rakyat Malaysia tetapi disedari oleh tokoh-tokoh Yahudi seperti Gore dan Wolfowitz hingga mereka yakin Anwar Ibrahim adalah ‘bapa pluralisme’ Malaysia ?

Apa yang dilaporkan secara lisan di antara Anwar dengan Gore dan Wolfowitz yang tidak dimaklumkan kepada media hingga kedua-dua tokoh Yahudi itu lebih mempercayai Anwar walaupun latar belakangnya pernah menjadi Presiden ABIM dan pernah diramal sebagai bakal Presiden PAS ?

Gore dan Wolfowitz yakin Anwar Ibrahim adalah pejuang kebebasan. Kebebasan apa ? Kebebasan menukar agama (murtad) ? Kebebasan mengamalkan kegiatan seks bebas, termasuk meliwat?

Kenapa Gore dan Wolfowitz terlalu yakin Anwar adalah ‘manusia bebas’ ? Adakah sepanjang tiga tahun Anwar menetap di Amerika Syarikat, Al Gore dan Wolfowitz tahu Anwar melakukan seks bebas termasuk mengamalkan homoseksual di negara yang mengiktiraf amalan luar tabie itu ?

Anwar menetap tiga tahun di Amerika Syarikat tanpa ditemani Wan Azizah, apakah aktiviti seksnya sebagai memenuhi tuntutan tabie lelaki normal ? Bagaimana Anwar memenuhi tuntutan biologi seks selama tiga tahun di Amerika Syarikat, sedangkan isterinya sepenuh masa di Malaysia menguruskan parti ?

Gore dan Wolfowitz terlalu yakin Anwar Ibrahim yang dikenali mereka adalah ‘tokoh bertoleransi’. Toleransi apa? Apakah Gore dan Wolfowitz yang berpegang teguh dengan semangat pro-semitik diyakinkan Anwar bahawa beliau pro Israel. Adakah Anwar pernah menjanjikan kepada Gore dan Wolfowitz, jika beliau berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia, beliau akan membuka hubungan diplomatik dengan Israel serta mengiktiraf Negara Israel sebagai sebuah Negara Sah ?

Mengenali Anwar Ibrahim, beliau boleh melakukan apa sahaja semata-mata cita-citanya menjadi Perdana Menteri tercapai walaupun terpaksa mengadai negara dan agama.

Mengenali Anwar Ibrahim, beliau boleh menjadi manusia munafik, cakap di depan rakyat Malaysia versi lain, tetapi cakap di depan masyarakat Yahudi di Washington versi lain. Apatah lagi jika percakapan berbentuk peribadi, banyak janji-janji di luar kenormalan, Anwar sanggup lakukan!

Gore dan Wolfowitz juga terlalu yakin Anwar Ibrahim adalah sama seperti masyarakat Barat yang bukan Islam dan menolak sekeras-kerasnya pandangan yang mengatakan Anwar Ibrahim sama seperti aktivis Parti PAS. Kenapa mereka berdua yakin Anwar seperti tokoh-tokoh Barat yang bukan Islam ?

Adakah Gore dan Wolfowitz yang pernah mengadakan jamuan-jamuan kepada Anwar di hotel-hotel mewah Amerika Syarikat tahu Anwar boleh ‘bertoleransi’ dengan makanan dan minuman yang tidak halal ?

anwar-rubin-wolfowitz1

Gore dan Wolfowitz sering meraikan Anwar selepas mesyuarat dengan minuman arak, adakah Anwar boleh bertoleransi dengan minuman arak ? Adakah Gore dan Wolfowitz turut menyaksikan Anwar juga turut minum arak sebagai menghormati tetamu sehingga kedua Yahudi itu terlalu yakin Anwar adalah ‘tokoh bertoleransi’?

Seandainya, Gore dan Wolfowitz menyokong Anwar kerana mahu pluralisme, kebebasan agama dan homoseksual berkembang di Malaysia, maka rakyat Malaysia harus menolak Anwar kerana jelas Anwar diprogram oleh dua tokoh Yahudi untuk menghancurkan sistem, budaya dan agama di Malaysia!

Malang kepada rakyat Malaysia berketuakan seorang ‘tokoh’ yang diremote oleh Yahudi!

2 Responses to “Al Gore & Wolfowitz lebih kenal Anwar Ibrahim ?”

  1. osman mohd yunus

    Aug 05. 2010

    maut untuk Anwar …
    jangan sampai sejarah Anwar sadat akan berulang !!

    Reply to this comment

Trackbacks/Pingbacks

  1. Sokong Gay Right : Rahsia sebenar Wolfowitz & Al Gore sokong Anwar | AIDC - February 8, 2011

    [...] Ketika Al Gore dan Paul Wolfowitz menulis di The Wall Street Jounal menyokong kes liwat rakan baiknya di Malaysia, Anwar Ibrahim, Ogos lalu, saya mula menyoal kenapa kedua-dua tokoh zionis itu beriya-iya membela Anwar ? Adakah mereka lebih kenal siapa Anwar Ibrahim berbanding dengan rakyat Malaysia, mereka lebih tahu tabiat buruk Anwar suka melakukan seks luar tabie ketika Anwar menetap di Amerika Syarikat (2005-2007), lantas mereka bangkit membela Anwar, kerana tidak mahu ’anak buah’ kesayangan mereka dipenjara lagi kerana gagal mengawal nafsu syahwat luar tabie ? Klik di sini [...]

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE