PARADIGMA POLITIK BARU

Wawancara BBC : Senjata Makan Tuan, Anwar Pula Mengelabah…

AIDCNews – 17/01/12 – Mungkin niat awal Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin menjadi ikon demokrasi khususnya kepada golongan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) sedunia, namun apabila rakaman wawancara BBC itu tersebar kepada rakyat Malaysia, lain pula impaknya.

Setelah menerima kritikan daripada tokoh agama, seperti Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, barangkali Anwar mula menyedari senjatanya sudah makan tuan.


“Janganlah mengharap sokongan Masyarakat Gay dan Tomboy yang minoriti..Tumpukan pada Kemajmukan Rakyat terbesar..Insyallah”, kata @Andromeda_M31 dalam twitternya kepada anwaribrahim dan @Ambiga_s.

Anwar menjawab, “Jangan diperdaya umno! Baca”.

Walaupun Anwar cuba mengalih isu itu kepada UMNO, namun ia belum lagi dapat memuaskan hati pengikut twitternya.


“Dato Seri dikatakan menyokong homoseksual seperti diwar-warkan dalam tv3″, kata @lacoste_sdk kira-kira 16 jam lalu.

Seperti jawapan sebelumnya, Anwar berusaha lagi mengalih isu dengan berkata, “Jangan layan fitnah umno”.

Jika dibaca dari segi maksud jawapan Anwar itu, bermakna beliau tidak akan melayan isu berkaitan dengan wawancaranya dengan BBC, 12 Jan lalu, dengan harapan isu ini akan reda sendiri selepas ini.


Namun, bacaan itu salah kerana satu jam lalu Anwar sekali lagi menghantar twitter berbunyi, “Blog: Jangan Terpengaruh Dakyah dan Fitnah Jahat Media UMNO:– Kenyataan Media Untuk Edaran Segera — 17hb Jan”

Kenyataan media ‘untuk edaran segera‘ itu dibuat oleh YB Hj Ahmad Kasim, Ahli Parlimen Kuala Kedah yang merangkap Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, Parti Keadilan Rakyat.

Intipati utama kenyataan media itu adalah menjawab wawancara Anwar di BBC yang disifatkan ‘fitnah jahat media UMNO’.

Kenyataan media itu pula disiarkan di laman rasmi Anwar Ibrahim, anwaribrahimblog.com yang memberi isyarat Ketua Umum PKR itu merestui kenyataan media tersebut.

Kenapa Anwar tidak menjawab sendiri tentang ucapannya di BBC, kenapa perlu berselindung di sebalik batang tubuh Ahmad Kasim, Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR ?

Lebih melucukan Ahmad seperti dilaporkan portal pro Anwar, Malaysiakini berkata ‘Anwar sokong hukum Islam, bukan homoseksualiti‘ yang tidak disebut pun oleh Ketua Umum PKR dalam wawancara BBC itu.

Sekarang bandingkan kenyataan media Ahmad Kassim dengan kenyataan dari mulut Anwar sendiri seperti dalam rakaman video BBC di bawah.

Undang-undang Lapuk

Rujuk minit 1:53 -3:01 video di sebelah.

Soalan Wartawan BBC : “Sejauh mana anda mahu menyampaikan mesej kebebasan itu, kerana kes anda (liwat) yang digugurkan terhadap anda telah memberikan tenaga baru kepada pergerakan perjuangan hak kumpulan homoseksual di negara anda…ramai yang muncul bertaruh walaupun anda telah dibebaskan…apakah anda bersedia untuk mempertahankan sikap anti diskriminasi termasuk hak asasi kumpulan-kumpulan gay?”

Jawapan Anwar : “Kita perlu mengkaji semula sesetengah daripada undang-undang kuno dan lapuk itu…kami, orang Muslim dan bukan Muslim, secara amnya percaya dan komited menyokong institusi perkahwinan di antara laki-laki dan wanita, tapi kita tidak boleh dilihat sebagai bersikap zalim dan menghukum.

Kita juga tidak boleh menganggap undang-undang kuno itu sebagai relevankita perlu mengkajinya semulakita tidak mempromosikan homoseksualiti khalayak awam atau khalayak ramai…saya rasa tidak perlu bagi kami meminta maaf tentang perkara itu…tetapi untuk menggunakan undang-undang itu bagi menghukum atau menganiayai mereka yang tidak bersalah tidak boleh dipertahankan“.

Soalan wartawan BBC jelas bertanyakan Anwar tentang persoalan gay dan sekatan undang-undang. Soalan ini ditanya rentetan kes liwat Anwar di mahkamah yang diputuskan hakim dengan ‘dibebaskan’ dan ‘dilepaskan’ daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Justeru itu wartawan bertanyakan Anwar, apakah anda bersedia untuk mempertahankan sikap anti diskriminasi termasuk hak asasi kumpulan-kumpulan gay ?

Kempen Mansuhkan Undang-undang Lapuk

Anwar menjawab juga cukup jelas. Beliau berkata akan mengkaji sesetengah undang-undang yang dianggap lapuk dan kuno.

Undang-undang kuno dan lapuk itu adalah Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang dikatakan menyekat kebebasan untuk melakukan aktiviti liwat walaupun secara suka sama suka.

Sudah diketahui umum agenda memansuhkan undang-undang lapuk dan kuno telah dikempen secara besar-besar oleh badan-badan pro-Gay yang menyokong Anwar.

Kaji kenyataan Human Rights Watch, Seksualiti Merdeka, SUARAM, LGBT Malaysia ProGay, fidh.org, IBAHRI dan Amnesty International dalam memahami makna undang-undang lapuk dan kaitan dengan Anwar dan gay di Malaysia.

Kaji juga kenyataan Anwar kepada AP bertajuk “Anwar Slams Malaysian Sodomy Law” yang turut disiarkan dalam dragoncastle.net, laman rasmi Gay Thailand dan Gay Asia.

Perkahwinan Sejenis

Pegangan Anwar tentang perkahwinan lelaki dan wanita sudah diketahui umum. Bukan perkara baru malah jawapan sama diberikan ditanya dalam interaktif Yahoo! Malaysia Question Time menerusi platform Cover It Live, 19 Mei 2011.

Begitu juga dengan jawapan Anwar kepada Agence France-Presse, 11 November 2004, sebaik sahaja dilepas dan dibebas dalam tuduhan liwat I oleh Mahkamah Persekutuan.

Kepada BBC, 12 Jan 2012, Anwar menjawab, “Orang Muslim dan bukan Muslim, secara amnya percaya dan komited menyokong institusi perkahwinan di antara laki-laki dan wanita, tapi kita tidak boleh dilihat sebagai bersikap zalim dan menghukum..Kita juga tidak boleh menganggap undang-undang kuno itu sebagai relevan…kita perlu mengkajinya semula.

Kepada Yahoo! Newsroom (Malaysia), 19 Mei 2011, Anwar menjawab, “Kami mengakui pentingnya institusi keluarga dan perkahwinan (yang sedia ada). Namun, kami tidak sepatutnya bertindak melampau atau mendiskriminasi orang lain (LGBT). Jawapan adalah melalui (proses) pendidikan dan PAS menerima pandangan ini”.

Kepada AFP, 11 November 2004, Anwar menjawab, “Perkahwinan gay terlalu jauh sedikit,” kata Anwar. “Saya seorang yang liberal dalam banyak perkara tetapi saya memikirkan perkahwinan gay agak jauh sedikit”.

Kesimpulannya, walaupun Anwar menyokong perkahwinan normal, lelaki dan wanita, namun beliau sendiri menambah dengan mengecam undang-undang yang menyekat aktiviti bukan normal, iaitu aktiviti seks di luar tabie.

Bermakna dari jawapan itu, boleh juga dibaca bahawa Anwar menyokong perkahwinan normal, namun dalam masa sama turut menggalakkan aktiviti bukan normal.

Terbuka & Privasi

Pegangan Anwar tentang orientasi seks di tempat terbuka (domain awam) dan tempat peribadi juga telah banyak kali diucapkan.

Kepada BBC, 12 Jan 2012, Anwar menjawab, “Kita tidak mempromosikan homoseksualiti khalayak awam atau khalayak ramai…saya rasa tidak perlu bagi kami meminta maaf tentang perkara itu…tetapi untuk menggunakan undang-undang itu bagi menghukum atau menganiayai mereka yang tidak bersalah tidak boleh dipertahankan.

Kepada Foreign Correspondence Club of Thailand, Februari 2007, Anwar menjawab, “Bukan urusan kita untuk menyiasat kehidupan individu rakyat. Sepatutnya anda tidak boleh menyerang hak asasi individu, pukul mereka dan memaksanya untuk mengaku bahawa dia adalah seorang homoseksual”.

Kepada AFP, 11 November 2004, Anwar menjawab, “Dalam pandangan umum, kalangan umat Islam dan bukan Islam yang saya tahu homoseksual tidak diterima pakai. Sudah mencukupi. Tetapi di sini soalannya adalah bagaimanakah anda menggunakan undang-undang dan mengganggu rahsia rakyat dan pilihan individu mereka sendiri?”.

“Ini merupakan batas-batasnya. Saya rasa jika rahsia individu didedahkan mungkin tidak menyenangkan, tetapi saya memikirkan undang-undang hendaklah dipinda.

“Isu itu adalah pencerobohan ruang rahsia peribadi (hak asasi individu), dan oleh itu, kita perlu mempunyai pelindung bagi memastikan undang-undang tidak melibatkan kumpulan-kumpulan pelampau yang berusaha memesongkan pendapat-pendapat mereka atau nilai-nilai luar skop undang-undang.

“Jadi saya menyarankan agar dibuat hukum umum terhadap homoseksualiti. Saya memikirkan kaitan dengan ajaran-ajaran Islam dan juga amalan budaya rakyat Malaysia. Saya kira, kita perlu ingat pencerobohan rahsia (individu) itu adalah sesuatu perkara yang perlu dinilai semula.”

Kesimpulannya, dalam wawancara BBC, 12 Jan, Anwar hanya membantah aktiviti homoseksual diadakan ruang awam, tetapi menambah lagi dengan berkata, “Tetapi untuk menggunakan undang-undang itu bagi menghukum atau menganiayai mereka yang tidak bersalah tidak boleh dipertahankan”.

Apa maksud itu ?

Adakah ini bermaksud mengenakan tindakan undang-undang ke atas pelaku seks luar tabie di ruang peribadi atas dasar suka sama suka adalah tindakan menganiaya dan tidak boleh dipertahankan ?

Pandangan Peribadi Anwar

Berdasarkan huraian di atas, maka kata-kata Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dalam sidang media semalam perlu direnungi semula.

“Pandangan Anwar Ibrahim bukan hanya yang di Mumbai daripada BBC itu..

“Pandangan itu..kalau tak salah saya..kalau kita tengok balik..itulah pandangan peribadi..pandangan asasi yang dipegang oleh saudara Anwar Ibrahim.

“Atas (dasar) itu sahaja pun, (jelas memberi jawapan) kenapa saya tidak sepatutnya bersama dengan Anwar. Pendirian saya sangat sah dan kukuh,” katanya

Setelah Bebas, Anwar Tampil Jurucakap Halalkan Seks Homoseksual

Kumpulan Pro – Gay Bangkit Selepas Anwar Dibebaskan

Nama Anwar Terpahat Dalam Rangkaian ProGay…

Human Rights Watch : Gugurkan Kes, Kerana Anwar Meliwat Suka Sama Suka

Apa Makna Logo Demi Rakyat ?

Ada Sebab….Anwar Sokong Seksualiti Merdeka II

Anwar Tidak Setuju Seksualiti Merdeka 2011 Dihalang

Kenapa Soalan Gay & Biseksual Dituju Kepada Anwar?

Kenapa NGO Lesbian, Gay & Biseksual Sokong Anwar ?

16 Comments

  1. Mamak says:

    ANWAR sudah mula mengelabah…sudah terang lagi bersuluh….apa nak jadi….PAS pula sudah dicucuk hidung…..

  2. raja kongkiak says:

    Bab balon ponggong nih…woooo bukan main laju puak-puak pejilat liwat menyokong biggboss depa.. Toksah dok kalih ayat laaa orang lain bukan bengong macam penyokong Nuar yang siang malam kena telan ayaq ludah diaaa…cuku-cukup laaaaaaaaah. Bawak bertobat selalu….Kes yg macam nih laa Allah tak izin pembangkang ke putrajaya..kalau dak lamaa dah boleh singgah situuuuu…

  3. aku says:

    memang dah yahudi dah…….

  4. nuar jubo says:

    …..konspirasi terhebat umno ialah membengkokkan kote nuar…tu yg marah sanagt tu..

  5. TUNGGULAH PENGHAKIMAN DAN PENGADILAN DARI ALAM AKHIRAT…. ATAU TUHAN AKAN TUNJUKKAN KEBENARAN YANG HAQQIQI SUATU HARI NANTI DI ATAS MUKA BUMI INI LAGI

  6. ron95 says:

    barangkali anugayrah ni sudah nyanyuk gila kerana UMNO kot?…ish..ish..ishhh

    Sendiri yang berak taik tuduh UMNO plak… dumbass punya gaylord!

  7. CT. Kudin says:

    SEJAK DULU LAGI LIDAH DIA DAH BERCABANG, PENDIRIANNYA BERGANTUNG KPD LATAR BELAKANG SIAPA DIA BERCAKAP. BILA KENYATAAN MAKAN DIRI, DIA DGN MUDAH MENYALAHKAN MEDIA UMNO MEMFITNAH. MEMANG DASAR *******!

  8. Anan says:

    Aku rase omputih kat BBC tu pun dah naik muak dengan c Nuar nih.. Dengar soalan-soalan tu pun memang soalan yang sengaja nak kenakan die nih.. Haha.. Apa-apa pun kite kena trima kaseh juga kat omputih BBC tu.. thank you.. Kalau org melayu lah yang tanya soalan tu, mesti Nuar tanya.. “awak dari mana?” “awak pencacai UMNO” hehe..

    • THE WATCH says:

      Ha Ha di dunia lagi dah Allah tunjukkan kepada orang seluruh dunia bagaimana dia diaibkan.Di ahirat nanti tak tahulah azabnya

  9. Gustav Carl says:

    Aku rasa Jijah ni tak berani kata apa apa pasal Nuar Berahim pasal dia pon kena sodomy selalu

  10. anugayrah sukakaripap says:

    ANUGERAH JIJAH

    DALAM BILIK TIDOQ
    Jijah : bang non bangun! asyik tidor je. Pi lah kerja.
    Anugerah : sabar darling i taw la, NI MESTI KONSPIRASI UMNO.
    NAK MANDI
    Jijah : la kenapa tercegat kat situ lagi pergilah mandi!
    Anugerah : Air sejuk sgtla darling, NI MESTI KONSPIRASI UMNO!
    SARAPAN PAGI
    Jijah : Aik lamanya minum kopi? Tak abis lg bertwit ke?
    Anugerah : line h/p i tak clear la darling, NI MESTI KONSPIRASI UMNO!
    DALAM KERETA
    Drebar : Alamak! Minyak dah E datuk seri, kita pi isi dulu na.
    Anugerah : Aik camna boleh abis? NI MESTI KONSPIRASI UMNO!
    DI PEJABAT
    Min : Sori datuk seri i tak dapat jumpa U, i tengah sakit ni..
    Anugerah : Why? I tau.. NI MESTI KONSPIRASI UMNO!
    ————-+++++————+++++———–+++++————+++++
    Min : Ooh patutla bengkok, KONSPIRASI UMNO RUPANYA..

    • lelucon says:

      1 geng dgn Nik Aziz. Semua salah UMNO belaka…

      Skrg ada 9 benda ajaib di dunia… yg ke-8 Anwar Ibrahim. Yg ke-9 Nik Aziz.
      Cane orang boleh buta menyokong, tak tahulah.
      Mmg ajaib. Maqam tinggi depa 2 ni… (poorah)

  11. kuangkuit says:

    tu pun masih ramai percayakan dia..aku pun tak faham…

  12. Rimau says:

    ANWAR NI KALAU DIA KENA BISUL KE ATAU KOTE BENGKOK DIA KENA GIGIT KERENGGA PUN DIA AKAN TUDUH UMNO..
    BEGITULAH DENDAMNYA KEPADA UMNO KERANA DIBUANG DARI UMNO…
    KESIAN KAT ORANG GILA TALAK NI..

  13. sudin says:

    fitnah umno kejadah apenye? lu memang sial la wahai anwar ibrahim! lu yang bg statement kt bbc pastu lu nk spin tuduh umno fitnah…lu giler ke ape? tu la kepala lu yang bodoh yang tk kenal lubang depan dgn lubang belakang lu balun2, sekarang lu dh tk ingat!

  14. konceng says:

    peragai dn tingkah laku yahudi sudah meresapi jiwa aljubbory

Leave a Comment

 

— required *

— required *