Video Ucapan Anwar Sokong Negara Israel Mula Tersebar..


AIDCNews – 01/02/12 – Video ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berdurasi 7 minit 48 saat (di atas) yang disifatkan menyokong konsep sebuah ‘Negara Israel’ mula tersebar di internet sejak semalam.

“Saya mewakili pendapat ‘two states solution’ (solusi dua negara) bagi (menyelesaikan) konflik Palestin dan Israel” kata Anwar di Woodrow Wilson International Center (WWIC), Washington DC, pada 24 Jun 2010.

Anwar berkata begitu ketika menjawab soalan salah seorang peserta bernama Stanley Kober dari Cato Institute, Amerika Syarikat (AS) yang meminta penjelasan daripadanya kenapa beliau juga turut menyokong usul mengkritik Israel berkaitan insiden flotila dalam parlimen Malaysia.

Barangkali, menurut firasat peserta itu, Anwar sebagai Ketua Pembangkang Malaysia sepatutnya menentang usul mengkritik Israel dalam parlimen Malaysia itu dan jika beliau juga turut menyokong usul tersebut bermakna beliau juga termasuk dalam salah seorang yang boleh dilabel sebagai ‘anti-semitik’ (anti-Yahudi).

Anwar menjawab beliau sebagai Ketua Pembangkang berkata beliau berasa sangsi dan menolak usul mengkritik Israel yang dicadangkan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia kerana katanya tindakan mengemukakan usul anti-Israel sama seperti mengamalkan polisi ‘rasis’ atau perkauman.

“Perdana Menteri Najib (yang) telah mengemukakan usul tersebut, mengkritik tindakan kejam negara Zionis Israel. (Saya dan) Pihak pembangkang, (sebenarnya) rasa sangsi, (untuk) menyokong resolusi tersebut.

“Tetapi ramai di kalangan kami sedar bahawa tidak perlu untuk bersikap anti-Yahudi, anti-Semitik kerana sama seperti bersikap perkauman”, katanya.

Untuk mengukuhkan jawapan, dan membuktikan beliau menolak usul anti-Israel itu, Anwar mendakwa, dirinya adalah mewakili kumpulan yang menyokong idea ‘two State Solution’ dalam isu penyelesaian konflik Palestin-Israel.

Dalam rakaman di atas, Anwar juga turut mengkritik undang-undang yang dipraktikkan di Malaysia yang disifatkan tidak demokratik seperti hukuman sebat yang dikenakan ke atas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno untuk kes minum arak dan melarang penggunaaan kalimah Allah kepada penganut agama Kristian.

‘Two States Solution’ atau ‘Solusi Dua Negara’ adalah idea yang dilobi oleh badan antarabangsa yang berpengkalan di Brussels, dan Washington DC dinamakan International Crisis Group (ICG).

Dalam mesyuarat ICG yang diadakan di Vancouver, Mac 2007, yang turut dihadiri Anwar(lihat juga bukti video di sebelah kanan), badan itu mengesyorkan idea ‘two-state solution’ sebagai penyelesaian ‘terbaik’ konflik Palestin-Israel.

‘Two-state solution’ bermakna mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka, tetapi dalam masa sama Israel juga turut diiktiraf sebagai sebuah Negara Sah.

Menurut ICG idea ‘two-state solution’ selaras dengan resolusi yang telah diputuskan UN Security Council Resolutions 242 (1967) & 338 (1973), the Camp David Peace Accords (1978), the Clinton Parameters (2000), the Arab League Initiative (2002), dan the Roadmap (2003), the Quartet (UN, US, EU and Russia).

Selain itu, ICG turut mengesyorkan hubungan diplomatik negara-negara Islam, khususnya dunia Arab dengan Israel perlu dibuka dan diperkukuh.

Menurut sourcewatch, ICG ditaja oleh yayasan-yayasan dana pro-Israel, termasuk Open Society Institute (OSI), kepunyaan penyangak matawang berbangsa Yahudi, George Soros.

Soros juga merupakan salah seorang ‘Executive Committee’ dan ‘U.S. Board Members’ ICG.

Anwar Ibrahim dilantik sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa ICG sekitar Jun 2006, ketika beliau menjadi pensyarah pelawat di Saints Anthony’s College, Oxford, UK, sebuah institusi yang disebut-sebut di bawah kawalan Chris Pattern, kroni Soros.

Pada 1 Disember 2005, ketika Anwar dalam sesi soal jawab program ” Masa Depan Demokrasi Muslim’, anjuran National Endowment for Democracy (NED) di New York, beliau turut berkongsi sentimen dengan seorang aktivis Israel bernama Gershon Baskin.

Rujuk video sebelah kiri.

Soal Baskin “apa pandangan anda (Anwar) mengenai proses kematangan demokrasi di Palestin apabila Hamas/Hezbollah yang kononnya berusaha ke arah demokrasi tetapi pada masa yang sama mengekalkan perjuangan mengangkat senjata dan ketenteraan”

Anwar menjawab; “Sekurang-kurangnya saya mempunyai seorang rakan karib (Gershon Baskin) dari Israel.Saya fikir saya juga berkongsi sentimen yang sama bahawa apa yang perlu dititikberatkan apabila sesebuah organisasi memilih untuk menerima proses demokrasi mereka (Hezbollah dan Hamas) harus membuang semua cara…pilihan-pilihan lain dari segi keganasan atau kegiatan militan dan aktiviti-aktiviti ketenteraan.

“Saya tidak percaya… ia akan berkesan jika kedua-dua cara cuba dilaksanakan pada masa yang sama. Pendirian saya mengenai keganasan adalah sesuatu yang tidak boleh dirunding lagi.

“Jika Hamas dan Hezbollah mahu melaksanakan proses demokrasi dan pilihanraya, maka, semua aktiviti ketenteraan mesti dihapuskan”, katanya.

Berdasarkan jawapan Anwar di atas, Gershon Baskin yang merupakan CEO dan pengasas the Israel/Palestine Center for Research and Information (IPCRI) turut merakamkan pujiannya kepada Anwar dalam tulisannya di The Jerusalem Times, 27 Januari 2006.

Manakala dalam satu lagu pujiannya kepada Anwar dalam ‘Israel Insider’, 6 Januari 2006, Baskin berkata, sekiranya Anwar merupakan rakyat Palestin, dia mungkin menjadi rakan seperbincangan dengan bekas Presiden Israel, Ariel Sharon untuk menyelesaikan isu Israel-Palestin.

Baskin juga menyokong idea ‘two-state solution’ dalam penyelesaian konflik tersebut.

Walau bagaimana pun idea ‘two-state solution’ itu ditentang oleh majoriti umat Islam Palestin kerana menganggap satu muslihat Israel untuk mendapat pengiktirafan sebuah ‘Negara Israel’ yang sah.

Hujah Anwar ‘Two State Solution’, Sah ! Sokong Negara Israel !

54 Responses to “Video Ucapan Anwar Sokong Negara Israel Mula Tersebar..”

  1. Sayang Malaysia

    Feb 03. 2012

    saudara badaruddin, saya doakan supaya saudara cepat sedar dari tipu muslihat DSAI( Sokong LGBT, Sokong ISRAEL, Sokong LINA JOY, Sokong Homosex (nak hapus undang2 tak relevan konon)…DLL lagi yang bertentangan dengan Islam disokongnya… MENGERIKAN….)..Mengalahkan kamal attaturk….. Amin….

    Reply to this comment
  2. basry

    Feb 03. 2012

    Kesian… barua ini cuba menjadi hero dimata orang-orang kafir apabila bercakap mengenai Islam dan umatnya.

    Apa haknya barua ini bercakap mengenai Islam jika kefahaman Islamya sendiri tidak begitu jelas serta membahayakan masa depan Islam…?

    Reply to this comment
  3. LOL

    Feb 03. 2012

    Bila diamat-amati cara penulisan BAHARUDIN ni terdetik 3 pekara yang sangat jelas:

    1. Rasulullah bersabda, “Syaitan mengalir dalam diri manusia seperti mengalirnya darah. Dan ia akan membisikkan sesuatu ke dalam hati manusia iaitu kejahatan”.

    2. Syaitan memperelokkan perbuatan itu pada pandangannya sehingga ia sungguh yakin bahawa ia sebenarnya sedang melaksanakan nahi mungkar dan memainkan peranan sebagai pendakwah yang menyeru kepada Allah, walaupun ia sendiri bergelumang dengan keaiban, dan kekurangan terpampang didepan mata tanpa perlu diteropong.
    http://www.mymasjid.net.my/koleksi-artikel/display/922/punca-seseorg-suka-melakukan-maksiat/

    3. Dalam Cyber World ini Orang Kafir pun Boleh Menyamar jadi Orang Islam. TaK gitu “BAHARUDIN” ?

    Reply to this comment
    • LOL

      Feb 03. 2012

      Yang mana satu la agaknya Saudara BAHARUDIN kita ni ya? Jom ramai-ramai vote.

      Reply to this comment
    • LOL

      Feb 03. 2012

      Bunyi macam RANDY yang berfahaman AGNOSTIC tu pun ada…

      Reply to this comment
  4. NizamIpoh

    Feb 02. 2012

    Cuba semak ade ke nama Allah dalam Bible ? Dalam Al Quran, kalimah Allah diturunkan semasa zama Nabi junjungan kita Muhammad s.a.w. Bila bible ditranslatekan kedalam bahasa bahasa lain baru depa guna nama Allah, konon kononnya telah digunakan pada zaman bible. Mane ada yeop. Sekali kali jangan samakan nama nama ALLAH dengan tuhan tuhan ugama lain.

    Tuhan = GOD tapi bukan ALLAH. ALLAH itu MAHA BESAR, MAHA SUCI, MAHA ESA.

    Ugama lain banyak tuhan, kita ada satu tuhan aje. ALLAH itu MAH ESA atau Satu aje, mane ade banyak tuhan. Jadi nama ALLAH tak boleh pakai.

    Kita guna nama ALLAH sebab dalam AlQuran dalam bahasa Arab guna nama ALLAH. Kita tak ubah dari nama asal. Ugama lain kalau nak ubah nama GOD atau Tuhan mereka kepada nama nama lain kita tak kisah asalkan jangan guna nama ALLAH.

    Kalau sesiapa umat islam yang samakan nama ALLAH dengan nama nama tuhan lain, samalah seperti dia menerima tuhan tuhan ugama lain. Dengan maksud lainnya SYRIK…..

    Reply to this comment
  5. warisatuliman2011

    Feb 02. 2012

    A.w.w. handai taulan. Hakikat bahawa Islam menggantikan agama2 kristian dan yahudi ialah kerana penyelewengan2 melampau musuh2 Allah s.w.t. hingga Yang Khalik itu sendiri melaknati kedua2 kaum. Jelas sekali penolakan mutlak itu membezakan sama sekali Islam dgn kristian dan yahudi. Ini diperkuatkan lagi dgn hakikat kedua bahawa Rasulullah s.a.w. sebagai “khatamunnabwah” atau nabi penutup, yg jelas membuktikan bahawa Islam yg didakwahkan oleh Kekasih Allah Azawajalla itu mengatasi agama2 lain, yg terbukti cukup banyak melanggar larangan dan tegahan Allah s.w.t. dlm soal halal-haramnya. Penutup segala2nya ialah hakikat bahawa “Sesungguhnya agama di sisi-Ku (Allah Azawajalla) hanyalah Islam” dan tidak agama2 lain, membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa Islam nyata berbeza dgn agama2 sebelum ini dan nabi2 yg membawa dua agama lain juga menerima syariat2 yg dibawakan oleh Rasulullah serta menolak kristian dan yahudi yg telah dirosakkan oleh manusia yg dilaknat oleh Allah s.w.t. Jangan sampai kita juga dilaknati Allah kerana melanggar perintah2 dan larangan-Nya itu. Salam.

    Reply to this comment
  6. captain jam omega

    Feb 02. 2012

    tahu kah anda ?…kitab2 injil dulu asli dan wajib umat islam mempercayai.
    TETAP!!!!!
    bible yang dicanangkan oleh kristian asia sebagai injil dalam bahasa melayu tu telah di tulis semula oleh padri2 terkemudian dan TIDAK layak disebut injil yg layak disebut bible
    bodoh sangat ke anwar nak samakan kalimah allah digunakan oleh kristian
    dulu kita dibolehkan berkahwin dan makan binatang sembelihan ahli kitab sebab
    mereka sebut dengan nama allah ketika sembelih binatang AKAN tetapi puak kristian sekarang ni bukan lagi ahli kitab sebab depa tak sembelihah binatang lagi apatah lagi
    bismillah.lembu depa katok jer dah mampus baru makan.kristian adalah agama sesat dari islam dulu .depa tak percaya nabi muhamad nabi terakhir.itu saja akidah mereka.

    yang anwar nak sokong tu buat apa?…jelas anwar ni murtad

    Reply to this comment
  7. Laksa Johor

    Feb 02. 2012

    Kepala hotak engkau berdengunglah, Anwar. Jangan berangan nak jadi PM kami. Akidah simpang siur, akhlak munafik, lidah bercabang, memang pakar dalam ilmu putar belit.

    Reply to this comment
    • Baharuddin

      Feb 02. 2012

      bertenang dan banyak beristigfar,beginilah ……………katakan sdr2 n gang semua rakyat USA (mat salleh), apa yg sdr akan buat bila Presiden Obama(kulit hitam) iaitu bila Allah angkat derjat Obama jadi Ppresiden Amereika Syarikat. Sila anda pilihlah….salah satu drp ini:
      a.tembak dia
      b.keji dan terjun dari bngunan
      c.meroyan sampai masuk hospital bahagia
      d. patuh dan taat setia
      Tapi setakat ini jawapannya untuk rakyat org putih disana ialah “d”…kenapa mereka iaitu obama dan rakyat USA jadi begitu? Itulah kuasa dan hehendak Allah (manusia berusaha dan merancang aje)
      ————.
      Maka sdr2….Beristighfar banyak2 insyallah anda nampak perbezaan ketara formula berjaya 1M*-1A=0A lenyap dgn formula terus gagal IF-1A=1A terus gah itu!DAN KALAU NAK MENGUBAH NASIB KALI INI IALAH GUNAlah FORMULA YG BERJAYA MISI AKHIRNYA…0ALenyap

      Reply to this comment
      • BukuJinggaBukanQuran

        Feb 02. 2012

        Makanya, Baharuddin pun kenalah beristighfar banyak2 juga sebab debga qada dan qadar Allah lah UMNO dan BN terus meneraju Malaysia. Berstighfar banyak2 sebab dengan qada dan qadar allah jugalah impian Anwar tidak tercapai sehingga kini. Dengan kehendak Allah jualah, maka terdedahnya kebejatan Anwar. Segala-gala yang berlaku kerana kuasa Allah taala. Teori2 boleh jalan.

        Reply to this comment
        • backdoor

          Feb 02. 2012

          betul tu bro…ini lah dangkal nya pemikiran dan penilaian bahariddin dan aku pasti penjilat2 anwar yang lain yang GAGAL dalam menilai yang kaca atau permata…kesiaaaaaannnnnnnn

          Reply to this comment
      • backdoor

        Feb 02. 2012

        kenapa sampai ke USA pulak nih…ceteknya penilaian…sekarang Allah menguji rakyat Malaysia dgn hadirnya manusia bernama Anwar. Ramai yg berdoa supaya Malaysia terhindar dari pemimpin hipokrit mcm anwar nih.

        Reply to this comment
  8. aduhai..

    Feb 02. 2012

    Takut sangat jumpa manusia macam Anuar dan baharuddin ni…fuh..memang munafik! talam 20 muka kamu!

    Reply to this comment
    • Baharuddin

      Feb 02. 2012

      sdr Aduhai!!
      saya mengunakan formula 1M*-1A=0Alenyap…Rakyat Bersatu (idea baru dapat) dan ..
      —————-
      sdr n gang guna formula 1F-1A=1ATerus Gah dan….. Rakyat Pecah Belah.
      —————–
      Jadi siapa sebenarnya yg munafik dan talam 20 muka ni?

      Reply to this comment
  9. Baharuddin

    Feb 02. 2012

    tukang tengok
    February 2, 2012 at 1:02 am
    Haha….formula keramat baharudin….menyelesaikan semua masalah…termasuk hutang piutang anda.
    .kemas dan terbukti….
    Reply

    Baharuddin
    Your comment is awaiting moderation.
    February 2, 2012 at 8:52 am
    saya cipta formula itu special utk puak2 anti-DSAI supaya mencapai kejayaan iaitu 1M*-1A= 0Anwar lenyap……kalau nak formula hutang pulak,boleh juga saya beri:
    —————
    Formula berjaya- 1Hutang-1Bayar = OHutang
    formula gagal – 1Hutang-0Bayar=1Bangkrap!!!!

    Reply to this comment
    • Baharuddin

      Feb 02. 2012

      atau formula gagal yg lain…..1Hutang- 1Bayar*=1Bangkrap (tanda * menunjukan bayar tak ikut jumlah hutang yg dibuat)!!!
      ——————-
      iaitu lebihkurang macam formula 1F-1A-=1Anwar Terus Gah tu!!!

      Reply to this comment
      • pikir la sikit

        Feb 02. 2012

        Sah…sah…sah yang Baharuddin ni memang ‘pakar’ bengong. Ya Allah bukakan la pintu hati Baharuddin ni untuk menerima kebenaran…amin.

        Reply to this comment
        • Baharuddin

          Feb 02. 2012

          Buktikan formula2 saya itu tak menjadi (akan gagal)…..kalau tak sdr yg pakar bengong!!

          Reply to this comment
          • ron95

            Feb 02. 2012

            teruskan pikir la sikit.. baharuddin nampaknya dia dah panas berapi bontot dah tu!

        • LOL

          Feb 02. 2012

          Dalam Cyberworld ni sesiapa pun boleh menyamar jadi sesiapa …yang KAFIR pun boleh mengaku ISLAM dengan tujuan untuk mengelirukan umat ISLAM sebenar. Talk is cheap, maka mereka-mereka yang KAFIR itu akan terus menggunakan kemudahan percuma ini sebaiknya, kerana mereka tak akan rugi apa-apa.

          Tak Gitu “BAHARUDIN” ?

          Reply to this comment
  10. cuak

    Feb 02. 2012

    “ketiga agama tradisi ini abrahamic ini menggunakan kalimah Allah”-apakah yang kamu cuba nak katakan wahai anwar? Adakah kamu mengatakan kalimah Allah itu ciptaan Ibrahim? dan islam itu hanyalah agama tradisi yang diciptakan oleh ibrahim? kami menuntut penjelasan mu wahai anwar, kerana berdasarkan keterangan mu melalui video ini, itulah yang kami nampak. bijak kamu bermain dengan kata kata di depan orang kafir dengan merendahkan martabat islam!!

    Reply to this comment
    • ron95

      Feb 02. 2012

      ini dah termasuk dalam kategori kristian yahudi zionist ni
      patut la ada gereja jesuit guna perkataan abrahamic…
      entah2 anugayrah ni pengikut ajaran abrahamic kot?
      patut le isu kalimah Allah sedap-sedap je bagi kenyataan
      berpihak kepada kristian!….haramjadah punya anugayrah!

      Reply to this comment
      • Baharuddin

        Feb 02. 2012

        Oklah inilah bukti kukoh…DSAI dah sonsang dan sesat. Sdr n geng hantar video ini ke Mufti/Menteri Agama untuk dakwa dan tangkap…akhirnya kepenjara. Itulah yg saya maksudkan formula 1M*-1A=0ALenyap itu. Kalau kita marah2 dsbgnya apa yg sdr n gang dapat,frust sebaliknya DSAI terus gah. ….bertindak segera dan DESAK MUFTI/MENTERI AGAMA dakwa anwar!!

        Reply to this comment
        • ron95

          Feb 02. 2012

          iye la tu baharudin.. ko balaci zionis patutnya dah kena bakar hidup2 kerana terlalu terlalu memuja anugayrah yg berprokan zionis tuh! nasib baik masih rasional lagi kalo tak raya qurban nnti mmg aku nak “sembelih” ko!

          Reply to this comment
          • Baharuddin

            Feb 02. 2012

            t/kasih kerana kata, nasib baik masih rasional!. Tujuan saya satusaja kita bersama kearah 2020 bersatupadu dan berbaik sangka!

          • ron95

            Feb 02. 2012

            dah jgn nak melalut plak tin kosong ni

        • Amin

          Feb 02. 2012

          Baharuddin, kau ni percaya ke dgn video clip ini.

          Abg Anu kau nanti akan ckp, dlm video clip itu bukan dia, ini semua Umno yg buat fitnah, sama macam video clip china doll.

          Camne Baharuddin?

          Reply to this comment
  11. warisatuliman2011

    Feb 02. 2012

    A.w.w. handai taulan. Cukup jelas sikap munafik Anwar, yg sering bercakap menurut mood penontonnya. Jika penontonnya bukan Islam, sedikit atau sebanyak Islam akan dibedalnya. Dan begitulah sebaliknya. Selain itu, Anwar sebenarnya mendedahkan betapa dia tidak konsisten dalam soal prinsip. Dlm rakaman video di atas dia turut perkatakan betapa pihak pembangkang pimpinannya tidak dapat menerima sebarang bentuk sekatan ke atas kebebasan hak utk bersuara, dan menganuti apa juga kepercayaan. Soalnya di sini ialah jika benar Anwar menyokong kebebasan sedemikian, beranikan dia membenarkan tabloid picisan terbitan partinya menyiarkan berita2 atau rencana yg menolak atau menentang Parti Kehancuran Rakyat (PKR), Parti Ajaran Sesat (PAS) dan Pigs and Dogs (DAP)? Sedangkan para pemimpin partinya yg menentangnya dan pucuk pimpinan kerajaan negeri pembangkang, Pengkhianat Rakyat (PR), sama ada dipecat, disingkirkan atau disisihkan….. Inilah tokoh makhluk lidah bercabang yg cakap tak serupa bikin dan berpegang kpd konsep munafikun….. Salam.

    Reply to this comment
    • cuak

      Feb 02. 2012

      semoga Allah membalas kecurangan si nuar mempermainkan namaNya…

      Reply to this comment
    • ron95

      Feb 02. 2012

      dia kan ibarat chameleon…. boleh tukar warna
      cakap anugayrah dan baharudin sama saja,…kuat melalut!

      Reply to this comment
      • Baharuddin

        Feb 02. 2012

        yes! sdr cuak dan ron, ini dah ada bukti kukoh……DSAI dah sonsang dan sesat!!!!!. Sdr n geng hantar video ini ke Mufti/Menteri Agama untuk dakwa dan tangkap…akhirnya kepenjara. Itulah yg saya maksudkan formula 1M*-1A=0ALenyap itu. Kalau kita marah2 dsbgnya apa yg sdr n gang dapat,frust sebaliknya DSAI terus gah. ….bertindak segera dan DESAK MUFTI/MENTERI AGAMA dakwa anwar!!

        Reply to this comment
        • ron95

          Feb 02. 2012

          mmg anugayrah ko dah sesat pun..cuma ko jer pencacai yang tak sedar-sedar diri lagi

          Reply to this comment
          • Baharuddin

            Feb 02. 2012

            buktikan formula saya itu sesat iaitu 1M*-1A=0Alenyap…Rakyat bersatupadu ke2020!

          • ron95

            Feb 02. 2012

            toksah la nak spin pakai formula tak masuk akal langsung Kepala hotak ko ni terlampau taksub memuja anugayrah zionis ko tuh!
            Baru skrg aku tau… ini rupa sebenarnya perangai pencacai pakatan pembangkang cam baharudin bodoh piang ni

  12. jinkerepek

    Feb 02. 2012

    Mana baharudin? Komen anda pada 1.2.2012, 10:47am, ” …tapi Allah mahu DSAI jadi PM ke 7″. Kau biar betul. Baharudin boleh tahu Allah mahu DSAI jadi PM ke 7…..???

    Reply to this comment
    • ron95

      Feb 02. 2012

      dgn formula matematik bahalul cikgu gay zionis mana tah dibelajarnya!
      baharuddin dan anugayrah sama jer ..chameleon boleh tukar warna dan
      kuat melalut cam tin kosong jer.

      Reply to this comment
    • konceng

      Feb 02. 2012

      baharuddin…..kesian….kesian…dah meninggal!!!!!!

      Reply to this comment
      • Baharuddin

        Feb 02. 2012

        saya alhamdulillah sehat……………katakan sdr2 semua rakyat USA (mat salleh), apa yg sdr akan buat bila Presiden Obama(kulit hitam) iaitu bila Allah dah nak angkat derjat Obama. Anda pilihlah….salah satu drp ini:
        a.tembak dia
        b.keji dan terjun dari bngunan
        c.meroyan sampai masuk hospital bahagia
        d. patuh dan taat setia

        Tapi setakat ini jawapannya ialah “d” untuk rakyat org putih buat disana…keapa mereka jadi gitu. Allah punya kuasa kan.
        Beristighfar banyak2 insyallah anda nampak perbezaan ketara formula berjaya 1M*-1A=0A lenyap dgn formula terus gagal IF-1A=1A terus gah itu!!!!

        Reply to this comment
  13. rdzainal

    Feb 02. 2012

    mmg terer bercakap…,,,patut la ramai org melayu yg tertipu!

    Reply to this comment
    • cuak

      Feb 02. 2012

      boleh lagi nuar ni kata ‘i am as a muslim…’, memualkan dan memalukan!

      Reply to this comment
  14. Dimitri

    Feb 02. 2012

    I agree with Anwar about the law punishing only the poors but not the rich and famous.

    However, that does not mean that the law is bad. The thing that you have to fix is the enforcement of the law but not the law itself. Don’t blame the law. Blame the law enforcers.

    The officers and judges who involved with Kartika case were doing the right thing. They acted according to law. We should support them because they were doing their lawful jobs.

    Anwar should raise the question why JAWI didn’t catch those who are drinking in KL hotels, not to resent those who do their jobs correctly.

    You talk as if you are the defender of the truth etc. You are just manipulating all events to be in your favour as if you are doing Malaysians some big favour.

    The wrath of Allah is yet to come, we’ll just be speeding it up if Anwar becomes PM.

    I ask my fellow Muslims to distant ourselves from anything to do with Anwar. I strongly believe that we can become FASIQ if we keep supporting him.

    Allahu ‘allam

    Reply to this comment
    • Baharuddin

      Feb 02. 2012

      yes! sdr radzainal, cuak dan dimitri, ini dah ada bukti kukoh……DSAI dah sonsang dan sesat, (tambahan FASIQ, kata dimitri!!!!!. Sdr n geng hantar video ini ke Mufti/Menteri Agama untuk dakwa dan tangkap…akhirnya kepenjara. Itulah yg saya maksudkan formula 1M*-1A=0ALenyap itu. Kalau kita marah2 dsbgnya apa yg sdr n gang dapat,frust sebaliknya DSAI terus gah. ….bertindak segera dan DESAK MUFTI/MENTERI AGAMA dakwa anwar!!
      Saya ulangi…bertindak segera kalau tidak..sdr2 n gang, tak ubah bunyi peribahasa i, “Ayam berkokok derai2 tapi najisnya………………….”

      Reply to this comment
    • Gabriel

      Feb 02. 2012

      Yes, may Allah protect us from being FASIQ. Say NO to Anwar.

      Reply to this comment
  15. LOL

    Feb 02. 2012

    Kesian dia ni kan BANGANG TAHAP GABAN, dari kecil sampai dah tua macam ni baca surah Al IKHLAS masih lagi tak faham-faham bahawa Allah itu satu ….

    Say: He is Allah, the One! [1] Allah, the eternally Besought of all! [2] He begetteth not nor was begotten. [3] And there is none comparable unto Him. [4]

    Jadi bagaimana pula Allah itu boleh disamakan dengan Tuhan orang Kristian? Sedangkan dalam Kristian itu ada Konsep Trinity dan Jesus itu anak tuhan…

    Surah Al Ikhlas itu sudah jelas menunjukkan bahawa Allah itu tidak beranak dan tidak diberanakan.

    Jadi nilaikan lah sendiri siapa dia ini sebenarnya..

    Reply to this comment
    • ron95

      Feb 02. 2012

      dah sesat jauh sangat dah anugayrah ni…. dosa klu dah bertimbun..tak yah cakapla tu belum kira dia punya munafik dan maksiat dia yg dulu2… dan fahaman pluralismanya pun dah menjadi dosa besar iaitu terkeluar akidah islam dan khurafat!

      Reply to this comment
      • Baharuddin

        Feb 02. 2012

        Bertindaklah sdr lol n gang …..desak mufti2/Menter Agama dakwa dan penjara DSAI diatas buktian ini !!!!…pse jgn berkokok aje. Saya yakin formula 1M*-1A=0A lenyap, akan mencapai objektif kerana video ini…bertindak cepat!!!…wish u good luck!

        Reply to this comment
        • ron95

          Feb 02. 2012

          iye la tu baharuddin teruskan dgn ayat tin kosong ko tuh!

          Reply to this comment
          • Baharuddin

            Feb 02. 2012

            buktikan formula saya itu sesat iaitu 1M*-1A=0Alenyap…Rakyat bersatupadu ke2020!

          • ron95

            Feb 02. 2012

            tin kosong!

    • Gabriel

      Feb 02. 2012

      Exactly, moga Allah buka hati hati orang Islam Melayu PKR & PAS, tak lupa moga hidayay juga kepada yang belum Islam.

      Reply to this comment

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE